KEDAI BUKU 24 JAM PERTAMA DI MALAYSIA!

By FARAA MUSA - October 31, 2018

Hai korang! Lama betul sis menyepi kan. Blog pun hampir berhabuk bersawang dah. Hehe. Entri kali ini sis nak kongsikan berita gembira khas buat pencinta buku macam sis. Yang setiap bulan, mesti ada peruntukan bajet khas untuk beli koleksi buku baru. Yang setiap kali pergi mall, wajib masuk kedai buku MPH atau Popular. Kalau tak dapat beli pun takpe, janji dapat pegang dan belek-belek buku. Supaya boleh masukkan dalam list target 'Next-Book-To-Buy'. Dan list ini akan sentiasa bertambah dan berpanjangan tak berkesudahan sebab sentiasa ada saja buku yang nak dibaca serta dihadam dalam kepala ni. Sampai kekadang rasa nak makan je buku tu biar cepat habis baca, supaya kita cepat dapat baca buku yang lain pula. Hahaha. Ala, kira ok lah kan obsesi pencinta buku ni, daripada membazir duit shopping benda-benda lain yang tak berfaedah, kan? 

Drum roll everyone. Yayyy!

BOOK XCESS : KEDAI BUKU 24/7 PERTAMA DI MALAYSIA

Ok berbalik pada topik kita; tentang kedai buku yang dibuka 24 jam yang pertama di Malaysia, iaitu Book Xcess Tamarind Square. Sebenarnya Book Excess ni dah lama wujud di Malaysia dan telah ada beberapa cawangan pun. Cuma, mungkin kurang popular dan jika nak dibandingkan dengan kafe-kafe hipster yang cepat viral namanya. Adakah ini petanda bahawa, rakyat Malaysia yang suka makan lebih ramai berbanding rakyat yang suka membaca? Oooppss! Hehe.

Book Xcess Tamarind Square Cyberjaya

Antara cawangan-cawangan Book Xcess adalah terletak di Amcorp Mall Petaling Jaya, Starling Mall Petaling Jaya, Centro Mall Klang, Book Xcess Kuala Lumpur, dan Book Xcess Cyberjaya. Setakat ni yang sis pernah pergi adalah cawangan Book Xcess terdekat di rumah sis iaitu di Tamarind Square, Cyberjaya. Dan dikatakan, Book Xcess Cyberjaya ini merupakan kedia buku 24 jam pertama dan terbesar di Malaysia! Fuhh korang memang wajib pergi sini tau, untuk lihat sendiri sejauh mana keluasan kedai buku tanpa henti ini. Nak datang tengah malam pun boleh atau pepagi buta pun boleh uolss!


FASILITI : LUBUK RATUSAN RIBU BUKU PELBAGAI GENRE

Bila dikenali sebagai kedai buku terbesar, maknanya buku yang tersedia pun tentulah banyak. Yang best nya di Book Xcess ni, terdapat pelbagai variasi genre buku yang boleh kita dapati sama ada fiksyen mahupun yang bukan fiksyen. Antara topik yang ada adalah; Kemanusiaan, Motivasi, Gaya Hidup, Pembangunan Insan, Cerpen, Antropologi dan Sastera, Sejarah, Novel Seram, Novel Klasik, Bisnes dan Keusahawanan, Cerpen Paranormal, Buku Rujukan Pelancongan, Buku Resepi Masakan, Buku Pendidikan Kanak-kanak dan banyak lagi! Kesemua genre buku ini dibahagi dan disusun mengikut ruang masing-masing. Dan yang paling penting, kesemua harga buku yang dijual adalah murah dengan harga tak masuk akal, dan mampu milik!



Majoriti buku di sini dibalut dalam plastik. Jadi pihak Book Xcess dah sediakan buku sample untuk bacaan & rujukan bagi pembaca sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah buku.

Berjam-jam dalam kedai buku ni pun tak perasan!

Rak buku fevret sis; travelog :)

Selain itu, Book Excess turut menjual pelbagai buku bantuan pelajaran dan latihan bagi kanak-kanak dan pelajar. Ada juga buku berbentuk permainan yang sesuai untuk anak-anak belajar sambil bermain. Buku-buku English yang berkulit tebal dan keras untuk anak-anak tu pun ada. Murah pulak tu!


Kids hardcover books

Ada juga yang berharga bawah RM10

Buku aktiviti kanak-kanak untuk semua peringkat

FASILITI : MENJUAL VARIASI BUKU NOTA, PERMAINAN BERASASKAN PELAJARAN (EDUCATIONAL GAMES), DAN BINGKAI POSTER KATA-KATA MOTIVASI.

Tidak hanya sekadar menjual buku-buku bacaan, korang juga boleh dapatkan pelbagai buku nota di Book Excess. Ada buku nota bergaris, buku nota kosong yang sesuai dijadikan journal, buku nota mini, diari, travelog dan bermacam-macam lagi. Selain itu, terdapat juga variasi permainan yang berasaskan pelajaran (educational games) ada dijual di sini. 

Rambang mata juga nak pilih buku nota ni



Educational games


Educational games

Banyak pilihan bingkai poster yang terdiri dari pelbagai tema : Anime, Atlet, Komik Marvel, Artis.
Kesemuanya ada kata-kata motivasi yang tersendiri.

FASILITI : RUANG KERJA DISKUSI & TEMPAT LEPAK SANG ULAT BUKU

Bukan setakat menjual buku semata-mata, Book Excess turut menyediakan beberapa ruang meja dan kerusi bagi sesiapa yang ingin 'melepak' bersama buku atau ingin menyiapkan kerja dan assignments. Setiap ruang meja dilengkapi dengan kemudahan plug eletrik bagi memudahkan pengguna untuk mengecas laptop atau handphone bagi menyiapkan tugasan sepanjang berada di Book Xcess. Ada juga pelajar-pelajar kolej/universiti yang mengambil peluang kewujudan Book Xcess ini untuk dijadikan tempat diskusi berkumpulan bersama rakan.

Kalau datang waktu exam, memang penuh dengan student

Waktu malam tak ramai orang pun.

Boleh je kalau lepas beli buku di sini, terus duduk nak baca kat sini. Hehe.


Bagi yang suka menyendiri, ada juga tempat duduk individu.


FASILITI : RUANG EVENT & MINI CAFE

Selain dari kedai biasa yang hanya menjual buku, Book Excess juga menyediakan 2 space event untuk disewa bagi sesiapa yang ingin membuat program berasaskan pendidikan dan berilmiah di situ.

Beanie sebagai tempat duduk di ruangan kanak-kanak

Mak ayah budak pun boleh lepak sekali. Haha

Meja & kerusi untuk beraktiviti bersama anak-anak

Mini cafe turut ada di dalam Book Xcess Cyberjaya, namun pengunjung perlu makan dan minum di kawasan yang dibenarkan sahaja. Maklumlah, kemudahan perpustakaan, kedai buku, dan ruang kerja telah disediakan. Maka kita sebagai pengguna, perlulah menjaga kebersihan dan kesopanan. Cewahh! Mini cafe ini tak dibuka 24 jam tau.

Mini Cafe di bahagian tepi bookstore. Boleh lah bersantai setelah otak tepu dengan buku.

Memang ruang sangat-sangat dimanfaatkan secara maksimum di Book Xcess.
Bawah meja order cafe, tetap ada rak buku tersedia.

Sis macam tak sangka wujudnya kedai buku yang super best macam Book Xcess ni di Malaysia. Bukan sekadar kedai buku biasa, tapi boleh juga kita panggil sebagai perpustakaan dan pusat pendidikan interaktif dan moden! Boleh beli buku, boleh baca buku di situ, boleh melepak dan beraktiviti dengan keluarga, dan yang paling penting, boleh sama-sama memupuk minat membaca di kalangan anak-anak kita. Tapi bagi yang jauh dari lokasi Book Excess ni, jangan lah pula sedih. Korang boleh membeli dan menikmati buku-buku Book Excess melalui pembelian atas talian di https://www.bookxcessonline.com/ . Diorang selalu buat promo dan diskaun tau. Buku-buku yang dijual pun agak rare dan jarang dijumpai di kedai buku biasa di Malaysia. Semuanya dijual dengan harga murah dan tak masuk akal bagi menggalakkan rakyat Malaysia suka membaca buku menambah ilmu. So, apa tunggu lagi? Jom kita jadikan membaca sebagai hobi sekeluarga! :)

Because leaders are readers :)


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

POPULAR POSTS