Haluuuu! Ok untuk blogpost kali ini, sis nak kongsikan pengalaman sis staycation di M Boutique Hotel, Ipoh pada hujung minggu lepas. Bagi yang tak tahu maksud staycation, perkataan ini adalah hasil gabungan dari 'stay' (menginap) dan 'vacation' (percutian). Selalunya istilah staycation ini kita gunakan untuk percutian yang singkat, untuk merehatkan diri serta menenangkan fikiran. So, tak banyak aktiviti sangat pun. Tapi kita lebihkan fokus pada pemilihan hotel atau penginapan yang sangat santai, chill dan relaks. Gittewww.
TREND HOTEL BUTIK VIRAL
Kalau korang nak tahu, trend 'boutique hotel' ataupun dalam Bahasa Melayu nya ialah hotel butik, semakin mendapat perhatian dan tempat di hati bagi para peminat travel yang gemarkan konsep percutian singkat lebih-lebih lagi di dalam negara sendiri. #CutiCutiMalaysia Kebiasaannya, hotel butik adalah sebuah hotel yang kecil, mempunyai dari 10 hingga 100 buah bilik, dan setiap bilik mempunyai konsep unik dan tema tersendiri yang sangat cantik dan memikat hati para pengunjung. Biliknya tidaklah terlalu besar, tapi dekorasi yang disediakan di dalam bilik tersebut, sangat memuaskan mata yang memandang & menenangkan jiwa setelah penat bekerja sehari-harian. Senang cerita, konsep hotel butik ini, mereka bukan sekadar 'menjual' tempat penginapan semata-mata, tetapi mereka lebih kepada 'menjual' nilai-nilai, gaya hidup dan perasaan yang dapat dirasai oleh para pengunjung di hotelnya.
Tambahan pula generasi zaman moden sekarang, yang sentiasa mahu 'update' tentang percutian mereka di media sosial. Maka hotel-hotel butik inilah yang menjadi pilihan hati sebagai tempat percutian hujung minggu. Bukan sekadar pengunjung boleh merasa gembira, tenang, relaks dan dapat memanjakan diri, tetapi juga boleh berkongsi gambar yang cantik bersama rakan-rakan di sosial media.
LOKASI HOTEL M BOUTIQUE IPOH
Terletak di Jalan Hala Datuk, tidak jauh dari pusat bandar Ipoh, Hotel M Boutique menjadikan pengaruh zaman kolonial Malaysia dan dekorasi urban moden sebagai tema utama hotel mereka. Haaa kiranya kesemua reka bentuk dan hiasan di dalam Hotel M Boutique Ipoh ini, adalah hasil gabungan 2 zaman iaitu zaman bersejarah terdahulu, tetapi dikemaskan dengan sentuhan kontemporari moden sekarang.
Serius, waktu pertama kali sis menjejakkan kaki ke dalam Hotel M Boutique Ipoh ini, sis terpegun dan terkesima dengan kecantikan hiasan & dekorasi hotel. Sis jamin 200%, para penggemar seni fotografi & peminat dekorasi hipster pasti akan suka dan teruja untuk staycation di sini. Boleh dikatakan, setiap sudut hotel adalah tempat OOTD dan instagram-worthy. Haaa gitteeww! Malas nak cakap banyak, jom sis belanja gegambar suasana menarik di Hotel M Boutique Ipoh.
Hotel M Boutique Ipoh mempunyai jumlah 93 buah bilik kesemuanya, 3 tingkat yang mempunyai tema berlainan, dan 5 jenis bilik untuk dipilih. Setiap tingkat mempunyai tema tertentu, dilengkapi dengan perabot unik menghiasi di dalam dan di luar bilik. Tingkat 1 bertemakan 'The Adventure Theme', Tingkat 2 pula bertemakan 'The Majestic Theme', manakala Tingkat 3 bertemakan 'The Excelsior Theme'. Haaa baca nama tema pun dah tau hotel ni unik kan? Haha.
Untuk jenis-jenis bilik yang ada di M Boutique Ipoh (susunan mengikut saiz bilik dari paling kecil ke paling besar) adalah; The Cabin, The Two Twins & Queen Deluxe, The Two Twins & Queen Premier, The Club & The Family Suite. Dan untuk sesi #FaraaStaycation yang lepas, sis telah menginap di bilik The Two Twins & Queen Premier.
REVIEW BILIK THE TWO TWINS & QUEEN PREMIER
Bilik yang sis dapat terletak di tingkat 2 dan jenis bilik Queen Premier. Biliknya tak terlalu kecil, dan tak terlalu besar. Sangat selesa untuk orang yang bercuti berdua, siap ada ruang untuk letak bagasi, ada ruang membaca atau minum kopi, serta ada ruang untuk solat. Kesimpulannya, ngam-ngam elokkk je keluasan bilik ni. Tilam tebal dan tak keras, bantal gebu empuk, langsir pula material tebal membuatkan suasana bilik redup dan nyaman. So memang tidur nyenyak bak bayi lah sis di Hotel M Boutique Ipoh ni.
Dekorasi bilik dihiasi dengan susunan batu-bata yang klasik dan juga panel kayu yang hipster. Dinding bilik pula dipenuhi dengan bingkai-bingkai gambar dan nombor. Sis pun tak tau apa significant nya nombor-nombor di sepanjang bilik di tingkat 2 hotel ini. Tapi asalkan jangan ada yang buat pergi beli nombor ekor dah lah. Hahaha.
Bab suasana toilet pulak, memang tiptop kebabommm! Hashtag sis suka. Walaupun tak besar, tiada bath tub, tapi sangat bersih, sangat kemas, dan lengkap dengan sabun mandi, syampoo, berus gigi, tuala, tisu dan pengering rambut okeh. Part favourite sis adalah lantai jubin toilet. Hahaha. Abaikan perangai pelik sis, tapi kalau pergi mana-mana hotel, memang sis suka buat spotcheck toilet bilik dulu. Bila toilet ok dan cantik, maka seluruh penginapan jadi bahagia. Gittewww.
