[KOREA] : TIPS KE KOREA TANPA TOUR GUIDE

By FARAA MUSA - July 13, 2018

Kali kedua menjejakkan kaki di Seoul


TARGET BAJET

1. Ini perkara pertama sekali kita wajib buat, sebelum travel ke mana-mana hatta dalam Malaysia sahaja pun. Sebab target bajet kita ni yang menentukan nak pergi bila? Naik transport apa? Nak pergi tempat mana je? Nak menginap di mana? Dan macam-macam lagi persoalan yang menentukan arah tuju trip kita.

Apa-apa trip,, utamakan tiket flight dulu

2. Untuk #SeoulSisterTrip haritu, anggaran kasarnya sis letak target bajet RM2,500. RM1,500 untuk tiket flight pergi balik KL-Incheon-KL dan penginapan di hotel 5hari 4 malam. Baki RM1,000 pula khas untuk bajet makan, tambang public transport, dan shopping sepanjang di Seoul. Tapi terkucil juga rasanya, sebab rambang mata pulak time shopping. Hahaha.

3. Kalau nak lebih bajet, boleh senaraikan dulu tempat-tempat pelancongan yang tak perlukan bayaran kemasukan (tarikan free).

Gyeongbokgung Palace ada hari tertentu yang free
Nak tau tips lebih bab-bab tempat free or jimat ni, boleh ikuti travelog & itinerary #SeoulSisterTrip di SINI :)

4. Cara yang palinggggg berkesan dapat menjimatkan bajet travel adalah persiapan awal. Awal check harga ticket flight, awal check jadual kerja untuk apply cuti, dan awal book tiket flight. Hipotesis dia senang je; semakin cepat kita book flight ticket, semakin murah harga yang kita dapat. Nak lebih jimat, boleh book penginapan sekali dengan flight terus melalui Air Asia Go. 

CUACA & MUSIM

5. Berbalik pada point di atas tadi; bajet trip kita juga dipengaruhi oleh musim bila kita pergi. Di Korea ada 4 musim untuk kita pilih. Sama ada nak pergi ketika musim bunga, musim luruh, musim panas atau musim sejuk. Setiap musim ada kelebihan dan kecantikan masing-masing, terpulang pada bajet poket kita nak pergi musim apa. Tapi apa yang pasti, kemuncak musim bunga (April) adalah peak season. Di mana kebanyakan harga flight & penginapan mencanak tinggi ya.

Nampak tak payung tu? Walaupun sis pergi masa tu musim panas, tapi ada jugak hujan.
Dan angin sejuk pun  banyak je bertiup. Tak panas macam Malaysia.

6. Selain daripada tujuan untuk menyelamatkan bajet poket, kita juga perlu check ramalan kaji cuaca lebih awal sebagai persediaan barang-barang yang perlu dibawa (terutama pakaian). Bagi memudahkan proses packing bagasi. Jika pergi pada musim panas, cukuplah sekadar membawa pakaian yang nipis, ringan dan selesa.

PENGANGKUTAN AWAM

7. Sebelum korang fikir nak naik apa-apa public transport, sebaik saja sampai di airport atau mana-mana subway station pertama korang, perlu beli kad T-money dan topup terlebih dahulu. Kegunaan dia macam kad Touch n Go jugak. Semua public transport even teksi dan bas pun gunakan T-money sebagai tambang.

Beli dan topup T-money secara layan diri ya.

8. Pengangkutan awam atau public transport di Korea sangat efisien, pantas, kondusif dan cekap juga. Jadi tak perlu risau jika sesat atau ketinggalan. Antara public transport yang boleh kita gunakan ketika di Korea adalah subway (train), bas dan teksi.

Korea & Japan, orangnya berdisiplin. Jangan lupa beratur untuk naik train.

Mauk train, semua macam robot. Tertunduk di depan gajet.

9. Dah namanya naik subway dan bas, so memang perlu banyak berjalan kaki untuk ke station (subway/bus) dan mungkin juga bertukar line (subway/bus). Tapi jangan risau, download saja apps Naver Map, atau Maps, atau Subway di Google Playstore atau App Store. Insha-Allah tak akan sesat sebab semua details tentang nama station, nombor bas, nama jalan, dan route hingga tiba ke destinasi.

