Alhamdulillah sis dikurniakan rezeki menunaikan Umrah Musim Winter bersama kedua ibubapa dan suami pada bulan lepas. Syukurrrrrr tak terhingga sebab ni salah satu top wishlist sis, to be achieve before 30 and i made it alhamdulillah! Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sebab kami berada "2 tahun" di Arab Saudi tu. #SisGurauJe Mana tak nya, kami pergi akhir Disember 2017, dan balik ke tanah air bulan Januari 2018. Sempat merasa 'menyambut' tahun baru di tanah haramain. Semoga segala dosa lalu diampunkan, manakala harapan dan impian yang dipinta tercapai. Ameen!
Payung-payung teduhan di perkarangan Masjid Nabawi mula dibuka pada waktu pagi. |
So taknak buang masa. Straight to the topic. Sis nak share 6 tips bagi kaum wanita untuk masuk ke Raudhah. Yeaaaaaaa!
Yang nampak macam pintu tu adalah Makam Nabi Muhammad SAW, yang terletak di dalam kawasan yang dipanggil Raudhah :) |
(1) PEKA & TAHU JADUAL RAUDHAH DIBUKA (UNTUK WANITA)
Raudhah dibuka untuk kaum wanita hanya pada waktu selepas solat Subuh, Zohor & Isyak. Manakala bagi kaum lelaki, bebas nak masuk bila-bila masa selain dari waktu itu.
* Sesi pagi (selain hari Jumaat) : pukul 6.30 pagi - 9.00 pagi
* Sesi pagi (hari Jumaat sahaja) : pukul 6.30 pagi - 8.00 pagi
* Sesi malam : pukul 8.30 malam - 11.00 malam
** Sesi selepas Zohor tu sis tak tahu pukul berapa. Sebab tak pernah pergi ke Raudhah time tu :)
Raudhah dibuka untuk kaum wanita hanya pada waktu selepas solat Subuh, Zohor & Isyak. Manakala bagi kaum lelaki, bebas nak masuk bila-bila masa selain dari waktu itu.
* Sesi pagi (selain hari Jumaat) : pukul 6.30 pagi - 9.00 pagi
* Sesi pagi (hari Jumaat sahaja) : pukul 6.30 pagi - 8.00 pagi
* Sesi malam : pukul 8.30 malam - 11.00 malam
** Sesi selepas Zohor tu sis tak tahu pukul berapa. Sebab tak pernah pergi ke Raudhah time tu :)
(2) PINTU MASUK KHAS WANITA
Pintu 25 memang pintu masuk ke perkarangan masjid, betul-betul menuju ke pintu masuk bagi kaum wanita. Pastu kat pintu besar tu macam biasa lah, ada spot check sebelum masuk dalam masjid. Polis Arab nak check dalam handbag kita ada apa. Monopod dilarang tau! So kepada sesiapa yang kaki selfie tu, jangan bawak masuk pulak tongkat ajaib korang tu. Kemudian bila dah masuk dalam masjid, nanti akan jumpa ada lagi satu pintu tabir khas laluan wanita masuk ke Raudhah. Jalan je ikut lorong tu, sampailah tiba ke Raudhah nanti.
Nombor 25 besar terpampang di pintu utama untuk masuk ke perkarangan masjid |
(3) DECIDE NAK PERGI BY GROUPING ATAU INDIVIDUAL
Basically ada 2 cara untuk masuk ke Raudhah. Depends pada timing yang korang prefer. Sama ada korang terus tunggu lepas waktu solat Subuh/Zohor/Isyak atau balik ke hotel dulu, kemudian baru datang semula lewat sikit.
--------------------------------- BY GROUPING
Kalau nak pergi Raudhah direct lepas waktu solat tu, memang korang kena tunggu turn by group dan lalui beberapa check point sebelum dapat masuk ke dalam Raudhah. Kakak-kakak polis masjid tu akan divide jemaah wanita mengikut bangsa/bahasa. Dan dia suruh duduk setempat ikut group -- Arab, India & Pakistan, Turki, dan Melayu Nusantara. Duduk di dalam group yang telah ditetapkan sahaja. Jangan korang gatal pulak nak join memakcik Arab atau India yang gagah perkasa tu. Alamatnya sesakkkkkk napasss. HAHA!
Pro masuk Raudhah by grouping : dapat cari geng (either Malaysian or Indonesian) untuk tolong cover kita nak solat dalam Raudhah nanti. Tukang kepung kita ala-ala kubu perang. At least, kalau kena tolak di dalam Raudhah tu pun, bukanlah dihempap oleh wanita berbangsa lain yang gagah tu. Huhu.
Cons masuk Raudhah by grouping : memang tempoh proses akan jadi lama. Lama gila. 2-3 jam paling kurang. So memang kena sabar sebanyak-banyak-banyak-nya. Yelah sebab biasanya polis Arab tu akan bagi group Asia kita ni turn yang terakhir sekali. Group kaum Arab diutamakan gitu. #assobiah #rasis Tapi sis cuba bersangka baik jugaklah. Maybe polis Arab tu kesian tengok orang Asia cecomel belaka, so diorang bagi lepas geng-geng lain tu dulu dengan harapan kita tidak dihempap oleh mereka kat dalam Raudhah tu.
