Sis memang sejenis hantu air sejak kecik. Kalau diberi pilihan destinasi travel, memang pulau lah jadi pilihan pertama dalam list. Since dah lama gila tak travel ke laut/pulau, kaki tangan badan sis dah menggelupur! Haha. Yelah, trip terakhir ke pulau kitorang adalah di Sabah, akhir tahun 2016 kalau tak silap. Dah lama kan? So sis memang dah cakap awal-awal kat encik suami, "Tahun ni kita kena jugak pergi pulau. Kalau tak, sis mogok gantung kuali tak masak. (Ok ayat second tu tiada dalam dialog sebenar, sis berani cakap dalam hati je. HAHAHA)
Gambar pertama diambil sebaik saja kaki sis turun dari bot bila sampai Pulau Kapas. |
(Itinerary full Kuala Terengganu nanti sis update post lain)
Ambil bot ke Pulau Kapas di jeti Marang (lebih kurang 15 minit dari hotel kami di Kuala Terengganu). Kos parking kereta di jeti RM7 untuk satu malam. Better korang ambil bot waktu pagi sebab jeti ni kecik je, parking pun terhad. Macam sis, ambil bot pertama pukul 9.30 pagi supaya boleh start aktiviti awal. Memang dah buat research & plan nak join slot snorkeling pukul 11 pagi sebab tak panas sangat. Hashtag sis taknak hitam sangat! HAHA. (Nampak tak travel juga mengajar kita bab time manangement? Huhuhu.)
Tengok air kat jeti pun buat sis dah tak keruan |
Jeti Marang. Kecik je. Tempat duduk menunggu pun tak banyak. Better korang check dulu waktu bot, before datang. Takde lah penat melanguk. |
Boat schedules :
*From Marang jetty to island : 9.30 am, 11.30 am, 1.30 pm, 3.30 pm, 5 pm.
*From island to Marang jetty : 9.00 am, 11.00 am, 1.00 pm, 3.00 pm, 5 pm.
Snorkeling schedules :
9.00 am, 11.00 am, 3.00 pm.
*Tempoh snorkeling diberi selalunya 2 jam. Tapi in case kalau anak buat hal, or korang nak gerak awal boleh je naik mana-mana bot yang sampai untuk pickup orang tu. In my case, kitorang selamba taknak naik bot yang dah sampai, pepandai lajak masa sendiri sebab tak puas lagi!
BAJET
Sis ambil pakej 2 hari 1 malam bersama Ombak Kapas Island Beach Resort dengan harga RM185/seorang. Pakej dah termasuk bot pergi-balik Pulau Kapas, chalet with aircond, dan makanan breakfast, lunch & dinner untuk 2H1M. Kalau ikutkan waktu check in pukul 2 pm sebenarnya. Tapi memandangkan ada bilik kosong, kitorang dapatlah masuk bilik awal tukar baju untuk join snorkeling. Yahuuuuu! Untuk yang risau tak dapat check in awal dan tertanya-tanya camna nak tukar baju kalau tak dapat bilik? No worries, ada disediakan tandas depan resort. Bersih! Kalau taknak susah-susah, boleh je pakai baju sesiap sebelum naik bot ke Pulau Kapas tu. Sampai je, terus kau boleh terjun! Laut memang bebetul depan resort, takde siapa nak judge kau kat situ. Huhu.
SNORKELING
Ok kos snorkeling tak termasuk pakej ya. Kat kaunter Ombak Kapas di jeti Marang tu memang staff akan tanya sesiap nak book snorkeling terus ke tak. Tapi sis jawab tak. Kengkonon kat pulau tu sis nak cari dan compare sendiri harga snorkeling. Tapi harapan je lahhh. Sebab kawasan resort kitorang ni ada 2 je syarikat chalet which is -- Ombak Kapas & Kapas Coral Beach Resort. Semua aktiviti adalah under Kapas Coral. Nak book kat kaunter jeti boleh, nak book kat pulau nanti pun boleh. Harga sama; RM25/seorang untuk snorkeling. Sebelah menyebelah, kira dah macam resort private pulak kawasan kitorang ni. Sebab yang ada mandi kat laut ni semuanya customers yang menginap antara dua chalet ni je. Best and sesuai sangat kalau korang bawak anak-anak datang sini! Privacy dan penuh ketenangan gitu.