Nak cari restoran pun boleh.

10. Kalau nak naik teksi, takde station tertentu. Cuma perlu tahan teksi tepi jalan je. Tapi tengok keadaan jalan jugak lah ya. Pastikan ada tempat lapang sikit untuk teksi kita berhenti ke tepi jalan. Cara dia, pastikan tahan teksi yang ada tulisan merah atas kereta tu. Maksudnya teksi tu unoccupied (tiada penumpang). Ataupun boleh je tahan je terus teksi yang sedang turunkan penumpang dia kat situ. So kira korang ambik alih lah turn pulak. So far sis naik teksi kat Seoul ni, tak jumpa lagi teksi yang tolak customer. (Tak macam kat negara kita, kalau penumpang nak pergi dekat-dekat je, atau nak pergi tempat yang kompem sesak, kan ada je driver taxi yang taknak kan?)

Naik teksi, keselamatan terjamin. Ada cctv di cermin depan driver.

11. Nak mudah, naik teksi warna oren kerana ianya menggunakan konsep tambang per meter. Basic tambang teksi bermula dari 3,000 Won. Naik je kereta, terus start counting from 3,000 Won. Tambang boleh bayar sama ada secara tunai atau gunakan T-money. Kalau korang travel berdua dan ke atas, agak berbaloi juga kalau naik teksi sebab boleh tong-tong. Depends pada jarak destinasi, dan kadar kepenatan kaki. Huhu.

PENGINAPAN

12. Bab ni juga, berbalik pada topik berapa bajet trip yang korang mahukan? Ada pelbagai pilihan penginapan dengan tawaran harga yang berbeza. Perlu diingatkan, kemudahan dan keselesaan yang diterima juga berbeza. Pilih sama ada nak guesthouse, hostel, atau hotel.

Hotel sis di Myeongdong

13. Bajet penginapan bergantung pada kawasan di Seoul. Kebiasaannya orang Malaysia kita suka menginap di 3 tempat ni iaitu; Itaewon, Dongdaemun & Myeongdong. Semua tempat ada kelebihan dan kekurangan memasing.

Keselesaan tempat penginapan, menentukan mood travel kita. Kan?
Nak jimat, book hotel + flight sekaligus di Air Asia Go (Dah berapa kali pulak sis promote ni. Macam ambasador Air Asia Go pulek). More info tentang review hotel kami di Myeongdong tu, boleh baca di SINI.

14. Itaewon ada banyakkkkkk tempat makan halal, tapi takde tempat shopping best. Dongdaemun ada beberapa tempat makan halal, dan tempat shopping agak murah juga di sini. Tapi barangan pakaian dan aksesori lah murah. Skincare tak banyak. Myeongdong sesuai untuk orang yang memang target ke Korea nak shopping skincare. Sebab dia kawasan bandar yang sibuk, padat dan lubuk butik-butik skincare Korea. Kalau stay di Myeongdong, mudah untuk akses ke mana-mana bandar Seoul. Banyak kedai makan dan kedai serbaneka, tapi kedai makanan halal kurang. Tapi semuanya boleh dirancang dan diselit dalam itinerary (at least dalam sehari, ada juga akan singgah makan berat di kedai halal di mana-mana).

INTERNET / WIFI

15. Internet terrrrsangatlah penting bagi korang yang nak ke Korea tanpa tour guide. Sebab semua gadget yang mempunyai apps melibatkan peta dan route trip, perlu digunakan sentiasa. Boleh je kalau nak beli simcard yang ada mobile data di airport.

