­
­
[TIPS TRAVEL] : 5 BENDA WAJIB ADA BAGI MUSLIM TRAVELER - faraamusa.blogspot.com

[TIPS TRAVEL] : 5 BENDA WAJIB ADA BAGI MUSLIM TRAVELER

By FARAA MUSA - January 25, 2018

Berpeluang melancong ke luar negara, melihat budaya orang lain, dan belajar pelbagai benda baru memang suatu rezeki yang tak ternilai. Bahkan, seseorang muslim digalakkan untuk 'travel', bermusafir, dan mengembara ke serata dunia, moga-moga kita menjadi seorang hamba yang lebih baik lagi.

Ramai muslim yang takut untuk memulakan langkah beranikan diri untuk travel kerana risaukan benda-benda tertentu. Lebih-lebih lagi bila nak travel ke negara bukan Islam, atau minoriti muslim. Macam mana nak tahu waktu solat? Kat mana nak solat? Halal ke makanan tu? Selamat ke negara tu untuk orang Islam? Dan bermacam-macam lagi soalan yang membuatkan sis terpanggil untuk menulis post ini. So, nah.

5 BENDA WAJIB ADA BAGI SEORANG MUSLIM TRAVELER


1. APPS YANG BERKAITAN


Beberapa minggu atau hari sebelum travel, download siap-siap beberapa apps yang kita perlukan untuk membantu kita sepanjang travel. Contohnya apps kiblat, apps waktu solat, dan apps restoran halal. Zaman moden sekarang ni, dah banyak apps yang sangat berguna untuk pelancong muslim.

Antara apps yang terbaik untuk kita download adalah; Halal Trip. Selain dari menyediakan info waktu solat dan kiblat, apps tu dapat beritahu restoran halal terdekat jugak. Best kan!



Nah kalau nak jenguk web dia : https://www.halaltrip.com/

Apps Halal Travel pulak adalah satu apps pelancongan muslim yang memaparkan senarai hotel dan resort yang menyediakan makanan halal, tidak menghidangkan alkohol, dan mesra muslim.



Lagi satu apps yang best ialah; Have Halal, Will Travel. Dia menyediakan trip planner untuk muslim, siap dengan senarai tempat-tempat restoran halal terdekat, tarikan istimewa setempat dan senarai ruang solat terdekat.



Nah kalau nak jenguk web dia : https://www.havehalalwilltravel.com/


2. BOTOL AIR KOSONG

Dah nak buatpe pulak dengan botol kosong ni? Ok ni as preparation untuk ke toilet je k. Sebab sis selalu terkena dah! HAHA. Bila kau dah konfiden je masuk toilet, tuptup takde paip air untuk ko selesa beristinjak. Nak guna toilet paper, tapi hati tetap rasa tak sedap dan tak bersih. Apa yang sis selalu buat, sis memang kan prepare je botol air mineral kosong dalam backpack. Before masuk toilet untuk 'membuang', just isikan air dalam botol kat singki luar tu dulu. Buat bekal secukupnya orang kata. LOL!

Tapi tak semua toilet negara bukan Islam camtu lah diknon. Ada je yang ada paip air jenis keluar dari belakang jamban tu. Yang jenis korang kena pepandai adjust kedudukan bila nak mencuci tu lah.

Sis guna botol plastik air mineral je. Ringan. Lepas dah minum jangan buang, simpan dalam bagpack. 


3. MINI SPRAY BOTTLE

Orang pempuan rasanya semua ada kot spray bottle kan? Ala-ala mini skincare bottles yang buat kau rambang mata sebab comel bila pergi Daiso & Miniso tu lah.

Haaa tapi spray bottle ni berbeza tau dengan botol air tadi. Spray bottle kecik ni korang isikan air sesiap. Fungsi dia? Bila kau dalam perjalanan yang sangat panjang (dan kau agak-agak macam tak sempat je nak solat bila dah sampai nanti sebab waktu solat dah habis). So, just spray the water untuk berwudhu', and pray! Dalam transport pun boleh solat. Settle!

Contoh saiz-saiz spray bottle. Sis recommend korang beli Pure Water Spray brand Watsons tu. Sebab senang, takpayah nak isi air lagi. Dan lepas je nak bawak naik flight sebab kuantiti under 100 ml.

Ada yang kata. Ala, orang pempuan susah lah nak ambik wudhu' in public. Tudung lagi, stokin lagi, macam-macam lah. No worries. Pernah dengar mak-mak pesan, "Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita."? Dah tau nak travel, pakailah pakaian yang travel friendly, mudah diurus dan tak leceh. Bukan cuma packing pakaian semata-mata nak kejar OOTD je gais. (Bab packing pakaian travel ni nanti kalau sis rajin, sis share.)


4. MINI TOWEL / KAIN BERSIH

In case korang travel ke tempat yang memang takde masjid terdekat, atau takde ruang solat. Just cari je mana-mana spot yang tersorok sikit kat area situ, bentang mini towel/ kain extra untuk dibuat alas tempat sujud. Ala-ala mini sejadah gitu. Apa-apa kain pun boleh basically, asalkan kain tu bersih.

Pashmina yang korang dah tak pakai pun boleh je buat sejadah. Plus, boleh guna balut badan kalau sejuk. #TipsTravelFaraa

Selalu kan dapat sejadah mini as doorgift kenduri? Haa time travel lah nak guna!

Teringat waktu pergi ke satu shopping complex kat Osaka tahun lepas. Sah-sah lah sana takde surau macam kat IOI Putrajaya tu. So sis, mak dan adik just solat je kat tepi lorong tersorok sikit, sebelah pintu Emergency Exit tu. Awkward gila! HUHU. Tapi ianya memang satu pengalaman yang tak dapat dijual beli.


5. KUDAP-KUDAPAN

Yes. Untuk orang yang kuat makan dan kejap-kejap dah lapar macam sis, benda ni sangat wajib ok. Sebelum keluar dari penginapan untuk aktiviti berikutnya, jangan lupa bawak extra makanan ringan macam biskut dan roti untuk dibuat kudap-kudap sementara waktu berjalan. Bukan semua tempat wujud restoran halal ye anak-anak. Tambahan pulak kalau korang jenis traveler tegar, yang jenis habiskan berjalan and explore dulu, di penghujung hari baru kita cari tempat makan dan membaham kaw-kaw. HUHU. Jadi untuk alas perut, kita makan dulu apa yang ada dibawak dari Malaysia tercinta ni. Tapi jangan lupa untuk kutip pengalaman cuba rasa street food negara orang jugek!

Bawa something yang ringan, tapi mengenyangkan. Gituhh!



"Jangan jadikan travel sebagai alasan untuk kita tidak solat. Kerana walau ke mana saja tempat yang kita pergi dalam dunia ni, adalah hamparan sejadah untuk kita bersujud pada Yang Satu."

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. For a hassle-free journey, these 5 essential items are a must. Editing Video Techniques A sturdy backpack, versatile clothing, comfortable shoes, a travel adapter, and a basic first aid kit ensure readiness for any adventure.

    ReplyDelete
  2. travel jember malang
    harga travel jember malang
    gambar travel jember malang
    tarif travel jember malang
    ulasan travel jember malang
    nasyifa travel jember malang
    info travel jember malang
    jadwal travel jember malang
    biaya travel jember malang
    ulasan travel jember surabaya travel jember malang kabupaten jember
    malang jember
    malang jember travel
    travel jember malang berapa jam
    travel malang jember bali prima
    travel jember batu malang
    travel malang jember berapa
    travel surabaya banyuwangi malang jember jakarta semarang bandung jogja
    travel jember malang foto
    travel jember-malang
    travel malang jember 2022
    travel jember malang murah
    travel malang jember berapa jam
    gambar travel surabaya banyuwangi malang jember jakarta semarang bandung jogja
    travel jember malang kota malang jawa timur
    travel malang jember cipaganti
    travel.malang jember
    travel ke jember dari malang
    dieng travel malang jember
    travel dari malang ke jember
    harga travel dari malang ke jember
    travel jember malang harga
    gambar travel jogja malang jogja jember jogja lumajang kota yogyakarta
    travel malang jember wisnu
    travel jember malang hiace
    harga tiket travel jember malang
    travel jember malang info terbaru
    ijen bromo
    travel jember id
    travel jember malang 24 jam
    travel jogja malang jogja jember jogja lumajang kota yogyakarta
    travel jurusan jember ke malang
    jember malang travel
    travel jember ke malang
    travel malang kencong jember
    travel malang ke jember
    harga travel malang ke jember
    travel malang jember murah
    travel jember malang oleh pemilik
    penjor travel malang jember
    travel malang jember terbaik
    travel malang jember via tol
    travel jember malang wisnu

    ReplyDelete

POPULAR POSTS