[KOREA] : DAY 1 - SEOUL CITY HALL, GYEONGBOKGUNG PALACE & MYEONGDONG

By FARAA MUSA - July 04, 2018

Anyyeonghaseyo! Kemain lagi sis, mentang-mentang baru balik dari Korea kan. Ekekeke. Alhamdulillah walaupun trip kali ni kami pergi meredah berdua beradik je (sis & adik), semua berjalan lancar dan selamat. Takde guna service travel agent, atau travel guide pun memandangkan ni kali kedua kitorang pergi ke Korea. Kengkonon trip kalini nak pergi ke tempat yang berbeza dari yang dulu. List sesiap nama tempat, dan buat research sesikit kat google. Bukan calang-calang trip kali ni ye, kitorang dah plan #SeoulSisterTrip dari tahun lepas lagi. Gitu kan siap ada hashtag lagi. Kau hado? Huhui. Ok taknak buang masa. Jom sis share details itinerary #SeoulSisterTrip day by day. Selamat membaca!

Subhanallah morning view dari langit Seoul :)

Macam trip-trip sebelum ni, memang sis prefer booking flight tetengah malam supaya esok pagi-pagi nye tu kita dah boleh start berjalan di negara orang. Jimat hari, start aktiviti awal, dan takde lah buang masa. Flight dari KL pukul 1.00 pagi, dan sampai di Incheon pukul 8.35 pagi. Settle urusan imigresen & pickup baggage, sekitar pukul 9.00 lah. Dari airport, kitorang terus ambik express train ke Seoul Station untuk mulakan pengembaraan. 
(Express train ni kitorang dah book tiket awal-awal dari Malaysia. Nanti sis share tips kat next post)

Express Train dari airport Incheon - Seoul Station makan masa 40 minit saja

Sesampai je kat Seoul Station, kitorang ingatkan nak cari locker je buat sewa untuk letak baggage besar gedabak tu sementara kitorang pusing-pusing bandar Seoul. Tuptup ada kaunter khas untuk service delivery baggage terus direct ke hotel. So tak payah susah-susah nak pikir pasal beg lagi dah kan. Dan tak payah nak patah balik ke Seoul station tu untuk kutip semula beg ke ape lepas penat berjalan nanti kan. Yayyy!
(Haaa urusan baggage delivery ni pun ada tips. Tunggu next post khas ok.)

First destination; Seoul City Hall. Atau bahasa melayu dia; Dewan Bandaraya Seoul. Macam kawasan bangunan kerajaan di tetengah bandar metropolitan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran Seoul lah gitu. Kat sini banyak bangunan-bangunan dan tempat menarik untuk pelancong jugak.

I Seoul U <3

Dari Seoul City Hall, kitorang gerak ke Gyeongbokgung Palace iaitu istana diraja paling terkenal dari zaman dinasti Joseon. Ia terletak di tetengah bandar Seoul, dan merupakan antara 5 istana terbesar di Korea Selatan. Siapa pergi Seoul, wajib sampai ke sini tau! Yuran masuk ke Gyeongbokgung Palace untuk tourists adalah 3000 Won. Tapi masa kitorang pergi tu, dapat free pulak. Rupanya setiap hari Rabu pada minggu terakhir bagi setiap bulan, memang diorang bagi masuk percuma. Memang rezeki kitorang lah kan! :)

Tersesat pun sempat bergambar lagi
Palace ape kebenda entah. Enjoy je lah sis

Sebenarnya sebelum kitorang berjaya sampai ke Gyeongbokgung Palace ni, kitorang tersesat masuk ke palace mana entah. Jalan punya jalan tak jumpa jugak. Haha. Dalam tak sedar sesaje bergambar dalam perjalanan mencari tu, dah sampai kat destinasi sebenar pulak. Alhamdulillah :)

Akhirnya sampai ke destinasi yang dituju :)

Gegadis memakai 'hanbok' baju tradisional

The details architecture of Gyeongbokgung Palace.

Baru hari pertama sampai Korea, kaki pun terkejut penyu lah tetiba kena berjalan kaki banyak. Penat nak arwah woi, tu belum masuk lagi bab tersesat bagai. Terus kitorang decide tengah hari tu untuk ambik train ke Myeongdong, dan check in hotel terus untuk berehat. Tapi bila dah sampai Myeongdong, lain pulak jadi nya. Kepenatan tu terus dilupakan bila dah nampak lambakan kedai skincare kitorang. Apa lagi, jom shopping dulu before check in hotel. HAHAHA.


Deko kedai kosmetik & skincare diorang memang on point!

Those instagrammable cosmetics shop

Stylenanda Pink; kedai kosmetik berkonsepkan hotel kaler pink. Konfius!

Singgah Lush cawangan Myeongdong jap. Those bath bombs are so yummy!


Sempat borong produk Missha, Klairs, Cosrx & Lush

Hasil tangkapan skincare di hari pertama. Jadi lah kan? Nanti esok-esok kite shopping lagi. Dah, jom check in hotel. Hotel ni kitorang dah book sesiap sekali dengan tiket flight menggunakan apps Air Asia Go. Total tiket flight pergi balik KL-Incheon & penginapan hotel untuk 4 malam, berharga RM1,600. Bagi sis, ok la kot, kan? Sebab kitorang stay dekat hotel, bukan guest house atau hostel. 

**Selesai Day 1 #SeoulSisterTrip



  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Hai, i'll be going there end of Jan 2019. Boleh share berkenaan imegresen all that things masa kat airport? Btw its a good reading!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! imigresen kat sana sama je dengan kita. takde apa yang pelik dan terlalu strict sangat pun macam Australia macam2 takbleh bawak. Enjoy your trip to Korea! :)

      Delete
  2. Hi nak tanya nanti kat airport ada tak nak bayar apa2 masa nak check in ?? Sbb sesetengah negara ada yg kena bayar airport fee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde bayar pape...semua dah bayar waktu booking ticket tu je..

      Delete

POPULAR POSTS