[TERENGGANU] : 5 TEMPAT WAJIB PERGI DI KUALA TERENGGANU

By FARAA MUSA - April 19, 2018

Negeri Terengganu memang popular dengan pulau-pulaunya yang jernih kebiruan, terpelihara, dan cantik yakmat! Baru-baru ni sis berpeluang bercuti di Pulau Kapas yang lebih kecil berbanding pulau-pulau lain di Terengganu. Walaupun pulau kecil, pun susah nak move on ok! *kalau tak baca lagi, boleh klik sini

Tapi untuk post kali ni sis nak share tempat-tempat yang best di Terengganu, selain pulau. Ready? Jom baca 5 TEMPAT WAJIB PERGI DI KUALA TERENGGANU.

We love KT! <3


(1) PASAR PAYANG

Haaa, siapa je yang tak pernah dengar nama Pasar Payang kalau ke Terengganu, kan? Ibarat Pasar Siti Kadijah di Kelantan, dan KLCC di Kuala Lumpur. Selagi tak singgah, maksudnya tak sah lah trip Ganu korang! Huhu. Bukan pasar beshe-beshe tau. Ada bermacam-macam benda ada dijual kat sini. Dari barang basah, ke barang kering, cenderamata ole-ole, pakaian, barang emas, makanan, dan juga pakaian. Gaya dah macam GoShop, tapi bukan. HAHA.

Bahagian basement Pasar Payang untuk barangan 'basah'

Sis rasa Pasar Payang ni ada 2 tingkat saja. Tingkat bawah sekali ada menjual barangan lauk basah, kedai emas dan juga makanan seperti keropok ikan, manisan dan pelbagai kuih-muih. Tapi pendapat sis, kalau nak beli keropok lekor untuk dibawa pulang, better korang tak beli di sini dulu. Sebab ada pelbagai pilihan yang lebih banyak dan fresh, boleh dibeli di kedai-kedai khas membuat dan menjual keropok lekor saja. Nanti sis kongsikan di bawah.

Telor penyu, anyone?

Bangsa manis-manisan

Bangsa keropok-keropokan

Bangsa kuih-muihan



Di tingkat atas pula, khas untuk barangan kering seperti baju, pakaian berasaskan batik, barangan cenderamata seperti keychain & fridge magnet.

Ganu printed shirt. Cantik molek belaka. Murah pulak tu!

Bangsa kain pasang batik & cotton

Bangsa baju kelawor. Terus sis buat stok baju tido setahun HAHA.

Pilih kak jangan tak pilih!
Walaupun Pasar Payang takde aircond dan tak segah shopping mall, mata tetappp rambang ok! Bermacam pilihan memikat hati. Pandai betul memakcik ni berniaga uolss. Silap-silap ada GST diorang ni tau. HAHA

Part 'Jangan mahal sangat' tu sis like sangat!

(2) PANTAI TELUK KETAPANG

Akibat pergi makan celup tepung dulu, pergi ke pantai pun dah nak sunset. Apo yang nampak?

Buat yang sukakan pantai tapi tak punyai banyak masa untuk ke pulau, boleh lah singgah ke Pantai Teluk Ketapang yang terletak hanya lebih kurang 20 minit saja dari  bandar Kuala Terengganu. Pantai Teluk Ketapang ni bersebelahan dengan airport Sultan Mahmud. Lokasi pantai yang tak kurang cantik birunya, luas dan berangin, dihiasi dengan beberapa buaian gantung. Memang sesuai sangat dijadikan spot OOTD uolss!

Cepattt dah nak maghrib ni bang! I takut duduk laut waktu camni

Ada jugak deretan warung-warung celup tepung di tepi jalan Pantai Teluk Ketapang. Orang Ganu panggil shortform je - ICT (ikan celup tepung). Dalam Waze pun ado. HAHA. Tapi sis nak warning awal-awal lah ya. Kalau korang nak makan bermacam-macam jenis seafood celup tepung, bersantai sambil minum air kelapa, dan layan angin pantai bertiup, WAJIB datang awal! Kalau tak, rosak mood sebab kena beratur panjang. Lelebih lagi kalau peak season or school holiday.

