Last weekend sis telah menyertai day trip ke Singapore bersama RAINI Travel. Tak perlu susah payah booking flight dan tak perlu keluarkan bajet yang tinggi untuk hotel pun. Cuma tinggal angkat kaki, masuk bas yang serba selesa, rileks and enjoy the trip. Hanya RM135 seorang, untuk merasai pengalaman seharian pusing-pusing Singapore! Korang cuma perlu ada passport, dan bawa duit untuk makan tengah hari di sana dan duit belanja untuk beli ole-ole. Serius murah dan berbaloi-baloi sangat tau. (Nanti sis buat post khas tentang review servis RAINI Travel)
So entri kali ini sis akan kongsikan; satu hari di Singapore, korang dapat pergi mana je? Let's get started!
(1) MERLION PARK
Kat sini ada dua jenis merlion. Satu; baby merlion. Satu lagi; mak merlion. HAHA. Sis tak tau ok. Sis cuma dengar apa yang tour guide Singapore tu sampaikan saja. Yang penting, orang memang terrrrrrlalu ramai kat situ. So, korang kena bersabar untuk bergambar tanpa sebarang gangguan photo bomb. Tapi disebabkan sis tak peduli dan sejenis tak kisah, lantaklah kau aku tetap nak bergambar. Yelah, tempat pelancongan kan. Kalau nak tunggu orang takde, bila masa pulak?
(2) ESPLANADE THEATRE
Di sekitar Merlion Park ni ada beberapa attraction lain yang dapat dilihat jugak iaitu; Esplanade Theatre & Marina Bay Sands. Satu tempat, settle 2,3 attractions. Best kan?
Basically Esplanade ni adalah sebuah dewan teater gergasi yang menjadi pusat aktiviti pertunjukan kesenian, kebudayaan, konsert, orkestra dan sebagainya. Yang menariknya adalah, bentuknya yang unik menyerupai buah durian (berduri-duri) dari luar! Tapi versi durian yang canggih lerrr.
(3) BUGIS STREET
Tempat yang paling digemari oleh golongan wanita atau memakciks, ofkos lah Bugis Street. Tempat untuk pelancong membeli-belah souvenir atau ole-ole sepuas hati sebab di sini terdapat banyak pilihan barangan dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain!
Bugis Street ni boleh dikatakan ala ala Petaling Street di Malaysia yang meriah itu. Pelbagai produk dijual mengikut bahagian jenis produk. Antaranya lorong makanan (street food), lorong t-shirt dan pakaian, kedai yang menjual keychain & firdge magnet, serta bermacam-macam lagi ole-ole memikat hati. Pendek kata kalau mak-mak datang sini, kompem rambang mata!
(4) MASJID SULTAN
Selepas berhempas-pulas bershopping, kita akan singgah untuk solat Zohor di Masjid Sultan. Sebagai atanra masjid tertua di Singapore, reka bentuk masjidnya memang sumpah cantik gila-gila, elegan dan klasik! Tak berkedip mata sis tengok waktu mula-mula sampai kat depan masjid tu. Rakan travel yang non-muslim pun turut terpegun dan memuji keindahan Masjid Sultan.
Tapi sayang, waktu kami tiba di masjid itu, waktu melawat bagi golongan non-muslim telah ditutup bagi memberi laluan untuk jemaah muslim solat Zohor. Jadi, Sienny Yong my travel buddy hanya pusing-pusing masjid melihat dari luar.
I personally think that travel is a great method or way for us to learn about others religion and culture. Travel juga salah satu medium dakwah what, kan? Betapa ramai non-muslim dapat mempelajari keindahan Islam secara depan mata bila mereka mengembara. Sangat jauh berbeza imej Islam yang sebenar rupanya berbanding yang dipaparkan melalui propaganda media.
In fact, Sienny dan sis sempat berbincang tentang waktu solat seorang muslim. "U boleh sembahyang tengah hari pukul berapa? Sampai pukul berapa? Semua muslim kena ikut tempoh waktu sembahyang itu ke?". "Ohh baru saya faham..u solat macam ikut jadual rupanya. Ikut disiplin lah." :) #CariHikmahSambilTravel gitukannn hashtag seorang ustajah Faraa. HAHA.
(5) KAMPONG GLAM
Ok actually ianya bukanlah seperti kampung-desa di Malaysia. Dah namanya pun 'glam' uollss. Haruslah bangunan-bangunan dan deretan kedai kat situ glam meletups! Kampong Glam adalah nama kawasan di sekitar hadapan Masjid Sultan. Dah selesai solat, boleh jenjalan Kampong Glam pulak. Or vice versa. Macam biasa, konsep travel kita #SambilMenyelamMinumAir, pergi satu tempat dapat settle 2 attractions! Sis sukaaaaa sebab jimat masa dan tenaga. :)
Yang penting, kat sini banyakkk tempat cantik untuk OOTD. Dinding-dinding rumah kedainya pun dihiasi dengan mural berwarna-warni. Tapi sedihnya, sis tak berpeluang langsung untuk berselfie mahupun ber-OOTD di sini. Sebab waktu kitorang sampai tu hujan dah mula turun rintik-rintik. Lensa kamera pun basah. Nampaknya, memang sis kena repeat day trip Singapore lagi ni. Tapi next time kompemmm kaut encik suami sekali! #InstagramHusband
Memandangkan tak dapat nak melilau-lilau bergambar di luar sangat, sis dan Sienny ambil keputusan untuk masuk ke dalam restoran dan isi perut yang menggigil kelaparan. HAHA.
