CARA RENEW PASSPORT (2018)

By FARAA MUSA - October 03, 2018

Hai! Harini sis nak kongsikan cara bagaimana nak renew passport baru. In case ada yang kehilangan passport, ataupun dah sampai tarikh luput ke kan, boleh gunakan cara ini. Umumnya, ada dua cara utama untuk renew passport. Sama ada secara manual, atau secara atas talian (online)



RENEW PASSPORT SECARA ONLINE

Ok tak ramai yang mengetahui tentang renew passport secara online ni. Mungkin, masyarakat kita tak berapa yakin lagi dengan pemprosesan atas talian kot. Takut maklumat seperti gambar passport tak sampai ke, atau mungkin takut bayaran dah dibuat tetapi passport tak dapat. Hehe. Jangan takut, jangan risau. Sebab segala proses permohonan renew passport ni, dijalankan secara bersistem dan hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia sahaja. Nama sistem ni ialah MyOnline Passport. Memang sesuai sangat bagi orang yang terlalu sibuk, dan bagi penduduk yang jauh dari pejabat Imigresen mahupun cawangan UTC. Janji, ada internet! Permohonan secara online, KLIK SINI

Laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Pembayaran harga pasport pula boleh dibuat kad kredit/debit dan online banking (FPX). Memang mudah dan cepat sangat urusan melalui online ni. Tempoh pengeluaran passport boleh disiapkan paling cepat, dalam hari yang sama! Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja, akan mendapat passport pada hari yang sama. Manakala permohonan yang dibuat selepas jam 3 petang, akan mendapat passport pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya. Efisien ke idokkk? Pemohon perlu hadir mengambil sendiri passport tersebut, dengan mengemukakan kad pengenalan, passport lama dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan. 

Bila passport dah siap, dan pembayaran diterima. Boleh pick up!

RENEW PASSPORT SECARA MANUAL

Bagi yang kurang mahir menggunakan internet, dan takut untuk perbaharui passport secara atas talian, boleh guna cara manual seperti biasa. Tak kurang hebat jugak. Cuma, masa menunggu tu mungkin lama sikitlah. Bergantung pada nombor giliran yang diambil ketika itu.

Di Tawau pun ada UTC.

1) Pergi ke mana-mana bangunan Pejabat Imigresen atau cawangan UTC (Pusat Transformasi Bandar) berhampiran anda.

Boleh dikatakan hampir setiap negeri mempunyai cawangan UTC. Waktu operasi bangunan dan kedai-kedai di UTC adalah dari pukul 8 pagi hingga jam 9.30 malam. Tapi waktu operasi bagi kaunter jabatan Imigresen di UTC, sis tak pasti. Rasanya ikut waktu office hour, kot?

2) Bawa passport lama dan kad pengenalan sahaja.

Ya betul. Tak perlu bawa gambar passport dari kedai, surat beranak, mahupun surat nikah! Haha. #SisGurauJe. Bab gambar passport tu, nanti kakitangan Imigresen yang akan ambil gambar di kaunter sana, diproses direct dalam komputer gitu.


3) Ambil nombor giliran, dan selamat sabar menunggu.

Kebiasaannya untuk urusan-urusan rasmi cenggini, sis nasihatkan korang datang seawal pagi yang boleh. Sebab kita tak tahu keadaan dan kesesakan orang ramai pada hari tersebut. Kalau rezeki orang tak ramai, dapatlah siapkan urusan cepat dan laju. Tapi kalau rezeki orang penuh sesak, alamatnya mereputlah korang.

Pejabat Imigresen Seremban suatu ketika dahulu. Nak menangis tunggu turn.

4) Bila dah sampai nombor giliran, serahkan passport lama dan kad pengenalan. Tunggu seketika kakitangan Imigresen mengisi maklumat peribadi ke dalam sistem dan database negara. Kemudian, sesi gambar passport. Settle.

Setiap kaunter ada mesin ambil gambar memasing. (Di papan sebelah kiri tu)

5) Bayar harga passport di kaunter bayaran yang disediakan.


Bayar guna kad kredit/debit pun boleh.

6) Passport akan siap dalam masa sejam selepas pembayaran dibuat.

So far sis ada 4-5 passport sejak zaman study uni dulu. Oppss! Sis takde lah kaya bebenor sampai boleh travel penuh cop di dalam passport. Ada yang tak penuh pun, tapi terpaksa renew sebab dah tamat tempoh. 


****
Semoga info yang sis kongsikan ini dapat membantu urusan anda dalam memperbaharui passport baru. 
Selamat melancong! :)


  • Share:

You Might Also Like

4 comments

POPULAR POSTS