Soalan paling popular yang sis selalu dapat bila setiap kali travel : "Macam mana nak dapat tiket flight murah?" Ye lahhh, siapa yang taknak bercuti tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak yedak? Kengkadang orang Melayu kita selalu fikir negatif pasal travel. Membazir lah, mahal lah, susah lah, leceh lah, dan macam-macam lagi. Padahal, kalau kita tahu cara yang betul untuk travel sambil menjimatkan duit, kompem setiap minggu 'mulut-mulut bawang' yang pesimis pasal kaki travel tu lah, yang akan pergi melancong sana sini tiap minggu! Hahaha.
TIPS MEMBELI TIKET FLIGHT MURAH
1) Tetapkan destinasi yang ingin dituju lebih awal.
Memang perkara yang namanya murah dan lebih menjimatkan, mesti akan berkait dengan perkataan 'lebih awal'. Sebab kalau korang gagal merancang, bermakna korang sedang merancang kegagalan. Agituhh! Apa yang sis selalu buat adalah, catatkan senarai tempat-tempat yang sis berminat (dan mampu) untuk explore dalam tempoh masa terdekat. Dan bila cakap tempoh terdekat tu, bermaksud tempoh setahun terus ya. Ya, sis sejenis kaki perancang awal sebegitu. Huhuhu.
Buat travel wishlist atau target list negara-negara idaman korang lah kekdahnya. Kenapa kena buat list ni semua awal-awal? Firstly, sebab tiket flight boleh dibeli awal setahun sebelum dari tarikh kita pergi. Dan harga tiket yang dibeli lebih awal ni, memang terrrrrsangatlah jauh berbeza lebih murah dari tiket yang korang beli lewat atau on the spot. Secondly, sebab bila kita dah ada list destinasi idaman ni, lebih mudah dan cepat je urusan booking tiket flight ketika promosi Air Asia Free Seats nanti. Yang kita tahu, waktu promosi camni lah trafik laman web sangat padat dan lembab. So, tak payah nak fikir-fikir lagi time tu. Rembat je terus!
2) Buat perbandingan harga normal tiket dengan harga ketika promosi.
Sama seperti point pertama tadi. Plan awal, survey awal. Buat ticket hunting. Pergi ke laman-laman web penerbangan yang korang prefer, dan check harga tiket flight yang terkini (semasa). Catat dalam buku kalau korang sejenis pelupa macam sis. Supaya next time bila ada promosi, korang tau jurang perbezaan harga yang ditawarkan. Barulah boleh tahu berbaloi ke idok, murah ke idok, pembelian tiket flight korang time promosi tu.
3) Elakkan tarikh-tarikh flight pada waktu puncak, cuti umum, cuti sekolah atau musim perayaan.
Bagi korang yang bekerja di sektor swata mahupun kerajaan, boleh lah merancang percutian dengan TIDAK memilih tarikh-tarikh waktu puncak ni. Sebab kebanyakan tiket penerbangan pada tarikh tersebut agak mahal berbanding hari biasa yang lain. Kengkadang tu, mahal sampai 3 kali ganda beb!
Tapi bagi korang yang bekerja sebagai guru, nampaknya memang tak boleh buat apa lah. Sebab guru memang tidak dibenarkan memohon cuti (untuk melancong) selain dari cuti sekolah. So, cikgu-cikgu hadap je lah kos percutian yang lebih mahal sikit dari orang biasa. Huhu. TAPI! Still boleh dijimatkan, kalau cikgu pandai memburu tiket ketika promosi dan juga lebih awal. Takwim persekolahan kan dapat awal? Plan lah awal :)
4) Subscribe newsletter daripada syarikat penerbangan.
Untuk menjadi subscriber / yang melanggan newsletter daripada mana-mana airlines, haruslah korang daftar dulu sebagai member ataupun log in di laman web mereka. Selain daripada korang akan dapat iklan-iklan marketing yang membosankan di email, subscriber juga akan jadi antara orang terawal yang akan mendapat tahu tentang tawaran atau promosi tiket flight yang bakal berlansung. Apa-apa, keep updated!
5) Like & Follow laman sosial syarikat penerbangan
Selain daripada menjadi subcriber syarikat airlines, korang juga boleh like & follow laman sosial mereka untuk update terkini. Contohnya seperti Facebook Page, Twitter, serta Instagram. Selain itu, dapat juga inspirasi tentang destinasi seterusnya yang korang boleh pergi melalui sosial media mereka.
6) Pembayaran menggunakan debit card / online banking.
Membuat penempahan dan pembayaran tiket menggunakan kad kredit, memang memudahkan kita sebab tak perlu mendahukukan duit sendiri. Tetapi, perlu diingat, kad kredit mempunyai caj tambahan, dan caj perkhidmatan.Kalau sekadar belasan atau puluhan takpe juga. Tapi kalau melibatkan caj sehingga beratus-ratus? Kan merugikan tu. So, selagi boleh elakkan, kita elak. Gunakan debit card atau online banking untuk lebih penjimatan.
7) Gunakan pelbagai laman web carian penerbangan yang lain.
Selain daripada pergi direct ke website rasmi syarikat penerbangan seperti Air Asia, MAS, atau Malindo Air, korang boleh mencari tiket flight murah melalui laman web Skyscanner, Cheap Flights, KAYAK dan banyakkk lagi platform carian berkaitan travel, flight dan hotel. Apa yang menarik adalah, laman-laman web ini membolehkan korang membuat perbandingan harga, jarak, serta masa penerbangan yang lebih terperinci dan tepat.
8) Travel secara berkumpulan
Macam yang kita semua tahu, bila travel secara berkumpulan ni, memang banyakkk penjimatan dapat kita lakukan. Terutama dari segi kos pengangkutan dan penginapan.Macam di laman web Air Asia sendiri, turut ada ruangan khas yang perlu diklik jika anda ingin membuat penempahan tiket secara berkumpulan (minimum 9-10 orang), bagi mendapatkan potongan harga. Kalau susah-susah sangat nak book sendiri tiket flight, boleh je join ikut pakej private travel guide yang dah ramai orang buat sekarang ni. Semakin ramai ahli kumpulan anda, semakin murah harga yang perlu dibayar. Automatik, semua kos percutian akan menjadi lebih murah dan jimat. :)
Selamat mencuba!
2 comments
I read this article. I think You put a lot of effort to create this article. I appreciate your work. bitcoin widget
ReplyDeleteYuk Coba Keberuntunganmu Setiap Hari... Join Disini Sekarang Kumpulan Berbagai Macam Permainan Taruhan Online Terbaik di Indonesia, Kunjungi Website Kami Di Klik Disini dan Dapatkan Bonus Terbaru 8X 9X 10X win klik disini untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda dan Bonus Berlimpah.
ReplyDelete