16. Tapi sis cadangkan korang sewa je pocket wifi sendiri dari Travel Recommends. Pocket wifi ni rechargeable, dan cukup privacy khas untuk kegunaan korang dan travel mate. Boleh share-share duit sewa pocket wifi, jimat! Kadar sewa pocket wifi ni depends pada berapa hari korang nak guna. So apa-apa boleh tengok di website Travel Recommends . Diorang selalu buat promo murah-murah. Contoh: 2 hari internet percuma di Korea & Jepun. So memang boleh jimat banyakkkk sangat. Macam sis pergi Seoul haritu, bayar RM245. RM200 tu deposit, boleh dapatkan semula waktu korang pulangkan pocket Wifi tu. Kesimpulannya total hanya RM45 untuk internet sepanjang 5 hari kitorang di #SeoulSisterTrip haritu. Wow! Pocket wifi tu boleh pick up dan dipulangkan di kedai Travel Recommends di KLIA 2.

Pocket wifi sewa dari Travel Recommends

MAKANAN

17. Makanan halal di Korea dah banyak dah sekarang, dan mudah didapati. Kebanyakan restoran halal terletak di Itaewon. Tapi ada juga di daerah-daerah lain seperti Myeongdong, Gangnam, Dongdaemun. Cuma tak sebanyak di Itaewon.


Nasi Goreng Kampung pun ada kat Korea ok!

Korean Crispy Fried Chicken halal!

18. Tapi boleh je kalau nak prepare makanan-makanan ringan buat alas perut sebelum memulakan trip setiap hari. Sis cadangkan korang bawak lah roti ke, sardine tuna ke, sambal kering ikan bilis ke, ataupun nak mudah beli je Brahim's instant travel food. Tinggal panaskan dalam microwave je sebelum makan. In case hostel or hostel korang takde microwave, boleh rendam je food packet tu.

Brahim's Ready To Eat Meals sesuai untuk travel


SHOPPING

19. Tempat shopping terbaik di Seoul so far di Myeongdong & Dongdaemun. Dan yang best nya, kebanyakan kedai shopping mereka di sini, mengenakan tax free untuk pelancong. Boleh dikatakan jimat juga lah. Sebab beberapa harga barangan di sini dah lah murah berbanding Malaysia, lepas tu ada potongan tax lagi bila bayar di kaunter.




20. Untuk berbelanja di Korea, korang boleh je guna ATM/debit card sendiri. Asalkan jangan lupa activate dari Malaysia. Cuma perlu call bank, dan bagitahu nak activate penggunaan semasa di luar negara nanti. Other than that, macam biasa, boleh guna credit card dan juga tukar je duit cash sebagai simpanan in case ada berlaku sebarang masalah yang hanya menerima duit cash Won.

Cash Won  yang dirindui (sebab dah habis)


EXTRA TIPS

21. Ketika trip ke Seoul haritu, sis telah menempah AREX express train dari airport Incheon direct terus ke Seoul Station siap-siap dari Malaysia melalui laman web KLOOK. Memang memudahkan dan mempercepatkan perjalanan, kerana AREX express train hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja untuk sampai ke bandar Seoul. Tak perlu susah payah nak cari teksi atau bas di airport Incheon untuk ke destinasi. Dengan nak angkut bagasi yang berat lagi kan.


Express train yang sangat selesa dan moden

22. Yang lebih best, KLOOK  https://www.klook.com/ ) juga ada menawarkan perkhidmatan baggage delivery direct ke hotel penginapan! Tapi kena pastikan hotel yang kita booking tu, ada tersenarai dalam senarai hotel baggage delivery service lah ya. Yang ni pun boleh book & bayar awal-awal dari Malaysia. Bagasi kita hanya perlu diletakkan di kaunter AREX, dan boleh terus pergi berjalan tanpa perlu risau. Balik dari jenjalan, boleh terus check in hotel sebab bagasi dah sedia ada sampai di hotel. Tak payah nak tarik ke hulu hilir bawa bagasi, tak perlu nak sewa locker pun untuk letakkan bagasi sementara kita berjalan, tak perlu nak patah balik ke station tempat locker yang kita sewa pun setelah penat berjalan. Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit! #TipsJimatTravel

Harga ikut saiz bagasi


Kesimpulannya, tak mustahil dan tak susah pun untuk melancong ke Korea TANPA TOUR GUIDE. Sebab zaman sekarang dah ada pelbagai kemudahan disediakan dan asbab perkembangan teknologi juga. Selemat bercuti ke Korea! :)

