MAKAN-MAKAN ISTIMEWA DI RESTORAN DE.WAN 1958 BY CHEF WAN
By FARAA MUSA - November 07, 2019
Seperti tajuk entri di atas, sesi makan-makan yang ingin sis review kali ini bukan beshe-beshe gais. Sesi makan-makan yang istimewa, di hari yang istimewa, bersama dengan orang-orang yang istimewa bagi sis. Dalam entri yang lepas, sis ada share tentang staycation singkat bersama parents & suami sis sempena ulangtahun kelahiran sis pada tahun ini.
Dah alang-alang kitorang staycation di KL, maka sis takkan lepaskan peluang untuk menikmati makan malam di restoran idaman hati sis iaitu De.Wan. Selalu scroll page restoran ni kat instagram je. Akhirnya, dapat juga bawa mama ayah & suami ke sini. Thanks encik suami sebab belanja the whole dinner! Pada awalnya, sis memang berniat nak belanja dan booking semuanya. Tetiba masa kat kaunter bayaran, encik suami dah hulur lebih cepat daaaa! Maka, besar tapak tangan dan perut sis tadahkan! Hahaha.
INFO RESTORAN DE.WAN
Kalau korang masih belum tahu lagi tentang restoran De.Wan ini, meh sis nak cerita. Restoran ini adalah milik chef selebriti terhebat dan kebanggaan Malaysia iaitu Chef Wan. Milik persendirian, atau hasil perkongsian perniagaan bersama rakan-rakan yang lain, haaaa yang tu sis tak pasti. Apa yang penting bagi sis, makanan-makanan di restoran De.Wan ini adalah hanya berasaskan menu tempatan Malaysia dan halalan toyyiban. Hehe. I believe Chef Wan has done so much to promote our Malaysian food culture all over the world.
Restoran ini terletak di dalam mall bersaiz sederhana kecil di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, bernama Linc KL. Kalau nak datang sini, Waze je Linc KL atau De.Wan. Mall comel ini terletak betul-betul bertentangan bangunan Tabung Haji yang berbentuk macam tabung duit kita zaman kanak-kanak dulu tu. Restoran De.Wan terletak di tingkat atas sekali, dan paling hujung (kalau lihat dari luar mall kiri sekali, tapi kalau lihat dari sudut dalam mall ianya kanan sekali).
Restoran De.Wan ini baru dibuka pada awal bulan April 2019. Baru beroperasi lebih kurang 6 bulan. Masih awal kan? Tapi restoran ini memang tak dinafikan mendapat sambutan yang sangat hangat dari kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum dan bangsa. Dan kalau dilihat mall Linc KL ni pun, memang nampak semuanya baru dan masih cantik semuanya. Berikut adalah waktu operasi bagi restoran ini :
11am - 4pm & 6pm - 10pm (Isnin hingga Jumaat)
11am - 10pm (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
SUASANA RESTORAN DE.WAN 1958
Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam restoran ini, hanya ungkapan "WOW" je yang mampu keluar dari bibir sis. Agituhh! Sis tak tahu lah apa nama tema dekorasi atau hiasan dalaman restoran ni. Sebab sis bukanlah pengkaji dekorasi, mahupun seorang interior designer. Tapi based on pemerhatian sis, rasanya tema restoran ni ala-ala warna-warni alam tropika Malaysia. Melihat pada seni hiasan dalaman restoran ini, rasanya memang sangat sesuai dan padan dengan karakter Chef Wan itu sendiri yang penuh dengan riang ria keceriaan dan keramahan beliau.
Oh ya, restoran ini turut menawarkan beberapa pilihan ruang makan yang cukup besar dan sesuai untuk sebarang sambutan atau occasion. So kalau korang plan untuk datang sini beramai-ramai, tak kisahlah bersama kaum famili mahupun rakan sekerja, bolehlah booking space yang disediakan. Kalau nak sambut 'parti' kecil-kecilan pun sesuai sangat! Boleh menjamu selera dalam keadaan yang lebih privacy gitu.
PILIHAN MENU DI DE.WAN 1958
Macam mana sis nak mula cakap bab pilihan menu ni ek? Sebab menu di restoran ini agak banyak dan pelbagai. Kita akan jadi susah nak buat keputusan dalam menempah order. Bukan sebab hidangan dia pelik-pelik atau terlalu banyak tu. Tapi disebabkan pilihan-pilihan menu yang ada semuanya mengiurkan sampai kita rasa nak cuba semuanya! Dan tentulah kita tak mampu nak makan semuanya kan? Hahaha.