Beraturrrr panjang, meja makan pun kena cecepat cop.

Penat lelah beratur terus hilang bila dah nampak semua ni depan mata. Sedap gila gila gila lah.


(3) MASJID KRISTAL & TAMAN TAMADUN ISLAM

Kedua-dua tempat ni sebelah-menyebelah je, so boleh tapau sekali serentak. Setakat sis ber-travel keliling Malaysia ni, antara negeri yang ada masjid-masjid cantik bereka bentuk klasik tradisional adalah Melaka, Pulau Pinang, dan Terengganu.  Masjid-masjid di Terengganu ni kebanyakannya berwarna putih dan bertema klasik tradisional sangat! Sis like!

First time sampai Masjid Kristal, Subhanallah cantik!

Berbeza dengan Masjid Kristal yang lebih berkonsep moden dan unik. Dibina dan dirasmikan pada tahun 2008, ianya menelan kos jutaan ringgit dan hanya menggunakan bahan besi keluli, kaca dan kristal sahaja. Masjid Kristal adalah masjid pintar pertama di Malaysia. (baca : smart masjid). Masuk ofkos adalah percuma.


Masjid Kristal ada cruise jugak tau. Tapi ni bukan jetinya. Ni jalan nak ke TTI :)

Nampak payung sebelah tu? Cuaca panas nak mams weh.

Ok next Taman Tamadun Islam (TTI), masuk berbayar ya. Ianya adalah satu taman yang mengumpulkan mini monumen-monumen Islam yang terkenal dan bersejarah dari serata dunia. Contohnya monumen Masjid Biru Istanbul, Masjidil Haram Makkah, Masjid Kubbatus Sakhra' Palestin, Taj Mahal dan pelbagai lagi.

Suleyman (Blue) Mosque, Turki.

Taj Mahal, India.


Dome Of The Rock, Palestin.


Dalam Dome Of The Rock. Serius cantikkk sangat. Palestine will be ours, inshaAllah.

Masjid Al-Haram, Saudi Arabia.

Kul Sharif Mosque, Rusia.

Total kesemua monumen yang ada di Taman Tamadun Islam ni ada 22 buah, dari 21 buah negara di seluruh benua Asia, Eropah dan Afrika. Info menarik tentang monumen-monumen ni adalah, ianya memang dibina sebijik sebijan macam bangunan sebenar tau! TTI dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.

Di kawasan luar Masjid Kristal & TTI, ada disediakan foodtruck.

Harga tiket taman monumen & aktiviti.

Untuk pelancong yang tiada kenderaan sendiri, boleh ke TTI menaiki bas Tourism Terengganu :)


Tetengahari buta, kitorang naik tram je keliling taman tu. Tak kuasa nak berlenjan!

Bagi can sis berangan kengkonon pro photographer


(4) DAPO PATA UPTOWN

Ok yang ni serius port atau tempat baru buat orang muda di Kuala Terengganu. Dapo Pata Uptown ni terletak berhampiran Pantai Tok Jembal, dan mula dibuka pada pukul 5 petang hingga 2 pagi setiap hari. Apa yang menarik, di sini mereka menggunakan kontena untuk dijadikan kedai-kedai dan restoran. Setiap kontena ada imej dan hiasan tersendiri. Hipster dan kreatif sangat tau! 

Abaikan kualiti gambar yang diambil melalui handphone pada waktu malam ni ye
Memandangkan Uptown Kontena ni agak baru, proses kemasukan vendors masih lagi dibuka. Pihak pengurusan Dapo Pata Uptown pun memang mengalukan golongan muda untuk berniaga, ahli muzik (busker band), pelukis, ahli silap mata, dan sesiapa saja yang berbakat untuk buat persembahan di situ. 

Mural kontena membawa mesej gituh



Sis tak pergi jelajah semua kontena pun kat situ. Tapi apa yang sis boleh nampak, ada pelbagai variasi jenis restoran kat situ yang menawarkan pilihan makanan yang sedap belaka. Siap boleh makan kat tingkat atas kontena ok. Konsep open air or rooftop, mengisi perut sesambil ditiup angin pantai gituh!



(5) KAMPUNG LOSONG

Tempat terakhir yang memang WAJIBBBB singgah untuk beli keropok lekor sebagai ole-ole sebelum korang balik ke tempat asal adalah; Kampung Losong! Actually bukanlah sebuah kampung pun, ia lebih kepada sepanjang jalan. Sepanjang jalan kat kawasan tu, ada beberapa deretan kedai/rumah yang menjual keropok losong/lekor asli handmade. So, kawasan tu dinamakan Kampung Losong.



Ada beberapa nama kedai yang agak popular di sini antaranya; Keropok Lekor Kak Yah, Warisan Losong 14, Pak Su Keropok Lekor, dan Keropok Losong Adik Beradik. Sis sempat memborong kat gerai Kak Yah & Pak Su.

Keropok Lekor Kak Yah tu siap ada tempat makan & minum sekali in case korang nak rasa losong fresh. Goreng boleh, rebus pun boleh. Time tu jugak siap panas-panas! Dah puas isi perut, kita borong untuk bawak balik pulak. Nak yang fresh baru siap ada, nak yang frozen ada, nak keropok ikan versi kering tu pun ada. Dijemput pilih dan bayar. Huhu.

Fresh digoreng panas-panas depan mata kita gais.

Satar gulung tu sumpah sedap gila! Menyesal sis beli satu jer :(

Keropok ikan biasa pun ado



Next stop, sis pergi ke Pak Su Keropok Lekor pulak sebab teringin nak beli keropok lekor yang ada cheese. Macam famous macam viral macam best je kan. Memang best dan sodap! Bila goreng losong tu, cheese pun mencair, cicah pulak dengan sos istimewa. Perghhhhh!


Encik suami gigih beratur demi bersuap-suap rezeki.

Berakhir sudah trip Kuala Terengganu kita. So, siapa kata Malaysia takde tempat best yedak? Tinggal kita je kena rajin nak explore. Sekian saja blogpost hashtag cuti-cuti Malaysia sis kalini. Babai! Jemput layan gegambar unik di bawah.


Allah peliharakan Sultan Sultanah Terengganu, ameen.

Sedap tau menu nasi campur kat ini. Lain dari yang lain.

Sesambil kat traffic light, boleh lah berzikir :) Thanks for the reminder #TourismTerengganu

Tudiaaaa satu kedai khas untuk depa!

Bukan Korea je ada love lock ni tau. Huhu

Ni nama dia street dakwah. Bila papan tanda larangan i too cliche, they give u ayat sentap.

Antara batik wall art yang ada di Kampung Cina, bersebelahan Pasar Payang

Mural #TourismTerengganu ala ala Penang street art jugak.

Dia pun nak jugekkk enteprem. Good mesage indeed :)

Billboard iklan Ganu uolsss. Toksey serabuk deh?

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. Satu tempat je yang saya tak sempat pergi masa saya pergi Kuala Terengganu. Pantai Ketapang tu sebab adik saya bawa pergi pantai lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yeke..ala takpe, terengganu memang banyak pantai yg cantik kan! :)

      Delete
    2. ohh yeke..ala takpe, terengganu memang banyak pantai yg cantik kan! :)

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Terangganu banyak pulau yg cantik..paling best..keropok lekor.

    ReplyDelete
  6. Beatnya.. . Tq sharing. . Tgh survety tempat menarik di ganu

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Tq sis fara comel shre tmpt best kt ganuuuu💕🤗

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Hai Fara,
    share la nama gerai makan ict tu, and total harga utk semua tu...huhuhu tq

    ReplyDelete

POPULAR POSTS