15 TEMPAT MENARIK DI PULAU BELITUNG

By FARAA MUSA - December 29, 2018

Ya ampun blog bersawang, maklumlah sis baru sahaja balik dari percutian ke Pulau Belitung uolls! Ada yang pertama kali mendengar tentang Pulau Belitung ke? Kat mana tu? Haaa kalau korang pernah menonton filem box office di seluruh dunia pada suatu masa dulu yang bertajuk 'Laskar Pelangi', pasti korang tahu tentang kewujudan Pulau Belitung ini. Jika dilihat, kesemua lokasi penggambaran dan scene atau view filem tersebut memang sangat-sangat cantik, tenang dan damai je. So, apa je tempat menarik yang ada di Pulau Belitung ni? Jom kita tengok!

INSTAGRAMMABLE BELITUNG ISLAND!

Sudah menjadi trend para traveler muda generasi sekarang, mencari detinasi yang mempunyai spot-spot menarik untuk dimuatkan dalam laman sosial media. #OOTD katanyerrr! Hehe. Selain dari faktor pengaruh filem Laskar Pelangi, faktor geografinya yang dikelilingi lautan juga membantu kaki travel seperti sis dalam mendapatkan koleksi gambar-gambar view yang hebat.

Pose muka kekenyangan - baru lepas lunch di Fega Restaurant

1. SD MUHAMMADIYAH 

Tempat wajib pergi jika berpeluang ke Pulau Belitung; haruslah replika sekolah Laskar Pelangi ini iaitu SD Muhammadiyah. Lokasi utama penggambaran ini terletak di bahagian timur Pulau Belitung, di pekan Gantong. Perjalanan dari bandar Tanjung Pandan menuju ke sini memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Namun jangan risau, kerana populasi di Belitung ini tidaklah padat dan ramai orang. Jalan raya pun clear bebas tanpa macet!

Scene pembelajaran anak-anak Laskar Pelangi

Group photo team media, influencer & blogger

Ada gaya macam geng budak sekolah tak?

Melihat pada keadaan replika sekolah SD Muhammadiyah ini, masih terngiang-ngiang gelak tawa anak-anak murid Laskar Pelangi itu. Walaupun kondisi sekolahnya agak daif, diperbuat dari kayu-kayan, dan lantai kelas hanyalah pasir sahaja, mereka tetap gigih, bersemangat dan ceria untuk ke sekolah setiap hari. Betapa hebat guru-gurunya, kerana mampu mendidik dan menyuntik semangat cintakan ilmu dalam diri anak muridnya. Benar, hanya pendidikan sahajalah senjata yang ampuh untuk mengeluarkan kita dari kemiskinan dan kemunduran.

Antara scene ibuk Muslimah mendidik pelajarnya di dalam kelas


Sis tumpang OOTD sat :)

Rindu pula zaman papan hitam & kapur

Seluruh kehidupan ini adalah pelajaran, bumi bilik darjahnya, pengalaman adalah gurunya.

2. DERMAGA KIRANA

Dermaga bermaksud pelabuhan kecil atau jeti kecil yang menjadi tempat letak bot. Manakala Kirana adalah bersempana nama danau yang ada di situ -  Danau Kirana. Dermaga Kirana ini juga dipanggil sebagai rumah rotan kerana seluruh reka bentuk hiasannya diperbuat daripada rotan asli. Spot pelancongan yang hipster dan baru ini, betul-betul terletak berhadapan sekolah SD Muhammadiyah tadi. So, korang yang datang ke kota Gantong ini, jangan lepaskan peluang untuk ke sini juga k! Memang cantik sangat pemandangan di sekeliling dermaga ni. 

Belakang sis tu lah 'Rumah Rotan'.

Pemandangan danau Kirana

Sekali pandang macam di view di Kashmir pula

Air danau macam cermin! 

Cuaca di sini panas sangat, sampai tak larat sis nak bukak mata untuk selfie. Haha

3. MUZIUM KATA ANDREA HIRATA

Bagi peminat industri penulisan dan sastera, pasti kenal dengan penulis bernama Andrea Hirata. Dia lah penulis bagi karya agung Laskar Pelangi tu. Yup, filem Laskar Pelangi tu adalah diinspirasikan daripada sebuah novel. Muzium Kata Andrea Hirata ini merupakan muzium puisi dan penulisan kesusasteraan pertama di Indonesia.