Ok menu di restoran ini terbahagi kepada beberapa bahagian which is; Appetizer, Salad, Soup, Mains, Bakar-bakar dan Dessert. Main menu atau menu utama ni sahaja mempunyai 10 pilihan hidangan. Manakala yang lain-lain kategori tu, ada lebih kurang 2-4 pilihan hidangan.
Korang kalau datang sini, janganlah terkejut atau takut nak order makanan. Sebab di sini, caranya sama sahaja macam di restoran lain. Bukan style buffet tu. Kita just order apa yang kita nak makan sahaja. Maka order lah mengikut kehendak dan kemampuan kita masing-masing. Ada juga harga pakej mengikut bilangan orang (grouping).
HONEST REVIEW TENTANG DE.WAN 1985 BY CHEF WAN
1. Review Makanan
Sis dan keluarga memang sejenis tekak Melayu asli. Maka memang kitorang order nasi dan lauk-pauk untuk sesi makan malam itu. Oh ya, untuk menu nasi di sini sangat istimewa ya. Ada 3 jenis nasi untuk dimakan iaitu Nasi Putih, Nasi Telur Terengganu, dan Nasi Minyak Bunga Telang. Harganya memang RM7 untuk seorang makan secara free-flow atau nasi tambah tanpa limit. Ya, dengan RM7, kita boleh makan ketiga-tiga jenis nasi ni tanpa limit. Sis dan keluarga memang pilih hanya Nasi Telur Terengganu & Nasi Minyak Bunga Telang sahaja. Sebab nasi putih dah biasa makan kan. Semua nasi menggunakan beras basmathi.
Sis dan keluarga memang sejenis tekak Melayu asli. Maka memang kitorang order nasi dan lauk-pauk untuk sesi makan malam itu. Oh ya, untuk menu nasi di sini sangat istimewa ya. Ada 3 jenis nasi untuk dimakan iaitu Nasi Putih, Nasi Telur Terengganu, dan Nasi Minyak Bunga Telang. Harganya memang RM7 untuk seorang makan secara free-flow atau nasi tambah tanpa limit. Ya, dengan RM7, kita boleh makan ketiga-tiga jenis nasi ni tanpa limit. Sis dan keluarga memang pilih hanya Nasi Telur Terengganu & Nasi Minyak Bunga Telang sahaja. Sebab nasi putih dah biasa makan kan. Semua nasi menggunakan beras basmathi.
Untuk lauk-pauk pula, sis order Tulang Ekor Bakar, Asam Pedas Ikan Jenahak, Kerabu Pucuk Paku dan Kerang, serta Kambing Kuzi. Bagi minuman, sis order satu jag air Rosey Bandung. Lebih dari cukup untuk kami sekeluarga berempat ketika itu. Air kosong pula, percuma. Just mintak je pada staff restoran. Nanti staff akan tuangkan.
Dari sudut rasa makanan & minuman, sis sekeluarga memang sangat sangat sangat berpuas hati. Semuanya "sedap giler!" tanpa ragu-ragu. Memang rasa makanan yang dimasak tu menggunakan baha-bahan yang segar, fresh dan berkualiti. Portion bagi setiap satu lauk tu, boleh dikatakan banyak juga. 1 lauk boleh share untuk 3-4 orang. Well, bergantung pada saiz perut masing-masing lah kan. Nanti ada yang kecam sis pulak kata "portion ni sikit aje, mana cukup?". Tapi Alhamdulillah untuk kami berempat ni, semuanya cukup dan sangat kenyang. Haha.
2. Review Harga
Dari sudut harga pula, sama juga. Perkara ni subjektif. Kekadang mahal bagi kita, murah bagi orang lain. Murah bagi kita pula, mahal bagi orang lain. Tapi ini blog sis, maka segala review dan ulasan di sini adalah 100% pendapat sis sendiri.