(6) PULAU SENTOSA
Pernah dengar tentang Universal Studios Singapore (USS)? Haaa itu lah salah satu tarikan yang ada di Pulau Sentosa. Untuk masuk ke dalam USS memerlukan bayaran tiket yang agak tinggi, dan kalau nak bebetul nak pergi USS memang kena sampai kat situ waktu seawal pagi yang boleh. Sebab terlalu luas dan bermacam permainan untuk dimain (dan beratur panjang untuk main setiap game).
Aquarium di Pulau Sentosa, masuk free jer |
(7) GARDENS BY THE BAY
Waktu sis pergi tu, Garden Rhapsody Light Show bertemakan filem Star Wars. Lagilahhhh syok habis sebab sis memang minat filem tu! Show ini ada 2 kali saja setiap malam iaitu pukul 7.45 malam dan 8.45 malam. Memang tour guide kena pandai set timing, supaya semua peserta dapat tempat duduk yang selesa dan spot paling cantik untuk mengambil gambar. Jangan risau, serahkan je semua pada #RAINITravel . Diorang expert.
Bagi sis, memang sesuai sangat RAINI Travel susun aktiviti dan tempat ini sebagai slot yang terakhir. Sebab badan dah penat seharian berjalan macam zombie. So, kita akhiri trip dengan sajian pertunjukan yang santai dan indah sebagai memori. Bila nak balik Malaysia pun, pasti tersengih simpul aje. HUHU.
--------
Okay itu saja perkongsian sis tentang tempat-tempat menarik yang dapat dijejaki dalam masa satu hari di Singapore. Siapa kata nak bercuti memerlukan masa yang panjang? Dan siapa kata percutian ke luar negara itu mahal dan memerlukan bajet yang tinggi? Semoga post sis kali ni bermanfaat untuk kengkorang yang berminat nak ke Singapore. Jom explore Singapore bersama #RAINITravel!
Instagram : @rainitravel
Facebook : RAINI Travel
Whatsapp admin : 016-7744594
7 comments
I've only been to 2 places je from this list. Think that I should go back to Singapore and explore it properly :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteYeahh connfirm kena repeat! Hehe..saya pun nak repeat pergi lagi Singapore :)
DeleteWoah! Teacer is so fast updating..hahaha..byk betul tempat Fara & Sienny berjalan...Sally silap pakai baju tuuu...panas gila sampai sesak dada...takleh jalan banyak :(
ReplyDeleteEntah tetiba semangat pulak teacher blogging. Memalam PRU ni idea mencurah pulakk. Takpe, next time Sally boleh repeat lagi. Fara pun nak pergi lagiiiii :)
Delete
ReplyDeleteASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )
LAKE TOBA TOUR 05 DAYS – 04 NIGHT
02 SAMOSIR ISLAND, 01 NIGHT BERASTAGI, 01 NIGHT MEDAN
MARKET : MALAYSIA
ITINERARY : PRIVATE TOUR
DAY 1 : MEDAN – PARAPAT – SAMOSIR ISLAND
Arrival at Kualanamu International Airport will be welcomed by Tour Guide/Driver. After meeting services drive to Parapat via Pematang Siantar. Enroute you will enjoy a nice view with palm and cocoa estates. Stop over at Paten Shop for relax and shopping local snacks. Lunch will served in restaurant . Arrive in Parapat by ferry /boat transfer to Samosir Island. Check in at botel and dinner will be servet at resturant or hotel.
DAY 2 : SAMOSIR ISLAND TOUR
Breakfast in hotel. In the morning by boat charter cruise to Samosir Isalnd to visit Tomok village to see the ancient tomb of King Sidabutar and Ambarita traditional village. Shopping Tours. Lunch will be served in restaurant. Afternoon free program and enjoy the Lake Toba. Dinner at restaurant.
DAY 3 : SAMOSIR – PARAPAT - BERASTAGI
Breakfast at hotel. By boat /ferry transfer to Parapat. Leave Parapat for Berastagi through marjarunjung valley. Enjoy ginger tea and fried bananas (personal expenses). Stop at Sipiso Piso waterfall to see this magnificent 110 metres tall waterfall drops from Karo highland with back ground the view of Lake Toba. Proceed to Berastagi and arrival in Berastagi visit the central fruit market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check in at hotel. Dinner at restaurant
DAY 4 : BERASTAGI – MEDAN
Breakfast at hotel. Drive to Medan via Sembahe the windy road and enjoy a nice view from Puncak Sibolangit. Arrive in Medan to visit Maimun Palace to see the Palace of the Sultan of Deli which was established on 1888 and Grand mosque at Jalan Mesjid Raya. Lunch in restaurant. Shopping Tour. Check an hotel and Dinner at restaurant. Free program
DAY 5 : HOTEL – AIRPORT
Breakfast at hotel. Free program until time transfer to Kualanamu International Airport for return flight. Tour End.
SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER
BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TAX NO : 36 555 970 7 122 000
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
• DRIVER
• PATROL
• EKSIDENT INSURANCE
• GOVERNMENT TAX
Cantik gambar-gambar yang Cik tangkap kat Singapore ni. Thank you sudi berkongsi itinerari.
ReplyDeleteRegards,
Hadi