TRAVEL UNTUK SATU HARI KE SINGAPORE

By FARAA MUSA - January 08, 2020

Halu korang? Pada hujung minggu di bulan lepas, sis telah berpeluang untuk travel ke negara jiran kita, Singapura selama satu hari. Serius lah sis? Yup, serius! So kalau korang nak tau macam mana cara sis travel ke Singapore dalam masa sehari sahaja, dan apakah tempat-tempat yang sempat sis lawati dalam tempoh 12 jam di Singapore, sila teruskan bacaan! Hehe.

SINGAPORE DAY TRIP

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama sis travel ke Singapore di hujung minggu, pada waktu yang singkat. Sis memang sejenis suka selit-selit weekend getaway, atau cuti-cuti mengejut untuk ke tempat-tempat yang dekat. Biasanya, style short trip begini memang sis akan pastikan tak makan bajet yang banyak.



So, sis memilih pakej Singapore Day Trip dari syarikat Nourah Travel (yang dulunya dikenali sebagai Raini Travel). Apa itu Singapore Day Trip? Trip yang membolehkan kita untuk explore beberapa tempat tarikan di Singapore dalam masa satu hari sahaja iaitu Sabtu. Kita akan bertolak dari KL Sentral pada Jumaat malam, berhenti untuk bersihkan diri, solat subuh dan bersiap di R&R Gelang Patah, kemudian masuk ke Singapore seawal pagi Sabtu. Selepas selesai kesemua aktiviti lawatan di Singapore, kita akan pulang semula ke KL pada malam tersebut. So, hari Ahad masih ada masa untuk berehat. Huhu.



Untuk Singapore Day Trip ni, kita akan menaiki bas ya kawan-kawan. Tapi jangan risau. bas yang disediakan tersangatlah superb. Bersih, ruang tempat duduk selesa siap boleh baringkan seat, ada ruang compartment untuk letak beg di bahagian atas, aircond pun sejuk yakmat!


HARGA SINGAPORE DAY TRIP

Ya, sis tahu, ini adalah bab yang paling korang nak tahu kan? Ofkos penentuan bajet sangat penting untuk kita merancang percutian. Sis faham tu. Hehe. Tapi jangan risau, dan jangan terkejut kalau sis beritahu harganya ya. Sebab sangat berpatutan dan berbaloi!



Untuk Singapore Day Trip ini, korang boleh pilih sama ada nak bertolak dari Kuala Lumpur (KL), ataupun dari Johor Bahru (JB). Kita semua akan naik bas yang sama. Cuma pick-up point sahaja yang berbeza. Macam trip sis yang lepas, ada juga peserta dari Melaka tau. So nanti pada hari kejadian, pepandai lah berjanji dengan tour guide untuk bas pick-up di mana-mana R&R. Walaupun korang bukan tinggal berdekatan dengan KL mahupun JB, InshaAllah semuanya boleh settle, jangan risau okeh! Ok back to the point -- harga pakej.

Bagi korang yang menyertai trip ini dari Kuala Lumpur, hanya perlu membayar RM135 sahaja seorang. Manakala bagi peserta dari Johor Bahru, hanya perlu membayar RM99 sahaja seorang. Dengan harga ini, korang akan dapat :



Korang hanya perlu sediakan duit shopping (kalau nak), duit makan, dan 15 Singapore Dollar sebagai tips buat tour guide di sana. Macam mana? Terlajak berpatutan dan bersesuaian dengan bajet kan? Haaaa kan dah cakap! :)


12 JAM DI SINGAPORE. PERGI MANA JE?

Berikut adalah antara tempat-tempat menarik yang sis berjaya kunjungi ketika menyertai Singapore Day Trip by Nourah Travel pada hari Sabtu yang lepas :

1. Sentosa Island





Tak ramai yang tahu bahawa, selain Universal Studios Singapore (USS), Sentosa Island juga adalah spot pelancongan yang hebat untuk dikunjungi. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita jalani secara percuma di pulau buatan tercantik di Singapore ni. Antaranya melawat SEA Aquarium, berjalan-jalan di Palawan Beach, jambatan gantung Sentosa Island, dan yang paling penting, glob ikon USS. Hehe.





2. Restoran Zam Zam

Ok sis bagitahu awal-awal, restoran ni berhantu dan viral! Sebab makanan dia boleh tahan sedap (di tekak sis). Selera orang lain-lain yedak. Tapi, melihatkan jumlah pengunjung yang terlalu ramai setiap kali sis datang ke sini, rasanya mereka semua pun bersetuju dengan sis. The food here is so so sooo good! Kalau korang ke sini, jangan lupa try makan Briyani dan Murtabak Kambing diorang ok.



 



3. Masjid Sultan

Siapa je yang tak kenal Masjid Sultan ni. Antara bangunan ikon negara Singapore jugak ni. Masjidnya tidaklah terlalu besar dan bersaiz megah seperti beberapa masjid utama di Malaysia. Tapi, reka bentuk dan seni binanya, memang cantik dan comel! Macam masuk ke alam kartun Aladdin. Hahaha. Sebab, memang seketul je tetiba masjid di tengah-tengah kesibukan Kampung Glam itu. Sebab tu, tak hairan kalau kita melihat ramai je dari kalangan non-muslim yang datang ke sini untuk bergambar, dan melihat keindahan seni bina Islam ini.

 

 


4. Bugis Street

Golongan mak-mak, mesti suka tempat ni. Haha. Tempat untuk shopping souvenir dengan harga yang murah. Kat sini korang boleh membeli fridge magnet, tshirt kenangan, ketip kuku, beg, dan bermacam-macam lagi jenis buah tangan untuk dihadiahkan buat orang tersayang di Malaysia tu. Korang jangan lupa untuk tawar-menawar sampai jadi!



Bagi sis pula, memang tak sah singgah ke Bugis Street jika tak singgah ke kedai 1 Dollar. Ala, dia macam kedai 2 Ringgit kat Malaysia tu. Cuma banyaknya makanan seperti coklat, jajan, minuman 3 in1, dan biskut dijual kat sini. Dan juga beberapa barangan penjagaan diri seperti ubat gigi, deodorant, syampu, sabun dan peralatan mandi yang lain.



5. Merlion Park

Patung gergasi berkepala singa berbadan ikan ini, sememangnya tidak asing lagi bagi semua orang. Merlion, maskot rasmi negara kota singa ini. 

 

 


6. Esplanade Park

Esplanade ni merupakan sebuah teater dan pusat pementasan seni bertaraf dunia. Siapa sangka bangunan berbentuk durian ini, mempunyai sebuah teater yang memuatkan 2000 kerusi penonton, sebuah dewan konsert yang memuatkan 1600 kerusi penonton, ruang-ruang untuk disewa bagi program kesenian, perpustakaan, dan juga beberapa pusat niaga dan kedai-kedai makanan.

                            



7. Marina Bay Sands

Marina Bay Sands adalah hartanah bersepadu yang termahal di dunia, dengan kos binaanya yang bernilai 8 Juta Dollar. Apa maksudnya hartanah bersepadu? Dalam satu bangunan, ada pelbagai bangunan dengan fungsi yang berlainan. Di dalam Marina Bay Sands ni ada kompleks membeli belah barangan berjenama mewah bertaraf dunia, hotel, dan kasino terbesar di dunia.






Fuhhh! Bunyinya terlalu mewah bagi sis yang bertaraf marhaen ini. Hahaha. Tapi ada perkara percuma yang boleh kita dapatkan di sini - SPECTRA. Apa tu? Spectra adalah persembahan sinaran lampu dan pancutan air ditemani simfoni muzik yang dipancarkan di atas permukaan air di Event Plaza yang terletak betul-betul di luar Marina Bay Sands. Apa yang menarik, persembahan ini dibuka secara percuma pada orang awam, pada setiap hari. Join trip bersama Nourah Travel, kompem korang akan dibawa menonton persembahan epik ini.




