BERCUTI DI PHILEA RESORT & SPA MELAKA

By FARAA MUSA - October 11, 2018

Hai korang! Bulan Oktober adalah bulan yang cukup istimewa untuk sis, sebab ada 2 tarikh yang sangat bermakna dalam hidup sis. Pertama, hari ulang tahun perkahwinan sis. Kedua, hari lahir sis. Dan kedua-dua tarikh tersebut cuma selang seminggu je. Cut the story short, sis nak kongsikan pengalaman sis menginap di Philea Resort & Spa pada hujung minggu lepas. Ala-ala honeymoon atau weekend getaway lah kononnya. Sesaja, nak meluangkan masa bersama pasangan sekali-sekala. Berapa tahun pun usia perkahwinan, momen-momen percutian singkat yang macam ni lah yang kita perlukan untuk memeriahkan kembali dalam hubungan suami isteri, dan akan kita kenang sampai bila-bila. Agituhhhh! Hahaha.

Landskap entrance Philea Resort & Spa


LOKASI

Philea Hotel ni mempunyai dua cawangan resort di Malaysia. Iaitu Philea Mines Beach Resort di Mines Resort City, dan Philea Resort & Spa di Ayer Keroh Melaka. Dan kali ini sis nak review tentang penginapan sis di Philea Resort & Spa Melaka. Memang senang sangat nak jumpa lokasi resort ni. Ia terletak betul-betul berhampiran dengan plaza tol Ayer Keroh. Korang keluar je dari exit pintu plaza tol Ayer Keroh, korang akan nampak papan tanda Philea Resort & Spa di simpang sebelah kiri. 

Ruang menunggu di lobi dan reception

Ruang lobi di waktu malam


JENIS-JENIS BILIK

Basically terdapat 3 jenis bilik di Philea Resort iaitu; Pavillion Room, Philea Suite, dan Royal Villa. Ketiga-tiga bilik tersebut mempunyai saiz yang berbeza, dari saiz yang sesuai untuk 2 orang, pasangan dan anak, hinggalah ke saiz yang sesuai untuk family trip yang mempunyai ruang tamu dan kolam private di luar villa. Untuk info lanjut tentang bilik-bilik di Philea Resort, korang boleh lihat di sini.

Philea Suite

Royal Villa sesuai untuk keluarga besar

Sis dan suami telah mimilih untuk menginap di Pavillion Room, sebuah bilik yang sangat sesuai untuk pasangan. Selepas selesai urusan check in di kaunter reception, kami perlu menunggu buggy pula untuk mengangkat bagasi kami. Beg pun ada satu je, bukan banyak pun. Tapi dah orang nak tolong bawakan, sis pun taknak lah menolak kan. Hehe.

15 minit jugak nak tunggu turn buggy car ni. Sebab terhad. Kot?

Kami dapat bilik yang betul-betul mengadap jambatan taman rekreasi dan juga berdekatan dengan tangga menuju ke kolam renang, kolam ikan serta kafeteria resort. Waktu mula-mula sampai tu, memang sis teruja sangat melihat keindahan di sekililing resort ni. Memang menakjubkan, dan sangat menenangkan! Seluruh resort ini dipenuhi dengan pokok-pokok hijau, membuat suasana resort sentiasa redup dan sejuk. Bilik-bilik di Philea resort pula, semuanya dibina dari kayu-kayan yang cantik. Memang terasa aura kesegaran hidupan semulajadi lah!

Rumah kayu kat belah atas tu lah bilik macam kami

Swimming pool ada, air terjun pun ada (tapi tak boleh mandi ler).

Sejujurnya, pada mulanya sis agak kurang suka dengan bilik kami yang berada di dek tingkat atas. Padahal cuma ada dua tingkat je pun. Naik satu tangga je sis oi! Kononnya rasa leceh dan susah nak turun naik tangga. Tapi, perasaan tu terus hilang bila encik suami buka pintu bilik kami, dan ada balkoni bilik yang memperlihatkan sis pemandangan yang indah. Terus encik suami kata, "Haa, kan best ni. Kalau kita tak dapat bilik di tingkat atas, mesti tak dapat nikmati view macam ni, kan?". Sis pun tersenyummm tak perlu kata apa-apa. Hehe. Setiap aturan hidup, pasti ada hikmahnya :) #MoralOfTheStory

Pavillion room yang kami booking. Setiap rumah ni ada 4 rooms.

Walaupun Pavillion Room ini adalah bilik paling kecil di resort ni, tapi bagi sis terrrrsangatlah cukup luas bagi kami berdua ni. Katil King size, ada meja study aka meja solek, set sofa dan TV, wardrobe lengkap ada hanger dan iron board, mini pantry dan peti ais, bilik air ada bathtub, serta balkoni bilik dengan view yang menghijau. Haaaaaa, nak apa lagi? Rasanya memang dah terlebih cukup dan terasa mewah kan?


