Hai korang! Ini adalah sambungan entry trip sis ke Padang bersama Tourism Indonesia. Baru ada semangat nak update. Hahaha. Ampunnnn! :)
So, setelah dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti indoor dan kebudayaan di Padang pada hari pertama, tiba masa untuk kita teruskan aktiviti outdoor bersama alam dan pulau pula pada hari kedua. Kalau korang nak tahu, Padang terkenal dengan 5 gugusan kepulauan yang sangat cantik dan masih terpelihara; iaitu Pulau Pandan, Pulau Toran, Pulau Air, Pulau Bando, dan Pulau Pieh. Oleh kerana persekitaran kesemua pulau ini masih 'dara' dan terpelihara dari kegiatan manusia, kesemua pulau-pulau ini menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur, tempat laluan ikan lumba-lumba (dolphin), tempat pembiakan terumbu karang, dan penempatan spesies ikan-ikan yang cantik.
So, setelah dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti indoor dan kebudayaan di Padang pada hari pertama, tiba masa untuk kita teruskan aktiviti outdoor bersama alam dan pulau pula pada hari kedua. Kalau korang nak tahu, Padang terkenal dengan 5 gugusan kepulauan yang sangat cantik dan masih terpelihara; iaitu Pulau Pandan, Pulau Toran, Pulau Air, Pulau Bando, dan Pulau Pieh. Oleh kerana persekitaran kesemua pulau ini masih 'dara' dan terpelihara dari kegiatan manusia, kesemua pulau-pulau ini menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur, tempat laluan ikan lumba-lumba (dolphin), tempat pembiakan terumbu karang, dan penempatan spesies ikan-ikan yang cantik.
PERJALANAN KE PULAU PIEH
Dan pada sesi trip yang lepas, sis telah dibawa pergi ke Pulau Pieh. Untuk pergi ke Pulau Pieh, kita perlu menaiki bot di Pelabuhan Muaro di Kota Padang. Actually, dia bukanlah pelabuhan yang biasa kita bayangkan tu. Dia macam jeti kecil-kecilan yang biasa kita lihat di jeti pulau di Malaysia ini. Sebelum kumpulan kami bergerak menaiki bot, ada tour guide yang menerangkan serba sedikit info berkaitan Pulau Pieh.
Perjalanan dari Pelabuhan Muaro ke Pulau Pandan mengambil masa hampir 1 jam 15 minit. Lama kan? Selalunya kalau kita pergi ke pulau-pulau di Malaysia lebih kurang 15-30 minit saja. Haaa, sebab tu lah sis kata pulau ini masih 'dara'! Mungkin faktor kedudukan dia yang terlindung dari ramai manusia, menjadikan Pulau Pieh ini popular sebagai pusat konservasi penyu dan pelbagai hidupan marin yang lain. Hinggakan kitorang dah duduk dalam bot tu, akhirnya berdiri jugak sebab dah tak tahan lenguh kaki dan punggung duduk lama sangat. Haha. Tapi, jangan risau sebab bot di sini tak bawa laju pun. Tiada adegan melambung atau terhentak langsung. Everything went smoothly and so peaceful. Good job abang bot! ;)
We; media team & travel bloggers are the tourism soldier! |
Bismillah, let's start our journey! |
Bersemangat ya ibukk ibukkk sekalian :) |
Kalau ikutkan, abang bot dan tour guide sis tu cakap, jika bernasib baik, boleh je nampak ikan lumba-lumba semasa kami dalam perjalanan ke Pulau Pieh. Tapi disebabkan perjalanan kami pada hari itu terlewat sedikit, maka takde rezeki untuk lihat pemandangan tu di atas bot. Tapi takpe, nanti di pulau itu sendiri pun boleh tengok juga. Tapi kena pakai teropong lah, sebab kita dah ada kat darat kan. Ikan lumba-lumba berenang kat tengah laut :P (tapi alhamdulillah rezeki kami, memang dapat melihat dolfin melompat-lompat dari Pulau Pieh menggunakan teropong tour guide. Subhanallah tak percaya ada ikan lumba-lumba di nusantara)
Sumber gambar : Kementerian Kelautan & Perikanan Indonesia |
KEINDAHAN SUASANA PULAU PIEH
We almost there! |
Sebenarnya dari atas bot lagi sis dah nampak keindahan Pulau Pieh dari jauh. Rupa-rupanya, bila sis dah turun dari bot, dan menjejakkan kaki di pulau tersebut, lagilahhhhh indah dan mempesonakan! Pasirnya terlalu halus dan putih, air birunya jernih, boleh lihat anak-anak ikan berenang di gigi air, pohon kelapa tinggi melambai, angin pula sepoi-sepoi bahasa. Fuhhhh, hebat sungguh kejadian dan ciptaan Tuhan kan. Patutlah haiwan dan hidupan laut tidak segan, dan selesa memilih pulau ini untuk membiak. Sebab suasana Pulau Pieh, memang sangat-sangat natural gituhh. Apa lagi, sis dan group media pun mulakan aktiviti bergambar sepuas hati. Haha.
