JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PENANG

By FARAA MUSA - August 23, 2019

Hai korang! Blogpost kali ni adalah rentetan dari trip short getaway sis bersama adik perempuan sis di Penang tempoh hari. Klik link ni untuk baca review sis tentang penginapan di Jawi Peranakan Mansion yang cantik dan glamour tu.

Untuk blogpost kali ini, sis nak share tentang beberapa restoran sedap dan tourist spot yang sempat sis kunjungi di Penang dalam tempoh 29 jam sahaja. Tak banyak pun, tapi cukuplah buat rujukan korang yang senasib dengan sis. Yang takde masa nak travel lama-lama ke. Atau maybe korang ke Penang atas urusan kerja seharian, so tak tau nak pergi mana? Haaaa, jom kita mulakan!

Ayuh! #JJCMPenang bermula.

NASI KANDAR HAMEEDIYAH

Restoran Nasi Kandar Hameediyah ni terletak beberapa meter sahaja dari tempat penginapan sis. Cuma berjalan kaki dalam 3-4 minit camtu, dah sampai. Macam biasalah, tak sah kalau korang ke Penang tapi tak menikmati menu nasi kandar di sana.

Comey tema warna restoran dia. Macam tadika Brainy Bunch :P

Kemain ya list menu tu.


Terkejut juga sis ketika mula-mula sampai di depan restoran. Sebab selalunya, bila baca review di Google, mesti orang cakap kena sabar beratur menunggu giliran di sini. Tapi sewaktu sis pergi tu, lengang beb. Aman damai dan penuh santai je beratur mendapatkan nasi kandar beserta lauk-pauknya yang banyak. Muahaha. Alhamdulillah sangat sebab time tu pun memang perut sis dan adik dah menggelupur! Maybe sebab kitorang datang pada waktu hari bekerja kot? Sebab tu tak ramai orang.

Macam-macam adaaa

Cepatlah baiyaa sis dah laparuddin ni


Restorannya bersih. Oh ya, restoran dia ada 2 tau. Kitorang pilih dan ambil lauk kat kedai pertama, lepas tu terus bayar di cashier. Tapi duduk makan di restoran sebelah. Ruangnya lebih besar dan selesa. Minuman & menu masakan panas lain, order nanti di meja makan. Pelik kan? Hehe.

Amboi gambar tok moyang dulu kala pengasas Hameediyah

Ni kedai sebelah, tempat makan.

Murtabak dia buat time tu jugak. Tak main ready made tau.

Selain daripada sis order nasi kandar ayam goreng, telur ikan seketul, beberapa batang bendi, dan kuah kari campur banjir, dan papadom seplastik, sis order jugak murtabak kambing di Restoran Hameediyah tu. Tapi rasanya better korang order menu yang lain dari murtabak ni. Sebab lebih wajar dipanggil sebagai murtabak bawang. Puas juga sis mencari di mana daging-daging kambing di sebalik lapisan murtabak tu. Oppppsss!

Kiri adik sis punya, kanan sis punya. Dua-dua pun ratu ayam goreng.


Murtabak Kambing dah sampai mmbbekkk!


Overall, dari segi rasa, nasi kandar Hameediyah ni boleh tahan sedap jugak. Cuma dari segi harga, bagi sis agak mahal. Menu sis adalah seperti yang dinyatakan di atas, pastu adik sis pula order nasi kandar ayam goreng sahaja, minuman kitorang teh o ais dan air kosong. Jumlah makanan lunch kami ketika itu RM58.75. Fuhhh! Dah macam makan nasi kandar dalam hotel pula rasanya. Hehe.


Maybe tak jumpa lagi dah kot. Mahai ngat. 


BOOK XCESS GURNEY PARAGON

Kalau korang dah lama follow sis di instagram, mesti korang dah tau yang sis ni sejenis ulat buku. Nak kata banyak sangat membaca pun, tak jugak. Tapi sis memang minat membaca kalau ada waktu terluang, minat mengumpul buku, dan minat segala perkara yang berkaitan dengan buku. Termasuklah menjelajah kedai buku atau perpustakaan. 

Haluuuuu awak! I'm coming.

Selalunya sis bertapa di Book Xcess Cyberjaya sahaja. Kali ni, bila berpeluang ke Penang, sis pun ambil kesempatan untuk buat lawatan sambil belajar ke cawangan Book Xcess terbesar di Malaysia ni. Kedai buku Book Xcess ni terletak di dalam shopping mall tau. Gurney Paragon Mall namanya. Sis pergi ke sini menaiki Grab aje dari hotel.



Rak buku dia kemain tinggi ya.

Tunjuk apetu dik?


Somehow this place reminds me of Starfield Library di Seoul pulek.


Woahh woahh mabuk buku

More books


More and more books

Love the quotes. Jadilah orang yang membaca. Pasti duniamu takkan sama lagi.

More and more and more books

Macam biasa, Book Xcess memang sangat cosy ya. Lengkap ada plug boleh buat kerja sambil baca buku

Ahhhhhhh lost counting dah

Fiction section. Not my playground. 



CHINA HOUSE

Next, kita ke aktiviti minum petang pula. Ngengade kan, kengkonon nak berbual sesambil makan ssesuatu yang manis kekdahnya. Dah nama pun #GegirlsShortGetaway gittewww. Huhu. Cafe China House ni terletak di bandar Georgetown juga, tapi dah berdekatan dengan kawasan jeti pelabuhan tu. Area-area Chew Jetty dan Rojak Pasembor Padang Kota tu lah.

50 cakes / desserts a day guys!


China House merupakan cafe terpanjang di Penang. Sebab rumah kedainya memang sederet sampai ke rumah kedai belakang. Owner dia beli rumah kedai depan belakang kot? Entah. Tapi apa yang menarik tentang cafe ini adalah; selain dari mempunyai pelbagai pilihan kek dan manisan yang sedap belaka, China House juga mempunyai dekorasi cafe yang sangat berseni, artistik dan santai. Bak kata omputih, cosy ambience gittew! Pokoknya, kalau korang makan di China House ni, memang rasa macam masuk ke tempat yang baru, lain dari yang lain. Suasana dia tu, mahal. Makanan dan minuman pula, sis boleh cakap harganya standard lah. Berbaloi dengan rasanya yang sedap dan enak.


Kek diorang tebal-tebal belaka. Tak rugi beli boleh share reramai.

Apa perasaan memilih makanan sambil pakai spek mata hitam sir?


Yes madam. Begitulah pose sis ketika terkedu dan rambang mata nak order yang mana satu

Gebu nau nau cream puff dia

Abam barista malu nak bergambor


Cafe China House ni, mempunyai 2 tingkat. Tingkat bawah adalah bahagian cafe sebagai tempat pelanggan makan dan minum. Manakala tingkat atas pula adalah bahagian art gallery, kedai cenderamata dan kraftangan.


Mood

Dulu pernah berangan nak buka galeri seni sendiri. Apakan daya. Sis sejenis kayu.

Gambar gegar dont care

Boleh juga kalau nak duduk di bahagian luar, di belakang cafe. Ada taman kecil. More private lah kononnya.

Kitorang duduk kat dalam cafe je. 

Datang sini wajib order tiramisu (non alcohol) dia okeh. Best seller!

Ni lah taman kat belakang cafe tu. Harap-harap takde nyamuk.

Spot wajib bagi setiap pengunjung China House

SIXTH SENSE BOUTIQUE

Oh ya, kalau korang pergi ke China House Cafe, jangan lupa jenguk ke kedai butik  sebelah. Sumpah pilihan pakaian-pakaian yang ada kat situ semuanya lawo beb! (berdasarkan citarasa sis la) Simple,plain, polos,  basic, minimalist, warna-warna earthy tone, senang cakap kalau korang minat baju-baju Uniqlo, kompem korang minat jugak dengan kedai ni. #ReviewTakBerbayar



Green is my element

Minimalist ke idok

Klasik ke idok

Uniqlo ke idok

Hipster ke idok (radio gedabak kat bawah tu)

Sedikit sebanyak butik ni ada vibes Korea sikit. I miss Seoul!

Bukan setakat menjual pakaian sahaja, tapi Sixth Sense ni turut ada menjual pelbagai jenis aksesori seperti cermin un mata, beg, topi, anting-anting dan sebagainya.


Mesin taip tu bukan untuk dijual

Teringat mesin taip mak sis zaman dedulu. Suka nau main berangan jadi cashier guna ni.

Tak sure pulak pokok ni dijual sekali ke tak

Selain dari pelbagai jenis pakaian minimalist dan aksesori, ada jugak beberapa produk dekorasi atau barangan rumah. Macam sudu, senduk, mangkuk, dan bermacam-macam lagi lah barangan hiasan rumah yang berasaskan kayu gitu.

Houseware section


Sukanya lahai houseware based on nature cemni.