Tu pintu balkoni bilik


FASILITI DI RESORT

Terdapat pelbagai fasiliti-fasiliti menarik yang disediakan di Philea Resort & Spa, antaranya :

1) Kolam renang / Swimming pool

Kolem renang yang berlatarbelakangkan air terjun buatan, memang menjadikan spot ini sebagai highlight utama bagi pengunjung di resort. Air terjun tu tak boleh mandi ya, sekadar deko hiasan buat penambah mood. Sambil berenang menyihatkan tubuh badan, dapat juga menghilangkan stress sambil mendengar deruan air terjun tu. Teringat suasan jeram di kampung halaman gituh! Bukan setakat air terjun saja, tapi swimming pool Philea ini juga dikelilingi dengan tumbuhan flora dan fauna yang subur menghijau, dan juga berdekatan dengan kolam ikan Koi serta restoran Bayu Cabana di tepi pool. Kolam renang ini dibuka bermula pukul 8 pagi, hingga pukul 8 malam.

Besar kan kolam renang dia? Ada kolam untuk dewasa & kanak-kanak.


Cafe Bayu Cabana di tepi kolam

Suasana kolam renang di waktu malam


2) Gym & Sauna

Bagi penggemar gym dan workout, jangan risau sebab gym di Philea resort ini sangat luas dan lengkap dengan alatan senaman. Yang best nya, suasana gym juga turut dihiasi dengan view kehijauan uolls! Gym ini dibuka setiap hari bermula 7.30 pagi, hingga pukul 9.30 malam.



3) Tanjung Wellness Spa

Malangnya, waktu sis pergi ke Philea resort minggu lepas, spa mereka masih ditutup kerana under construction. Rugi betul rasanya sebab sis ada terbaca tentang spa di sini antara yang mendapat review terbaik. Jadi, sis cuma boleh kongsikan pakej-pakej menarik yang disediakan di sini. Antaranya ialah urutan seluruh badan, body scrub, aromaterapi, mandian susu di jakuzi, manicure & pedicure, mini facial, refleksologi kaki dan banyak lagi.





           



4) Restoran 

Terdapat 5 buah restoran di dalam Philea resort. Banyak kan? Ada yang terletak di kawasan lobi hotel, ada yang terletak di tepi kolam renang, dan ada juga yang terletak di bahagian bangunan dewan resort. Kesemua restoran ini dibuka pada waktu yang berbeza, dan menghidangkan jenis makanan yang berbeza.Yang pasti, restoran mereka menghidangkan menu tempatan dan juga internasional. Sis sempat merasa bersarapan di restoran Cravo Cravo, secara buffet. Memang sedap, banyak pilihan dan berbaloi!

Breakfast kami, round pertama. Sambal nasi lemak dia sedap!




AKTIVITI, HARGA & REVIEW

Dah namanya pun, weekend getaway ataupun percutian singkat di hujung minggu. Jadi, aktiviti yang sis lakukan di sini memang difokuskan untuk berehat dari kesibukan kerja, bersantai menghilangkan stress, dan meluangkan masa berkualiti bersama pasangan. Terasa macam mengimbau zaman honeymoon gituh. Memandangkan tujuan utama sis ke Philea Resort & Spa ni pun bagi meraikan ulangtahun perkahwinan kami, jadi memang sis takde buat plan itinerari yang padat pun. Suami pun dah beritahu awal-awal, yang trip kali ini kita nak go with the flow je. Bila rasa lapar, keluar cari makan best di bandar Melaka. Bila rasa nak berekreasi, kitorang jalan-jalan (sambil exercise) di sekeliling resort dan bergambar. Yang penting, wajib berendam di dalam kolam renang Philea yang sumpah cantik dan memanggil-manggil kami dari waktu mula kami tiba di resort lagi. Haha.

Abaikan muka 'bogel' sis tu. Manede orang berenang sambil mekap kan?

Kenapa muka terkezut tu bang? Meti sebab Philea ni cantik sangat

Lepas sarapan, kitorang jenjalan pusing sekitar resort menghirup udara segar


Kami buat keputusan last minute untuk menginap di Philea Resort & Spa ni diebabkan jadual masing-maing sangat padat dengan kelas dan kerja. Hari Sabtu nak pergi, hari Rabu baru sis booking melalui Traveloka. Sis memang dah lama selalu menggunakan aplikasi Traveloka sejak dulu. Senang, cepat, dan tak memeningkan kepala. Cuma perlu pilih bilik, dan klik pembayaran melalui online banking (Maybank2U), dah settle urusan booking! Bila tiba di kaunter lobi untuk check in, cuma perlu tunjukkan nombor booking di handphone sahaja. Tak perlu bayar deposit atau apa-apa, sebab dah selesaikan pembayaran awal-awal melalui Traveloka.

Memang sejenis suka book hotel siap dengan sarapan. Senang :)


Harga Pavillion Room untuk 1 malam


Kesimpulannya, sis memang sangat-sangat berpuas hati dengan penginapan kami di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka. Walaupun percutian yang sangat singkat, tapi sangat bermakna buat kami suami isteri. Terutama sempena ulangtahun perkahwinan kami. Totally recommended untuk pasangan yang nak honeymoon, orang yang perlukan rehat dari kesibukan bandar dan kerja, orang yang gemarkan suasana ketenangan alam semulajadi, serta bagi orang yang nak bercuti tanpa perlu ke destinasi yang jauh atau memenatkan. Semoga ada rezeki kami lagi untuk kembali ke Philea Resort & Spa!

Muka tengah fikir bila nak datang sini lagi :)


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS