JALAN-JALAN CARI MAKAN BEST DI IPOH, PERAK

By FARAA MUSA - February 22, 2019

Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, sis tak lepaskan peluang untuk turut bercuti bersama yang tersayang. Dekat-dekat je, cuti-cuti Malaysia namanya. Memandangkan kami pun dah setahun tak bercuti gaya road trip di dalam negara sendiri. Buat malu je, luar negara kemain macam-macam tempat dah pergi, dalam negara pun ada je ceruk yang masih belum sis habis explore. Hehe.

Trip kami ke Ipoh, sis bahagikan kepada 3 bahagian iaitu; food hunting, mosque hopping, dan insta-worthy places. So blogpost kali ini, sis fokuskan pada bab jalan-jalan cari makan (JJCM) di Ipoh sahaja. Jom kita mula! :)

SARAPAN PAGI  DI IPOH

1) OLD TOWN WHITE COFFEE (GRAND), IPOH

Ok, korang mesti tertanya-tanya kan, kenapa Old Town White Coffee? Restoran tu, tak perlu ke Ipoh pun takpe. Jangan salah faham, sis pun pada mulanya agak skeptikal untuk bersarapan di sini. Tetapi memandangkan lokasinya yang sangat strategik, dikelilingi pelbagai bangunan-bangunan menarik di Ipoh. Mudah je, semua tempat boleh jalan kaki terus lepas sarapan. Maka, kami pun buat keputusan untuk bersarapan di situ. Jimat masa, jimat tenaga.


Sangkaan sis meleset, selepas sis membelek buku menu Old Town White Coffee (Grand) Ipoh. Sebab, terdapat beberapa menu di sini, yang tiada di cawangannya di tempat lain (Kuala Lumpur). Kenapa ye cawangan ini special? Sis pun tak pasti. Tapi mungkin juga disebabkan sejarah Old Town White Coffee ini asalnya dari negeri Perak.






2) SUHAIMI CAFE

Restoran ini antara yang terbanyak sis menerima cadangan dari followers instagram sis tentang tempat sarapan di Ipoh. Kita pun sedia maklum, bandar Ipoh diduduki oleh majoriti kaum Cina. Jadi, memang tidak asing lagi terdapat berpuluh deretan kedai-kedai kopi ala kopitiam di sekitar Ipoh ini. Aroma kopi yang harum, hidangan roti titab telur goyang yang menyelerakan, serta suasana muhibbah geng kedai kopi. Ahhhh rindu pula sis pada Ipoh. 

Walaupun budaya kedai kopi pior dan menu hidangan ala kopitiam ini dibawa oleh kaum Cina, korang jangan risau. Sebab ada je kedai makan Melayu muslim yang turut menyediakan servis yang sama di Ipoh ini. Antaranya, Suhaimi Cafe ini lah.




Menjadikan roti benggali cicah kari ayam sebagai menu 'signature' mereka, memang sangat menarik! Roti benggala yang dikukus sangat tebal dan lembut, dicicah pula dengan kari ayam yang enak, perghhhh! Kami juga order roti titab kaya & telur goyang. Menu wajib order di sini ya! Roti titab berbeza dengan roti benggali. Kerana rotinya dibakar, so ada rasa rangup-garing roti, telur goyang separuh masak di tengah roti (kuningnya masih cair), dan ada sapuan kaya di setiap sudut roti. Bukan setakat sangat sedap, tapi juga mampu memberikan tenaga yang mencukupi untuk kami pusing-pusing Ipoh selepas bersarapan. Hehe.





Untuk minuman pula, jangan lupa order Kopi Vietnam, Green Tea & Kopi Mocha. Kesemuanya antara minuman yang terlihat di atas meja pelanggan di Suhaimi Cafe. Maknanya apa tu? Maknanya, memang padu dan berbaloi lah!



MAKAN TENGAH HARI DI IPOH

3) NASI VANGGEY

Kedudukan negeri Perak yang agak berdekatan dengan negeri-negeri utara semenanjung Malaysia, membuatkan mereka mempunyai pengaruh dari sana juga. Di Perak juga popular dengan menu nasi kandar. So, kalau tak berpeluang untuk ke Penang lagi, boleh dah menikmati nasi kandar di Perak ni. Antara restoran yang sangat terkenal dan telah mempunyai beberapa cawangan di luar negeri Perak pun; Nasi Vanggey.





