Hai korang! Kali ni sis nak share tentang pengalaman sewaktu sis staycation di Penang tempoh hari. Ala, korang mesti pernah ada 'wishlist' penginapan atau hotel idaman kan? Lagi-lagi hotel yang ada kat dalam negara sendiri. Sebab dekatttt je nak pergi, hujung minggu pun boleh jalan-jalan. Haaaa, untuk staycation kali ini, sis berjaya (gittewww ayat kau!) menginap di salah satu tempat penginapan idaman hati sis iaitu Jawi Peranakan Mansion, Pulau Pinang.
Dah lama menyimpan hasrat tau. Akhirnya rezeki dapat bawa satu-satunya adik perempuan sis ke sini. Ala ala 'Girls Day Out' dan 'sister trip' gitu. Walaupun kami hanya sempat menginap untuk satu malam sahaja, tapi kami sangat berpuas hati dan rasa sangat gembira! Dah nama pun staycation kan, so sekejap aje lah trip berkonsepkan jalan-jalan cari makan di Penang ni. So, apa tunggu lagi? Ayuh teruskan membaca review ikhlas jujur dari sanubari seketul Faraa.
LOKASI HOTEL
Terletak di 153, Jalan Hutton, George Town, membuatkan hotel Jawi Peranakan Mansion tidak sukar untuk dicari kerana terletak di kawasan pertengahan bandar. Kebanyakan tempat-tempat tarikan pelancong berada dalam jarak yang berdekatan saja dengan hotel ini. Inilah salah satu sebab kenapa sis memilih Jawi Peranakan Mansion sebagai lokasi gegirl staycation kami. Berdua je orang pempuan kan, segalanya kena pastikan selamat dan memudahkan. Barulah mak ayah kami (yang protective) tu akan restu proposal percutian kami. Huhu. Kalau korang jalan-jalan di Penang dengan menaiki kereta, Waze saja lah Jawi Peranakan Mansion tu, kompem sampai. Macam sis, tak koser nak sewa kereta bagai sebab percutian short getaway kami ni memang singkat sangat. So, semuanya naik Grab je. Hehe.
PROSES CHECK IN HOTEL
Memandangkan flight kami tiba di Penang lebih awal dari waktu jangkaan iaitu sebelum pukul 9 pagi (kapal terbang laju benor ke?), maka bolehlah kami memulakan percutian #JJCMPenang kami lebih cepat. Lebih bagus jugak, sebab memang perut sis dan adik lapar sangat minta diisi. Haha.
Makanya, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang kami decide untuk terus ke hotel Jawi Peranakan Mansion menaiki Grab. Cadangnya nak letak bag luggage kami dulu di lobi hotel, lepas tu boleh lah terus bebas buat aktiviti jalan-jalan cari makan dengan aman. Jarak dari airport ke hotel ada lah dalam 20km, tambang Grab pun RM21. Ok lah kan?
Sebaik saja kami menjejakkan kaki ke hotel, memasing tergamam dan terpesona dengan suasana serta seni bina yang terdapat di laman hotel tersebut. Cantik giler weh! Dah macam masuk ke zaman kemegahan Baba Nyonya dulu kala pun ada. Bila dah masuk ke dalam bangunan hotel, ya ampunnnn lagi lawa ya dekorasi lobi Jawi Peranakan Mansion ni. Walaupun tak besar mana, tapi memang rasa 'vibe' warisan legasi Peranakan tu tau.
Mempesonakan kan kan kan? Siap kereta kuda depan pintu hotel lagi. |
Aku kat Morocco ke Penang ni? The vibe is kinda same. |
Sis pun tunjukkan butir penempahan bilik yang telah dibuat melalui aplikasi Traveloka beberapa hari sebelum trip. Sis dan adik tau kami sampai awal sangat. Kami cuma nak tumpang letak bagasi baju saja. Sementara tiba waktu check-in, memang kami nak jalan-jalan sekitar George Town.