Panas lit lit sis!

Masuk adalah percuma

OOTD lagiiiiiii

Seluruh bangunan dan persekitaran muzium kecil ini dipenuhi dengan warna-warni yang sangat menarik hati. Terlalu banyak sudut bergambar di sini. Jiwa dan fikiran pun rasa happy sangat bila suasana ceria macam ni kan?

Serba serbi warna warni

Fefeeling ceria sangat di museum kata ni

The rainbow troopers :)

Korang boleh lihat betapa muzium kata ini adalah lambang semangat Laskar Pelangi yang diletakkan oleh Andrea Hirata. Best sangat 'kata-kata' / penulisan Andrea Hirata, semuanya membuahkan semangat buat kita untuk terus-terusan mengejar impian hidup kita. Tiada istilah terlambat atau terlalu tua untuk mencipta mimpi menjadi nyata. Gittewww! :)

Dapat melihat tulisan Andrea Hirata, bisa membuatku tertawa.

Watak budak lelaki bernama Lintang. Pelajar paling pintar di sekolah SD Muhammadiyah. Tapi sayang, kemiskinan keluarganya membuatkan pembelajarannya tergantung dan berhenti

"Sekolah adalah kesempatan (peluang), berkah dan kegembiraan."

Novel-novel Laskar Pelangi dalam terjemahan pelbagai bahasa dari seluruh dunia. MasyaAllah, sis sangat terinspirasi! Betapa besar kuasa tulisan ini sebenarnya :')

4. KAMPONG AHOK

Siapa sangka ahli politik Indonesia yang popular, Ahok atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama, berasal dari Pulau Belitung yang kecil, dan aman ini. Di Pulau Belitung, Ahok ini sangat disanjung dan dihormati oleh penduduk tempatan kerana beliau telah banyak berjasa serta mengharumkan nama Pulau Belitung, terutamanya dari aspek pelancongan. Kampong Ahok ini merupakan rumah lama keluarga Ahok pada masa dulu. Ibu bapanya masih ada sehingga sekarang, tapi mereka tinggal di rumah yang baru, terletak berhadapan rumah lama tersebut. Dan menurut kata orang tempatan, Ahok memang sering pulang ke kampung menziarah kedua ibubapa nya dan beliau tidak pernah melupakan asal-usulnya; Pulau Belitung.




Mungkin ada beberapa berita yang kurang enak kita dengari tentang beliau, tapi apa yang penting dalam hidup ni, kita ambil apa-apa yang baik dan dari sisi positif saja lah ya.

5. PANTAI TANJUNG PENDAM

Bagi peminat fotografi pemandangan alam, bolehlah menikmati suasana sunset di Pantai Tanjung Pendam pada waktu petang. Pantai ini bukan tempat mandi-manda, air lautnya pun surut je. So sesuailah untuk kita mengambil gambar di sini bertemankan mood yang tenang tanpa gangguan photobomb  'orang-orang' di dalam gambar. Hehe.

Momen yang paling indah dalam seharian; sunset.

MasyaAllah, seni warna langit ungu-jingga-merah jambu. Cantiknyaaaaa!

Sis fefeeling merenung nasib padahal dalam kepala duk fikir nak makan apa lepas ni.

Untunglahhhh dapat isteri seorang fotografer. Kan? Lawo sungguh gambar dia.

6. PANTAI TANJUNG TINGGI 

Kalau korang pernah menonton Laskar Pelangi, pasti korang tahu tentang scene anak-anak Laskar Pelangi tu berlari-lari keriangan di celah-celah batu besar di tepi pantai. Haaaa, inilah tempat shooting nya! Pantai ini dipenuhi dengan batu-batu granit yang putih dan besar.

Look at those turquoise water! 

Dia pun nak posing jugekk. Macam model majalah Hero Maskulin lah bang.

Tak sangka filem Laskar Pelangi tu tahun 2008. Sebab setiap scene citer tu, masih berbekas lagi dalam ingatan dan hati sis. Ecehhhh!

Belitung with their clear crystal beach.


Pic ni diambil menggunakan drone. On tak on? Sis love!