Nampak tak beriye nya pakai life jacket tapi air ngat pinggang pun ikan dah kerumun |
Nampak macam muka tersenyum simpul melihat ikan dari tepi kan? Sebenarnya tengah tahan azab panas :') |
Beriya beratur tunggu bot snorkeling pukul 11.30, tuptup rupanya tempat yang dibawak tu takde lah jauh mana dengan resort kitorang. Adalah dalam 5 minit je naik bot. HAHAHA. Kesimpulannya, sis tak recommend korang membazir duit RM25 semata sewa goggle & life jacket untuk snorkeling ni. Sebab kawasan laut depan chalet tu pun dah memang jernih dan banyak ikan! Takyah sewa goggle pun boleh nampak uolls. Kat kawasan cetek pun boleh main dengan ikan. No life jacket needed pun. (Ni based on experience sis menginap di Ombak Kapas & Kapas Coral lah ye. Kalau kat area resort lain, sis tak tau lah sama banyak ikan ke idok)
Petang tu kitorang tak kuasa nak sewa pape. Redah tengok ikan pakai baju biasa pun boleh kat Pulau Kapas ni. |
Ikan berkeliaran je kat tepi kita. Tak perlu goggle. Yang kita perlukan hanya roti! Haha. |
MAKAN
Kitorang balik dari snorkeling around pukul 1.30 camtu, lepas settle mandi bilas badan & jemur baju mandi semua, terus pergi cafe Ombak Kapas untuk lunch. Lapar gila weh lepas berendam! Sis terus bagi review overall bab makan lah ye. Makanan dah termasuk dalam pakej tau, konsepnya buffet lah. Memang sedap, boleh diterima tekak selain orang Ganu, portion banyak, pastu kalau ada rezeki kau boleh je nak menambah sebab dia buffet concept, so maybe chef pun ada je masak lebih. Pihak chalet tak kedekut so sis sangat berpuas hati!
Layan kopok lekor & burger jap sementara tunggu nak tengok sunset. |
AKTIVITI
Apa je aktiviti yang korang boleh expect kalau trip ke pulau? Ofkos mandi-lepak-makan-mandi kan? Huhu. Yup percutian ke pulau memang sesuai untuk kengkorang yang dah tepu kepala dengan kerja dan hidup penuh kesibukan. Luangkan masa berendam dengan family, have a good quality time with the loves one, enjoy tengok superbbb view, enjoy eating great food. Take a break from the hectic life gituh! Ok apa yang sis boleh share tentang aktiviti kat sini; swimming, snorkeling, tengok sunrise or sunset, memalam boleh tengok or dengar persembahan live band kat situ sambil sesantai atas buaian tepi laut. Tu je lah. Nama pun bercuti 2 hari 1 malam je kan.
PENGINAPAN
Ada 2 jenis bilik/chalet yang boleh dipilih - bilik kipas atau bilik aircond. Rasanya itu je perbezaan bilik. Keluasan, beranda, katil, tandas sama je kot. Bilik tak besar, cukup untuk 2-3 orang saja sebilik. Kebetulan sis dapat bilik chalet yang pintu toilet dia rosak, tak boleh nak tutup. Terpaksa sendal pintu dengan beg bila kitorang tak guna tandas. Huhu. Oh ya, bilik di Ombak Kapas takde tv ya. So memang kitorang balik bilik untuk tidur dan mandi saja. Waktu lain banyak dihabiskan di kawasan luar resort - banyakk kerusi santai disediakan mengadap laut. Dan boleh je bentang kain duduk-duduk lepak sambil borak depan laut tu (make sure waktu cuaca tak panas lah). Setiap bilik ada disediakan pili air depan tangga & penyapu. Mudah nak bersihkan selipar dan kaki bila balik dari laut. Takde lah bilik berpasir sangat. Yang paling best, bilik kitorang dekat dengan cafe tempat makan. Cepat dapat turn nak cedok lauk! HAHAHA. Overall sis bagi 4/5 lah untuk bilik di Ombak Kapas ni.
Tiap chalet ada penyapu gantung luar bilik. Kebersihan resort tanggungjawab bersama. Gituhh! |
Kesimpulannya, Pulau Kapas memang awesome dan WAJIB pergi sekali seumur hidup! Pasir pantai putih halus bersih, airnya jernih level crystal clear, warna laut cantik berlapis-lapis, ikan pun banyak dan jinak. Satu pengalaman yang memang sis dan suami tak boleh lupakan. Pulau kedua tercantik yang sis pernah pergi setakat ni. Pulau-pulau di Sabah ofkos lah no 1. Cuma kos lah pulakkk kan. So before korang pergi pulau-pulau di negara orang tu, better fikir semula. Banyak lagi pulau-pulau cantik like heaven yang ada di Malaysia yang kita sendiri belum explore lagi. #ProudMalaysian #CutiCutiMalaysia