  • Share:

You Might Also Like

40 comments

  1. syoknya tengok..kita kalau takde orang guide macam blur je..hahaa..seronok jalan-jalan negara orang ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sekali sekala kak nadia..mula2 rasa takut jugak nak redah sendiri..berbulan2 jugak buat research sebelum travel..huhu

      Delete
  2. hai sis..agak2 duit untuk buah tangan tu..ckup tk klau bawa around 300 or 400 ratus

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai! erm, depends awak pergi korea berapa hari? dan kalau jenis bukan kaki shopping buah tangan, macam sis tak beli apa2 pun buah tangan..haha..shopping untuk skincare diri sendiri je, dan duit makan. huhu

      Delete
  3. assalamualaikum. nk tanya laa. yg t money tuh beli satu kad boleh guna sorang ke atau berapa org pun takpe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..setiap sorang kena ada satu..dia macam kad touch n go kita juga..kalau nak naik train ktm or lrt kat malaysia ni, setiap orang scan kad touch n go masing2 :)

      Delete
    2. ooo faham faham. pastu sis saya ade few question nk tye. boleh tau tak? sebab first time nk travel ke oversea. takot skit. sbab plan nk pegi sndri tnpa bayar tour guide,
      1) time balek lepas checkout hotel nk ke airporst sis naik ape yee. bus atau arex? then tiket dia tuh sis beli siap2 sebelum datang atau die ade kaunter ke ape ke untuk beli?
      2) apps ape yang paling mudah untuk digunakan kat sana untuk memudahkan kita nk tau kita perlu ke station ape, naik ape, line berapa, exit berapa untuk kesatu satu tempat. boleh explain tak.
      btw,terima kasih sgt2 yee untuk feedback dari sis. :)

      Delete
  4. 1) Balik pun guna arex. Book awal2 dari website Klook. Tapi before kitorang naik train arex dari Seoul station tu, kitorang jalan2 dulu. Check out awal sikit. Beg pula diuruskan oleh pihak hotel and baggage delivery terus ke airport (ada kaunter utk tuntut beg nanti kat sana). So pergi jalan2 takyah bawak beg ke sana sini. :)

    2) Kitorang guna apps Naver maps. Tapi kalau apps Maps saja pun dah ok kot. Cuma pilih option sebagai pejalan kaki or naik train. Nanti keluar semua direction.

    Apa2 nak tanya, DM je instagram sis pun boleh. Sebab lebih selalu online kat sana. @faraamusa :)

    ReplyDelete
  5. Salam area Mana yg best untuk shopping beg,jaket dan tempat best beli barangan merchandise 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf, xtau kalau nak shopping beg n jaket tu kat mana..sebab saya selalu beli kincare dan barang kosmetik je kat Korea..untuk pakaian, skirt, dan blouse pempuan, better beli di kawasan univerity kalau nak jimat..sbb kedai2 situ banyak harga student. Tapi kalau di Myeongdong & Dongdaemun Market pun ada juga.

      Delete
    2. Sis nk tanya asplikasi Asia go tu kan ada byk,sis dowload asplikasi Asia go yang mana klau boleh thu??

      Delete
  6. salam sis, nak tanya pasal makanan yg boleh dibawa ke korea..sebab saya pergi satu famili dgn anak2, so cadang nak bawa bnyak2 instant food Brahim's tu or makanan dlm tin spt sardin & tuna..untok kurangkn kos/bajet makan..ada peraturan baru ke tak boleh bawa makann dari luar masuk ke korea.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya pernah bawa maggi, brahims, tuna ayam brand, sambal bilis cik nor. So far alhamdulillah tak kena tahan. Rasanya, ok je kot :)

      Delete
  7. Assalam fara, hotel apa u stay kat korea ye...dan brp harga semalam ye.tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. PJ Myeondong Hotel.. Ni sy ada tulis review tentang hotel tu... https://faraamusa.blogspot.com/2018/07/hotel-review-pj-hotel-myeongdong-korea.html?m=1

      Delete
  8. awak..ada no fon tak?kita nk gi korea next year xde tour guide, banyak nak tanya ni...kalau awak sudi awak hantar email kt kita ye.nnadiajusoh93@gmail.com..

