[TERENGGANU] : PULAU KAPAS & REVIEW OMBAK KAPAS RESORT

By FARAA MUSA - March 28, 2018

Sis memang sejenis hantu air sejak kecik. Kalau diberi pilihan destinasi travel, memang pulau lah jadi pilihan pertama dalam list. Since dah lama gila tak travel ke laut/pulau, kaki tangan badan sis dah menggelupur! Haha. Yelah, trip terakhir ke pulau kitorang adalah di Sabah, akhir tahun 2016 kalau tak silap. Dah lama kan? So sis memang dah cakap awal-awal kat encik suami, "Tahun ni kita kena jugak pergi pulau. Kalau tak, sis mogok gantung kuali tak masak. (Ok ayat second tu tiada dalam dialog sebenar, sis berani cakap dalam hati je. HAHAHA)

Gambar pertama diambil sebaik saja kaki sis turun dari bot bila sampai Pulau Kapas.

Untuk trip ke Terengganu kali ni, sis plan last minute je sebab dalam negara je kan. Trip ala-ala travel bajet dan travel santai je. Husband taknak naik flight, dia nak try road trip drive kereta sendiri katanya. Sebab senang nak menyinggah mana-mana dalam perjalanan. Sis buat itinerary ke Terengganu 4 hari 3 malam. Bermalam di Kuala Terengganu dulu sehari sebelum kitorang ambil bot ke Jeti Pulau Kapas pagi esoknya. So takde lah penat sangat dan nak kena terkejar-kejar pada hari kejadian. 
(Itinerary full Kuala Terengganu nanti sis update post lain)

Ambil bot ke Pulau Kapas di jeti Marang (lebih kurang 15 minit dari hotel kami di Kuala Terengganu). Kos parking kereta di jeti RM7 untuk satu malam. Better korang ambil bot waktu pagi sebab jeti ni kecik je, parking pun terhad. Macam sis, ambil bot pertama pukul 9.30 pagi supaya boleh start aktiviti awal. Memang dah buat research & plan nak join slot snorkeling pukul 11 pagi sebab tak panas sangat. Hashtag sis taknak hitam sangat! HAHA. (Nampak tak travel juga mengajar kita bab time manangement? Huhuhu.)

Tengok air kat jeti pun buat sis dah tak keruan

Jeti Marang. Kecik je. Tempat duduk menunggu pun tak banyak. Better korang check dulu waktu bot, before datang. Takde lah penat melanguk.


Boat schedules :
*From Marang jetty to island : 9.30 am, 11.30 am, 1.30 pm, 3.30 pm, 5 pm.

*From island to Marang jetty : 9.00 am, 11.00 am, 1.00 pm, 3.00 pm, 5 pm.

Snorkeling schedules :
9.00 am, 11.00 am, 3.00 pm. 

*Tempoh snorkeling diberi selalunya 2 jam. Tapi in case kalau anak buat hal, or korang nak gerak awal boleh je naik mana-mana bot yang sampai untuk pickup orang tu. In my case, kitorang selamba taknak naik bot yang dah sampai, pepandai lajak masa sendiri sebab tak puas lagi!

Turun bot, terus nampak pintu gerbang. Chalet bebetul depan laut.

BAJET

Sis ambil pakej 2 hari 1 malam bersama Ombak Kapas Island Beach Resort dengan harga RM185/seorang. Pakej dah termasuk bot pergi-balik Pulau Kapas, chalet with aircond, dan makanan breakfast, lunch & dinner untuk 2H1M. Kalau ikutkan waktu check in pukul 2 pm sebenarnya. Tapi memandangkan ada bilik kosong, kitorang dapatlah masuk bilik awal tukar baju untuk join snorkeling. Yahuuuuu! Untuk yang risau tak dapat check in awal dan tertanya-tanya camna nak tukar baju kalau tak dapat bilik? No worries, ada disediakan tandas depan resort. Bersih! Kalau taknak susah-susah, boleh je pakai baju sesiap sebelum naik bot ke Pulau Kapas tu. Sampai je, terus kau boleh terjun! Laut memang bebetul depan resort, takde siapa nak judge kau kat situ. Huhu.

