Yuhuuuu! Lama betul blog ni tak berjenguk dan bersiaran. Ingatkan sempat nak up satu post sebelum family vacation minggu lepas, rupanya takkk. Macam-macam program pulak beratur beberapa hari sebelum berlepas ke Perth aduhai. Blogpost kali ini, sis nak share tips packing bagasi untuk travel memandangkan penting jugak lah topik ni kan. Ala-ala Packing 101 lah konon nya. Tapi tips ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sis saja ye. Dalam travel, takde tips yang paling betul, dan takde tips yang paling salah. Semuanya kita sendiri yang kena pandai sesuaikan dengan keadaan semasa diri sendiri.
PACKING 101 : PAKAIAN
1) Pastikan keadaan cuaca atau musim di negara yang akan kita pergi. Semak suhu terkini melalui laman web ramalan kaji cuaca di internet, bagi menentukan jenis pakaian yang bagaimana ingin kita bawa dan pakai di sana. Kalau ke negara musim sejuk, bawa baju yang agak tebal. Dan kalau ke negara musim panas, boleh bawa pakaian yang nipis-nipis jer, lagi jimat space dalam bagasi!
Perth tengah musim winter. Suhu mencecah 8°c juga lah. Kalau tak bawak jacket/sweater, memang nangisss |
2) Kenal pasti jumlah bilangan hari travel bagi memastikan bekalan pakaian mencukupi. Kalau nak bawa extra baju, cukuplah sekadar 1-2 helai sahaja. Sebab kebiasaannya, kita takde masa pun nak tukar-tukar banyak pakaian semasa travel. 1 pakaian dipakai untuk sepanjang hari dari mula keluar hotel, sampailah masa balik ke hotel nanti. (Bab bawa baju lebih ni, orang pempuan memang kena warning awal-awal. Semuanya nak bawa lebih, silap-silap satu almari nak dibawanya! Haha)
3) Untuk menjimatkan ruang dalam bagasi, gulungkan pakaian. Jangan lipat macam biasa kita lipat kain untuk susun dalam almari rumah tu.Nanti lagi 'makan' banyak ruang. Huhu.
4) Pastikan bawa pakaian dan kasut yang selesa digunakan sepanjang trip. Zaman wujudnya #OOTD Instagram sekarang ni, ramai yang mementingkan cantik lebih dari selesa sampai ada yang sanggup menyeksa diri travel dengan kasut tumit tinggi (walaupun dah tertulis dalam itinerary trip memerlukan kita memakai kasut sukan kerana berjalan jauh dan sebagainya). Apapun, bagi sis, comfy comes first before pretty. Tak kisah lah baju ke, seluar ke, ataupun kasut.
5) Utamakan bawa pakaian yang iron less atau minimal ironing. Bukan takat menjimatkan masa sewaktu travel nanti, tapi juga meriangkan hati sebab takde apa nak dipikirkan ketika sampai ke hotel/homestay nanti. Orang lain gigih iron baju untuk keesokan hari, kita dah boleh rileks dan berehat awal prepare diri untuk esok.
PACKING 101 : SKINCARE, BODY CARE & MAKE UP
6) Tips packing barangan penjagaan wajah, badan dan mandian; bawa dan gunakan produk-produk freebies atau travel sizes yang kita dapat dari pasaraya atau shopping online tu. Memandangkan kita pergi travel pun untuk beberapa hari saja (sis selalunya seminggu je), jadi memang molek sangatlah kalau bawak skincare & body care bersaiz mini ini. Dah habis pakai semasa travel, terus buang di sana. Jadi ada lah extra space untuk kita gantikan dengan hadiah cenderamata yang kita beli pula. Haha. Remove and replace kekdahnya!
