[UMRAH TRIP] : TIPS UMRAH MUSIM SEJUK

By FARAA MUSA - March 02, 2018

Basically musim sejuk dah start bulan Oktober, dan berakhir pada bulan Januari, dan mungkin kekadang akan drag ke bulan Februari sikit. Depends pada tempoh perubahan cuaca tahunan terebut. Dan seperti yang kita semua tahu, kemuncak musim sejuk adalah pada bulan Disember/Januari. Keadaan winter di tanah Arab takde lah sehebat winter bersalji di negara-negara omputih tu. Tapi, bab angin mereka yang kuat menderu sampai menusuk tulang, memang perlukan persediaan untuk kita hadapi. Lebih-lebih lagi orang Melayu bertubuh halus-mulus macam kita ni. Sekali angin tanah Arab bertiup, boleh haru-biru menangis woo!

So sis nak share beberapa tips atau info sebagai persediaan buat korang yang nak menunaikan Umrah Musim Sejuk :)

1. TIPS PAKAIAN UMRAH

(a) Bawa pakaian tebal secukupnya.

Suhu di Madinah lebih sejuk berbanding di Makkah, lebih-lebih lagi bila waktu Subuh dan malam. Dari pengalaman sis dan family, kitorang beli set inner dan legging "heat-tech" untuk dipakai di dalam jubah. Boleh beli dari Uniqlo. Dan ada juga bawa sweater sederhana tebal sebagai persediaan. Bukan sweater tebal bulu-bulu tu tau. Itu kalau nak pergi main salji boleh lah. Huhuhu. Lagi satu, stokin jangan lupa. Bawalah stokin yang tebal sikit, sebab di sana memang kita banyak berjalan. Kalau bawa stokin nipis, takut cepat koyak dan tak tahan kesejukan lantai masjid nanti.


Jangan tersilap pilih antara singlet & inner long sleeve ye. Heat-tech series ni ada macam-macam :)



Abaikan muka double chin dan lengan sado sis tu. Biasalah org pempuan, kena pakai berlapis-lapis.
Both of us wearing light sweater from Uniqlo.

(b) Tidak bawa pakaian yang berlebihan.

Ini khas untuk kaum wanita lah ye. Bukan apa; kita orang pempuan ni suka bebenor risau dan fikir "takut tak cukup". Hehe. Kuantiti nak bawak berapa banyak tu, takde lah mesti spesifik. Tapi ni cadangan sis based on experience lah ye.

Telekung, better bawak 2 helai. Satu dipakai di Makkah, satu lagi untuk di Madinah. Bab tudung pula, sis bawa dalam 4 helai saja untuk tempoh 12 hari umrah tu. 2 helai tudung sarung, 2 helai shawl yang ironless. Jadi sebaiknya pakaian dan jubah pun bawa yang ironless. Atau bawa jubah hitam, senang kedut pun tak nampak. Senang gitu. Kat sana tak sempat nak memikir bab iron, baju berkedut berpetak bergaris bagai ni.



Sis biasa solat & umrah pun pakai je tudung. Jarang pakai telekung. Guna telekung sehelai saja sepanjang umrah.


Bab jubah pula, sis packing 1 hari, 1 helai jubah. Tak termasuk hari nak balik ke Malaysia. Sebab sis suka pakai jubah yang dibeli dari sana dah siap otter terus, naik flight balik. Tapi terpulanglah pada selera dan citarasa memasing. Kalau nak bawak lebih sikit pun boleh. Sebab kat sana ada dobi. Tapi tinggal sedia duit je lah. Rate terbaru yang sis pergi ni, sehelai baju di cas SR5.

Shawl dan jubah tak ber-iron don't care. Btw, pakcik belakang sempat eh photobomb.

(c) Kasut yang bersesuaian

Seeloknya bawalah sandal atau kasut bertutup bagi orang perempuan. Orang lelaki tak kisah kalau diorang pakai selipar pun. Tak perlu yang mahal, asalkan keselesaan kaki terjamin sebab kat sana memang kita akan banyak berjalan mengikuti ziarah. 

--Settle bab pakaian. Next!

2. TIPS SKINCARE UMRAH

(a) Moisturiser & Sunblock

Pergi semasa musim sejuk, mahupun musim panas, keadaan di tanah Arab memang membuatkan muka kita jadi kering dan kusam. Wajib bawa pelembap atau moisturiser, lebih-lebih lagi kalau kulit korang jenis sensitif dan tak tahan sejuk. Kalau tak, nanti muka jadi merekah dan menggelupas. Tak kisah lah nak bawak pelembap brand apa sekalipun, asalkan serasi dengan kulit korang memasing. Macam sis, tak pakai pelembap jenis cream. Sebab nanti rasa macam membazir pulak bila kita nak ambik wudhuk banyak kali, moituriser cream tu perlu berlalu begitu saja. Sis gunakan face oil setiap kali nak keluar dari hotel. Terus meresap ke dalam kulit, takde lekit-lekit bila nak renew wudhuk. Waktu malam pulak, sis lumur aloe vera gel tebal-tebal kat muka dan jadikan sleeping mask gitu. 