Apa beza Nasi Vanggey dengan nasi kandar lain? Rempah ayam dia kot. Bukan seperti ayam goreng yang terdapat di kedai-kedai mamak biasa. Tapi ayamnya diperap dengan rempah istimewa, berwarna coklat agak kemerahan. Ayam itu lah star dia; namanya Ayam Vanggey. Bagi pilihan lauk-pauk lain pula, bagi sis sama sahaja di kebanyakan restoran nasi kandar yang lain. Sayur celur (rebus), sayur goreng tepung, telur rebus, dan pelbagai pilihan menu berkari. 





4) LAKSA TELUR GORENG BERSARANG

Restoran Laksa Telur Goreng Bersarang ni terletak di Bandar Seri Botani, agak jauh sedikit dari bandar Ipoh. Tapi tak jauh mana lah. Dalam 20-30 minit dah boleh sampai. Sedikit tips sis nak kongsikan. Restoran ini dah satu jalan (berdekatan) dengan tempat popular dan viral sekarang ni di Ipoh -- Tasik Cermin. So, kalau korang merancang untuk ke situ, boleh lah masukkan sekali dalam itinerari. 



Restoran ni memang hanya menyediakan menu laksa sahaja. Tetapi ada pelbagai variasi lah. Laksa telur bersarang, laksa tanpa telur, laksa special, laksa dimsum telur bersarang, dan laksa fishcake/fishball. Kenapa dipanggil laksa sarang? Sebab telur yang digoreng untuk dipadankan dengan laksa tu, berbentuk seperti sarang burung. 




Bagi sis, kuah laksanya memang sedap dan 'berasa' / berperisa lah. Untuk telur tu pula, bagi sis biasa-biasa saja rasanya. Cuma memang uniklah, sebab tak pernah lagi orang terfikir untuk makan laksa bersama telur goreng kan. Selalunya, laksa digandingkan dengan telur rebus sahaja. Tetapi mungkin juga waktu sis sampai di situ dah lewat, jadi telur tu rasa biasa-biasa disebabkan sudah tidak garing & panas lagi. So, another tips untuk korang yang nak datang sini, better datang awal tengah hari. Kedai ini dibuka seawal 12.00 tengah hari, dan kalau terkena time peak hour, memang korang kena beratur lah. Macam sis pergi haritu, dah hampir pukul 4 petang pun. Memang lah tak perlu beratur, tapi banyak menu laksa yang lain dah habis dijual. Yang tinggal cuma laksa telur goreng bersarang, dan laksa fishcake. Perut pun dah lapar, layan jerrrr!




Tapi jangan risau. Sebab ada je gerai lain di luar restoran ni. Kalau nak sesantai minum petang, ada keropok lekor. Kalau nak makan berat, ada gerai nasi & ayam goreng berempah. Nak nasi putih biasa ada, nak nasi lemak pun ada. Lauknya memang ayam goreng berempah panas-panas.





MENU MINUM PETANG/BASAH TEKAK DI IPOH

Kita ke hidangan ringan, iaitu menu basah tekak di tengah-tengah kepanasan ketika di Ipoh. Bandar Ipoh ini, memang tak besar sangat. Dan tempat-tempat menariknya pun, boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. Kalau bawa kereta, memang susah gila nak cari tempat parking. Lebih-lebih lagi jika di kawasan jalan-jalan seni mural, dan rumah-rumah kedai klasik yang terkenal di Ipoh tu. Jadi, sesambil kita berjalan kaki nak bergambar tu, boleh lah singgah ke tempat-tempat berikut untuk membasahkan tekak ketika panas.

5) HOKKAIDO ICE CREAM PUFF IPOH

Walaupun nama aiskrim nya Hokkaido, tapi jangan risau sebab owner kedai adalah orang Melayu tempatan kita. Hehe. Basically Hokkaido Ice Cream Puff ni ialah aiskrim roti. Kalau zaman kecik-kecik dulu, aiskrim yang diapit dengan roti burger. Tapi zaman sekarang, di kedai ini, aiskrimnya diapit dengan roti gebu ala ala cream puff punya roti. Sedikit rasa crusty (garing) di bahagian atas roti, dan lembut gebu di bahagian dalam roti, membuatkan Hokkaido Ice Cream Puff ni tak cukup kalau order satu! Haha.





Pilihan perisa aiskrim yang ada pun moden dan semuanya sedap belaka. Sebiji, berharga RM4.30. Pada mulanya, sis rasa agak mahal harga ini untuk seketul roti aiskrim. Tapi bila dah mula makan dan nikmati sendiri sehingga habis, sis rasa memang berbaloi sangat dengan harga yang dibayar.  Bukan setakat roti sahaja yang sedap, tapi juga aiskrimnya. Aiskrim pula memang banyak dan tak kedekut scoop. Korang tengok saja lah gambar sis, betapa bolat dan besarnya aiskrim tu!

Kiri perisa Mango, kanan perisa Choco O Chip.



Kali kedua singgah order flavour Cookies n Cream (kiri) & Raspberry (kanan) pulak.

6) BITS & BOBS

Kita beralih pula menu basah tekak zaman-berzaman dari generasi mak ayah kita dulu. Iaitu -- ais kepal atau bahasa Inggerisnya iceball. Ais yang dimesin halus, dibentuk menjadi bulat seperti bola, dan dituang dengan perisa manis buah-buahan. Cantik comel je berwarna-warni.



Kedai Bits & Bobs ini terletak di area Plan B di Ipoh. Di situ memang terdapat deretan kedai-kedai kecil, yang menjual pelbagai barangan seni kraftangan, pakaian, dan makanan. Memang cantik dan hipster di situ. So, golongan muda memang ramai pergi ke situ semata-mata untuk mengambil gambar. Sesambil bergambar tu, bolehlah menikmati ais kepal dari Bits & Bobs.





Terdapat beberapa perisa pilihan ais kepal antaranya; sarsi, mangga, anggur, rosella, gula melaka, dan asam boi. Sis order perisa campur (mix it all!) terus. Sebab dah tak tau nak pilih perisa yang mana. Tekak dah haus. Haha. Selain dari ais kepal, ada juga aiskrim kelapa, minuman, dan aiskrim potong ada dijual di sini. Kesimpulannya, Bits & Bobs ni memang tempat untuk melepaskan lelah setelah penat berjalan di Ipoh.




7) DEEN CT CENDOL CORNER

Menu basah tekak yang tak patut dilepaskan jika ke Ipoh, mestilah Deen CT Cendol. Kedai kecil ini terletak di hujung deretan kedai. Berwarna hijau dan kuning pekat, dari jauh pun korang dah boleh nampak. Antara pilihan bahan-bahan yang korang boleh pilih untuk digandingkan dengan cendol adalah; kacang merah, jagung, dan pulut. Nak cendol biasa pun boleh, nak campur semua bahan cendol pun boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing.







Apa yang sis boleh review adalah, pakcik cendol ni memang tak lokek dan kedekut langsung. Pulut dan jagung dia bubuh memang banyak. Lembut dan manis pulak tu. Cendol hijau pun sedap, tak tebal dan nipis sangat. Cumanya, kalau korang datang lambat, memang habis. Kalau taknak melepas, jangan datang lewat sangat. Kedai ini dibuka dari pukul 12.00 tengah hari hingga 6.30 petang.





MAKAN MALAM DI IPOH

8) MIKER FOOD

Kalau di Ipoh, Miker Food ini antara yang popular juga sebagai lokasi makan malam. Hiasan dekorasi restorannya yang hipster, dan mempunyai pelbagai pilihan menu, membuatkan suasana di Miker 'hidup' dan sentiasa penuh dengan pengunjung.








Terdapat menu pizza, masakan panas, otak-otak, western serta masakan Thai. Bila buka buku menu, rambang mata dibuatnya! Ahhhhhh, terliur tau. Akhirnya kami buat keputusan untuk cuba menu masakan panas & pizza yang hangat diperkatakan orang. Ecehh.






9) GREENTOWN HALAL DIMSUM

Apa ke ngengade sangat kau nak makan dimsum kat Ipoh? Ehh, sukati sis lah. Hahaha. Ok, dimsum memang boleh jumpa di mana-mana, tapi bab owner restoran ialah Chinese dan dia sanggup meng-halal-kan hidangan dimsum restorannya mengikut prosedur JAKIM (ada sijil halal terpampang depan pintu), tu susah nak jumpa. Maksudnya, kesemua bahan-bahan menu Chinese yang digunakan adalah dari bahan yang sahih kehalalannya (berbelit lidah deknon). Bukan sekadar restoran Cina yang biasa kita jumpa -- "owner dia kata halal, dan dia sediakan makanan yang tiada babi pun." Berbeza ye anak-anak, restoran lengkap bersijil HALAL FROM JAKIM dengan restoran yang sekadar claim NO PORK. Apepun, bila bercakap bab makanan di Malaysia ini, semuanya terpulang pada pegangan agama masing-masing. Kalau di luar negara tu, lain cerita. Tapi bagi sis, selagi di dalam negara kita sendiri ini, selagi itu kita berhak mendapatkaan sumber makanan halal yang lebih baik. :)









Kebanyakan menu dimsum di sini, ada di Dolly Dimsum (kalau di shopping mall kolumpor tu). Tapi dari sudut harga, memang sangat jauh berbeza. Kalau di Dolly Dimsum sis order 5 jenis dimsum ini, mungkin harganya boleh mencecah RM80, di Greentown ni total harganya RM50 termasuk air dan menu sampingan.



10) RESTORAN 21 GRILLED

Ok bagi peminat makanan western, bolehlah singgah menjamu selera di 21 Grilled yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh. Dibuka dari pukul 11.30 pagi hingga 11.00 malam, 21 Grilled menyajikan menu bakar home-made buatan Melayu Muslim kita. Antara menu yang ada ialah burger ayam dan daging (home-made), briyani ayam dan kambing, kentang goreng, nugget, dan salad. Boleh pilih nak set untuk berapa orang, ala carte dan sebagainya.





Menunya memang tak banyak, tetapi sangat berpuas hati sebab memang betul-betul sedap. Daging burger yang tebal dan besar, portion pun boleh tahan banyak, serta hidangan nasi briyani tu memang best sangat! Sis order Briyani Chicken dia, memang ayam panggang tu lembut dan masak di dalam, garing di luar. Pedas-pedas manis sebijik rasa macam makan di Charcoal Chicken di Perth (siapa yang dah pernah rasa, mesti dia tau level kesedapannya tu).



Bagi sesiapa yang taknak makan berat, boleh order pelbagai pilihan kopi macam starbucks tu dekat bahagian luar kedai. Namanya 21 Grilled & Co. Sis tengok ramai juga yang beratur untuk bungkus. Support produk perniagaan Melayu muslim kita, apa salahnya kan. Belum cuba belum tahu, :)




******
Sekian itu sahaja cadangan tempat makan di Ipoh dari sis. Memang tak banyak, sebab sis pergi ke Ipoh pun untuk 3 hari 2 malam sahaja. Itupun, ada beberapa tempat makan yang sis dah senaraikan, tapi tak dapat pergi disebabkan kedai tutup sempena raya cina.

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Banyak juga tempat makan best dekat Ipoh ni. Saya bookmarked post ni supaya senang bila pergi Ipoh nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh ala ala Penang jg..banyak tempat utk JJCM..hehe..

      Delete
  2. did you know ? kedai laksa tu terbakar baru2 ni ? bahagian dapur depa rosak.. btw setuju dgn Faraa.. kalo nak makan kena make sure ada jelas logo halal. jangan sebab orang cakap halal kita pun bulat2 percaya.

    ReplyDelete
  3. 21st Grilled tu sgt dissappointing boleh x? Serious la org ipoh pun x lepak situ. Burger dia standard tepi jalan je cuma patty besar. Better pegi Mcdonald. Briyani Chicken rice plg tak boleh blahh, ada ke served dgn coleslaw, salad and mayonaise. Come on la briyani kowt. RIP Briyani.. Sedih aku. Better pegi kedai mamak briyani dia lagi terbaik. Seriously!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just wanna remind you, this is my blog. So, i am free to write anything based on my opinion & my own review. And yes, selera orang lain2. Dan kita takkan boleh puaslan hati semua orang. Tuhan memang tak ciptakan kita semua utk ada lidah, anak tekak & selera yg sama kan. Awak nak makan mcdonald, silakan takde siapa halang. Awak nak makan kat mamak tiap hari pun takde siapa kisah. Mulut awak, perut awak, sukati awak. Begitu juga dengan saya. Perut saya, sukati saya. Oh ya, kalau rasa nak kongsi review ikut hati sendiri, sila buat di blog awak sendiri (itu pun kalau ada blog lah). Sekian terima kasih.

      Delete
  4. hokkaido tu halal yer sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya halal, owner nya melayu muslim sewaktu saya datang tu. Tak tau lah pulak kalau dah bertukar owner sekarang ni.

      Delete
  5. Cantiknya gambar-gambarnya sis oitt...marbelouessss..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... kami org Ipoh pun xde explore tempat2 camni sbb dok rasa tempat makan cina je yg ada kat pekan Ipoh tu... tqvm for the info ye Puan Farra...

    ReplyDelete

POPULAR POSTS