Sempat dia melayan perasaan tengok laut sebelum dapat bilik untuk check-in

SNORKELING

Ok kos snorkeling tak termasuk pakej ya. Kat kaunter Ombak Kapas di jeti Marang tu memang staff akan tanya sesiap nak book snorkeling terus ke tak. Tapi sis jawab tak. Kengkonon kat pulau tu sis nak cari dan compare sendiri harga snorkeling. Tapi harapan je lahhh. Sebab kawasan resort kitorang ni ada 2 je syarikat chalet which is -- Ombak Kapas & Kapas Coral Beach Resort. Semua aktiviti adalah under Kapas Coral. Nak book kat kaunter jeti boleh, nak book kat pulau nanti pun boleh. Harga sama; RM25/seorang untuk snorkeling. Sebelah menyebelah, kira dah macam resort private pulak kawasan kitorang ni. Sebab yang ada mandi kat laut ni semuanya customers yang menginap antara dua chalet ni je. Best and sesuai sangat kalau korang bawak anak-anak datang sini! Privacy dan penuh ketenangan gitu.

Kapas Coral Beach Resort bebetul jiran sebelah Ombak Kapas. Book snorkeling kat situ lah.


Nampak tak beriye nya pakai life jacket tapi air ngat pinggang pun ikan dah kerumun

Nampak macam muka tersenyum simpul melihat ikan dari tepi kan? Sebenarnya tengah tahan azab panas :')

Beriya beratur tunggu bot snorkeling pukul 11.30, tuptup rupanya tempat yang dibawak tu takde lah jauh mana dengan resort kitorang. Adalah dalam 5 minit je naik bot. HAHAHA. Kesimpulannya, sis tak recommend korang membazir duit RM25 semata sewa goggle & life jacket untuk snorkeling ni. Sebab kawasan laut depan chalet tu pun dah memang jernih dan banyak ikan! Takyah sewa goggle pun boleh nampak uolls. Kat kawasan cetek pun boleh main dengan ikan. No life jacket needed pun. (Ni based on experience sis menginap di Ombak Kapas & Kapas Coral lah ye. Kalau kat area resort lain, sis tak tau lah sama banyak ikan ke idok)


Petang tu kitorang tak kuasa nak sewa pape. Redah tengok ikan pakai baju biasa pun boleh kat Pulau Kapas ni.

Ikan berkeliaran je kat tepi kita. Tak perlu goggle. Yang kita perlukan hanya roti! Haha.

MAKAN

Kitorang balik dari snorkeling around pukul 1.30 camtu, lepas settle mandi bilas badan & jemur baju mandi semua, terus pergi cafe Ombak Kapas untuk lunch. Lapar gila weh lepas berendam! Sis terus bagi review overall bab makan lah ye. Makanan dah termasuk dalam pakej tau, konsepnya buffet lah. Memang sedap, boleh diterima tekak selain orang Ganu, portion banyak, pastu kalau ada rezeki kau boleh je nak menambah sebab dia buffet concept, so maybe chef pun ada je masak lebih. Pihak chalet tak kedekut so sis sangat berpuas hati!

Ni Cafe Ombak Kapas. Bagi yg taknak pakej, boleh bayar makanan sendiri. Selalu harga makan kat pulau memang meminta kan? Tapi cafe ni sis tengok harga dia ok je dan mampu milik.


Ada jugak gerai makanan ringan kat depan kedua-dua resort ni. Jagung, waffles, ice blended, burger, keropok lekor, memacam lagi lah. Harga sis bagitau siap-siap; 'standard harga pulau' ye.


Layan kopok lekor & burger jap sementara tunggu nak tengok sunset.

AKTIVITI

Apa je aktiviti yang korang boleh expect kalau trip ke pulau? Ofkos mandi-lepak-makan-mandi kan? Huhu. Yup percutian ke pulau memang sesuai untuk kengkorang yang dah tepu kepala dengan kerja dan hidup penuh kesibukan. Luangkan masa berendam dengan family, have a good quality time with the loves one, enjoy tengok superbbb view, enjoy eating great food. Take a break from the hectic life gituh! Ok apa yang sis boleh share tentang aktiviti kat sini; swimming, snorkeling, tengok sunrise or sunset, memalam boleh tengok or dengar persembahan live band kat situ sambil sesantai atas buaian tepi laut. Tu je lah. Nama pun bercuti 2 hari 1 malam je kan.

Awhhhhh look at the view! Jalan-jalan sikit depan resort tu, terjumpa hidden spot ni. 

Makcik bawang di tepi laut.


PENGINAPAN

Ada 2 jenis bilik/chalet yang boleh dipilih - bilik kipas atau bilik aircond. Rasanya itu je perbezaan bilik. Keluasan, beranda, katil, tandas sama je kot. Bilik tak besar, cukup untuk 2-3 orang saja sebilik. Kebetulan sis dapat bilik chalet yang pintu toilet dia rosak, tak boleh nak tutup. Terpaksa sendal pintu dengan beg bila kitorang tak guna tandas. Huhu. Oh ya, bilik di Ombak Kapas takde tv ya. So memang kitorang balik bilik untuk tidur dan mandi saja. Waktu lain banyak dihabiskan di kawasan luar resort - banyakk kerusi santai disediakan mengadap laut. Dan boleh je bentang kain duduk-duduk lepak sambil borak depan laut tu (make sure waktu cuaca tak panas lah). Setiap bilik ada disediakan pili air depan tangga & penyapu. Mudah nak bersihkan selipar dan kaki bila balik dari laut. Takde lah bilik berpasir sangat. Yang paling best, bilik kitorang dekat dengan cafe tempat makan. Cepat dapat turn nak cedok lauk! HAHAHA. Overall sis bagi 4/5 lah untuk bilik di Ombak Kapas ni.

Tiap chalet ada penyapu gantung luar bilik. Kebersihan resort tanggungjawab bersama. Gituhh!

Pic selepas check out, sementara tunggu bot pickup kami sampai. See you again Kapas Island!

Kesimpulannya, Pulau Kapas memang awesome dan WAJIB pergi sekali seumur hidup! Pasir pantai putih halus bersih, airnya jernih level crystal clear, warna laut cantik berlapis-lapis, ikan pun banyak dan jinak. Satu pengalaman yang memang sis dan suami tak boleh lupakan. Pulau kedua tercantik yang sis pernah pergi setakat ni. Pulau-pulau di Sabah ofkos lah no 1. Cuma kos lah pulakkk kan. So before korang pergi pulau-pulau di negara orang tu, better fikir semula. Banyak lagi pulau-pulau cantik like heaven yang ada di Malaysia yang kita sendiri belum explore lagi. #ProudMalaysian #CutiCutiMalaysia

  • Share:

You Might Also Like

30 comments

  1. Bestnya kalau bawak anak2..mmg main pasir je la keje nya hihi. Eh main ngn ikan skali.. Hihi

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau bwk anak2..main pasir jela keje nya nnti.. Eh, main dgn ikan skali hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang best dan sesuai sangat pulau kapas ni untuk family with kids. Sebab kawasan dia tak luas, dan tak ramai sangat orang macam pulau2 lain..

      Delete
  3. Nak tanya kakak kalau snorkeling macam mana proses nya. Sebab saya ada kawan yang tak tahu berenang jadi dia takut. Dia tak nak pergi snorkeling tapi mahu teman kami saja jadi mahu tanya kalau waktu kak pergi ada orang yang tak turun tinggal kat boat saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X de masalah kpd yg x tau berenang tp pastikn pakai life jacket. Blh je nk ddk atas bot tp peningnya nnt mngalahkn org p snorkeling. Klu dredang tmpt snorkeling agak dlm tp d pulau kapas kawasannya lebih cetek.

      Delete
    2. boleh ja snorkeling walaupun tak pandai berenang..sebab kita akan pakai life jacket, nanti akan terapung dan tak akan tenggelam..kalau dah penat snorkeling, boleh duduk rehat tepi pantai..boleh juga kalau nak duduk saja dalam bot :)

      Delete
  4. assalam sis,si pergi bile yer?waktu tu book online atau call resort tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..saya pergi bulan Mac 2018..saya terus book melalui whatsapp saja..boleh tengok di instagram @ombak_kapas ..ni no tel admin dia +60109091901

      Delete
  5. thanks for your review! insya Allah esok sampai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya allah sorry lambat reply..tak perasan! Huhu..selamat bercuti di Pulau Kapas :)

      Delete
  6. salam akak, sy tengok muka akak tk sunburn teruk, boleh recommend pakai sunblock yg mana satu hehe. sbb saya pernah pakai yg banana color oren tu, still teruk muka burn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Sis guna sunblock dari Biore yg warna biru tu..ada spf 50++++ ..so far alhamdulillah ok dan tak burn sangat muka kalau kat pulau

      Delete
  7. Salam sis, parking kt jeti tu very limited ke? Takot2 pergi time weekend xde parking.

    ReplyDelete
  8. sis sy nak tye klau nak sewa bilik tanpa per head xde ke? mmg kat sane kire per head ke? xde kire hrge satu bilik?

    ReplyDelete
  9. sis sy nak tye klau nak sewa bilik tanpa per head xde ke? mmg kat sane kire per head ke? xde kire hrge satu bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Maaf, sy pun tak pasti tentang harga ikut bilik tu. Maybe sis boleh try survey chalet2 lain di area Pulau Kapas tu jugak. Cuba try google & contact no tel chalet Kapas Coral, bersebelahan chalet Ombak Kapas ni. :)

      Delete
  10. Bulan 10 ni boleh ke g pulau? Air okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya bulan 10, pulau2 kat Malaysia ditutup..sebab musim tengkujuh & angin monsun..tak berani nak ambik risiko utk bercuti ke pulau akhir2 tahun ni..

      Delete
  11. Nak tanye bilik Kat cini x de family room Utk 9 pax?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh book satu villa ni terus jika ramai family..apa2 info lanjut, boleh terus PM owner chalet ni ye..sy sekadar berkongsi review pengalaman sahaja..

      Delete
  12. Salam sis, saya dgn kwn2 akan ke pulau kapas bln mac ni, driving... kat mana kawasan letak kereta utk ke jeti marang tu ye? Berapa sehari? Jauh ke dekat dgn jeti? TQ sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..mesti awak tak baca betul2 ni :) semua ada tulis kat atas tu..perenggan awal2 ada je tulis harga parking semua..jeti tu memang ada sediakan tempat parking kereta di jeti mereka :)

      Delete
  13. Salam sis.. Rm185 tu untuk tambang bot pergi balik dengan harga chet tu skali ke... Kalau ya... Macam mana nak dapat kan pakej tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ya dah termasuk sekali. Boleh google Facebook atau Instagram Ombak Kapas. Saya booking guna whatsapp je.

      Delete
  14. Snorkling tu kalu pergi sendiri kat tepi pantai jer boleh tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye boleh awak. Macam yang saya dah review & tunjukkan gambar kat atas tu :)

      Delete
  15. Salam . Nak tanya . Untuk penginapan lebih worth book skali dengan pakej aktiviti atau asing2 . Contohnya penginapan guna agoda or any hotel apps and aktiviti book bila dah sampai sana . T/kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf, saya tak dapat nak pastikan mana satu cara yang lebih worthy. Sebab saya baru pergi Pulau Kapas ni pun baru sekali saja, so tak dapat nak compare :)

      Delete
  16. Terima kasih. Semoga Puan sekeluarga semakin murah rezekinya. Aamiin.

    ReplyDelete

POPULAR POSTS