PERCUTIAN JIMAT DI GRAND LEXIS PORT DICKSON DENGAN TRAVELOKA

By FARAA MUSA - August 12, 2018

Bila sebut je Port Dickson, pasti Hotel Grand Lexis akan menjadi tempat percutian pertama dalam minda semua orang. Maklumlah, Grand Lexis kan hotel pencetus menjadikan setiap bilik mempunyai private pool tersendiri. Dalam bilik, bila-bila masa pun boleh terjun pool tanpa kira waktu siang atau malam. Siapa tak syok, kan? Lelebih lagi kalau bercuti bersama famili dan anak-anak yang kaki berendam.

Jangan tersilap antara Grand Lexi & Lexis Hibicus ya.
Sis tak ambil bilik yang terapung atas air tu, Garden Pool Villa lebih besar dan selesa. Malas nak tunggu buggy car jemput dan hantar untuk ke mana-mana. Jalan kaki je, cepat dan senang :)

Untunglahhhh orang-orang kaya boleh lah bercuti di Grand Lexis tu. Kita ni orang beshe-beshe je sis. Haaaa, korang memang silap bear kalau berfikir camtu. Sebab, yang untung sebenarnya adalah orang yang bijak berbelanja dan bijak merancang percutiannya. Macam mana nak jadi orang yang beruntung & bijak ni? Gunalah Traveloka!

Boleh buka di laman web, atau download je di phone guna Google Apps atau Apps Store


#1 WEBSITE & APLIKASI MESRA PENGGUNA

Sis memang pelanggan setia yang menggunakan Traveloka untuk merancang percutian sis di dalam Malaysia. Cuti-cuti Malaysia, gituh. Traveloka ni bukan saja sentiasa baik hati dan murah dengan pelbagai promosi potongan harga, tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk kita akses untuk plan percutian.

Isikan maklumat untuk penempahan hotel

Antaranya; Traveloka menyediakan Perbandingan Harga Hotel yang kita inginkan, Peta atau Maps untuk kita terus lihat lokasi di sekitar penginapan pilihan, Senarai Review bagi pelanggan yang telah pun menginap di hotel tersebut, serta dipaparkan gambar-gambar terkini berkaitan tempat penginapan yang ingin kita booking itu. Kesemua perkhidmatan Traveloka ini, memang membuatkan proses perancangan percutian kita sangat-sangat mudah, cepat, dan jimaaaaat! Yeahh bab jimat tu yang paling penting sekali uolls. Huhu.

Gambar terbaru hotel yang lengkap

Senarai review bekas pelanggan & fasiliti hotel


Tempat tarikan pelancong di sekitar hotel

Senarai Top Destinasi di Traveloka

#2 PENJIMATAN BERBAKUL-BAKUL!

Bayangkan lah, sebuah hotel yang sama, bilik yang sama, fasiliti yang sama, tetapi sis boleh dapatkan dengan harga yang jauhhh lebih murah dan menjimatkan. Contohnya sis ambil dari pengalaman sis sendiri ye. Bukan feedback atau review tipu ok gais.

Harga bilik dari laman web
Siapa dapat diskaun lagi tu. Yeahhhh!

Contohnya; sis menginap di Hotel Grand Lexis dan memilih Garden Pool Villa termasuk sarapan pagi untuk 2 hari 1 malam. Harga asal bilik tersebut (dari laman web rasmi Grand Lexis) adalah RM506.41 termasuk sarapan. Tetapi dengan penempahan yang sis buat melalui Traveloka, sis hanya perlu membayar sebanyak RM368.41 sahaja. Perbezaan harga adalah sebanyak RM138. Bagi sis, banyaaaakkkk tu! Tak tau lah kot-kot kalau korang spesies kaya dan anggap seratus lebih tu hanya celah gigi dan boleh buat beli apam balik di pasar malam saja. Haha.