Pastu ada jubin old skool kat luar kedai. Sis like! #FaraaDanJubin

JALAN-JALAN CUCI MATA & SNAP STREET PHOTOGRAPHY

Sejujurnya, sis memang tak tahu apakah nama jalan raya ni. Apa yang sis ingat, kitorang cuma saja-saja berjalan kaki di kawasan sekitar rumah-rumah kedai di situ. Sambil bersenam selepas rasa bersalah makan tiramisu seketul di China House tadi, sambil tu sis ketik kamera fon. Cantiklah street photography kat sini! Sama je vibe dia macam di Melaka. Tapi yang bezanya adalah, Melaka penuh sesak dengan umat manusia. Haha.

Instagrammable kedai aiskrim
Insta-worthy rumah kedai

Geramlah tengok daun pokok dia tu!

Again, old skool shop house

Tanteknyewwwww tingkap tu

Kalau kat Singapore ni, diorang dah repair dan jaga warisan seni bina tradisional cemni


RESTORAN KAPITAN

Untuk makan malam, sis dan adik memilih Restoran Kapitan yang terletak di Chulia Street. Ada masjid tertua India Muslim di Pulau Pinang betul-betul di hadapan Restoran Kapitan ni. Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali kedua sis menjamu selera di Restoran Kapitan. Briyani Tandoori dia, boleh bawak mimpi ya kawan-kawan. Sedap gila tak tau nak describe macam mana. Sebab nasi briyani dia, bukan macam nasi briyani Johor tu. Tapi ala ala konsep nasi briyani masakan India-Pakistan gitulah. Pedas okeh! #SpicyLover

Restoran Kapitan Chulia Street

Masjid depan Restoran Kapitan

Kemain interior merah bak ayam tandoori

Sis order Briyani Ayam, adik sis order roti apa entah. Dedua sedap namatey.


PENANG AVATAR SECRET GARDEN

Ok lokasi yang ni pertama kali sis pergi. Tengok dalam gambar yang dikongsi oleh instafemes-instafemes tu memang lawa. Macam taman magikal yang dihiasi dengan sinaran lampu berwarna-warni. Ibarat masuk ke alam 'Avatar' lah kiranya.

Magikal ke idok


Apa yang mengejutkan kitorang adalah; rupanya taman ni terletak di dalam kawasan tokong Cina. Jangan salah faham. Korang tak perlu masuk ke ruang sembahyang, ataupun kawasan patung-patung tu. Taman ni terletak berhadapan bangunan tokong, tapi masih di dalam kawasan tokong. Faham kan? Sis datang ke sini naik Grab je. Pemandu Grab sis ketika itu Melayu muslim, dia tanya "nak buat apa datang sini dik? Ada majlis apa ni?". Pada mulanya sis terkedu dan bercakap dalam hati "laaaa nak tengok keindahan taman avatar lah. nak buatpe lagi?". Rupa-rupanya pemandu Grab tu cakap, dia pertama kali hantar orang Melayu masuk ke kawasan (tokong) ni. Kitorang pulak, memang tak terlintas langung yang taman magikal ni dalam kawasan tokong Cina. Hahaha. Tapi sebab dah sampai, kitorang pun layan je lah dan snap beberapa gambar buat kenangan. 

Mula2 takut juga nak masuk taman ni. Tapi dah sampai, redah je lah.

Macam filem avatar ke idok

Suka bahagian lampu jejalur jatuh ke bawah ni

Lawo kan?

Purple also nice

Lama-lama tengok lampu sangkut kat pokok cemni rasa seram jugak

Dalam hati doa bebanyak supaya tak ternampak benda tak sepatutnya. Hahaha.

Ok ok lah. Boleh lah jadi tmepat persinggahan. Tapi rasanya sekali je cukup lah.


Sis rate tempat ni 6/10. Kenapa? Sebab tempat dia tak strategik dan pelik sebab dalam tokong. Huhu.


ROTI CANAI GEMAS ROAD

Di Penang ni, roti canai adalah antara menu yang popular dijadikan sebagai sarapan tau. Mungkin sebab ramai komuniti India & Mamak kot? Diorang kan terkenal dengan kemahiran menebar roti, sebab dah memang itu makanan budaya mereka. So, memang sedaplah citer dia.

Tazzabarrr menanti!

Roti Benggali dia tebal naaa

Nyesal tak order roti titab / roti telur goyang kat sini haritu. Nampak sedap.

