[FOOD REVIEW] : MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

By FARAA MUSA - April 23, 2018

Seperti yang kita semua tahu, Melaka memang negeri yang terrrrrrrsangatlah famous amos dengan pelbagai tempat pelancongan menarik & tempat makan yang superbbb dan viral! So kali ni sis nak citer pasal tempat khas buat kengkorang yang sukakan buah mangga; iaitu Mango Float Royale. Bukan style mangga beshe-beshe tau. Kat sini ada jus mangga float with ice-cream dan pulut mangga. Basically, dia memang watak utama lah kat sini.



Patutlah barisan cepat je sampai depan. Sebab menu dia satu tu je.
Simple, takyah garu kepala nak pilih menu apa kat kaunter.

TAPI! Bukan minuman je yang ada dijual kat situ. Ada beberapa food stall jugak sekeliling kaunter air tu. Antaranya; Pak Din Nasi Kukus, Churros Time, Denderam Bonda, Keropok Lekor + Cendawan Goreng Tepung Garing, Western Food (meatballs, pasta, mashed potato, etc), Putu Piring, Apam Balik Nestum, Mi Rojak. Haaaaa banyak kan? Bukan sekadar berhenti minum je, tapi dapat isi perut sekali kat itu uolss.


Kat stall churros ni memang ramai jugak yang beratur. Katanya famous, sebab franchise dari obersea

Boleh lah stalk ig dia : @churrostime

Selama ni sis panggil kuih jenderam. Kenapa baru tau pasal denderam ni? Ahhh asalkan jangan berdendam sudahh

Nak ajet-ajet western pun bolehhh kat sini


REVIEW & RATING

Haritu sis takde lah order semua makanan kat situ. So sis cuma boleh share review tentang benda yang sis makan saja ok! Which is; mango float with ice-cream, apam balik nestum, keropok lekor topping cendawan goreng tepung, dan pulut mangga. Tu pun dah mencungap hakak nak menghabiskan tau. HAHA

Penuh ssampai nak melimpah uolss!
Untuk mango float kat sini, korang bukan dapat air mangga je tau, tapi dapat ketulan-ketulan buah mangga sekali dalam minuman tu. Memang puas dan demam dek mangga je lah! Rasa jus tu memang sedap dan asli dari buah, takde rasa manis sangat macam orang kat pasar malam letak air gula tu. Plus, minum pulak dengan aiskrim vanilla Wall's punya. Time tu pulak tengah cuaca panas mencanak, dan hampir ketibas di bawah khemah. Memang perghhhhhhhhhh! Sejuk terus satu badan bak ada aircond dalam baju sis. HAHA. So untuk mango float royale, sis bagi 4.5/5 bintang!



Awhhhh my babies come to mama meh!

Bagai melimpah ke ladang gandum (nestum), tapi jagung seketul.

Sis memang aim makanan-makanan ringan je (macam apam balik ni lah),sebab dah makan siap-siap kat rumah mertua sebelum gerak balik KL. 5 keping, harga RM3. Korang rasa, ok ke, mahal? Apam balik ni bukan yang versi tebal yang banyak jual kat tepi jalan tu tau. Ni jenis apam balik nipis. Memang febret sis makanan yang halus-halus, nipis-nipis, ringan-ringan ni. (Cuma badan je tak jugak halus-nipis-ringan lagi. HAHAHA). Kulit nipis dan crispy, I like! Cuma isi dalam apam balik tu je bagi sis, kureng. Sebab jagung hanya seketul dua. Maybe dia memang saja taknak letak banyak sebab taknak manis sangat kot. Yelah, sebab dalam apam balik tu dah ada taburan nestum kan. Tapi malangnya, bagi sis apam balik tu tetap manis! Tak tau lah nestum yang manis, atau dia tertumpah gula dalam apam balik tu. Hmm. So, untuk apam balik nestum, sis bagi 2/5 bintang!



Tudiaa penuh topping cendawan, sampai tak nampak dah kopok lekor bawah tu

Yang ni febret suami sis. Dia hantu keropok lekor, dan hantu cendawan goreng tepung. Sesuai sangatlah dengan menu ni kan. Lekor topping with cendawan goreng tepung. Well, siapa je tak suka makan kudap-kudap bergoreng camni kan. Huhu. Cendawan tu serius garing! Cuma masin sikit je. Keropok lekor pulak, rasa keropok lekor lah kan. Nak komen macam mana lagi. Overall, okay okay je. Sesuai untuk orang yang taknak makan berat macam nasi/mi/pasta, tapi still boleh kenyang. Sebab portion dia banyak kot. Untuk menu ni, sis bagi 3.5/5 bintang!


Tak dan makan pulut mangha kat situ sebab dah kenyang bebenor. Tapau je bawak balik KL

Last but not least, pulut mangga. RM5 sebekas. Tak kedekut buah & santan. Pulut pun lemak masin top top meletop sangat! Cuma sebab sis dah letak dalam fridge bila sampai rumah. So rasa dia dah tak fresh sangat esoknya tu. Dan pulut jadi keras sikit. #MyFault Overall sis bagi 4/5 bintang untuk pulut mangga ni!


LOKASI & WAKTU OPERASI

Gerai Mango Float Royale ni betul-betul terletak di pintu gerbang Kampung Sungai Putat. Ada lah dalam 10-15 minit je dari bandar Ayer Keroh. Ala korang waze je Mango Float Royale kompem keluar punya lah. Dibuka setiap hari. Isnin hingga Sabtu : 11 pagi-6 petang, 8.30 malam-11 malam. Ahad : 11 pagi-6 petang.

Rasa macam comel pulak nama kampung Putat ni

Nampak panjang, tapi sekejap je. Macam biasa, suami beratur isteri nangkap gambor. Hiks.

Overall bagi sis, yang sesuai datang sini orang dewasa je kot. Sebab meja makan yang disediakan agak terhad, dan suasana agak panas sebab meja rapat-rapat. Plus, ada meja yang terletak bawah kanopi saja. Kalau bawak baby atau anak kecil, memang tak sempatlah nak menjamu apa-apa pun diorang dah merengek. Huhu. Oh ya, kalau korang datang hujung minggu atau waktu puncak, memang line beratur agak panjang. Tapi still tak boleh lawan panjangnya barisan coconut shake Klebang, atau kuih keria antarabangsa Haji Limbongan. Mungkin tempat ni belum cukup viral kot. :)

Boss tersenyum lebar sebab febret buah dia mangga. 


  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalamualaikum cik faraa, nama saya nik kamal, saya tengah mencari food reviewer untuk cafe kami yang terletak di seri iskandar, perak. Boleh saya tahu apa prosedur untuk menjemput cik ke cafe kami untuk food review? Atau cik boleh hubungi saya.. email : thesnusnu@gmail.com

    ReplyDelete

POPULAR POSTS