Look at those shades of blue & turquiose MasyaAllah! |
Feeling young and free at Pulau Pieh. Hehe. |
Adik-adik dari travel company hebat. |
Those white sands. Pretty oh pretty! |
Buih-buih di lautan |
They're calling me |
Alhamdulillah for all these ni'mah and rezeki from Allah |
Love the nature's vibes at Pulau Pieh. Even the leaves also beautiful ;) |
Pulau Pieh memang tidak ada jeti. Maka bot perlu 'parking' dan turunkan kami berdekatan dengan persisiran pantai. Dan untuk menjaga keselamatan terumbu karang di dasar lautan Pulau Pieh itu, bot tak boleh 'parking' terlalu dekat dengan pasir pantai. Selepas penumpang diturunkan, bot akan dibawa ke tengah laut untuk parking. Hehe.
Another boat has arrived |
Candid photos is the best photo. |
Di Pulau Pieh ni tiada penduduk. Yang ada hanyalah penjaga pulau yang datang dan pergi secara ulang-alik setiap hari. Selain dari menjaga kebersihan di sekitar pulau ini, penjaga pulau berperanan penting dalam memantau kehadiran penyu di Pulau Pieh. Kot kot ada ibu penyu mendarat untuk bertelur, maka si penjaga pulau perlu menyediakan tempat yang sesuai, serta bertanggungjawab mengambil dan memelihara telur penyu sehingga proses menetas.
Pondok tempat penjaga pulau atau pegawai berteduh. |
One of Allah's creation -- natural shades from Allah. |
Island vibes so strong guys! |
Kata penjaga pulau, kewujudan pokok-pokok kelapa dan nipah di Pulau Pieh ini, adalah penting bagi keseimbangan ekosistem hidupan pulau. Bila ada pokok, pasti akan ada burung-burung yang singgah untuk mendapatkan makanan, tempat perlindungan, dan hidup di pulau tersebut. Fungsi burung-burung ini pula, menyebarkan benih dan makanan ke sekitar pulau. Pakcik penjaga Pulau Pieh ini juga berkata; bahawa penyu yang memilih untuk bertelur di sini adalah spesies penyu yang gemarkan pohon kelapa. Sis dah lupa apa nama spesifik penyu ini, tapi kebanyakan spesies ini memang mudah tertarik dengan bau pohon kelapa, maka mereka pun berhenti dan bertelur sebentar di Pulau Pieh. Di samping itu, penyu bakal mendapatkan makanan dari tiupan angin dan dari burung-burung camar dan helang yang berterbangan di sekitar habitatnya di situ. MasyaAllah, begitu hebatnya aturan kitaran hidup alam yang disusun oleh Yang Maha Penyusun, Maha Pengatur, Maha Menyeimbangkan segalanya. Yang Maha Memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Subhanallah!
Subhanallah no filter needed. |
Mesmerizing view. |
TINGGALAN SEJARAH BELANDA DI PULAU PIEH
Kemudian kami dibawa berjalan di sekitar Pulau Pieh, melihat beberapa tinggalan sejarah dari zaman pemerintahan Belanda di sini pada zaman dulu. Terdapat istana Belanda di sini, namun disebabkan pengeboman, yang tinggal kini hanyalah tiang istana dan ruang dapurnya sahaja. Kawasan dapur ini sedikit berhutan, so tour guide memastikan kami untuk sentiasa alert dan berjalan dalam kumpulan dan barisan.
Briefing before we start our island tour. |
Love greens. Always. |
Tinggalan bangunan istana Belanda. |
Masih ada air dalam perigi ni. Air bersih tau! |
Seteguh apapun sebuah kota, tetapkan tinggal sejarah suatu saat nanti. |
Line up buddies! |
Bergerak dalam barisan. Cute. Hehe. |
PUSAT KONSERVASI PENYU PULAU PIEH
Tiba masa ke agenda utama sis dan rakan-rakan media dijemput Tourism Padang, iaitu pendedahan info tentang pusat konservasi penyu di Pulau Pieh. Disebabkan Pulau Pieh berada di bawah kawalan dan perlindungan Kawasan Taman Wisata Alam Laut, maka semua perihal tentang proses pembiakan, penjagaan, penetasan, dan pelepasan telur penyu, memang dibawah pengetahuan mereka. Terdapat 3 jenis penyu yang mendarat di pulau ini iaitu Penyu Belimbing, Penyu Sisik, dan Penyu Hijau.
Bentang kanvas sebelum aktiviti seterusnya. |
Waiting for our briefing. |
Let's begin and add some knowledge! |
Some posters. |
Pusat konservasi tu apa sis? Sebagai pusat pemerhatian, pemeliharaan dan pemuliharaan spesies penyu. Daripada telur penyu, anak-anak kecil penyu, hinggalah ke penyu dewasa (ibu penyu) yang mendarat di Pulau Pieh untuk aktiviti bertelur.