Bilik kami, Garden Pool Villa. Memang semua bilik ada 2 katil Queen. Boleh beramai-ramai.

Nampak tak banyak pintu menuju ke pool tu? Nak terjun dari bilik, mini kitchen, toilet atau bathroom. Pilih!

Sejujurnya, jumlah terkumpul yang sis dapat jimat melalui Traveloka ni hampir ribuan ringgit juga. Mana tak nya, sekali booking hotel pun dah dapat diskaun seratus lebih, inikan pula kalau dah menginap di 10 buah hotel yang berlainan (sepanjang beberapa tahun). Kan? Dan terus-terang, Traveloka juga adalah salah satu rahsia sis mampu untuk bercuti tanpa terkuis-kuis dompet. Nak plan holiday tak stress, jiwa pun bahagia je sebab dapat banyak promo dari Traveloka. Hihi.

Sedap juga breakfast di Duyung Restaurant ni. Tapi kena bangun awal pagi, kalau tak kena beratur tunggu turn.
Sempat snap gambar villa lain sewaktu jalan-jalan ambil angin selepas breakfast.

#3 PEMURAH DENGAN PROMO

Korang tau tak? Traveloka sentiasa pemurah memberi promo-promo istimewa boleh dikatakan setiap bulan. Apa? SETIAP BULAN? Ya, setiap bulan ada promo-promo khas yang diberi melalui KOD atau KUPON. Untuk pelanggan yang membuat penempahan melalui kad kredit pun, ada promo khas tau. Ala ala Traveloka join venture dengan Maybank lah gitu. 


Yang super best nya adalah, tiada had masa atau tarikh tertentu untuk menempah penerbangan mahupun penginapan di Traveloka. Maksudnya, kalau kita nak 'terbang' awal tahun depan sekali pun, tetap boleh dapatkan harga promo yang sedang berlangsung sekarang. Maklumlah, kekadang kita pun tak pasti sama ada masih boleh dapatkan potongan harga yang sama atau tidak di masa akan datang. Jadi, bila ada ruang dan peluang sewaktu promo berlangsung, rebutlah! Tapi pastikan dalam akaun bank pun ada juga isinya. Hehe.



#4 TIADA CAJ TERSEMBUNYI

Biasanya, kita takut nak buat penempahan secara online sebab ada je caj-caj tersembunyi ni kan. Lebih-lebih lagi kalau yang gunakan kad kredit tu.



Tapi, dengan menggunakan Traveloka, korang tak perlu risau. Sebab berapa jumlah yang terpapar di web atau aplikasi, itulah jumlah harga yang korang perlu bayar. Everything is transparent dan telus. So, tak timbul lah isu ter-over bajet dan sebagainya ketika sedang travel.

Cuma perlu pergi ke kaunter reception, dan tunjuk bukti penempahan dari Traveloka. Sis tunjuk phone je, senang.

Selesai sudah honeymoon kali ke berapa entah. (Ececehh padahal memang hari-hari honeymoon huhuhu)

*********

Sis sendiri adalah pengguna tegar Traveloka sejak tahun 2016 lagi dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. So, korang tunggu apa lagi? Terus klik  TRAVELOKA untuk ke laman web dan rancang percutian anda yang hebat serta jimat.

Pssttt, yang ni khas untuk pembaca & followers sis sahaja ya. Klik  BOOKINGHOTEL untuk dapatkan diskaun 15% bagi sebarang penempahan hotel, dan jangan lupa masukkan KOD : STAYINVOLVE sebelum membuat pembayaran. Dan klik BOOKINGFLIGHT untuk dapatkan diskaun 12% bagi sebarang penempahan penerbangan, dan jangan lupa masukkan KOD : FLYINVOLVE sebelum membuat pembayaran. Kesemua diskaun kod yang sis beri tu, korang boleh dapatkan hingga RM50 potongan bagi setiap penempahan tau! Selamat melancong dan bercuti dengan bijak :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS