BERCUTI ALA GLAMPING DI DUSUN BONDA

By FARAA MUSA - December 19, 2019

Halu korang! Kali ni sis nak kongsikan pengalaman staycation di luar kebiasaan sis. Iaitu, staycation berkonsepkan glamping. Glamping adalah singkatan dan gabungan bagi istilah glamourous camping. Macam mana tu sis? Ala kiranya korang nak merasakan percutian ala camping atau berkhemah, tapi masih mahukan keadaan yang selesa, kemudahan yang lengkap, tidak renyah serta menyusahkan, serta sesuai untuk semua peringkat umur. Haaa, best kan aktiviti glamping ni? Sesuai sangat untuk dijadikan sebagai 'short getaway' mahupun 'short vacay' buat seisi keluarga.

Eksaited kan tengok khemah tu? 


Terus-terang, ini juga merupakan kali pertama sis mencuba percutian singkat gaya glamping ini. Dan, menjadikan Dusun Bonda sebagai destinasi glamping adalah keputusan yang sangat tepat! Nak tahu kenapa? Jom ikuti perkongsian sis berkenaan Dusun Bonda; sebuah glamping site yang dikelilingi kesejukan alam semula jadi serta ketenangan deruan air sungai.


Peaceful & serenity


TENTANG DUSUN BONDA

Mengikut hasil dari perbualan sis bersama Puan Azura (pemilik Dusun Bonda), tempat ini membawa makna yang sangat besar, mendalam dan mempunyai nilai sentimental buat si pemilik. Dusun, bermaksud kebun atau ladang buah-buahan. Manakala Bonda, adalah panggilan pemilik terhadap ibunya, dan Bonda juga merupakan panggilan dari anaknya terhadap dirinya sendiri. Dusun Bonda ini dibangunkan oleh Puan Azura, di atas tanah dusun milik ibu bapanya, menjadi sebuah 'resort' kecil.

Pada asalnya, niat Puan Azura membangunkan Dusun Bonda adalah untuk berkongsi kenangan zaman kanak-kanaknya bersama anak beliau. Sebab itu, tidak hairanlah jika ada pelbagai fasiliti yang kinds-friendly di Dusun Bonda, sambil ditemani aliran air sungai Ulu Tamu yang jernih di tepi tapak glamping ini.


Pool waktu malam

Puan Azura yang pada zaman kanak-kanaknya dibesarkan dengan suasana kampung. Musim buah ibarat pesta yang dinanti-nanti buat mereka sekeluarga. Kenangan menunggu buah gugur dari pokok sambil berehat di pondok kecil diperbuat dari buluh, saat memanjat pokok manggis, rambutan dan pulasan, detik-detik bermandi-manda di dalam sungai sepanjang hari. Brrrr! Ini semua momen-momen indah yang menjadikan zaman kanak-kanak Puan Azura sangat berharga dan manis sekali untuk dikenang.

Malangnya, apabila meningkat dewasa, ke alam pekerjaan seterusnya pabila sudah berkeluarga, beliau sudah sangat jarang singgah ke kebun kerana kesibukan kehidupan di bandar. Mempunyai anak perempuan yang menghidap 'severe eczema', membuatkan anaknya tidak dapat menikmati pelbagai aktiviti outdoor. Anaknya sering terpaksa terperap di dalam rumah, mengadap skrin gajet dan alat permainan sahaja - sama sahaja seperti anak-anak bandar zaman kini yang lain. Tak seronoknya zaman kanak-kanak kini tanpa cabaran seperti zaman kita dulu-dulu, kan?

Sungai is life!

Jadi, Puan Azura bertekad untuk membawa anaknya pergi ke dusun. As a city girl, pada mulanya anak perempuan beliau tidak menggemari suasana hutan sebegitu. Namun lama-kelamaan, anaknya sudah mulai menyesuaikan diri dan suka akan tempat baru! Dengan keadaan eczema anaknya, yang sentiasa memerlukan pengudaraan yang baik, minimal peluh, Puan Azura memikirkan cara bagaimana untuk menjadikan kawasan dusun tersebut lebih lengkap dengan fasiliti dan prasarana yang selesa buat mereka sekeluarga. Maka, terciptalah Dusun Bonda!

Suasana Dusun Bonda yang sentiasa 'ever-green'


LOKASI DUSUN BONDA

Terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa sekitar 45 minit hingga 1 jam sahaja, untuk tiba ke hidden gem destinasi Cuti-Cuti Malaysia ini. Ataupun, korang boleh je Waze "Dusun Bonda". Meskipun terletak di pedalaman dan berdekatan perkampungan orang asli, tetapi jalan raya menuju ke Dusun Bonda berada dalam keadaan baik dan selamat.

Tazzabar nak terjun ke tuh?


TIBA DI DUSUN BONDA

First impression sis waktu mula-mula menjejakkan kaki di Dusun Bonda, WOWW! Itu je yang mampu sis dan suami kumat-kamitkan. Memang tak sangka ada tempat secantik ini kat dalam perkampungan Ulu Tamu ni! Kami berdua memang terpesona dengan keindahan glamping site yang moden dan super lengkap ini, tetapi masih tetap mengekalkan kecantikan alam semula jadi di sekitarnya. Masuk ke kawasan Dusun Bonda pun, sejukkkkkkk je rasa! Terus jatuh cinta kali pertama pada Dusun Bonda.

Here i come!


Studio Villa di Dusun Bonda

Waktu check-in adalah sama seperti kebanyakan hotel-hotel biasa yang lain, iaitu pukul 2 petang. Sebaik sahaja sis dan suami tiba di Dusun Bonda pada pukul 2.20 petang, kami terus pergi ke Rumah Atok terlebih dahulu bagi proses mendaftar masuk. Semua pengunjung dikehendaki datang ke Rumah Atok yang terletak di pintu masuk resort, sebelum pergi ke rumah atau khemah masing-masing.


Cozy ambience


Proses check-in di Dusun Bonda, tidaklah formal seperti di hotel tu yang memerlukan kita untuk beratur dan menunggu bagai. Cukup sekadar memberitahu pada 'atok', nama kita atau nama orang yang melakukan proses booking bersama Puan Azura. Nanti 'atok' akan mengiringi korang ke khemah/rumah, sambil menerangkan serba sedikit tentang kemudahan yang ada di Dusun Bonda ini. Seperti kedudukan tandas, pantry, pintu masuk sungai, tempat BBQ dan sebagainya. Kalau korang nak tahu, 'atok' ni sebenarnya bapa kepada Puan Azura itu sendiri. Mereka sangat humble & baik hati!


Tengoklah air sungai tu. Tenanggg je kan?


BELL TENT GLAM 5B POOLSIDE

Puan Azura yang sangat baik hati, telah memberikan sis dan suami bell tent terbaru di Dusun Bonda iaitu bell tent 5B yang terletak berdekatan dengan kolam buatan yang menggunakan hasil air yang dipam dari sungai mereka sendiri. Nak kata khemah kami terlalu dekat dengan pool pun sampai keluar je khemah boleh terjun pool, tidaklah. Hehe. Tapi ok jugak bell tent 5B ni, privacy! 


Tadaaa! Our crib for toninght.


Info : Kalau korang nak stay di khemah yang betul-betul menghadap pool, sis cadangkan korang booking bell tent 4B poolside kalau tak silap sis. Dan kalau korang nak khemah yang betul-betul dekat dengan sungai, boleh booking bell tent riverside yang bersaiz kecil sedikit berbanding poolside. Ataupun, kalau datang dengan jumlah keluarga yang besar dan ramai, boleh menginap di studio villa. Pun terletak betul-betul depan sungai juga. Apapun, saiz Dusun Bonda ini tidaklah terlalu besar. Jadi kalau menginap di poolside pun, masih dekat je dengan sungai. Hehe.



Photoshoot pun cantik kat sini


<3

Awak cakap apa tadi?

  
Ok kembali pada bell tent 5B poolside kami. Khemahnya sangat besar sehingga mampu memuatkan 3 tilam bersaiz Queen, dan berketinggian 5 kaki. Masih ada ruang untuk duduk, solat, dan berdiri. Dilengkapi dengan 2 kipas berdiri, 1 portable air-cooler / air-conditioning. serta ubat nyamuk eletrik. Setiap khemah pula berbumbungkan atap zinc bagi melindungi khemah dari basah hujan dan terik mentari. So, buatpe camping kalau boleh glamping? Hahaha. Memang sangat selesa, sejuk, dan membahagiakan seisi keluarga.

Tilam queen ada 3 wakk. Pilih lah nak yang mana satu. 


Love of my life.


Nampak kan kipas & portable air-cond tu?

Spacious bell tent.


Tandas pula, terletak di luar khemah masing-masing. Kalau untuk bell tent 5B sis, bilik air betul-betul sebelah khemah je. Private dan tak perlu berkongsi dengan penginap khemah lain. Tandasnya walaupun bersaiz sederhana kecil, tetapi lengkap dengan alatan mandian seperti sabun, syampu, tandas duduk, shower dan water heater gais! Bersih dan kemas pula tu. Memang berkhemah level layanan hotel lah kiranya. Hehe.

Sabun mandi & syampu disediakan

Shower siap water heater okeh

Toilet bersih dan kemas


AKTIVITI DI DUSUN BONDA

Ok sis beritahu awal ya. Di Dusun Bonda memang tidak disediakan WiFi. Internet coverage pula bagi sesetengah telco, memang tiada line. Macam sis pengguna U Mobile, takde line. Suami pengguna Celcom, ada. Tetapi, apalah gunanya jika kita ke tempat yang kaya dengan alam sebegini, tetapi tidak menikmatinya kan? Apa lah salahnya jika kita ambil peluang percutian glamping seperti ini, sebagai sesi menjalinkan hubungan kekeluargaan, bermain dengan anak-anak, meluangkan masa bersama pasangan dan ibu bapa. Tinggalkan sejenak kesibukan kota, dunia sosial media dan telefon bimbit yang telah menguasai kita dalam kehidupan sehari-harian kita selama ini. Keadaan 'kampung' sebegini memaksa kita supaya tidak sentiasa melekat dengan skrin telefon. Keterpaksaan yang baik buat diri kita juga. Betul tak? Kalau nak update pun, tunggu dah selesai percutian dan balik ke rumah, pun boleh update. Detik-detik bersama yang tersayang, kita takkan boleh beli sampai bila-bila.



Internet takde, kita baca buku ok bang?

Let's join us!


Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan di Dusun Bonda adalah; mandi sungai! Yihhhh! Tipulah kalau kita kata, kita tak rindukan suasana sejuk dan damainya air sungai di kampung kan? Lebih-lebih lagi anak-anak generasi modenisasi sekarang ni, kalau kita sebagai ibu bapa tak bawa ke tempat-tempat seperti Dusun Bonda ini, mesti mereka takkan kenal dan tak merasai nikmat alam ini.



Tadaaa!


Pose cliche


Pose meredah sungai


Pose bagi salam tahiyat akhir


Pose cliche jugek

Walaupun sis ada ceritakan bahawa sungai ini terletak berhadapan dengan khemah atau villa, tapi jangan risau. Setiap khemah dan villa ini ada tangga serta pintu masuk ke sungai masing-masing. Pagar kecil itu, ada kuncinya. So, aspek keselamatan masih terjaga. Of course dengan pemantauan dari pihak ibu bapa juga. Bagi penginap di khemah selain riverside, boleh ke turun ke sungai menggunakan pintu di pantry hall. 

Turun je tangga pantry tu, dah sungai. Ada pagar. No worries.


Selain dari mandi sungai, boleh juga mandi kolam buatan yang terletak di sebelah atas Dusun Bonda ini. Sis diberitahu, air kolam ini adalah hasil pam air sungai yang di terletak di bawah tu. So, kalau korang rasa-rasa dah puas berlenjan kat sungai, nak bawa anak-anak kecil mandi pool pun boleh je. Sama je sejuknya. Feeling batu-batu dan pasir sungai je berbeza. Faham, tak semua orang sesuai nak jejaki batu-batu kat sungai tu kan. Selera masing-masing lah ya. Hehe.



Tak sempat snap pic pool waktu siang


Tempat mak-pak tunggu anak selesai mandi pool sampai kecut jari

View pool waktu malam

Kemain ek lampu belit pokok. Lawo

Belanja selfie ke bang

Haaa, ada pun gambar pool waktu siang. Tapi dia seketul je lah. Haha


Selain dari aktiviti mandi-manda, para pengunjung boleh berehat dan bersantai melepaskan lelah badan. Gituhhh. Bukan apa, di Dusun Bonda ni memang sangat banyak tempat bersantai. Ada kerusi berkanopi, ada buaian. Kebanyakan tempat rehat adalah redup dan tenang. Sesambil bersantai, boleh bermain permainan indoor dan berbentuk kekeluargaan seperti Carrom, Sahibba, dan Congkak. Kalau nak bawa permainan tradisional, kad, dan sebagainya dari rumah pun, sangat digalakkan. Bermain gajet dan permainan video sudah terlalu biasa. Apa kata sekali sekala kita dedahkan keluarga dengan permainan 'sebenar'.

Lepas dinner, kitorang layan Sahibba seround

Rindunya main carrom dengan family. Riuh!

Love, Dusun Bonda


Congkak pun hado gais.



Bagi sis dan suami yang sering sibuk dengan pekerjaan di kota raya, glamping di Dusun Bonda ini merupakan peluang kami berdua untuk "we-time" bersama. Peluang untuk berbual panjang, berkongsi cerita dan masalah, dan meluangkan masa betul-betul berdua. So, aktiviti kami berdua, bersantai, berborak sambil mengadap sungai, mandi sungai, makan pun view sungai. Repeat! Hahaha. Memang therapy sangat tau bila dapat hidup tanpa gajet dan internet sekali-sekala camni.


Glamping - my kind of therapy

Bukan selalu dapat minum-minum ngadap sungai.

Finally. We had really deep conversation here. 


Macam honeymoon pulak bila berdua je haa. Selalu beramai dgn family. Hehe.

Oh ya, Dusun Bonda ni memang kids-friendly. So kalau korang nak bawa anak kecil, janganlah risau diorang akan bosan ke apa. Sebab, selain daripada aktiviti mandi-manda di sungai dan pool resort, ada juga beberapa mini playground for kids. Laman Dusun Bonda pun luas. Kompem seronok anak-anak nak bebas berlari. Hehe.

Playground rules.

'Budak' besar pun nak main


Bestkan surrounding Dusun Bonda? Redup je banyak pokok.

Mini playground


AKTIVITI TAMBAHAN

Terdapat beberapa aktiviti tambahan yang boleh dilakukan di kawasan berdekatan dengan Dusun Bonda. Antaranya ialah :

a) Jungle Trekking
Jungle trekking menuju ke air terjun akan dipandu oleh staff Dusun Bonda. Trekking mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke air terjun. Untuk aktiviti ini, bayaran sebanyak RM100 dikenakan untuk return trip, dan mereka menerima maksimum 25 peserta sahaja. Haaa, untuk menyertai aktiviti trekking, haruslah bawa pakaian dan kasut yang bersesuaian ya.

b) Natural Hot Spring
Ada 2 kolam air panas berdekatan sini iaitu; Kolam Air Panas Ulu Tamu (percuma) dan Kolam Air Panas Cholo-cholo milik individu (bayaran masuk RM3). Perjalanan dari Dusun Bonda hanya 3 minit sahaja.

c) Kolam Memancing
Kolam memancing terdekat terletak di Kampung Kuantan iaitu Kolam Memancing Air Tawar D'Kali yang mengambil masa perjalanan 12 minit (4.2 km) dari Dusun Bonda.

d) Genting Highland
Untuk pengetahuan korang, Batang Kali sesuai sebagai transit point untuk ke Genting Highland. Kot kot lah kan, taknak terus memandu direct ke puncak sana. Boleh merancang perjalanan untuk berehat di Dusun Bonda juga. Jarak dari sini ke Genting Highland adalah 20km, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit gitulah.


MAKAN DI DUSUN BONDA

Pakej penginapan telah termasuk sarapan pagi. Antara menu sarapan di Dusun Bonda adalah nasi lemak, kuih muih tradsional, roti bakar, roti pelbagai perisa sapuan dan jem, minuman panas 3 in 1 seperti kopi pra-campuran, dan teh. Sarapan di sini berkonsepkan layan diri. Penginap datang ke Tamu Pantry Hall, dan membuat sarapan seperti roti bakar & membancuh minuman panas sendiri. Nasi Lemak pula, ambil sahaja di dalam bakul. Terpulang mahu makan di kanopi berdekatan khemah atau villa masing-masing, mahupun duduk sahaja di meja Tamu hall itu, menghadap aliran sungai. 

Breakfast menu

Waktu ni sis makan dulu, baru ambik gambar. Sebab tu kuih pun dah hampir habis. Hehe.

Milo, creamer, gula.

Coffee & nescafe instant.


Nasi Lemak bungkus kecik, daun pisang. Ahhh heaven!


Breakfast by the river. Feat muka tak mandi. Hahaha


Untuk makanan tengah hari, korang boleh pilih antara 2 option iaitu; masak atau beli. Warung atau gerai makan berdekatan terletak di Kampung Kuantan (4.1 km dari Dusun Bonda). Boleh juga pekan Bandar Baru Batang Kali (9 km dari Dusun Bonda) untuk mendapatkan pilihan makanan yang lebih banyak. Ataupun, sis cadangkan bawa sahaja makanan 'pot luck' dari rumah jika datang ke sini bersama keluarga. Masak dan makan beramai-ramai, kan lebih meriah! Jika korang menginap di Studio Villa, memang ada private kitchen lengkap peralatan semuanya. Jika korang meninap di bell tents, boleh je masak di dapur umum di hall makan Dusun Bonda. Cumanya, kena beritahu awal-awal supaya staff dapat sediakan. Bagi sis berdua dengan suami, kami dah makan terlebih awal ketika dalam perjalanan ke sini. 


Setiap khemah dilengkapi dengan meja makan berkanopi masing-masing.

Kalau family ramai, nak makan pot luck kat tamu hall ni pun boleh je.


Oh ya, jika korang datang ke sini dalam kuantiti yang ramai, contoh macam nak buat Family Day ke, Family Gathering ke, boleh maklumkan lebih awal pada Puan Azura. Beliau boleh tempahkan katering makan tengah hari dari orang kampung lebih awal. Minimum bilangan orang untuk tempah katering adalah 10 orang kalau tak silap sis.




Tamu hall lengkap meja, kerusi, sinki, pinggan, mangkuk, cawan.

Coway pun ada. Senang siapa ada anak kecik nak buat susu.


Bagi makan malam pula, Dusun Bonda menyediakan Set BBQ Dinner tau. RM25 seorang bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Setiap set didatangkan dengan Nasi Goreng sebagai main course, air kordial 1 jag, kuah sambal kicap dan air asam sebagai pencicah hasil bakar-bakar BBQ, serta buah-buahan sebagai pencuci mulut.


Buah honeydew

Kuah kicap, air asam, cawan, pinggan, sudu, senduk, pun diorang sediakan.

Sebelum gelap pun, staff dah sediakan semua ni atas meja khemah kita.


Untuk lauk pula, pihak resort menyediakan  ayam, ikan Keli (ke Sembilang? sis tak tahu), ikan Cencaru, sepaket sosej ayam, dan jagung untuk dibakar. Semua lauk basah telah siap diperap ye gais. Dapur, BBQ pit, dan arang, pihak pekerja Dusun Bonda yang akan sediakan. Tak payah susah-susah nak bawak pisau ke perkakas BBQ, semuanya disediakan di sini termasuk pinggan, mangkuk, cawan sekali. Kita cuma tinggal panggang dan kipas aje. Hehe. Bagi sis, portion set BBQ ni agak banyak juga. Cukup untuk 1 khemah lah. Bagi khemah 5B sis, cukup untuk 4-6 orang. So, memang sangat berbaloi okeh! Kenyang tersandar kami berdua dibuatnya.


BBQ pit pun staff prepare siap-siap sebelum maghrib.

Butter & minyak untuk bakor-bakor

Semua dah siap marinated. Tinggal panggang je!

Happy food, happy faces.

Bakar-bakar sambil menelan air liur je.

Kalau korang nak sewa BBQ pit sahaja pun, boleh je. Hanya RM15 termasuk arang. Persiapan makanan, korang bawalah dari rumah. Yang ni sesuai kalau korang datang beramai-ramai, dan ada pilihan menu sendiri yang dibawa dari rumah.


HARGA BELL TENT & STUDIO VILLA DI DUSUN BONDA

Terdapat 3 jenis penginapan berbentuk khemah di Dusun Bonda, mengikut view khemah masing-masing iaitu ; Riverside Bell Tent (basic 4metre tent & premium 5metre tent), Hillside Bell Tent (basic 4metre tent & 5metre tent), dan Poolside Premium Bell Tent (5metre tent only). Untuk khemah riverside dan hillside tu, masing-masing ada dua jenis khemah (basic dan premium). Bezanya, adalah saiz dan ketinggian khemah. Manakala penginapan berbentuk rumah, hanya ada satu jenis sahaja iaitu Studio Villa (ada 2 unit di Dusun Bonda).

Harga penginapan adalah berbeza bergantung pada hari yang kita tempah. Ok sis taknak menulis lebih panjang lagi, sebab hakikatnya memang info tentang harga inilah yang paling korang sering tunggu-tunggukan. Betul tak? Hehe. So sis terus tepek info je di bawah ni ya. Korang boleh baca, dan buat pilihan penginapan yang sesuai mengikut keadaan dan jumlah ahli keluarga masing-masing.

Riverside Bell Tent (basic 4metre tent)

Hillside Bell Tent (basic 4metre tent)

Riverside Premium Bell Tent (5metre tent)

Hillside Premium Bell Tent (5metre tent)


Glam Poolside Premium Bell Tent (5metre tent)

Studio Villa (riverside)

Ini antara gambar Studio Villa Dusun Bonda yang sempat sis snap dari luar. Memang best dan sesuai sangat kalau buat family gathering kat sini. Sebab keluar je dari pintu villa, terus sungai wehh! Syok gila!

Pintu tepi Studio Villa


Private garden. Kalau BBQ kat sini pun boleh.

Boleh lepak santai depan villa, sambil mengadap sungai depan ni.


Turun je tangga depan rumah, sungai uolls!


Pintu ke sungai tu boleh kunci, for safety reason.


BERITA BAIK BUAT PENGIKUT & PEMBACA BLOG SIS

Haaa, mesti korang dah tak sabar-sabar nak mencuba pengalaman ber-glamping di Dusun Bonda pula kan? Sis ada tawaran menarik untuk korang semua, yang gigih dan rajin membaca blog sis. Hehe. Sis berkolaborasi bersama pihak Dusun Bonda, dan kami membuat keputusan untuk memberi potongan harga buat korang!




Untuk penginapan pada hari Isnin hingga Khamis, akan mendapat potongan diskaun sebanyak 30%.
Untuk penginapan pada hari Jumaat dan Ahad, akan mendapat potongan diskaun sebanyak 20%.
Manakala untuk penginapan pada hari Sabtu dan Cuti Umum Malaysia, akan mendapat potongan diskaun sebanyak 10%. Promosi ini akan berakhir pada 31 Januari 2020. Sooooo, korang kena cepat-cepat booking awal sekarang jugak! Penempahan boleh dibuat melalui Whatsapp ke +60126633667






Macam mana nak dapatkan harga promo istimewa ini? Jangan lupa gunakan kod promo "FARAAXDB" ketika korang membuat penempahan penginapan di Dusun Bonda tau! Bukan senang, dan bukan selalu untuk kita mendapat peluang harga sebegini. Khas kami berikan buat pengikut dan pembaca www.faraamusa.blogspot.com . Gituhhh!


Kesimpulannya, memang sis dan suami hapyyyyy sangat-sangat lah berpeluang glamping kat Dusun Bonda ni. Hilang segala masalah, serabut kepala, gundah gulanan dalam jiwa. Haha. Thank you so much to Puan Azura, 'atok, and all the workers here. You guys are awesome! Definitely sis will come again with my big happy family, InshaAllah!


Untuk info lanjut, korang boleh kunjungi :

Facebook Dusun Bonda 
Instagram Dusun Bonda
Whatsapp : +6 012 663 3667 (Azura)




  • Share:

You Might Also Like

7 comments


  1. I am happy to find much useful information in the post, writing sequence is awesome, I always look for quality content, thanks for sharing

    Kalipur Beach in Diglipur

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing! Very useful information! May I know how's the weather like there? Would it be cold at night? Am thinking what clothes to bring..

    ReplyDelete

POPULAR POSTS