  


8. Gardens By The Bay

Kebiasaannya, Nourah Travel akan bawa kita singgah ke Gardens By The Bay bagi menonton Garden Rhapsody Light Show sebelum pulang ke KL. Persembahan ni hanya ada pada waktu malam sahaja.  Persembahan pergerakan lampu berwarna-warni yang sangat cantik, unik dan canggih mengikut rentak muzik.

       


KOD PROMO ISTIMEWA UNTUK LEBIH PENJIMATAN

Haaa, ini lah bahagian yang paling sis suka bila setiap kali menaip blogpost tau. Sebab sis suka untuk berkongsi kegembiraan bersama pembaca dan pengikut blog sis. Bukan hanya sis saja yang dapat travel, tapi dalam masa yang sama, sis dapat memberi inspirasi dan membantu korang untuk travel. Agituhhh!


Bagi pengikut dan pembaca blog sis, korang boleh gunakan kod promo "FARAA10" untuk mendapatkan potongan RM10 tambahan. Harga asal jika korang bertolak dari KL adalah RM135, manakala harga asal jika korang bertolak dari JB adalah RM99. Tapi selepas diskaun, korang hanya perlu membayar sebanyak RM125 atau RM89 sahaja untuk ke Singapore. Berbaloi-baloi berbakul-bakul kan? Hehe. So, tunggu apa lagi? Join Singapore Day Trip bersama Nourah Travel sekarang. Untuk mendaftar penyertaan, boleh PM admin Nourah Travel, dan gunakan kod promo sis tu ya!


Actually, kalau kita join mana-mana trip pun, pasti takkan sama pengalamannya kan. Jadi apa yang sis boleh katakan, setiap tempat yang berjaya kita pergi dan lawati, totally depends pada situasi semasa dan rezeki masing-masing. Kalau dapat rezeki semua urusan imigresen berjalan lancar, maka cepatlah dapat masuk ke Singapore. Dan banyaklah attractions yang dapat kita cover, serta boleh enjoy trip secara santai. Kalau terkena rezeki urusan imigresen yang agak lambat dek kerana terlalu ramai pengunjung, maka lambatlah kita dapat masuk ke Singapore kan. Tapi jangan khuatir, sebab pihak Nourah Travel akan usahakan yang terbaik, kawtim dengan tour guide di Singapore, plan dengan driver bas, untuk memastikan peserta dapat juga berkunjung ke tempat-tempat menarik. Cuma bezanya adalah, program kita tu cepat atau lambat habis. Itu sahaja.




  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. hari tu tak sempat nak gi Zam Zam tu...konon lepas lunch and solat nak ke situ, tapi ramainya ya Allah beratur...takpe, next time pergi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai sangat! kitorang pun kira rezeki je ada meja kosong utk berdua, betul2 depan cashier..haha..tapi memang sedap lah makanan dia..patut pun orang ramai!

      Delete
    2. hi sis.. yg pegi sentosa island tu kne byr tk? klu nk amk gmbr dkt glob ikon kne byr ke atau free je gmbr kt stu? tq sis

      Delete
  2. Wahh seronok ni dapat pi satu hari byk tempat boleh pergi.. Tqs for sharing Faraa

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..jom follow blog aku ya Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan.. Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  4. Best nyer gi jalan makan angin. Teringin nak pergi luar negara sekarang. Tapi huhuhu. kena tahan dulu niat buat sementara.

    ReplyDelete
  5. ngeri tempatnya cuy, bagus. Tetapi pastinya butuh biaya besar

    ReplyDelete
  6. Nourah Travel ke Singapore paling rekomended lah, lengkap dan terpercaya

    ReplyDelete

POPULAR POSTS