    ReplyDelete
  9. salam sis, bajet sy dlm rm2500... agak2 cukup x kalau pergi just jalan2 and x shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arh sama lh pertanyaan kite.. Tumpang wall ye.. Hehe.. Than

      Delete
    2. wsalam. cukup inshaAllah. tapi kena asingkan siap2 duit utk transport ok. takde duit nak shopping takpe lagi, daripada tak cukup duit utk gerak ke mana2 kat sana :)

      Delete
  10. Saya baru balik dari Korea... Memaaang Best👍👍

    ReplyDelete
  11. The tips you discuss and share are very interesting and very fun, I like reading your other experiences too. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. theapartmentsumalas.com

    ReplyDelete
  12. The tips you discuss and share are very interesting and very fun, I like reading your other experiences too. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. theapartmentsumalas.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much for your kind words & positive comment. Truly appreciate it! :)

      Delete
  13. hai,saya nak tanya kalu bawak makanan instant mcm brahmin tu kena tahan imigresen tak? sbb ada baca yg tk blh bwk processed food and kena tick declare dkt declaration form. please reply me & thank you. your blog sgt menarik ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, so far dah 2x saya ke seoul, tak kena tahan pula bawak brahim. Sorry saya dah tak ingat point2 yg ada dalam borang declaration SOuth Korea. Tapi kalau ada bab ingredients Brahim yg tersenarai dalam borang declaration tu, memang kita kena declare no matter what. As long as kita bercakap benar, inshaAllah takde pape masalah. Kalau kena tahan pun, just tunjukkan je lah instant food yg kita bawak tu. Saya sentiasa percaya pada rezeki. Kalau tak kena tahan pape, alhamdulillah. Kalau kena tahan tu, i am okay dan anggap je takde rezeki. Lagipun, saya tak bawak banyak sangat pun makanan dari Malaysia. Tak terlalu bergantung pada makanan, sebab kat Korea tak susah pun bab makanan halal :)

      Delete
  14. Saya plan nak pergi seorang.. Ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je. As long as awak dah well prepared, buat homework dan research dengan betul sebelum pergi. :)

      Delete
  15. salam.. maaf, nak tanya... untuk pengangkutan seperti subway/train or bus.. charge untuk kanak2 sama or ada half price? tqia

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Hi Salam kenal. Terima kasih di atas perkongsian melancong ke Korea tanpa travel agent.

    Jemput datang & follow blog saya ya. Saya juga berkongsi tips-tips melancong ke Korea.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Fara, sangat membantu pada semua yang Tak pernah ke Seoul, plan nak kesana bersama keluarga possible during Raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..alhamdulillah, seronok sy dapat membantu awak dan family melalui penulisan blog..selamat melancong ke Seoul..bestnya raya ala ala kpop la nanti..haha..have fun & stay safe! :)

      Delete
  19. cerita tips ke korea tanpa tour guide nya lengkap banget kak, bisa menjadi panduan lengkap ke korea buat banyak orang. Terima kasih sudah berbagi informasinya.

    ReplyDelete
  20. Salam Faraa,
    Nak tanya sesuai dak pi Nami Island musim panas? Piss :)

    ReplyDelete
  21. hai sis, nak tanya biasanya berapa minimum duit malaysia nak tuka ke won untuk belanja cash di sana ???

    ReplyDelete
  22. "Want to know the latest news from the K-Pop world? Keep up with news about your favorite idols' comebacks, concerts, and lives here!" let's visit our website https://annyeongchingu.jimdosite.com/

    ReplyDelete
  23. "Get in-depth investigative reports on major issues in Korea by subscribing to our news." let's visit our website here https://annyeongchingu.jimdosite.com/

    ReplyDelete
  24. "K-Pop and K-Drama fans? Don't miss exclusive news about your favorite idols and actors!" let's visit our website here https://annyeongchingu.jimdosite.com/

    ReplyDelete

POPULAR POSTS