Sumber gambar : www.nurulzayani.com (Rakan blogger sis) |
Kenapa kena ada pusat konservasi penyu di pulau-pulau ini? Haaaaa, tahukah korang, bahawa mengikut statistik sejak 30 tahun yang lepas, sarang telur penyu telah terjejas dan menurun mendadak sebanyak 60%. Maksudnya, tempat yang selamat, bersih dan sesuai untuk penyu bertelur, semakin berkurangan di atas muka bumi ini.
Kekayaan yang tak tergantikan. I'm always in love with Indonesian words :) |
Konsep pusat konservasi penyu di Pulau Pieh, amat teliti dan senatural mungkin. Pegawai marin di sini akan kutip telur penyu yang dijumpai di sekitar Pulau Pieh, dan tanam semula telur terebut di lokasi khas yang selamat. Satu lagi info yang menakjubkan! Penyu betina yang ingin bertelur, hanya akan naik ke tempat/pulau yang sama dengan tempat/pulau mereka menetas semasa kecil dahulu. Amazing kannnnn!? Hehe. Sebab tu kita tak boleh sesuka hati merosakkan penempatan telur penyu. Kita kena pelihara dan pulihara sebaik mungkin pulau-pulau yang dipilih oleh penyu untuk mereka bertelur. Supaya penyu-penyu yang wujud di dunia ini tidak pupus.
Sumber gambar : www.nurulzayani.com (Rakan blogger sis) |
Penuh hati-hati dan cermat mengambil baby penyu |
Sis rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melepaskan anak-anak penyu yang telah selamat menetas, ke dalam laut. Comel sangat baby penyu merangkak laju menuju ke laut bila terdengar bunyi desiran ombak. Alahai, semoga awak kekal hidup ya di lautan yang penuh pancaroba sana! Sis teruja tapi dalam masa yang sama, rasa terharu sangat! Macam ni agaknya perasaan ibu-ibu kita melepaskan kita untuk pergi merantau jauh, atau menuntut ilmu di tempat orang ek? Huhu.
Hanging there buddies! |
Awhhhh my baby penyu sokiut! |
Cant wait to release them. |
But in the same time, i'm so touched. Thinking about their future in the sea life. |
Sayangnya, hampir 100% anak penyu yang berjaya lepas ke laut, akan mati seawal tempoh minggu pertama kerana menjadi makanan kepada haiwan pemangsa yang lain seperti ikan besar atau burung. Tahukah korang? Dari 6000 hingga 10,000 anak penyu yang menetas, kebarangkalian hanya ada 1 ekor sahaja yang berpotensi untuk membesar dan matang, hidup di lautan, dan akan kembali bertelur selepas 20 tahun. Sikit sangat kan? Sudahlah kebarangkalian tersangat sedikit, manusia pula merosakkan dan menghancurkan habitat alam semula jadi buat penyu untuk bertelur. Kesian kan?
Good luck buddy. May Allah protects you :) |
Bye-bye buddy! |
REFLEKSI DAN TINDAKAN KITA
Jadi, apa yang kita sebagia orang biasa ni boleh buat untuk selamatkan penyu daripada pupus?
Pertama, jangan pernah menyokong sebarang aktiviti jual beli anggota bahagian dan telur penyu.
Undang-undang di Indonesia berkaitan penyu. |
Kedua, kita boleh elakkan penyu daripada terancam dengan menjaga kebersihan alam sekitar di pulau-pulau yang kita pergi. Mana tahu, pulau yang ada di tempat kita tu merupakan pulau yang sama penyu betina pernah menetas pada suatu masa dulu? Sebab tu lah, kebanyakan negara telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan pusat-pusat konservasi penyu di pulau-pulau sebagai langkah pemuliharaan spesies penyu. Dan Pulau Pieh di Padang adalah salah satu darinya.
Moga Allah berkati usaha murni kita yang kecil ini :) |
Pulang dengan permata muhasabah diri. Memikirkan perangai manusia yang persis haiwan tak berakal. Sentiasa membuat perkara buruk tanpa memikirkan akibat pada hidupan yang lain. |
Terima kasih kepada pihak ASPPI Padang, Tourism Padang, dan Tourism Indonesia sebab sudi menjemput sis mengikuti FAM Marine Trip ke Padang ini. Sis sangat-sangat menghargai segala budi baik mereka, dan teramat bersyukur sebab diberi peluang untuk melihat sisi Padang & Sumatera barat yang belum pernah sis ketahui selama ini. Indeed, it is such a beautiful journey I had. Padang penuh dengan ketenangan, kedamaian, serta suasana mesra dan keramahan penduduknya. Till then, see you again wonderful Indonesia!
3 comments
Happy to see little turtle being released to the sea
ReplyDeleteCantik nyer laut kat sana...
ReplyDeleteSalam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak becadang bercuti kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
ReplyDeleteWassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com