Assalamualaikum uolls! Lama dah sis peram post ni dalam draf. Memang berniat nak tulis post ini khas bila jumlah readers atau pageviews sis mencapai target 100,000 orang dalam masa setahun sis memulakan blog sendiri. Ok, berbalik pada sikap sis yang tak suka membuang masa (puihh!), jom kita terus saja ke topik yang agak hangat dan sering ditanya kepada sis di Instagram. "Sis, macam mana nak buat blog sendiri?" "Sis, macam mana saya nak mulakan blogging?" "Macam mana nak buat duit dengan blogging?" dan pelbagai lagi soalan-soalan panazz persis dalam rancangan Melodi TV3. Hehe.
TIPS MEMULAKAN BLOG SENDIRI
1) Mulakan dengan niat yang betul.
Terus-terang, sis bukan buat blog ini untuk mendapatkan duit. Tapi lebih kepada niat untuk berkongsi cerita dan pengalaman hidup, lebih-lebih lagi bab travel. Disebabkan sis sering mendapat soalan tentang itinerari, kos dan tips travel setiap kali sis upload gambar trip di Instagram, maka sis pun buat keputusan untuk mula buat blog sendiri. Bukan apa, sis ni sejenis pelupa dan cepat lupa benda-benda details. Jadi, bila orang bertanya soalan berkaitan travel, memang sis tak ingat dan agak kesal juga bila tak dapat bantu orang lain kan.
So, niat utama sis berblog memang hanya untuk sharing, sharing, sharing segala info serta tips berguna yang boleh memberi manfaat pada pembaca-pembaca sis. Tahu kan? Kalau kita share sesuatu ilmu bermanfaat, dan orang lain membuat sesuatu perkara baik disebabkan ilmu yang kita kongsikan tu, kita turut dapat pahala. Ilmu bermanfaat, insha-Allah hasilnya pahala mengalir berpanjangan (kalau kita ikhlas). :)
2) Tentukan fokus blog dan penulisan anda.
Tema blog atau penulisan ni, tersangatlah penting terutama bagi korang yang memang betul-betul nak berblogging secara serius. Apatah lagi yang berniat nak cari side income melalui blog. Memang korang kena letak aim dan fokus yang spesifik dari awal lagi, tentang topik-topik apa yang korang nak isikan dalam blog korang? Tentang travel? Fashion? Food review? Resepi makanan? Kecantikan? Perjalanan diet dan fitness korang? Banyak lagi idea yang boleh korang gunakan untuk dijadikan 'main focus' blog korang.
Sis cadangkan bagi korang yang newbie nak mulakan blog, cari apa minat atau passion utama korang. Cari topik yang korang rasa korang mampu menulis tentangnya dengan gembira, tanpa ada orang suruh pun! Sebab bab-bab menulis ni, bukan benda yang boleh dipaksa atau dibuat-buat. Menulis ni adalah minat atau hobi yang kita pupuk dari dalam diri, bukannya minat yang tetiba ada hanya disebabkan orang lain/syarikat membayar kita untuk menulis. Blogger lain, sis tak tahu. Tapi ini memang pendirian sis sendiri even sebelum start berblogging.
3) Cipta imej blogging dan style penulisan tersendiri.
Imej blogging ni bukan saja tentang design atau warna blog korang. Tapi lebih kepada imej cara penulisan korang. Because we need to admit this, at the end of the day, yang menjadikan blog kita ini sentiasa dikunjungi pembaca, adalah disebabkan penulisan kita yang mampu menarik minat orang untuk terus membaca hingga ke perkataan terakhir. :)
Terpulang lah sama ada nak jadikan style penulisan blog korang ilmiah, atau santai? Ringan atau berat? Ringkas atau padat? Jangan risau. Semuanya akan ada jenis pembaca yang tersendiri. Sebab kita ni manusia ada bermacam-macam kepala dan ragam. Ada yang suka baca kisah travelog yang teliti dan lengkap. Ada yang suka baca list itinerari ringkas 4 hari 3 malam je terus. Yang penting, diri korang sendiri tu. Selesa nak menulis cara yang macam mana? Tepuk dada, tanya fikiran sendiri.
4) Pilih platform blogging yang disukai.
Sekarang dah ada bermacam-macam platform untuk berblogging secara percuma. Kebanyakannya memaparkan ciri-ciri yang lebih kurang sama saja. Ambil masa untuk survey dan bandingkan platform-platform yang korang suka. Contohnya; Wordpress, Wix, Tumblr, atau Blogspot yang macam sis gunakan sekarang. Pergi je kat laman web platform tu, dan daftar / sign in menggunakan email google.
5) Nama blog yang sesuai.
Bab nama blog ni, kalau difikir-fikirkan, memang alamatnya 7 hari 7 malam lah korang nak dapat yang betul-betul best. Haha. Apa yang sis boleh nasihatkan, letaklah nama blog yang senang dicari atau ditaip, mudah disebut, tidak terlalu panjang, bersesuaian dengan tema penulisan blog korang, serta membawa maksud yang baik. Susah-susah, letak je lah nama korang sendiri sebagai permulaan. Bab branding dna penjenamaan blog tu, boleh dibina kemudian pelan-pelan insha-Allah.
6) Design blog.
Sebaik saja korang dah mendaftar / sign in di platform blogging, boleh lah mula menggodek-godek bahagian-bahagian yang ada. Antaranya, design layout blog. Benda ni ambil masa juga. Tapi bagi sis, cukuplah mulakan dengan yang ringkas dulu. Tak perlu design yang terlalu fancy atau warna-warni sangat pun takpe. Macam yang sis cakap di awal tadi; after all, your words and writing that will make your readers stay still on our website. Janji content blog korang menarik. Sebab itu yang paling penting pun kan?
7) Mula menulis dan publish post pertama!
Tips ni paling penting antara semua rasanya. Sebab, selagi korang tak mula menulis, memang takkan wujudlah blog yang korang idamkan! Hahaha. Untuk permulaan, memang susah nak dapatkan rentak penulisan sendiri tu. It's ok. Practise make perfect. Once korang dah start menulis, percayalah, penulisan korang akan semakin baik dari hari ke hari dengan sendirinya. So, jangan takut untuk mula menulis dan berblog.
*********
Sis ucapakan good luck dan selamat maju jaya pada yang newbie yang sedang berjinak-jinak nak memulakan blog sendiri. Sis tau mesti bila kita newbie, kita akan rasa tak yakin dan takut like "Ada ke orang nak baca tulisan aku ni?" Sis faham perasaan ittew. Huhu. I've been there, done that. Semoga tips sis kali ini dapat membantu korang. Siapa yang dah mulakan blog sendiri lepas baca tips dari sis ni, jangan lupa tinggalkan alamat dan link blog baru korang di ruangan komen. Nanti sis lawat k! :)