[FOOD REVIEW] : NASI KANDAR ORI KAK DAH, NILAI (LAWOOD)

By FARAA MUSA - August 07, 2018

Haluuuuu! Siapa kat sini seorang penggemar nasi kandar? Terus-terang, sis memang seorang pemakan tegar nasi kandar. Makan hari-hari pun rilek jer. Tak tahu kenapa, padahal takde darah keturunan mamak Penang pun. Huhu. Jom sis review RESTORAN NASI KANDAR PALING FAMOUS DI NILAI. Iaitu; Nasi Kandar Ori Kak Dah (previously known as Nasi Kandar Lawood).

Nasi Kandar Ori Kak Dah

SEJARAH

Pic ehsan dari Google

Ok, kalau korang orang Seremban atau Nilai, mesti pernah dengar tentang Restoran Lawood sebelum ni. Restoran nasi kandar terkenal dan selalu penuh dengan pelanggan yang terletak di Desa Cempaka, Nilai. Tapi, mulai hari raya puasa tahun ini (2018), owner dan tukang masak (bernama Kak Dah) telah berpecah dan masing-masing teruskan dengan perniagaan di restoran memasing. Jangan tanya sis kenapa, sebab sis pun tak tahu. Yang sis tahu, sis dapat makan nasi kandar sedap ittew. Huhu. Sis ada jugak pergi ke restoran Lawood yang lama tu, tapi rasa nasi kandarnya dah tak sama. Kuah kari pun jauh berbeza dari segi rasa dan kepekatan. Apa pun, setiap orang ada selera masing-masing kan?  :)

LOKASI

Menu utama - Nasi Kandar Ayam Separuh

So sekarang ni, Kak Dah tu dah bukak restoran nasi kandar baru, tapi resepi masih sama sebijik sedap macam dulu-dulu tu. Cuma tempat je berubah sikit. Lokasi baru terletak di area Putra Point, Bandar Baru Nilai. Korang waze aje 'Nasi Kandar Ori Kak Dah', kompem sampai depan restoran berwarna hijau. Imej baru uollsss, dan jauhhhh lebih bersih berseri berbanding kedai lama. Alhamdulillah, nak makan pun takde rasa was-was lagi.

Hijau dan bersih mata memandang

MENU

Di sini ada pelbagai pilihan nasi kandar berlauk; antaranya ayam, daging, udang, sotong, telur ikan, limpa, ikan kembong, ikan tenggiri, telur masin, dan bergedil.

Sotong bukan saiz biasa-biasa gais

Udang & telur masin

Limpa merecikkkk

Telur ikan




Tapi yang paling penting, ofkos kuah kari Kak Dah yang super power dan marvellous itulah yang menyedapkan seluruh menu di sini. Bak kata suami sis; pekat likat melekat! Gituhhh.

Watak utama nasi kandar ofkos kari letups!

Sis order lauk ayam separuh + telur ikan

Untuk minuman pula, ada banyak pilihan air buah, air panas, dan special nya ada ABC, Cendol & Lai Chee Kang. Menu baru ni. Sebab di restoran lama takde semua ni. Terbaikkkk kalau minum waktu tengah hari panas-panas. Fuhhhh!




WAKTU OPERASI

Kalau di restoran Lawood sebelum ni, kedai hanya dibuka pada waktu tengah hari sahaja. Sekarang, di Nasi Kandar Ori Kak Dah, kedai dibuka hingga pukul 6 petang. Memang best dan seronok sangat dalam hati sis. Sebab tak perlu nak terkejar-kejar ke kedai makan, sebab takut menu lauk semua habis macam sebelum ni. Kini, kalau datang dengan famili waktu petang-petang pun, masih boleh nikmati nasi kandar sedap ni. Di kedai baru Kak Dah, stok ayam goreng sentiasa ada dan dihidang panas-panas belaka. Nyumm nyumm!

Ayam Goreng Panas-panas fresh from kuali

HARGA

Bagi pendapat sis, harga makanan di Nasi Kandar Ori Kak Dah adalah sangat berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan penduduk setempat di Nilai. Tak terlalu murah, dan tak juga mahal. Sedang-sedang elok mesra dompet. Huhu. Yang penting, berbaloi dengan rasa sedap Nasi Kandar itu!

Senarai harga lauk-pauk

Ayam separuh pun dah cukup banyak bagi sis

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. I'm not a big fan of nasi kandar tapi dulu bos pernah bawa pergi Lawood ni tahun lepas. Sedap jugalah nasi kandar dia. Tempat baru ni belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat baru ni sama je rasa macam nasi kandar yg lama tu. cuma di kedai lama (lawood) tu, rasa dia dah tak sama. sebab tukang masak dia dah ke tempat baru ni :)

      Delete
  2. Maaf, just nk share. Tetap cari nasi kandar kak Dah. Terbaik.

    ReplyDelete
  3. Kedai lama tu owner dia chinese man… so sejak dia pindah saya mmg dah tak pegi dah kedai lama.. pg kak dah Ori je .. memang terbaek di Nilai… bau kari melekat kat tangan sampai esok.. portion tak kedekut… berbaloi.

    ReplyDelete
  4. The food review for Nasi Kandar Ori Kak Dah speaks volumes. The authentic flavors, rich spices, and delectable offerings create a memorable culinary experience. How Build Strategy From the first bite to the last.

    ReplyDelete

POPULAR POSTS