MAKAN ASAM PEDAS TELUR IKAN PALING SEDAP DI MELAKA?

By FARAA MUSA - October 15, 2019

Haluuuu! Kalau sebut pasal Melaka, apakah makanan pertama yang muncul di fikiran korang? Kalau sis, tentulah menu asam pedas! Hehe. Tanpa membuang masa, jom sis kongsikan pengalaman sis menikmati asam pedas telur ikan paling sedap di Melaka sepanjang hidup sis. Ayuhh!

Kalau singgah ke Melaka, haruslah enjoy naik beca di Jonker Walk.

MEDAN SELERA PASAR BORONG BATU BERENDAM

Pasar Borong Batu Berendam adalah salah satu pasar 'basah' terbesar juga di bandaraya Melaka ini. Suami sis cakap, pasar borong ini dibuka seawal jam 2 pagi hingga pukul 11 pagi. Terdapat pelbagai pilihan barangan lauk basah seperti hidupan laut, ayam dan daging, sayur-sayuran serta buah-buahan yang segar-bugar semuanya. Fresh dari ladang gituh! Besar juga pasar borong Batu Berendam ni. Siap ada tempat parking yang banyak lagi bagi memudahkan pengunjung. Bersih pun bersih.


Deretan gerai asam pedas.

Uniknya, bila tiba waktu malam, kawasan medan selera pasar borong Batu Berendam ni menjadi port makan yang terbaik buat para penggemar asam pedas Melaka. Sebab hampir kesemua gerai di sini menyajikan hidangan asam pedas. Nak tau mana satu yang paling sedap? Haaa korang kena lah try satu per satu kalau rajin! Hahaha. Sis cuma review tentang gerai yang sis dah kunjungi dan cuba sendiri je. Hehe.


UJANG ASAM PEDAS CLAYPOT BATU BERENDAM

Gerai asam pedas yang terbaik sis dan suami pernah makan tu, adalah gerai no. 6 & no. 7. Namanya Ujang Asam Pedas. Kalau korang nak datang sini, just waze je medan selera pasar borong batu berendam. Tak silap sis, kalau nak drive masuk ke sini, ruang parking adalah berbayar. Tak pasti pula berapa ringgit sebab waktu sis pergi tu, sis naik Grab je dari Hotel Casa Del Rio. Gerai Ujang Asam Pedas ini dibuka bermula 6 petang hingga 5 pagi. So, make sure kalau korang nak try asam pedas kat sini, datang untuk makan dinner saja ok.


Gerai no. 6 & 7

Antara menu menarik di sini, sudah tentulah hidangan asam pedas claypot. Ada asam pedas kepala ikan Jenahak, asam pedas ikan pari, tenggiri, kembong, sembilang, parang, asam pedas tetal dan asam pedas telur ikan. Setiap set asam pedas didatangkan bersama nasi putih, ssedikit ulam dan sambal belacan. Manakala menu sampingan yang lain pula, adalah masakan panas atau goreng-gorengan. Nasi lemak dan roti canai pun ada tau!



Apa yang menariknya di sini, roti canai itu dicicah bersama asam pedas gais. Pulak tu, sesambil menjamu selera, korang boleh melihat gelagat abang roti menebar roti canai terbang. Ala roti canai terbang yang viral kat youtube tu. Pandai sungguh abang roti canai tu menebar. Nasib tak terbang sampai ke angkasa lepas je. Hahaha.



REVIEW JUJUR IKHLAS DARI HATI SANUBARI SIS


Sis dan suami memang gemarkan asam pedas telur ikan. Well, asam pedas ikan tu rasanya macam dah biasa sangat makan. Telur ikan ni pulak, memang sis tak reti nak masak. So bila sekali sekala dapat pergi ke gerai piyor asam pedas padu camni, better kita order menu yang rare dan tak biasa kita makan kan? 






Sewaktu kunjungan sis dan suami di gerai Ujang Asam Pedas Claypot ni, kitorang order Asam Pedas Telur Ikan Tenggiri, Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Nasi Lemak Bujang & Roti Canai. Untuk minuman pulak, suami sis order teh o ais dan sis minum air kosong je. Ambik sendiri dan free flow. Jemput layan gambar-gambar makanan kitorang yang sungguh sedap dan menyelerakan. Huhu.


Asam Pedas Telur Ikan Tenggiri
First time sis try makan Asam Pedas Telur Ikan Mayong uolls. Besor-besor telurnya. Sama je rasa macam telur ikan yang lain cuma telur ikan mayong ni rasa kenyal-kenyal sikit. Worth to try!

Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Portion nasi lemak dia banyak. Ikan bilis & kacang garing dan rangup tak lemau. Siap ada telur mata kerbau lagi. Sambal pula pedas. Sis suka nasi lemak dia! Sesuai je makan dengan asam pedas pun.


Nasi Lemak Bujang


Sori gambar blur dah gigil tahan lapar. Huhu

Roti canai viral dia tu pun sedap. Gebu tapi ada garing-garing jugak. Sedap!



Overall, jumlah keseluruhan makan malam kitorang di Ujang Asam Pedas Claypot berharga RM36 sahaja. Bagi sis, memang berbaloi sebab portion asam pedas diorang tu banyak jugak. Boleh share 1 lauk je sebenarnya kalau makan 2 orang. Tapi sebab kitorang suami isteri sejenis suka makan, maka taknak share nak sendiri-sendiri punya lauk. Sebab tu lah sampai sekarang masih belum kurus. Hahahaha. Ok lah. Itu je untuk entri kali ini. Nanti bila sis jumpa tempat makan yang best-best dan sedap-sedap, sis share food review lagi ya. Till then, babai!


*Disclaimer : segala restoran atau tempat makan best yang sis dah review dan kongsikan di blog sis, semuanya sis memang dah cuba makan sendiri tau. Bukan main kopipes je tepek hasil review orang lain ya kawan-kawan. Basically, selera orang memang lain-lain. Apa yang sedap di tekak sis, maybe bagi korang biasa je. Tak kisah lah kan. Janji, sis dah pun untuk sudi kongsikan pendapat dan pengalaman jalan-jalan cari makan sis sendiri. Betul tak? 


  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Indulging in "Asam Pedas" with fish and eggs is an unparalleled culinary experience. The perfect blend of tangy and spicy flavors creates a harmonious explosion on the taste buds. Where Folder Located It's a delightful journey of textures and tastes.

    ReplyDelete

POPULAR POSTS