Hai! Baru-baru ini sis telah join day trip ke Singapore bersama #RAINITravel. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali pertama sis travel bersama #RAINITravel. So, best ke idokkk? Berbaloi ke idokkk? Kalau nak tahu, jom baca review jujur sumpah tak tipu dari sis :)
a) HARGA / BAJET
RAINI Travel menawarkan pakej day trip ke Singapore dengan hanya harga RM 135 SAHAJA seorang. Pakej termasuk pengangkutan pergi-balik dari KL Sentral ke Singapore, light breakfast iaitu roti semasa tiba di R&R Gelang Patah, kos tour seharian & tour guide khas di Singapore.
Korang cuma perlu sediakan passport, duit perbelanjaan di Singapore untuk makan tengah hari, dan pembelian ole-ole (jika mahu). Pastikan duit telah ditukar siap-siap ya sebelum bertolak tu. bagi sis, dengan harga RM135 yang ditawarkan, terrrrrr-sangatlah mampu milik dan berpatutan dengan servis yang mereka berikan. Siapa kata nak pergi oversea kena ada duit ribu-riban?
b) PERJALANAN PROGRAM
Untuk mengetahui perjalanan program secara terperinci, dan tempat mana yang RAINI Travel bawa, korang boleh baca di entri sis yang lepas. Sebab di entri kali ini, sis cuma akan menceritakan tentang review dan pendapat sis sahaja.
Perjalanan kami untuk trip ini sangat berjalan lancar, tersusun & bersistematik. Syabas RAINI! Hehe. Bukan apa, bila kita bercakap pasal trip menaiki bas, perkara pertama yang sis fikir "Kompem leceh, lambat sebab nak kena tunggu satu bas, dan mesti ada program tergendala." Amboi, skeptikal nya sis! HAHA. Tapi jangan risau, benda-benda negatif tu semua tak berlaku pun sepanjang day trip kami di Singapore. Tour guide memang memainkan peranan yang penting bagi memastikan semua peserta trip ready sharp on time!
c) TOUR GUIDE
Ok trip kali ni special sikit sebab akan ada 2 orang tour guide; seorang yang ikut bersama dari Malaysia (staff RAINI Travel), dan seorang lagi tour guide khas yang telah bersedia di Singapore (rakyat Singapore). Review sis, kedua-dua tour guide telah berjaya melakukan tugas mereka dengan jayanya.
Antara rakan-rakan media yang lain. Yang kanan sekali tu lah tour guide kitorang. Merangkap founder RAINI Travel sendiri, Ainy :) |
Tour guide sentiasa prihatin dan peka dengan keperluan peserta dari pelbagai usia. Sentiasa mengingatkan tentang keselamatan peserta, menyediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi, serta arahan & penerangan yang diberikan pun sangat jelas! Uncle tour guide di Singapore pun selamba dan cool jerrr. Kudos to Pakcik Amin :)
d) PENGANGKUTAN
Walaupun trip ke luar negara kali ini menggunakan pengangkutan bas, tapi bas yang disediakan oleh RAINI Travel bukan calang-calang hokeh. Bas sangat selesa, seat tempat duduk pun boleh laras, menggunakan bas baru, aircond pun sejukkk dan sangat bersih!
Uncle driver dan co-driver pun peramah serta baik hati sangat. Sanggup tunggu je semua urusan peserta selesai. Takde nak desak-desak suruh rushing. I like!
e) TEMPAT MENARIK
Dengan hanya RM135, korang dapat pusing-pusing ke 7-8 attractions di sekitar Singapura dalam masa 1 hari. Hebat kan? Tempat-tempat yang RAINI Travel bawa, semuanya memang main attractions dan famous amous di Singapore. Memang rasa tak rugi langsung dapat bercuti ke Singapore walaupun 1 hari je. In fact, sis rasa sangat berpuas hati sebab jadual yang mereka susun memang dah terbaekkk! Semua yang mereka sebut, dapat sampai. Alhamdulillah :)
-------------
Kesimpulannya, sis memang sangat-sangat recommend kepada korang untuk menggunakan perkhidmatan RAINI Travel, jika korang teringin nak bercuti ke luar negara tanpa memerlukan bajet yang besar. Plus, jimat masa pulak tu! Tak perlu nak apply cuti dari boss bagai. RAINI Travel punya trip ke Singapore ada setiap minggu terakhir pada setiap bulan. Dengar kata, trip lepas raya dah hampir penuh. Better korang book cepat-cepat ok!
Instagram : RAINI Travel
Facebook : RAINI Travel
Whatsapp (admin) : 016-7744594
6 comments
besttnya jalan2 p singapore! :D lama dah tak holiday. hihi
ReplyDeletesorry baru perasan komen ni (sis newbie lagi dalam blogging ni huhu)..memang best jalan singapore, walaupun dalam masa 1 hari je..harga pakej pun tak mahal :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTourism fee kena bayar tak?
ReplyDelete