CARA RENEW PASSPORT (2018)

By FARAA MUSA - October 03, 2018

Hai! Harini sis nak kongsikan cara bagaimana nak renew passport baru. In case ada yang kehilangan passport, ataupun dah sampai tarikh luput ke kan, boleh gunakan cara ini. Umumnya, ada dua cara utama untuk renew passport. Sama ada secara manual, atau secara atas talian (online)



RENEW PASSPORT SECARA ONLINE

Ok tak ramai yang mengetahui tentang renew passport secara online ni. Mungkin, masyarakat kita tak berapa yakin lagi dengan pemprosesan atas talian kot. Takut maklumat seperti gambar passport tak sampai ke, atau mungkin takut bayaran dah dibuat tetapi passport tak dapat. Hehe. Jangan takut, jangan risau. Sebab segala proses permohonan renew passport ni, dijalankan secara bersistem dan hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia sahaja. Nama sistem ni ialah MyOnline Passport. Memang sesuai sangat bagi orang yang terlalu sibuk, dan bagi penduduk yang jauh dari pejabat Imigresen mahupun cawangan UTC. Janji, ada internet! Permohonan secara online, KLIK SINI

Laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Pembayaran harga pasport pula boleh dibuat kad kredit/debit dan online banking (FPX). Memang mudah dan cepat sangat urusan melalui online ni. Tempoh pengeluaran passport boleh disiapkan paling cepat, dalam hari yang sama! Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja, akan mendapat passport pada hari yang sama. Manakala permohonan yang dibuat selepas jam 3 petang, akan mendapat passport pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya. Efisien ke idokkk? Pemohon perlu hadir mengambil sendiri passport tersebut, dengan mengemukakan kad pengenalan, passport lama dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan. 

Bila passport dah siap, dan pembayaran diterima. Boleh pick up!

RENEW PASSPORT SECARA MANUAL

Bagi yang kurang mahir menggunakan internet, dan takut untuk perbaharui passport secara atas talian, boleh guna cara manual seperti biasa. Tak kurang hebat jugak. Cuma, masa menunggu tu mungkin lama sikitlah. Bergantung pada nombor giliran yang diambil ketika itu.

Di Tawau pun ada UTC.

1) Pergi ke mana-mana bangunan Pejabat Imigresen atau cawangan UTC (Pusat Transformasi Bandar) berhampiran anda.

Boleh dikatakan hampir setiap negeri mempunyai cawangan UTC. Waktu operasi bangunan dan kedai-kedai di UTC adalah dari pukul 8 pagi hingga jam 9.30 malam. Tapi waktu operasi bagi kaunter jabatan Imigresen di UTC, sis tak pasti. Rasanya ikut waktu office hour, kot?

2) Bawa passport lama dan kad pengenalan sahaja.

Ya betul. Tak perlu bawa gambar passport dari kedai, surat beranak, mahupun surat nikah! Haha. #SisGurauJe. Bab gambar passport tu, nanti kakitangan Imigresen yang akan ambil gambar di kaunter sana, diproses direct dalam komputer gitu.


3) Ambil nombor giliran, dan selamat sabar menunggu.

Kebiasaannya untuk urusan-urusan rasmi cenggini, sis nasihatkan korang datang seawal pagi yang boleh. Sebab kita tak tahu keadaan dan kesesakan orang ramai pada hari tersebut. Kalau rezeki orang tak ramai, dapatlah siapkan urusan cepat dan laju. Tapi kalau rezeki orang penuh sesak, alamatnya mereputlah korang.

Pejabat Imigresen Seremban suatu ketika dahulu. Nak menangis tunggu turn.

4) Bila dah sampai nombor giliran, serahkan passport lama dan kad pengenalan. Tunggu seketika kakitangan Imigresen mengisi maklumat peribadi ke dalam sistem dan database negara. Kemudian, sesi gambar passport. Settle.

Setiap kaunter ada mesin ambil gambar memasing. (Di papan sebelah kiri tu)

5) Bayar harga passport di kaunter bayaran yang disediakan.


Bayar guna kad kredit/debit pun boleh.

6) Passport akan siap dalam masa sejam selepas pembayaran dibuat.

So far sis ada 4-5 passport sejak zaman study uni dulu. Oppss! Sis takde lah kaya bebenor sampai boleh travel penuh cop di dalam passport. Ada yang tak penuh pun, tapi terpaksa renew sebab dah tamat tempoh. 


****
Semoga info yang sis kongsikan ini dapat membantu urusan anda dalam memperbaharui passport baru. 
Selamat melancong! :)


  • Share:

You Might Also Like

32 comments

  1. sis mse renew manual tu dia ada scan cop jari x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa ingat..tapi rasanya mestilah ada kena proses scan cop jari tu :)

      Delete
  2. atau just bg passport lama dgn ic..pastu amek gmba trus siap??

    ReplyDelete
  3. Saya ingin menggunakan medium ini untuk mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan Direct Access Online untuk memenuhi janjinya dengan memberi saya pinjaman, saya terjebak dalam keadaan kewangan dan perlu membiayai semula dan membayar bil saya serta memulakan Perniagaan. Saya cuba mencari pinjaman dari pelbagai firma pinjaman baik organisasi swasta dan korporat tetapi tidak pernah berjaya dan kebanyakan bank menolak permintaan kredit saya. "jika anda perlu menghubungi mana-mana firma dengan merujuk kepada mendapatkan pinjaman dalam talian dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan pelan / jadual pembayaran balik yang lebih baik. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel di {directaccesservice @ gmail.com} atau whatsapp @ +15754148400

    ReplyDelete
  4. Salam, minta izin pinjam post ye. Menarik, saya pun baru tau bole renew passport online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ya, boleh silakan. Jangan lupa kredit blog saya ya. Terima kasih.

      Delete
  5. Assalammualaikum sis. Nak tanya. So, harga yang sis bayar untuk renew tu RM200 atau RM100?

    ReplyDelete
  6. assalam sis..so klu renew melalui on9 so passport tu nak collect kat mn??atau kat mn2 imigresen pn bole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia akan kasi pilihan tempat mana yg kita nak collect.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Kalau buat melalui online, gambar tu mcm mana plak ye? Kena attach ke?

    ReplyDelete
  9. Kalau guna photo yang ada dalam rekod Immigration boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya tak pasti. kena tanya pihak imigresen sendiri untuk info yg lebih tepat.

      Delete
  10. Kalau passport lama hilang boleh renew ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tanya pihak imigresen untuk info yg betul2 tepat.

      Delete
  11. Replies
    1. caj upah tambahan ke maksud awak? takde. just bayar ikut harga passport masing2 je lah, nak renew untuk tempoh berapa tahun.

      Delete
  12. Tarikh mula passport baru(renew)ikut tarikh mati passport dulu ke atau ikut tarikh baru yg dikeluarkan.... Ini kes renew sebelum tarikh mati.

    ReplyDelete
  13. Kalau tempoh sahlaku passport kita bernaki lebih 6 bulan, contohnya ada lagi setahun, kita boleh renew ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je..tapi macam rugi lah kan, sebab still boleh travel lagi dgn passport sedia ada tu. melainkan, memang kita nak travel ke satu tempat dlm tempoh yg lama bertahun2, takut susah nak renew passport nanti di tempat org, itu takpe lah.

      Delete
  14. Sis, passport dah lama mati. Nak buat baru kene bawa juga ker passport lama? Actually passport dah hilang dah. Agak² sis kene bayar denda tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak kena denda sebab memang dah tamat tempoh. apepun, memang kena pergi dan tanya sendiri pada pegawai imigresen untuk info yg lebih tepat. saya ni blogger je. hehe.

      Delete
  15. Renew pasport .. Skrg rambut ada warna ... Boleh tidk ? Atau pakai gambr lama pasport sja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak pasti tentang itu. mungkin boleh tanya pada pegawai imigresen atau yang berkaitan :)

      Delete
  16. Salam, awk x tahu camne ye kalau passport dh tamat tempoh, masih boleh renew ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Erm, tak faham? Kita mmg kena renew passport kalau dah tamat tempoh😅

      Delete
  17. Terima kasih utk info ni sis..last year kawan sy renew passport tp dia lupa bawak passport lama,,tp imigresen dpt detect la dia ada passport lama..tp dia masih boleh buat passport baru, i mean renew passport..nnt balik pandai2 la gunting sendiri passport yg dah expired tu..

    ReplyDelete
  18. Ramai yang masih belum tahu macam mana nak renew passport online, artikel yang kami sediakan hari ini merangkumi semua maklumat asas yang perlu anda ketahui bagaimana Cara Renew Passport Online.
    Cara Renew Passport Online

    ReplyDelete
  19. Passport expire 15 tahun yg lalu,boleh renew ke??

    ReplyDelete
  20. Passport expired 15 tahun lalu,boleh d renew tak

    ReplyDelete

POPULAR POSTS