FASILITI HOTEL M BOUTIQUE IPOH
1) Living Area
Memang terdapat banyak ruang tamu/ruang rehat untuk pengunjung bersantai di M Boutique Ipoh. So, takde lah staycation kita dipenuhi dengan aktiviti terperuk je dalam bilik kan. Selain dari ruang duduk yang sangat luas dan selesa di tingkat lobi hotel, terdapat juga ruang tamu di tingkat 1. Turut disediakan rak buku & surat khabar di situ, jadi pengunjung bolehlah bersantai melakukan aktiviti membaca dan bersosial bersama teman yang lain di situ. Siap ada disediakan wifi percuma dan 2 set komputer di ruang tamu tingkat 1. So kalau ada kerja yang perlu disiapkan, tak perlu risau. Waktu staycation pun, boleh settle!
2) Gym
Berhadapan ruang tamu di tingkat 1, terdapat bilik gym untuk aktiviti senaman sekeluarga. Dilengkapi dengan peralatan senaman asas, dan seluruh gym dihiasi cermin gergasi, para pengunjung tetap boleh aktifkan gaya hidup yang sihat walaupun sedang staycation.
3) Meeting & Event Space
Terletak di tingkat 1 juga, bilik mesyuarat dan ruangan event ini berada di sebelah bilik gym tadi. Susun atur meja dan kerusi di bilik itu sangat kemas dan kondusif.
4) Self-service Laundry
Buat para ibu yang membawa anak kecil, atau sesiapa sahaja yang terlupa untuk membawa pakaian extra semasa staycation, jangan risau! Kerana Hotel M Boutique menyediakan mesin basuh layan diri di tingkat 1. Siap ada sabun membasuh & pelembut pakaian lagi tau. Sementara menunggu pakaian siap dicuci, boleh bersantai menunggu di ruang tamu.
5) Ironing Space
Haaa bab ni memang majoriti wanita sangat menitikberatkan bila pergi travel atau bercuti ke sesuatu tempat. Alat gosok baju! Ruang menggosok baju ini terletak berdekatan je dengan ruang mesin basuh di tingkat 1. Sangat senang dan mudah. Tak perlu nak tunggu room service hantar 'iron' dari bilik ke bilik lagi.
6) M Shop
Bukan setakat menjadi sebuah hotel butik yang cantik dan megah, tetapi M Boutique juga dah boleh digelar 'mini butik' kerana menyediakan kemudahan kedai menjual barangan berkaitan travel. Seperti pakaian, beg travel, topi, dan pelbagai barangan dekorasi unik. So kalau korang terinspirasi untuk deko rumah seperti Hotel M Boutique, bolehlah beli barang hiasan di sini. Semuanya hipster habis!
7) Restoran & Cafe
Selalunya pihak hotel hanya menyediakan restoran hotel saja kan? Tetapi di M Boutique Ipoh, mereka menyediakan 2 tempat makan yang hebat di tingkat lobi mereka. Iaitu Old Time White Coffee Grand dan Myth Eatery & Bar. Apa yang menariknya adalah, para pengunjung yang menempah bilik bersama sarapan, bebas memilih untuk makan di mana-mana dari 2 restoran ini.
Sis sangat bertuah kerana menginap di sini selama 3 hari 2 malam. Jadi, dapatlah sis merasa 2 kali sesi sarapan, di restoran yang berlainan setiap hari. Kedua-duanya menghidangkan menu yang sedap dan enak, dihiasi dengan dekorasi yang mantap. Sis rasa seolah-olah sedang menjamu selera di restoran mewah atau hotel bertaraf 5 bintang!
Sis sangat bertuah kerana menginap di sini selama 3 hari 2 malam. Jadi, dapatlah sis merasa 2 kali sesi sarapan, di restoran yang berlainan setiap hari. Kedua-duanya menghidangkan menu yang sedap dan enak, dihiasi dengan dekorasi yang mantap. Sis rasa seolah-olah sedang menjamu selera di restoran mewah atau hotel bertaraf 5 bintang!
8) Play Room
Terletak bersebelahan dengan M Shop dan kaunter lobi hotel, ada ruang atau bilik permainan untuk keluarga melakukan aktiviti bersama-sama. Antaranya ada permainan kad, dam, dan catur.
Kesimpulannya, sis sangat sangat sangat berpuas hati dengan sesi staycation di Hotel M Boutique Ipoh. Definitely will come again! Oh ya, harga bilik sis (Queen Premier) pada hujung minggu adalah RM270 per malam termasuk sarapan. Untuk maklumat lanjut tentang kadar harga bilik-bilik yang lain, korang boleh lah ke website rasmi M Boutique Ipoh.
8 comments
Wahhhh sukanya tengok.. Mesti dah rindu percutian singkat ke sini kan.. Cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan tu.. 😍
ReplyDeleteKita suka betul konsep hotel ni.. Cantikkk..
ReplyDeletecantik sangat deconya.. mcm setiap sudut nampak hipster nak bergambar. hehe..
ReplyDeletehipster sangat dekorasi hotel ni.. semua tempat cantik untuk bergambar..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWonderful post, loved the arrangements made in the post. Reading the experience was like feeling the same. Will love to visit this wonderful place.
ReplyDeleteThanks,
Mr. Raj
5 star hotel in bhubaneswar
Thank you for sharing the informative post with us.
ReplyDeletesuites and inns near orange city iowa
I really enjoyed reading your article. Thanks for sharing with us.
ReplyDeleteBed and Breakfast Near Me Cheap