Staff lobi pun berkata,"Tunggu sat naa. Saya check dulu bilik dah ready ka dak. Kalu dah siap semua, toksah tumpang-tumpang laa. Cik berdua teruih masuk beg letak dalam bilik lah naa. Laa ni, cik berdua jemput duduk dulu kat sofa ruang menunggu kami." Sambil ada staff lain menghidangkan minuman buat kami. Wowww, selain dari terpegun mendengar loghat Penang abam kaunter lobi tu, sis turut teruja dengan layanan mantap dari pihak Jawi Peranakan Mansion. Sangat-sangat membantu dan mengutamakan keselesaan pelanggan mereka gitteww. #AyatKarangan
Staff lobi pun berkata,"Tunggu sat naa. Saya check dulu bilik dah ready ka dak. Kalu dah siap semua, toksah tumpang-tumpang laa. Cik berdua teruih masuk beg letak dalam bilik lah naa. Laa ni, cik berdua jemput duduk dulu kat sofa ruang menunggu kami." Sambil ada staff lain menghidangkan minuman buat kami. Wowww, selain dari terpegun mendengar loghat Penang abam kaunter lobi tu, sis turut teruja dengan layanan mantap dari pihak Jawi Peranakan Mansion. Sangat-sangat membantu dan mengutamakan keselesaan pelanggan mereka gitteww. #AyatKarangan
Siapa sempat hidup di zaman telefon pusing-pusing nombor tu? |
Zaman lama yang menimbulkan rasa moden dan 'mahal'. |
Guess what? Bilik kami dah ready, dan kami boleh terus masuk bilik jam 9.30 pagi tu uolss. Yahoo bestnyaaa! Huhuhu. Done diiringi staff hotel hingga ke bilik. Done letak bagge kat bilik. Done mulut kumat-kamit cakap cantiknya cantiknya cantiknya tak habis-habis. Haha. Dan kami pun terus memulakan perjalanan #JJCMPenang kami.
KONSEP HOTEL JAWI PERANAKAN MANSION
First of all, sis nak terangkan dulu maksud bagi istilah atau terma 'Jawi Peranakan'. Terma Jawi Peranakan ni digunakan khas bagi sekumpulan masyarakat yang lahir dari hasil perkahwinan campur antara orang India Muslim (dari negara India) dengan orang Melayu tempatan di Malaysia. Kebanyakan golongan India Muslim ini datang ke Tanah Melayu ketika zaman pemerintahan British dahulu, untuk berdagang di sekitar kawasan perairan selat di Pulau Pinang. Kiranya bila seseorang ada ayah berketurunan India Muslim berkahwin dengan maknya yang berketurunan Melayu, maka anak-anaknya digelar sebagai etnik Jawi Peranakan. Istilah Jawi Peranakan ni digunakan pada zaman dahulu saja, untuk membezakan etnik dalam generasi. Lama-kelamaan, etnik Jawi Peranakan ini berasimilasi (amboi ayat sejarah) dengan adat dan budaya Melayu jati. Dan akhirnya diletakkan sebagai bangsa Melayu. Macam zaman sekarang, orang kita panggil 'anak mami', 'mamak tanjung', gitulah. Faham kan? Ok settle.
So, secara umumnya hotel staycation kami kali ini adalah boutique hotel yang berkonsepkan ala ala seni bina tradisional Moghul di India. Kesemua dekorasi hotel seperti perabot, jubin lantai, cermin antik, karpet, lampu-lampu, hiasan dalaman bilik tidur adalah hasil dari pengaruh Rajastan & Bengal. Lagi satu, kebanyakan kaum Jawi Peranakan pada zaman dahulu adalah orang kaya raya sebab mereka berdagang dan mempunyai pelbagai perniagaan. So, rumah mereka memang besar, luas, cantik, dan mewah dengan pelbagai perabot serta dekorasi yang dibawa dari negara India.
Tangga pun nak cantik sangat kenapa? |
Every furniture setting totally on point! |
Peranakan tiles and marbles. Who needs the bed headboard btw? |
Ahhhhh that Melayu-Indian classic deco's touch. |
Tabir warna-warni ni memang menarik perhatian sungguh laa |
Another antic tabir (sis tak tau istilah nama dia ape tapi panggil je lah tabir) |
Sis dengar citer, karpet dan permaidani pun depa bawak mai dari Kashmir? Woahh effort. |
Love the vibes! |
Tempat lepak sesantai dalam bilik. Tapi awat duduk bawah tv? |
Meja zaman mak pak kita tulis surat cinta dedulu. |
HARGA & JENIS BILIK DI JAWI PERANAKAN MANSION
Apa yang sis boleh kongsikan tentang harga adalah; hasil dari pemerhatian sis di Traveloka sahaja ya. Dari laman web lain, sis tak tahu. Dan sememangnya, penempahan bilik dari aplikasi dan platform yang berbeza, memaparkan jumlah harga yang berbeza juga. Korang kena pepandai lah ya. As usual, sis dah macam duta Traveloka pulak sebab majoriti staycation sis tempah dari Traveloka. Senang, jimat masa, pastu selalu menawarkan pelbagai potongan harga best-best.
Ok, di Jawi Peranakan Mansion ni ada 3 jenis bilik penginapan saja. Tak perlu korang nak pening kepala nak pilih mana. Pertama Mansion Room yang berkeluasan 40 meter persegi, manakala jenis bilik kedua adalah Mansion Villa yang berkeluasan 45 meter persegi. Kedua-dua jenis bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz King, ruang tempat duduk untuk menonton TV, bilik air yang diasingkan jamban dan tempat mandi. Bezanya, Mansion Villa ada 2 tandas.
Gambar ehsan dari Google. |
Manakala untuk jenis bilik yang ketiga di Jawi Peranakan Mansion pula adalah Mansion Suite. Berkeluasan 50 meter persegi, lengkap dengan katil bersaiz King, ruang tamu, satu bilik air bertab mandi, satu lagi bilik air yang diasingkan jamban dan tempat mandi, serta mempunyai ruang 'loft' di bahagian atas bilik. So Mansion Suite ni ada 2 tingkat lah, boleh muat 4 orang gitu.
Gambar ehsan dari Google. |
Sis book bilik yang mana satu? Sis pilih Mansion Room memandangkan kami cuma dua beradik, dan hanya menginap untuk 1 malam sahaja. Lebih dari cukup. Sebab biliknya boleh tahan besar dan luas. Dekorasi pulak terrrrsangat indah, membuatkan pengalaman penginapan kami sangat selesa dan tak boleh dilupakan! Meh sis belanja sikit gegambar bilik kami.
Ni lah rupa bilik kami! Cosy and relaxing kan? |
Sepah dahhh adik sis buat. |
Fungsi tabir ni ganti almari. Banyak tempat menggantung pakaian. |
Simple, tapi penuh terperinci. Sis suka! |
Area cermin di tengah-tengah. Kanan kamar mandi. Kiri jamban. |
Camni nak buang hajat pun tenang aman damai. Yang sup bunjut kat tingkap tu toilet paper. |
Ni pulak suasana kamar mandi. Buat sis nak mandi berejam-jam pun takpe. |
Detailing hotel mencairkan hati betul la. You win Jawi Peranakan Mansion! |
FASILITI
Terdapat pelbagai fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Jawi Peranakan Mansion. Macam yang sis kata, hotel ni tak besar mana tapi cukup lengkap segalanya.
1) Ruang makan
Meja makan konsep open table. Makan reramai, bergaul dan bersosial lah sesama penginap dari pelbagai negara. |
Hotel Jawi Peranakan Mansion menyediakan ruang makan yang indah dan terbuka di tengah-tengah ruangan berdekatan lobi hotel. Mempunyai meja makan panjang, menikmati hidangan sarapan ringkas sambil santai berbual dengan traveler dari pelbagai negara, membuatkan kita terasa seolah-olah berada di rumah. Antara menu sajian sarapan pagi yang ada disediakan oleh pihak hotel adalah roti toast, telur rebus, roti canai, nasi lemak, bihun, bijiran sarapan, buah-buahan segar, serta jus dan minuman panas seperti kopi dan teh.
Kekadang kalau suasana gelap gini, rasa creepy pulak. Hahaha. |
Gambar kabur ni ehsan dari Google. |
Gambar kabur ehsan dari Google. |
2) Ruang tamu hotel / Ruang menunggu
Di Jawi Peranakan Mansion, terdapat banyak ruang duduk yang sesuai untuk kita bersantai dan berehat. Antaranya, concierge lounge / ruang menunggu ni. Di sinilah tempat sis dan adik duduk menunggu sementara kami dapat masuk ke bilik. Suasana kat sini redup dan tenang je. Sesuai sangat kalau korang sejenis pengembara ulat buku. Sesambil travel, boleh luangkan masa membaca buku di sini.
Ruang menunggu. |
Bila teko India bertemu tepak sirih Melayu. |
3) Upstairs lounge
Bagi penginap yang menginap di bilik tingkat atas (seperti sis), kami turut mempunyai ruang tamu/lounge sendiri. Selain dari dilengkapi dengan tempat duduk, sofa dan meja yang selesa dan unik, pihak hotel turut menyediakan mini pantry di situ. Ada beberapa pilihan minuman instant dan cerek air eletrik. So, sesambil menikmati air panas, sesambil berborak dan bersantai di luar bilik. Kalau nak buat kerja pun boleh je kat meja lounge tu. Semuanya free ok.
Ruang tamu depan bilik kitorang |
Buat kerja blogging kat sini pun best. |
Chairs, table cloth, rugs, tiles. So asian! |
Saja tangkap gambar bebanyak sebab cantik sangat pastu tak tau nak pilih mana satu. |
Mini pantry at upstairs lounge. |
Sesambil melepak sesambil mengopi pun boleh. |
4) Pool side lounge
Selain dari ruang tamu di tingkat bawah (lobi) dan tingkat atas (bilik) hotel, terdapat juga pool side lounge disediakan. Amboi banyak betul lounge Jawi Peranakan Mansion ni ek. Setiap sudut boleh merehatkan minda kekdahnya. Kat sebelah kolam renang hotel ni, ada je tempat duduk. Tapi kalau korang sejenis tak suka berpanas dan nak duduk bawah dilindungi bumbung, boleh lah lepak di pool side lounge ni.
As simple as it can be. |
Tu buah tipu sebagai hiasan ya. Adik aku hampir ambil dan makan. Hahahaha. |
Mini pantry besides of pool and lounge. |
Kerusi pun nak joget. |
Sunbathing, anyone? |
Sesambil anak mandi pool, mak boleh berehat sesambil cuci mata juga kalau ada jejaka mata biru. LOL #joking |
Just enjoy the view. |
5) Swimming pool
Aik, hotel kecik pun ada kolam renang? Yaaaaa betul. Walaupun saiz kolamnya tak luas mana. Tapi kira cukuplah kalau nak berendam-rendam melupakan masalah di tempat kerja korang. Agituhh! Macam biasa, design kolam renang dia hipster, antik, dan cool habis. Siapa yang suka ootd, hotel ni memang lubuk instagrammable korang lah!
Macam kat Spain pun hado. Entahlah nakkk. Semua sudut cantik! |
It makes me remember about 'hammam' hot spa at Syria & Morocco. |
Cantik sangat sampai rasa sayang nak mandi masuk dalam pool. Pulakkkkk! |
As usual, #FaraaDanBangunan |
6) Courtyard hotel
Akhir sekali, Jawi Peranakan Mansion ni ada laman courtyard yang sangat memukau mata dan jiwa. Ada bangku sikit, ada pepokok menghijau sikit, dan ada air pancut tradisional di tengah-tengah laman. Alahai, mak-mak mesti suka bergambor kat sini di waktu petang punya lah. Haha. Aihhhh, mendamaikan jiwa sungguh menginap di Jawi Peranakan Mansion ni kan.
Ni lah taman kat luar lobi hotel |
Sesambil tunggu Grab sampai, sesambil berehat di taman. Gituhh |
Perangai #FaraaDanJubin menjadi-jadi ya kat sini. |
Kesimpulannya, sis bagi rating 20/10 untuk pengalaman staycation di Jawi Peranakan Mansion Pulau Pinang ni. Walaupun bertaraf hotel lima bintang, tapi harganya tak lah mencekik seperti hotel-hotel butik yang ada di KL dan lembah Klang. Servis staff tiptop, suasana dan seni bina hotel menenangkan. Itulah yang kita harapkan dari sebuah staycation pun kan? Balik dari staycation memang terus bersemangat untuk menyambung semula kehidupan harian dan pekerjaan yang memeningkan. Hahaha.
Lastly, sis memang sangat sangat recommend pada pasangan suami isteri yang nak berbulan madu, gegirls yang buat trip untuk gegadis yang gemar bergambar (dan berangan), para traveler yang nak merasa 'travel' ke kehidupan zaman kegemilangan jutawan Jawi Peranakan satu masa dahulu, serta sesiapa yang nak merehatkan minda seketika di Penang. Bolehlah letak sini dalam wishlist hotel korang. See you again, Jawi Peranakan Mansion! Ok bai.
Moga bertemu lagi Jawi Peranakan Mansion. Adios! |
4 comments
Eiiii lawa gilerrrr hotel ni! Baru tahu istilah jawi peranakan tu..kalo chinese + malay, kita panggil baba nyonya kan..yang ni indian + malay..
ReplyDeleteKannnn! Memang lawo sangat2! Yeszzaa betul, indian + malay = jawi peranakan. chinese + malay = baba nyonya peranakan.
Deleteunik design hotel macam ni. sy suka tengok design unik.. sejuk je mata memandang.
ReplyDeletesuka sekali dengan mansionnya
ReplyDeletebola bola udang