--------------------------------BY INDIVIDUAL
Trust me, sis dah cuba pergi masuk Raudhah dedua cara ni, dan sis dah compare. Step gerak solo ni memang sis recommend sebab lebih mudah, tenang, dan cepat. Takyah tunggu lama lepas 3 waktu solat tu. Balik hotel, pergi isi perut dulu, buang air, renew wudhuk. Lepas settle semua hal tu, boleh datang balik ke masjid untuk masuk ke Raudhah. Tapi make sure korang tak terlambat dari tempoh yang ditetapkan tu lah. At least 45 minit sebelum waktu tutup bagi kaum wanita.
(4) BERPAKAIAN PERSIS GADIS ARAB (gittewwwww!)
Pakai jubah hitam, purdah atau niqab hitam, dan bawak beg kecil saja. (Sebab biasanya orang Asia je yang suka gantung beg free warna mencarak yang travel agent umrah bagi tu, kat badan tak lepas-lepas). Kantoi lah nak berlakon jadi orang Arab weh. HAHAHA. Well, tips ni takleh percaya 100% pun tapi tak salah nak mencuba kan? Sebab biasanya polis-polis Arab tu tahu dan kenal je kita ni siapa. Tengok ketinggian dan saiz bentuk badan pun dah tau kan! Maybe orang tinggi boleh apply tips ni. Hehe.
Tak berapa nak persis sangat dek kerana ketinggian level anak arab darjah 3. Plus, beg oren mencarak tu gaiss. Asia Nusantara sangat! Huhuhu |
(5) KUASA DOA
Tak kisah la cara apa sekalipun yang kita pilih untuk masuk ke Raudhah, perbanyakkan lah zikir, solat taubat, solat hajat, dan berdoa. Moga-moga proses perjalanan kita tu dimudahkan, dan dapat solat di dalam Raudhah nanti. "Rabbi yassir wa la tu'assir" tanpa henti, sepanjang perjalanan hingga kaki kita berjaya menjejaki karpet hijau itu. Sebab tak semua direzekikan Allah untuk bersolat di dalam Raudhah tu jugak.
Ada kes, jemaah hanya mampu lalu berjalan memberi salam kepada Rasulullah di dalam Raudhah, dan terus ditolak arus orang ramai ke pintu keluar. Ada juga kes, dah berjam-jam tunggu turn nak masuk Raudhah, air wudhuk pula dah terbatal. Apa-apa pun, kalau takde rezeki bersolat di dalam Raudhah, berdoa lah kita semahu-mahunya di dalam tu pun dah lebih dari cukup. Sebaiknya, buat siap-siap list doa yang ingin dipohon lebih awal. Supaya proses ibadah kita lebih teratur, tersusun dan tenang.
(6) ADAB-ADAB MASUK KE RAUDHAH
Benda ni boleh je korang baca dalam buku, tapi sis saja je nak share kat sini. Adab memang sangat penting dalam Islam, apatah lagi bila kita nak masuk ke salah satu taman syurga dan tempat yang mulia di sisi Nabi kita.
First, sebaik saja kaki kita dah berpijak atas karpet hijau. Berikan salam dan selawat pada Rasulullah, Abu Bakar & Umar. Waktu ini lah untuk kita sampaikan salam yang kengkawan kita kirim tu. (Tak perlu sebut satu2 nama pun takpe sebab memang tak sempat. Cukup sekadar kita niatkan, sebagai sahabat-sahabatku mengkirimkan salam & selawat pada mu)
Second, cuba cari ruang di dalam Raudhah yang serba sibuk dan empit itu untuk tunaikan solat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Jika mampu dan ada peluang, teruskan solat-solat sunat yang lain. Tapi kalau keadaan dah tak mengizinkan, takpe. :Lepas selesai beri salam selepas solat, terus bangun dan beri laluan pada jemaah lain pula untuk solat. Jangan duduk tadah tangan pulak. Keadaan masjid di sini berbeza, dan perlu kita hormati. Kita mudahkan orang lain, Allah mudahkan urusan kita. Berdoa sambil berdiri pun boleh.
6 comments
menarik mohon share
ReplyDeleteSila lah share..benda baik, apa salahnya berkongsi :)
Deletepakai pakej apa ke sana yer?
ReplyDeletePakej syarikat Mursyid Al Haramain..
DeleteSalam Musim sejuk bulan dec tu..sejuk sgt ker..tiap2 kali waktu solat ok jer g masjid kan?
ReplyDeleteWsalam. Erm, tahap sejuk tu subjektif dan bergantung pada ketahanan individu masing2. Ada yang kata 16 darjah celcius sejuk, ada yang kata 20 darjah celcius baru sejuk. Hehe. Yup, memang boleh (dan digalakkan) pergi ke masjid setiap waktu solat. Asalkan kita buat persiapan diri yang sepatutnya dari awal, InshaAllah boleh je pergi setiap waktu yang kita nak. :) Untuk tips umrah musim sejuk, boleh baca di blogpost saya yang lagi satu ya.
Delete