Watsons water spray tu bawak 3 botol. 1 letak kat hotel, 1 sentiasa dalam bagpack spray bila muka kering,
1 lagi extra spare senang nak berwudhuk malas nak gi toilet sebab jauh.


Nampak macam cahaya matahari tu terik kan? But trust me, angin kat situ sejukkkkk.
Husband acah-acah kool je tu. Padahal pose peluk tubuh sambil selit tangan dalam sweater :P


Walaupun kat sana macam kita tak nampak matahari sebab musim sejuk kan. Tapi sunblock atau sunscreen tetappppp wajib pakai di mana saja anda berada. Lagi satu, pelembap bibir pun jangan lupa ya!

3. TIPS UMRAH MUSIM SEJUK (LAIN-LAIN)

(a) Ubat-ubatan

Prepare ubat-ubatan siap-siap dari Malaysia. Sedikan ubat yang kita biasa ambil dalam keadaan penyakit tertentu. Contoh macam ubat demam, selsema, sakit tekak, batuk, gastrik, cirit-birit etc. Bukan kita nak mendoakan kita dapat semua penyakit-penyakit tu, tapi sebagai persediaan di masa mendatang. Plus, kos ubatan di farmasi Arab sangat tinggi dan mahal tau. Walaupun klinik dan rawatan percuma di sana, tapi ubat tetap perlu dibeli dari farmasi.

Antara ubat yang kitorang bawak. Packed dalam 1 pouch khas.


Eh, jangan lupa ubat sapu panas tau! Sebab memang diperlukan nak urut-urut pinggang, betis, kaki, bila dah balik hotel nanti. Sis bawak losyen mustajab, terus habis satu tiub dikerjakan kami laki bini! HAHAHA. Kalau bawa koyok pun bagus juga dan sangat reliable.

(b) Beg bekas kasut/selipar

Ni benda biasa yang akan dipesan oleh pihak travel agent. Dan selalunya akan diberi percuma pada semua jemaah. Nampak benda ni simple dan kecil, tapi sangat diperlukan. Sebab kat sana kerja kita memang keluar masuk masjid je. Takde benda lain nak fikir.

(c) Gunting kecil

Pastikan bawa gunting kecil sendiri, untuk digunakan ketika bertahallul nanti. Kalau setiap orang dalam keluarga bawak pun takpe. Asalkan at least, sekurang-kurangnya setiap pasangan ada 1 gunting kecil letak dalam beg sandang. Kalau tak bawak, alamatnya kenalah bayar cas kat pak arab yang sedia menanti di bukit Marwah tu untuk cari upah guntingkan rambut kita. Kalau orang lelaki senanglah jugak. Tapi kalau kita ni orang perempuan macam mana? Takkan nak tunjuk rambut kat pak arab tu pulak kan? Terpaksalah menunggu jemaah-jemaah perempuan lain tiba yang mungkin ada gunting.

(d) Sejadah 

Ya Allah ini serius penting semasa di Makkah. Sebab selama ni pergi umrah yang lepas-lepas, memang sis jenis tak kisah nak bawak sejadah pun. Tapi bila pergi umrah musim sejuk ni, memang WAJIB ada sejadah atau apa-apa kain pun nak buat alas duduk dan alas sujud sebab lantai masjid sejuk yakmat! Lebih-lebih lagi sis dan ibu suka solat di ruang bumbung atas masjid. Memang sejuk gila-gila lah sebab tu ruang terbuka, angin kompem-kompem la kuat kat atas tu. Bukan taknak solat di tingkat bawah, cumanya waktu kami pergi tu banyak perubahan dan contsruction dilakukan. So, effect dia pada ruang solat wanita menjadi semakin sikit dan kecil. Jadi kita pun naiklah ke tingkat rooftop Masjidil Haram. Di sini bawalah sejadah besar ya, sebagai alas nak duduk atas lantai masjid tu sekali. Kita nak duduk di dalam masjid tu bukan sekejap-sekejap. Biasanya akan terus tunggu 2-3 waktu solat terus.

Sejuk-sejuk kat rooftop, kitorang tetap suka solat & lepak atas ni.
Sebab dapat tengok view paling indah dalam dunia ni lah!


Di Madinah jangan risau, sebab ruang solat berkarpet bagi wanita sangat luas. Tapi kalau korang jenis sensitif terhadap bulu-bulu karpet, boleh je bawa mini sejadah buat alas muka ketika bersujud.

Karpet merah di Masjid Nabawi, Madinah.


So, itu saja untuk entry kali ini. Semoga bermanfaat buat korang yang berniat untuk tunaikan umrah. Bagi yang belum mampu, takpe. Janji pasang niat dalam hati, usaha dan doa bebanyak supaya Allah menjemput ke Haramain. Sis doakan semoga korang dapat umrah yang mabrur!





  • Share:

You Might Also Like

60 comments

  1. ttips yang sangat bermanafaat sekali. Mudahan smpai nanti. aamin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen ya Rabb..saya doakan kita semua akan sampai ke sana :)

      Delete
    2. Tq...good sharing...i shaallah dipermudahkan

      Delete
  2. terima kasih atas tip2 yg sgt berguna,,insyaAllah turn sy feb 2019 semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih..semoga segala urusan umrah awak dipermudahkan :)

      Delete
  3. Replies
    1. Akhir bulan disember hingga pertengahan januari..

      Delete
  4. Parents sy pun Insha Allah pergi Disember ni.. risau cuaca sana musim sejuk masa tu. Hopefully dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..kita hanya mampu merancang & bersedia apa yg patut..semoga urusan dipermudahkan :)

      Delete
  5. Salam sis..Spray water watson tu mmg boleh buat utk berwuduk terus ke.. Kiranya tak payah beli botol spray lain utk isi air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..kalau tengok ingredients dia, memang 100% air je semua tu..so, yes. Tapi saya ada jgk prepare extra sebotol air paip..in case apa2 ke kan. Lagipun cuaca lembap kering..so memang selalu guna water spray utk spray muka :)

      Delete
  6. Waalaikumsalam...tips yang sangat membantu..doakan semoga dipermudahkan.... bakal menjadi tetamu Allah pada 28 November ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tahniah..semoga semua urusan awak dipermudahkan Allah :)

      Delete
  7. Terima kasih untuk info-info di atas,mudah-mudahan ada rezeki untuk saya InsyaAllah..teringin nak belajar blogging juga sebenarnya😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..InshaAllah saya doakan kita semua berpeluang menjadi tetamu Allah..short tips for blogging; just start writing! nanti eventually your blog will be better day by day :)

      Delete
  8. Allahu.. dah dekat seminggu dok fikir2 apa nak packing utk mengerjakan umrah bulan 12 nnti ; musim sejuk. Tergerak hati google (few days ni survey2 kat IG je). Terbca post sis yg sgt2 membantu. Alhamdullillah thank you sis. Doakan perjalanan ibadah kami suami isteri dipermudahkan ya. Amin. YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tak dapat banyak, harap sedikit pun cukup lah post saya ni dapat membantu awak. semoga segala urusan umrah awak & suami dipermudahkan. umrah maqbulah inshaAllah :)

      Delete
  9. Alhamdulillah. Jazaakillahu khairan. Tips-tips nya amat bermenfaat dan amat membantu. InShaAllah diberkati Allah S.W.T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ameen. Terima kasih sudi membaca :)

      Delete
  10. Tqvm for sharing your experience..moga Allah merahmati Puan..Insyaa Allah sy & suami akan ke tanah suci pertengahan Dec ini

    ReplyDelete
  11. Tqvm for sharing your experience..moga Allah merahmati Puan..Insyaa Allah sy & suami akan ke tanah suci pertengahan Dec ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..Alhamdulillah, terima kasih mendoakan saya..semoga dipermudahkan segala urusan & mendapat umrah maqbulah inshaAllah buat puan dan suami.

      Delete
  12. Alhamdulillah...terima kasih atas info yang sangat bermanfaat. Doakan kami dipermudahkan Umrah disember ini, in sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..semoga dipermudahkan urusan & mendapat umrah maqbulah..

      Delete
  13. Terima kasih atas perkongsian ni..doakan semoga urusan umrah saya dipermudahkan..aminn

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian puan. Doakan perjalanan kami sekeluarga bersama-sama anak kecil dipermudahkanNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ameen, semoga mendapat umrah maqbulah :)

      Delete
  15. TQ for sharing... Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian..cuma nak tanya..gunting tu boleh bawa naik kapal terbang ke..atau beli kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lah..kekadang hal ni ikut nasib..sebab parents sy bawak, tak kena pape..sy bawak, kena rampas..boleh je cuba bawak, tp susun himpit2 lah dengan kain baju ke..cuba usaha je dulu. :)

      Delete
  17. Tqvm puan.. Tips yg Sgt mbantu utk sy sediakan khas utk ibu sy yg akan ke blepas 12dec ni

    ReplyDelete
  18. Terima kasih. Sangat membantu. In Sha Allah doakan saya nak pergi umrah bulan 2 tahun depan .In Sha Allah .Saya dari Mesir nak ke umrah melalui Jordan.

    ReplyDelete
  19. terima kasih bnyk2....tips yg sgt berguna dan mudah difahami.....inysyaAllah saya dan keluarga akan ke sana tahun depan....mudah2an...

    ReplyDelete
  20. Slm sis, terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat untuk saya yang masih lagi blur2 untuk menyediakan kelengkapan umrah ni. Panik pon ada mcm yang sis ckp la org pompuan ni tkt sgt bj xckp la ape laa. Cuma nk tanya sis jubah ngn sweater tu bole kan pakai yang berwarna selain hitam dan putih atau ada corak bunga2? telekung perlu bawak ngn kain sekali tak? Tq sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Jubah & sweater tu boleh je warna selain hitam or putih or bercorak..tak kisah pun, sebab kat sana lagi macam2 jenis orang dgn bermacam2 pakaian yg awak akan jumpa..hehe..bab telekung & kain tu, terpulang. tapi saya memang tak bawak. sebab selalu solat & buat umrah pakai telekung & stokin sahaja. senang nak bergerak :)

      Delete
  21. Assalamualaikum Puan. Saya nak bertanya. Puan ada tulis yang bila kita beli jubah kat sana, diorang boleh alter terus eh? Contohnya kalau labuh sangat diorang potong? Boleh tolong suggest nama kedai tak? Di Mekah atau Madinah ye? Sebab sebelum ni tanya ramai orang tapi masing masing cakap tak jumpa tempat alter pakaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..ya, saya beli jubah di sana, dan terus alter (potong labuh). Beli dan bayar waktu tu selepas zohor ke asar (sy pun tak berapa ingat). dan ambil jubah dah siap alter tu lepas isyak otw balik dari masjid nabawi, madinah. Saya tak ingat pula nama kedai tu. Tapi dia macam satu plaza/bangunan kecil yang ada banyak2 kedai dalam tu. Kedai jubah saya tu di tingkat 2..plaza tu terletak satu lorong dengan pintu masuk masjid utk wanita..jalan straight je dari pintu masjid ke hotel..

      Delete
  22. Tima kasih for sharing. Saya blurr lagi nk pack apa utk umrah ni. Tp kesimpulan yg saya dpt, bawak telekung 2 helai je ye. Selainnya solat & ziarah hanya dgn tudung labuh, jubah & stoking. Ye x? Hihi...

    ReplyDelete
  23. Syukran di atas perkongsian yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  24. Jazakallah sis, terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan umrahnya :)

      Delete
  25. Very helpful tips thanks for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan umrahnya :)

      Delete
  26. Alhamdulillah...tips ni at least dapat guide kami, anak2 & ibu saya yg insyaallah akan megerjakan umrah bln 12 ni...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan umrahnya :)

      Delete
  27. Assalamualaikum sis.. Terima kasih kongsikan tip2 yg bagus ni.. Moga Allah memberi pahala pada sis n family.. Insha Allah sy dan family akan menunaikan umrah pada bulan December ni.. Doaksn Moga Allah permudahkan urusan kami di sana dan mendapat umrah maqbulah.. Aamiin.. Sis nak tya baju sejuk tu yg biasa2 ye

    ReplyDelete
  28. Moga dimudahkan urusan Kita semua.

    ReplyDelete
  29. Tips yang sangat membantu..insyaAllah saya akan menunaikan umrah hujung November ni..terima kasih..

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  31. Even as a native I have benefit from this post full of special information. Suppose to see all in Sudia after numerous news Ramadan Umrah Packages

    ReplyDelete
  32. Navigating Umrah during the winter season requires special considerations. How Build Strategy These 2018 tips offer invaluable insights. Layered clothing, comfortable footwear, and staying hydrated are key.

    ReplyDelete
  33. Going on Umrah during the winter season can be a unique and spiritually fulfilling experience. The cooler weather often makes the journey more comfortable. Stay warm and enjoy your spiritual journey

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum. Thank you for sharing the tips ya. Insyaallah me and hubby will be going in Jan'24.

    ReplyDelete
  35. Wow, your Umrah trip in the winter sounds amazing! Thanks for sharing these tips. It's so helpful to know how to prepare for the cold weather during such a special journey.

    ReplyDelete

POPULAR POSTS