7) Bagi produk skincare, pastikan ianya sesuai untuk digunakan mengikut keadaan cuaca di tempat travel juga. Contohnya jika kita travel ke negara bermusim sejuk, pastikan bawa pelembap (moisturiser) yang agak kuat dan ampuh sebab kita memang dah tau kulit bakal menjadi jauh lebih kering dari biasa. Dan jika ke negara bermusim panas, sunscreen atau sunblock wajib dibawa! Bukan sebab nak cantik, tapi kita nak kan kulit kita sihat dan terhindar dari mendapat kanser kulit akibat tiada perlindungan kulit dari sinaran UV.
Semua serum adalah travel sizes (mini packaging) from Dr. Jart. Sejenis dah pakai, terus buang plastik. Tak berat, dan tak guna space langsung! |
8) Bagi barangan make up pula, cuba minimal atau kurangkan bilangan dari yang biasa kita gunakan sehari-hari di Malaysia. Lagipun, bagi orang yang dah biasa travel, memang dah tau kompem-kompem tak cukup masa nak bermekap macam-macam bagai. Travel mengajar kita untuk sentiasa peka dan pantas bersiap, mengejar waktu & mengikut jadual yang ditetapkan. Lagipun, nanti bila masuk waktu solat, segala jenis mak nenek mekap di wajah, perlu dibuangkan. So, kalau nak jimat masa semasa travel, sebaiknya cukup sekadar light make up sahaja. Tak perlu nak bronzer, highlighter, eyeshadow bagai ye. Buat berat beg sebab memang tak sempat nak guna. Haha.
Sis bawa BB Cream Silky Girl (2 dari kanan), blusher (buat as eyeshadow terus) & nude lipcream Silky Girl. Cukuppp! **Tips bb cream/foundation : bawak yang dalam tiub senang tak tumpah dan compact. |
PACKING 101 : GADGET & AKSESORI ELETRIK
9) Untuk barangan eletrik seperti wayar USB, charger, gadget dan aksesori, asingkan dan letakkan di dalam satu beg/pouch khas bagi keselamatan bagasi. Selain itu, takde lah wayar-wayar berselirat bercampur dengan pakaian-pakaian lain dalam bagasi tu. Nak cari sewaktu nak guna nanti pun, mudah dan cepat.
EXTRA : UBAT-UBATAN & MAKANAN
10) Apa saja kemungkinan boleh berlaku ketika travel. Jadi, penting untuk kita buat persediaan awal dalam bab ubat-ubatan dan juga makanan. Sediakan ubat-ubat basic macam ubat demam, selsema, batuk, cirit-birit, gastrik, bam / minyak panas. Kekadang kita tak tahu lokasi klinik terdekat ketika travel di negara orang, dan mungkin kos rawatan atau harga ubat-ubatan di sana mahal. So, selagi boleh jimat, kita jimat! :)
Time packing, tak payah bawa kotak2 panadol tu. Keluarkan dan bawa ubat yg ada dalam tu je. Jimat space. Ni sebab nak snap gambar :) |
11) Bab makanan pula, bawa packed food atau instant food. Yang mudah, cepat dan kenyang lah kekdahnya. Sis suka bawa produk Brahim's sebab senang sesangat nak masak, dan terus sedia dimakan. Siap ada sudu lagi dalam pek makanan Brahim's tau! Cuma perlu rendam dalam air panas 8 minit, ataupun kalau ada microwave, panaskan je dalam 3 minit camtu dah siapppp boleh dimakan.
CHECKLIST
12) Akhir sekali, buat senarai checklist sebelum mulakan aktiviti packing bagasi. Sepower manapun kita, sehebat mana sekalipun memori kita, buat je checklist. Sebab kita ni manusia, kekadang ada je benda kecik-kecik yang tertinggal. Dan benda yang paling kita risaukan kalau tertinggal adalah; passport & duit matawang yang dah ditukar. Haha!
1 comments
These 12 travel packing tips and tricks are golden. Streamlining essentials, versatile outfits, and efficient packing techniques make for a stress-free journey. Why hyperlink Working Roll, don't fold, and use packing cubes to maximize space.
ReplyDelete