Setelah sis baca beberapa review tentang gerai-gerai roti canai yang terkenal di sekitar Penang, sis buat keputusan untuk bersarapan di Roti Canai Gemas Road. Memang tak silap keputusan sis tu. Sebab roti canai dia memang special, sedap, menarik, dan korang takkan dapat kat negeri lain.

Pelanggan datang bungkus tak putus-putus.

Dekat sini, menu roti canai memang dimakan bersama sambal ayam dan kari.


Adik sis order roti canai ayam, sis order roti canai kambing. Cheese dan telur mata cair tu memang semua orang dapat. Sedapnya ya ampunnn!


NASI KANDAR LINE CLEAR

Masa pun semakin suntuk. Maka eloklah sis mengakhiri trip 29 jam di Penang ini dengan hidangan 'signature' dan cukup masyhur sekali iaitu Nasi Kandar Line Clear. Sebelum ke airport, ayuh kita mengisi perut dengan nasi kandar terakhir untuk trip kali ini. *sobs sobs*


Sign board pun klasik yakmat dah kenapa?


Atok tu antara pekerja veteran di Line Clear ni. tapi tetap cargasss


Ramai naaaa

Kat sini sis boleh lihat pelanggan mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum. Katanya, kalau nak tau macam mana rasa nasi kandar yang original, silalah try makan di Nasi Kandar Line Clear Penang. Siap ada disclaimer lagi *kami tiada cawangan lain selain di Pulau Pinang ini*. Means, cawangan LC di KL tu, fake ke camne? Tapi bagi sis, sedap jugak. Hahahahaha. Dasar hantu nasi kandar engko sis! Tapi dari segi rasa, memang berbeza pun LC Penang dan LC KL tu.


Tudia kepala ikan sikit punya besor. Kalau nak, nanti dia akan curahkan kuah kari atas tu. Perghh!

Masih tetap dengan ayam goreng. Dah macam upin ipin ya.

Pakcik tu perli sis ke apa. Sis memang mintak kuah banjir. Tapi ni sampai nak melimpah gais.

Kasi zoom sikit meleleh air liur sikit.

Kasi zoom sikit meleleh air liur sikit 2.0


Sudahlah sedap, rasanya asli, harga murah pulak tu. Sis suka! Tertunailah impian adik sis nak makan Nasi Kandar Line Clear sebelum beliau pulang ke pangkalan universitinya. Cuti sem kau dah nak berakhir adikku. Maka, sedarlahhh! Hahaha.


Gelak jahat pada adik sis yang bakal pulang ke perantauan. Hiks

Berakhir sudah trip 29 jam di Pulau Pinang kami. Kalau korang nak tahu tourist spot yang menarik serta cadangan tempat makan best yang lebih banyak di Penang, boleh lah baca di blogpost purba sis ini. Ada banyak pilihan #JJCMPenang di situ. Sebab dulu sis pergi 3 hari kot. Dapat jalan banyak tempat, dan dapat makan banyak benda. Hehe. Till then, babai!

Antara artikel berkaitan Jalan-Jalan Penang :

** ------>> Nasi Kandar Paling Sedap, Padang Kota Lama & Dark Mansion
** ------>> Playing Tourist  di Bukit Bendera & Pantai Batu Feringgi
** ------>> Sarapan Enak di Penang, Briyani Paling Sedap & Bergambor Sampai Lebam

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Ya Allah akhirnya dapat juga drop comment here. Hehehe

    Bestnya tengok semua tempat Fara pergi, book xcess tu cantiknya lah haihh.. Nak bookmark nanti boleh rujuk sini 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyyyy! Husniey berjaya komen! Hahahahaha.

      Memang best sangat book xcess tu. Wajib pergi tau Husniey!

      Delete
  2. Assalamualaikum. Nice blog... I'm newbie. Please support me... Visit my blog at ryda-ridaarjunaida.blogspot.com. Thanks

    ReplyDelete

  3. HOT PROMO TERBARU DARI KAMI :

    - Bonus New Member 10%
    - Bonus Deposit HARIAN 10%
    - Bonus ROLLINGAN 0.8% ( CASINO )
    - Bonus Cashback 5% ( Sportbook )
    - Bonus Refferal 0.5% ( CASINO )

    silakan Bosku ^^


    Nomor WhatsApp : +855 6945 4603
    http://bit.ly/pelangics

    Silahkan Di Add Nomor WA Kami ya bosku^^
    Terima Kasih..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

POPULAR POSTS