Memang sis tak nafikan harganya bukan seperti restoran biasa. Ianya standard seperti taraf di hotel. Cuma, mungkin tak lah terlalu mahal seperti di beberapa hotel mewah lima bintang tu. Bagi sis, De.Wan ini masih dalam kategori mampu milik lagi. Sebab ada pelbagai pilihan menu. Nak yang sederhana harganya ada, nak yang besar jumlah harganya pun turut ada. Maka, berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Again, sis nak ulang - portion makanan di sini besar dan bukan sedikit. So, bagi sis harganya adalah bersesuaian dan bertepatan dengan apa yang diberi. Lagipun, bagi sis sendiri, bukan selalu pun datang menjamu selera kat sini. Datang pun maybe setahun sekali? Hahaha. Hanya ketika tiba hari-hari istimewa sahaja kot. So, tak salah untuk berbelanja extra sikit untuk kenangan manis di hari istimewa kan? :)
3. Review Servis & Layanan
Bab servis, perkhidmatan dan layanan yang kami terima sebagai pelanggan, sis sangat-sangat berpuas hati dan bahagia! Bukan cuma sis saja, bahkan seluruh keluarga sis pun turut happy dengan layanan yang diterima. Semua pekerja restoran dari front desk, waiter, pelayan tukang senduk makanan, tukang tuang air, semuanya sangat sopan dan sangat memberi kerjasama. Apa yang mengejutkan sis, ada pula sambutan (kecilan) hari lahir sis sebelum pulang ke hotel. Sedikit nyanyian dari pekerja & sepotong kek yang sangat lazat dari pihak restoran De.Wan, mampu membuatkan sis tersenyum hingga ke hari ini. Alhamdulillah.
TIPS MENJAMU SELERA DI DE.WAN 1958 BY CHEF WAN
1) Sis galakkan korang untuk booking lebih awal untuk ke sini. Lebih-lebih lagi kalau korang plan nak pergi ketika hujung minggu atau hari cuti umum. Sebab selalunya, memang De.Wan fully booked setiap hari ya gais.
Korang boleh book menggunakan Tableapp.com. Just klik je link yang sis beri ni. Pilih tarikh dan jumlah orang yang akan hadir. Tak perlu bayar apa-apa deposit pun. Kita cuma book meja & tempat duduk lah gitu. Nanti sehari sebelum hari kejadian, staff restoran akan call untuk confirm kan kehadiran korang. Jadi datang ke tidak? Sebab kalau tak jadi, boleh open meja korang tu kepada orang lain yang tak berkesempatan untuk booking awal. Tapi biasanya, memang fully booked aje. Haha.
2) Mall Linc KL ini mempunyai ruang parking yang terhad dan berbayar. Kalau korang sejenis macam sis malas nak fikir banyak, ambik aje lah Grab untuk ke sini. Jangan risau, nak balik nanti ada je Grab. This is KL gais, Grab merata. Ataupun, datang sini naik je lah 1 kereta dengan kengkawan atau keluarga yang lain. Much better.
3) Sis nak tekankan lagi sekali bab menu dan makanan. Saiz portion makanan dia, sejenis korang boleh share dengan 2-4 orang. Maka, datang ke sini secara berjemaah adalah pilihan yang terbaik. Selain dari mengelakkan dari pembaziran, boleh juga dijadikan sebagai langkah penjimatan. Sebab boleh tong-tong duit bayaran. Hehe. #bijakberbelanja #amalanmulia
4) Restoran De.Wan mempunyai caj servis sebanyak 16% ya. Semua harga makanan yang tertera di dalam menu tu, dah pun termasuk caj servis tu. Maka, gunakan servis yang korang bayar tu, sebaiknya. Minta je staff buatkan semuanya. Korang tinggal duduk goyang kaki tadah perut saja kat meja tu.
Overall, sis memang sangat recommend korang untuk cuba menjamu selera di De.Wan 1985 by Chef Wan ini. Kompem berbaloi tak tak menyesal dengan layanan yang tiptop dan rasa makanan yang sangat enak dan ekslusif disediakan sendiri oleh chef-chef hotel bertaraf 5 bintang.
8 comments
Wahhh, kalau ada rzeki satu masa nanti bolehlah ke sini
ReplyDeleteAmeen inshaAllah kak.. Boleh sangat tu :)
DeleteSirap bandung pun nampak exclusive!
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteso far belum sampai lagi.. quite a big portion ni. makan share2 bagus gak tu.
Hi. Nice blog sis..
ReplyDeleteSalam perkenalan..
Saya Nora...jemput singgah blog saya, noramie79.blogspot.com.. topik berkaitan tips sihat cantik dan jana income.. ☺️☺️
Total sis makan situ berape RM
ReplyDeletewah tempat makanannya mewah sekali kak
ReplyDeletebahan pengenyal bakso
Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
ReplyDeleteaegis
cybersecurity malaysia