1. Ini perkara pertama sekali kita wajib buat, sebelum travel ke mana-mana hatta dalam Malaysia sahaja pun. Sebab target bajet kita ni yang menentukan nak pergi bila? Naik transport apa? Nak pergi tempat mana je? Nak menginap di mana? Dan macam-macam lagi persoalan yang menentukan arah tuju trip kita.
2. Untuk #SeoulSisterTrip haritu, anggaran kasarnya sis letak target bajet RM2,500. RM1,500 untuk tiket flight pergi balik KL-Incheon-KL dan penginapan di hotel 5hari 4 malam. Baki RM1,000 pula khas untuk bajet makan, tambang public transport, dan shopping sepanjang di Seoul. Tapi terkucil juga rasanya, sebab rambang mata pulak time shopping. Hahaha.
3. Kalau nak lebih bajet, boleh senaraikan dulu tempat-tempat pelancongan yang tak perlukan bayaran kemasukan (tarikan free).
Nak tau tips lebih bab-bab tempat free or jimat ni, boleh ikuti travelog & itinerary #SeoulSisterTrip di SINI :)
![]() |
Gyeongbokgung Palace ada hari tertentu yang free |
4. Cara yang palinggggg berkesan dapat menjimatkan bajet travel adalah persiapan awal. Awal check harga ticket flight, awal check jadual kerja untuk apply cuti, dan awal book tiket flight. Hipotesis dia senang je; semakin cepat kita book flight ticket, semakin murah harga yang kita dapat. Nak lebih jimat, boleh book penginapan sekali dengan flight terus melalui Air Asia Go.
CUACA & MUSIM
5. Berbalik pada point di atas tadi; bajet trip kita juga dipengaruhi oleh musim bila kita pergi. Di Korea ada 4 musim untuk kita pilih. Sama ada nak pergi ketika musim bunga, musim luruh, musim panas atau musim sejuk. Setiap musim ada kelebihan dan kecantikan masing-masing, terpulang pada bajet poket kita nak pergi musim apa. Tapi apa yang pasti, kemuncak musim bunga (April) adalah peak season. Di mana kebanyakan harga flight & penginapan mencanak tinggi ya.
![]() |
Nampak tak payung tu? Walaupun sis pergi masa tu musim panas, tapi ada jugak hujan. Dan angin sejuk pun banyak je bertiup. Tak panas macam Malaysia. |
6. Selain daripada tujuan untuk menyelamatkan bajet poket, kita juga perlu check ramalan kaji cuaca lebih awal sebagai persediaan barang-barang yang perlu dibawa (terutama pakaian). Bagi memudahkan proses packing bagasi. Jika pergi pada musim panas, cukuplah sekadar membawa pakaian yang nipis, ringan dan selesa.
PENGANGKUTAN AWAM
7. Sebelum korang fikir nak naik apa-apa public transport, sebaik saja sampai di airport atau mana-mana subway station pertama korang, perlu beli kad T-money dan topup terlebih dahulu. Kegunaan dia macam kad Touch n Go jugak. Semua public transport even teksi dan bas pun gunakan T-money sebagai tambang.
![]() |
Beli dan topup T-money secara layan diri ya. |
8. Pengangkutan awam atau public transport di Korea sangat efisien, pantas, kondusif dan cekap juga. Jadi tak perlu risau jika sesat atau ketinggalan. Antara public transport yang boleh kita gunakan ketika di Korea adalah subway (train), bas dan teksi.
![]() |
Korea & Japan, orangnya berdisiplin. Jangan lupa beratur untuk naik train. |
![]() |
Mauk train, semua macam robot. Tertunduk di depan gajet. |
9. Dah namanya naik subway dan bas, so memang perlu banyak berjalan kaki untuk ke station (subway/bus) dan mungkin juga bertukar line (subway/bus). Tapi jangan risau, download saja apps Naver Map, atau Maps, atau Subway di Google Playstore atau App Store. Insha-Allah tak akan sesat sebab semua details tentang nama station, nombor bas, nama jalan, dan route hingga tiba ke destinasi.
10. Kalau nak naik teksi, takde station tertentu. Cuma perlu tahan teksi tepi jalan je. Tapi tengok keadaan jalan jugak lah ya. Pastikan ada tempat lapang sikit untuk teksi kita berhenti ke tepi jalan. Cara dia, pastikan tahan teksi yang ada tulisan merah atas kereta tu. Maksudnya teksi tu unoccupied (tiada penumpang). Ataupun boleh je tahan je terus teksi yang sedang turunkan penumpang dia kat situ. So kira korang ambik alih lah turn pulak. So far sis naik teksi kat Seoul ni, tak jumpa lagi teksi yang tolak customer. (Tak macam kat negara kita, kalau penumpang nak pergi dekat-dekat je, atau nak pergi tempat yang kompem sesak, kan ada je driver taxi yang taknak kan?)
11. Nak mudah, naik teksi warna oren kerana ianya menggunakan konsep tambang per meter. Basic tambang teksi bermula dari 3,000 Won. Naik je kereta, terus start counting from 3,000 Won. Tambang boleh bayar sama ada secara tunai atau gunakan T-money. Kalau korang travel berdua dan ke atas, agak berbaloi juga kalau naik teksi sebab boleh tong-tong. Depends pada jarak destinasi, dan kadar kepenatan kaki. Huhu.
PENGINAPAN
12. Bab ni juga, berbalik pada topik berapa bajet trip yang korang mahukan? Ada pelbagai pilihan penginapan dengan tawaran harga yang berbeza. Perlu diingatkan, kemudahan dan keselesaan yang diterima juga berbeza. Pilih sama ada nak guesthouse, hostel, atau hotel.
13. Bajet penginapan bergantung pada kawasan di Seoul. Kebiasaannya orang Malaysia kita suka menginap di 3 tempat ni iaitu; Itaewon, Dongdaemun & Myeongdong. Semua tempat ada kelebihan dan kekurangan memasing.
Nak jimat, book hotel + flight sekaligus di Air Asia Go (Dah berapa kali pulak sis promote ni. Macam ambasador Air Asia Go pulek). More info tentang review hotel kami di Myeongdong tu, boleh baca di SINI.
14. Itaewon ada banyakkkkkk tempat makan halal, tapi takde tempat shopping best. Dongdaemun ada beberapa tempat makan halal, dan tempat shopping agak murah juga di sini. Tapi barangan pakaian dan aksesori lah murah. Skincare tak banyak. Myeongdong sesuai untuk orang yang memang target ke Korea nak shopping skincare. Sebab dia kawasan bandar yang sibuk, padat dan lubuk butik-butik skincare Korea. Kalau stay di Myeongdong, mudah untuk akses ke mana-mana bandar Seoul. Banyak kedai makan dan kedai serbaneka, tapi kedai makanan halal kurang. Tapi semuanya boleh dirancang dan diselit dalam itinerary (at least dalam sehari, ada juga akan singgah makan berat di kedai halal di mana-mana).
14. Itaewon ada banyakkkkkk tempat makan halal, tapi takde tempat shopping best. Dongdaemun ada beberapa tempat makan halal, dan tempat shopping agak murah juga di sini. Tapi barangan pakaian dan aksesori lah murah. Skincare tak banyak. Myeongdong sesuai untuk orang yang memang target ke Korea nak shopping skincare. Sebab dia kawasan bandar yang sibuk, padat dan lubuk butik-butik skincare Korea. Kalau stay di Myeongdong, mudah untuk akses ke mana-mana bandar Seoul. Banyak kedai makan dan kedai serbaneka, tapi kedai makanan halal kurang. Tapi semuanya boleh dirancang dan diselit dalam itinerary (at least dalam sehari, ada juga akan singgah makan berat di kedai halal di mana-mana).
INTERNET / WIFI
15. Internet terrrrsangatlah penting bagi korang yang nak ke Korea tanpa tour guide. Sebab semua gadget yang mempunyai apps melibatkan peta dan route trip, perlu digunakan sentiasa. Boleh je kalau nak beli simcard yang ada mobile data di airport.
16. Tapi sis cadangkan korang sewa je pocket wifi sendiri dari Travel Recommends. Pocket wifi ni rechargeable, dan cukup privacy khas untuk kegunaan korang dan travel mate. Boleh share-share duit sewa pocket wifi, jimat! Kadar sewa pocket wifi ni depends pada berapa hari korang nak guna. So apa-apa boleh tengok di website Travel Recommends . Diorang selalu buat promo murah-murah. Contoh: 2 hari internet percuma di Korea & Jepun. So memang boleh jimat banyakkkk sangat. Macam sis pergi Seoul haritu, bayar RM245. RM200 tu deposit, boleh dapatkan semula waktu korang pulangkan pocket Wifi tu. Kesimpulannya total hanya RM45 untuk internet sepanjang 5 hari kitorang di #SeoulSisterTrip haritu. Wow! Pocket wifi tu boleh pick up dan dipulangkan di kedai Travel Recommends di KLIA 2.
MAKANAN
17. Makanan halal di Korea dah banyak dah sekarang, dan mudah didapati. Kebanyakan restoran halal terletak di Itaewon. Tapi ada juga di daerah-daerah lain seperti Myeongdong, Gangnam, Dongdaemun. Cuma tak sebanyak di Itaewon.
18. Tapi boleh je kalau nak prepare makanan-makanan ringan buat alas perut sebelum memulakan trip setiap hari. Sis cadangkan korang bawak lah roti ke, sardine tuna ke, sambal kering ikan bilis ke, ataupun nak mudah beli je Brahim's instant travel food. Tinggal panaskan dalam microwave je sebelum makan. In case hostel or hostel korang takde microwave, boleh rendam je food packet tu.
![]() |
Brahim's Ready To Eat Meals sesuai untuk travel |
SHOPPING
19. Tempat shopping terbaik di Seoul so far di Myeongdong & Dongdaemun. Dan yang best nya, kebanyakan kedai shopping mereka di sini, mengenakan tax free untuk pelancong. Boleh dikatakan jimat juga lah. Sebab beberapa harga barangan di sini dah lah murah berbanding Malaysia, lepas tu ada potongan tax lagi bila bayar di kaunter.
20. Untuk berbelanja di Korea, korang boleh je guna ATM/debit card sendiri. Asalkan jangan lupa activate dari Malaysia. Cuma perlu call bank, dan bagitahu nak activate penggunaan semasa di luar negara nanti. Other than that, macam biasa, boleh guna credit card dan juga tukar je duit cash sebagai simpanan in case ada berlaku sebarang masalah yang hanya menerima duit cash Won.
![]() |
Cash Won yang dirindui (sebab dah habis) |
EXTRA TIPS
21. Ketika trip ke Seoul haritu, sis telah menempah AREX express train dari airport Incheon direct terus ke Seoul Station siap-siap dari Malaysia melalui laman web KLOOK. Memang memudahkan dan mempercepatkan perjalanan, kerana AREX express train hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja untuk sampai ke bandar Seoul. Tak perlu susah payah nak cari teksi atau bas di airport Incheon untuk ke destinasi. Dengan nak angkut bagasi yang berat lagi kan.
22. Yang lebih best, KLOOK ( https://www.klook.com/ ) juga ada menawarkan perkhidmatan baggage delivery direct ke hotel penginapan! Tapi kena pastikan hotel yang kita booking tu, ada tersenarai dalam senarai hotel baggage delivery service lah ya. Yang ni pun boleh book & bayar awal-awal dari Malaysia. Bagasi kita hanya perlu diletakkan di kaunter AREX, dan boleh terus pergi berjalan tanpa perlu risau. Balik dari jenjalan, boleh terus check in hotel sebab bagasi dah sedia ada sampai di hotel. Tak payah nak tarik ke hulu hilir bawa bagasi, tak perlu nak sewa locker pun untuk letakkan bagasi sementara kita berjalan, tak perlu nak patah balik ke station tempat locker yang kita sewa pun setelah penat berjalan. Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit! #TipsJimatTravel
Kesimpulannya, tak mustahil dan tak susah pun untuk melancong ke Korea TANPA TOUR GUIDE. Sebab zaman sekarang dah ada pelbagai kemudahan disediakan dan asbab perkembangan teknologi juga. Selemat bercuti ke Korea! :)