Haluuuuuu! Post kali ni adalah sesi jalan-jalan cari makan bersama sis di Cyberjaya. Bila sebut pasal Cyberjaya ni, memang agak susah nak jumpa warung/restoran makanan melayu atau nasi campur waktu tengah hari. Bukan takde, tapi tak banyak ye anak-anak. So, bila sis terjumpa warung Bawal Power Sempoi ni, memang berbunga-bunga lahhhh hati, terus ajak encik suami buat food review.
LOKASI & WAKTU OPERASI
Nak kata warung, bukan di tepi jalan. Nak kata restoran, bukan di rumah kedai. Serba salah sis nak panggil apa. Sebab Bawal Power Sempoi ni terletak di medan selera TSI Sports Arena. Parking berbayar ya, RM1 - RM2 saja. Jangan risau, senang je nak cari. Guna Waze pun boleh. Dan jalan pun tak jammed nak ke sini. Yang jam nye bila kau nak beratur pilih makanan nanti. Sebab mulai pukul 11 pagi pun orang dah beratur uolls! So, kalau boleh datang awal untuk makan tengah hari. Waktu operasi dari pukul 10.30 pagi - 4.00 -ptg. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.
MENU
Menu utama ofkos lah seperti namanya; iaitu Bawal Goreng bersama pencicah power air asam atau sambal kicap meletups. Ada jugak sejenis sambal merah kalau nak letak atas ikan tu, tapi sis tak ambik. Kengkonon nak rasa yang ori lah. Huhu.
Bawal Goreng Panas-panas, curah kicap sikit, cicah sambal belacan sikit. Fuhh! |
Siakap Bakar dia besor-besor! |
Selain tu, ada juga set Sotong Gergasi Bakar & Goreng, Ikan Keli/Sembilang Bakar, Ikan Siakap Bakar, dan Ikan Talapia Bakar. Ada juga sayur-sayuran yang direbus dan ulam-ulaman segar. So, siapa yang nak jaga diet, boleh lah singgah ke sini. Kategori healthy food jugak lah (lauk berbakar tu). Tapi kalau lauk bergoreng pun, ikan Bawal dia sis perasan, macam takde garam pun. Goreng kosong gitu aje, sedap dimakan bersama pencicah kencur air liurrrr!
Tapi gerai ni jual makanan sahaja ya. Untuk minuman, boleh beli dari gerai air di sebelah. Dah kata, medan selera kan. Cenggitu lah. Hehe.
HARGA
Harga adalah berbeza bergantung pada set lauk yang kita pilih. Tapi jangan risau, bagi sis, untuk tempat makan di Cyberjaya ni...Bawal Power Sempoi kategori mampu milik lah jugak harganya. Sebab harga berbeza dari yang murah, hingga ke kurang murah. Hehe.
Set Nasi Keli - RM7-RM8
Set Nasi Bawal - RM11
Set Nasi Siakap - RM15
Set Nasi Sotong - RM15
Set Nasi Talapia - tak ingat. Huhu
Set Nasi Talapia - tak ingat. Huhu
Sis ambik fresh tomato & ulam raja. Ok lah kan. |
Kari & sambal kicap free sekali dalam set dah. |
Setiap set, ada sepinggan nasi putih, kuah kari semangkuk, ulam pilihan sendiri, pencicah pilihan sendiri, dan lauk pilihan sendiri. Nampak macam sikit dan simple, tapi memang menjilat jari! Takde pembaziran. Huhu.
Yang extra best kat sini, konsep free flow / unlimited refill untuk sayur, ulam, dan nasi putih kalau nak tambah. Tapi bagi sis, portion nasi dia tu dah cukup sesangat dah. Bab sayur dna ulam tu, memang terbaikkkk sebab galakkan orang untuk makan sihat. Ye dak?
Gebu gebas sotong depa aihhh! |
Sayur rebus & ulam-ulaman. Siapa cepat, dia dapat. |
REVIEW
Overall, sis bagi 4/5 bintang untuk Bawal Power Sempoi Cyberjaya. Location ok, harga ok, dan environment gerai pun ok-ok je. Bab rasa tu, memang sedap dan fresh! Sebab kebanyakan menu lauknya dimasak di situ, dan cepat je habis lelebih lagi kalau terkena time peak hour (lunch hour). Please expect the long queue kalau korang datang situ pun dah pukul 12 tengah hari. Sabar menanti dan beratur, inshaAllah cukup dan sempat sampai turn korang. Bab portion, kalau untuk pempuan, boleh share kot kalau ambik set sotong or siakap tu. Sebab besar weh! Share berdua, boleh jimat. Tapi kalau taknak share pun takpe. Boleh pilih lauk sorang satu, pastu tukar-tukar jenis lauk dengan kengkawan. Dapat merasa semua jenis set kan. Eh, tu pun sis nak ajar ke? Huhu.
3 comments
penah makan sini rasanya kawan bawak. tapi ingat2 lupa takpaaa nanti kita plan pegi lagi !!
ReplyDeleteyayyyy memang kena pergi lagi..tapi rasa dia biasa2 je..cuma memang sedap makan time panas2 kan :)
ReplyDeletewah..kene pergi cuberjaya kalau nak try ni..macam-macam kedai erk dekat cyberjaya ni
ReplyDelete