Hai! Just wanna make a quick update and short blogpost for my latest food review slot. Eh demam ke sis? Tetiba blog bertukar jadi omputih. Haha. Ok minggu lepas (ke dua minggu lepas? entah, tak ingat LOL), sis ada pergi ke McDonald Cyberjaya untuk siapkan kerja sikit hingga lewat malam. McDonald cawangan sini dibuka 24 jam kalau tak silap. Makin larut malam, makin meriah lah pulak orang datang menyinggah.
Acah acah sikit. Buat kerjanya sikit, makannya banyak. Hiks! |
Ok kembali pada topik asal. Alang-alang nak siapkan kerja di Mekdi, sis pun sempatlah merasa buat food review terus burger terbaru di McDonald tu iaitu; Mexicana Chicken Burger. Selepas habis demam Burger Rio sempena musim world cup haritu, burger Mexico ni pulak menjadi pengganti.
Warna-warni aura Mexico sangat! |
HARGA
Sis beli burger Mexicana ni ala carte je sebab encik suami dah beli set Ayam Goreng Pedas McDonald tu. Harga ala carte RM 12.95, manakala untuk set pula berharga RM 15.95. Yang set tu, korang akan dapat minuman McFreeze dan fries.
Set Mexicana Chicken Burger |
BAHAN & ISI
Obviously, burger kali ini memang ada 1 jenis sahaja iaitu kepingan daging ayam (chicken patty) bersaiz extra large.
Dibintangi oleh sos mayonis tomato istimewa, sos perasa Jalapeno, campuran potongan Capsicum merah, helaian daun salad, dan beberapa keping tomato serta sekeping cheddar cheese.
Kesemuanya diapit dengan 2 roti ban yang gebu dan lembut bak punggung bayi. Haha. Tapi serius tau! Memang gebu nau nau!
Nampak tak bahan melimpah tak kedekut? |
Dibintangi oleh sos mayonis tomato istimewa, sos perasa Jalapeno, campuran potongan Capsicum merah, helaian daun salad, dan beberapa keping tomato serta sekeping cheddar cheese.
Sis syak inilah rahsia burger jadi sedap |
Kesemuanya diapit dengan 2 roti ban yang gebu dan lembut bak punggung bayi. Haha. Tapi serius tau! Memang gebu nau nau!
REVIEW RASA
Bagi korang yang sejenis tak tahan kepedasan burger Rio haritu, burger Mexicana Chicken ni memang terbaik untuk korang lah. Sebab level kepedasan dia sederhana aje. Untuk hantu pedas macam sis, rasa macam kurang puas sangat lah. Tapi! Bab chicken patty dia yang besar bergabung dengan sos mayonis tomato dan Jalapeno tu, buat sis boleh tutup mata lah. Hahaha. Rasa pedas dia tu macam malu-malu kucing, tapi dilengkapi dengan hirisan Capsicum merah tu. So kalau yang suka pedas, gigitlah semua sekaligus. Kalau yang tak suka pedas, buanglah ke tepi Capsicum korang tu. Simple.
Overall, Mexicana Chicken Burger ni sangat best dan mantopp sebab semua rasa cukup. Ada masam-masam, manis-manis, dan pedas-pedas. Siap ada cheddar cheese lagi. Perrrrrrrfect 100%! Tapi yang pelik, sis sampai saat ini masih teruja dan terngiang-ngiang lagi tentang kegebuan roti ban dia. Flawless, shining dan glowing habis weh. Tak caye, korang kena try! Dah try, bagitau sis apa pendapat korang pulak ok? Bye :)
0 comments