7. DANAU KAOLIN

Bagi yang ke Belitung, danau kaolin adalah lokasi yang tak patut dilepaskan. Asalnya, danau kaolin terbentuk daripada sisa eksploitasi cari gali bahan tersebut. Kaolin adalah sejenis tanah liat halus yang berwarna putih, yang digunakan sebagai bahan mentah dalam pembuatan seramik, tembikar dan jubin.

Kalau cuaca cantik, air danau kaolin jadi warna biru. Kalau cuaca mendung atau semalamnya hujan, air danau bertukar menjadi hijau seperti dalam gambar ni.

Sebenarnya sis dah habis gaya dah. Tak tau nak buatpe lagi. Haha.

Tebing berwarna putih disertakan air yang membiru kehijauan, danau kaolin menjanjikan pemandangan yang cukup mempesonakan mata melihat. Sebenarnya sis memang dah nampak pemandangan lopak-lopak turqoise ni dari atas flight sewaktu mula datang ke Belitung. Sekilas pandang, memang macam Pamukkale di Turki uolls! Hehe.

Macam ni lah pandangan danau kaolin dari atas flight. Tapi gambar ni sis ambil dari Google lah.

Waktu sis datang tu, dah hampir nak bermula musim hujan/tengkujuh di Pulau Belitung. So, air danau warna hijau.

Surely I will come again Belitung!


BELITUNG; THE MALDIVES OF INDONESIA

Buat para pencinta laut dan pulau, sis sangat sangat sangat recommend korang untuk melancong ke Pulau Belitung ni kerana ianya dikelilingi oleh ratusan pulau-pulau kecil di sekitarnya. Apa yang lebih menarik, Belitung telah mendapat gelaran 'Maldives of Indonesia' kerana  keindahan warna dan kejernihan air lautnya. Sudahlah cantik, affordable pulak tu! Dekatttt je, negara jiran sebelah kita :)

Air laut berwarna turquoise menemani sepanjang perjalanan kami :)

7. PANTAI TANJUNG KELAYANG

Nama Pantai Tanjung Kelayang adalah bersempena nama sejenis burung yang sering terlihat berterbangan di langit sekitar pantai, iaitu burung kelayang. Ianya terletak tidak jauh dari bandar Tanjung Pandan, iaitu sekitar 27km sahaja. Ia juga terkenal sebagai tempat 'pelabuhan kecil' untuk para pelancong menaiki bot untuk aktiviti island hopping di sekitar Pulau Belitung. Nanti sis ceritakan lebih details pasal pulau-pulau ni dekat bawah k.


Port naik bot untuk aktiviti island hopping.

8. PULAU BATU GARUDA

Jika korang mengikuti aktiviti island hopping di Pulau Belitung, kompem akan singgah melihat Pulau Batu Garuda ni kerana ianya terletak tidaklah jauh dari Pantai Tanjung Kelayang (tempat kita ambil bot tu). Diberi nama tersebut kerana batu-batu di situ membentuk seperti kepala burung garuda, burung kebanggaan Indonesia. Tapi di sini tak boleh turun bot tau. Sebab pulaunya pun terlalu kecil dan dipenuhi dengan batu-batu granit sahaja. Cuma bot akan 'parking' paling berdekatan dengan batu kepala burung tu, untuk kita bergambar.

Nampak tak, batu berbentuk seperti kepala & paruh burung tu?

9. PULAU LENGKUAS

Pulau yang paling popular di Belitung adalah Pulau Lengkuas. Tak sah kalau datang ke Belitung, jika tidak menjejakkan kaki ke pulau ini! Kerana di situ terdapat rumah api tertua di Belitung yang masih beroperasi sejak tahun 1800 sehingga sekarang. Woww! 

Pulau Lengkuas from above

Otw, bot kami dah nak sampaaaaaai!

One with the pride of Belitung - their oldest lighthouse.

Acah-acah campak air sikit. Jernih ngat ngat!

Selepas beberapa minit sis pusing-pusing di daratan Pulau Lengkuas untuk bergambar dan menikmati air kelapa, sis pun menaiki semula ke bot untuk meneruskan aktiviti snorkeling pula. Yayyy tak sabarr! Kawasan snorkeling tidaklah jauh dari sekitar Pulau Lengkuas. Sis pun tak tau nak describe dekat mana, tapi bot tu stop di tengah-tengah lautan yang luas dan boleh dikatakan lubuk ikan. Such an amazing experience we had!

Suami sis first time terjun dan cuba snorkeling di tengah-tengah laut camni. Good job bang!

Dari atas bot pun dah nampak ikan-ikan tu. Memang banyak! Tak perlu nak umpan-umpan pun.

Look at that! Aquaman! Hahaha

Ahhhh tak sangka dapat berenang sebelah-sebelah je dengan ikan. Over tak? Hahaha.

Amboi geram je tengok ikan ni tau. Berani dan jinak betul diorang ni. Buat asam pedas sodap ni!

10. PULAU BATU BELAYAR

Next, to Pulau Batu Belayar we go! Tapi dalam gambar je lah. Hahaha. Sebab waktu tu air laut tengah pasang, jadi bot kami tak dapat singgah dan parking di situ. Pulau Batu Belayar ni adalah pulau yang sangat kecil. Dia macam tetiba ada pulak seketul daratan kat situ, dan dikelilingi oleh beberapa batu granit yang tegak berdiri. Memang cantikkkk sangat pemandangan, ditambah pula dengan air laut yang biru-kehijauan tu.

Tengok tuuu. Bestnya kalau dapat turun bot.

Kalai air laut surut dan tak bergelora, boleh lah sis kengkonon acah-acah berjalan di 'tengah' laut. Huhu.

11. PANTAI KEPAYANG 

Nak makan di mana ketika aktiviti island hopping seharian? Jangan risau, di Belitung ada satu spot khas untuk berhenti makan lunch. Haaa, mesti korang pelik kan? Tetiba di tengah-tengah lautan, ada pulak 'R&R' untuk menyinggah. Hahaha. Pulau Kepayang bukan setakat ada restoran sahaja, tapi sis diberitahu di situ juga terdapat resort dan pusat pemuliharaan penyu.





Apa yang lebih menarik adalah, lebih kurang 100 meter dari Pulau Kepayang ini, terdapat spot terumbu karang yang masih banyak dan terpelihara. Wahhh sangat beruntung sis rasa dapat ke situ. First time seumur hidup snorkeling melihat terumbu karang di depan mata. Tapi, perlu extra berhati-hati sebab kawasan itu airnya agak bergelora dan mempunyai landak laut. Elakkan dari kaki terkena, kalau tak, memang gatal tak sudah lahhh kaki korang! Hehe.

BUMI PENUH ADAT & MAKANAN ISTIMEWA

Tidak dinafikan Indonesia memang sangat berbangga dengan adat budaya mereka sehingga zaman sekarang. Tidak kiralah dari aspek reka bentuk bangunan, adat dan adab, mahupun makanan tradisi dari zaman nenek moyang mereka. So, jangan lepaskan peluang korang untuk belajar pelbagai perkara baru dari Belitung.

12. RUMAH ADAT BELITUNG

Rumah adat ini boleh dikatakan ala ala mini muzium atau replika rumah di Belitung pada zaman dulu. Macam rumah orang Melayu kita juga, ada tangga, serambi, ruang tamu, dan dapur. Sis diberitahu, bahawa bilangan anak tangga di depan rumah adalah lambang kedudukan pangkat dan status si tuan rumah. Semakin banyak tangganya, semakin tinggilah pangkat mereka. Ada yang sampai 7-8 anak tangga pun ada, bagi golongan bangsawan. Kalau macam tu, kuruslah orang-orang kaya tu ek turun naik tangga. Haha.

Dari depan Rumah Adat Belitung

Group photo satu!

Di Rumah Adat Belitung turut dipamerkan pakaian pengantin dan pakaian biasa orang Belitung dari zaman dulu. Ada juga ditunjukkan adat perkahwinan mereka, serta peralatan pertanian mereka. Selain dari popular dengan aktiviti perlombongan, Belitung juga terkenal dengan aktiviti pertanian.

Suasana pelamin, susun atur hantaran, dan sesi makan bedulang pengantin.




13. RUMAH MAKAN TIMPO DULUK

Jika ke Belitung, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman makan bedulang. Sebuah upacara makan yang sering dilakukan pada zaman dulu. Macam di Malaysia juga, yang selalu kita makan berdulang ketika kenduri zaman tok nenek dulu. Kesemua lauk-pauk disusun di dalam dulang, diletakkan di bawah tudung saji, dan ada adab tertentu untuk menghidangkan lauk-lauk tersebut. 




Adat makan bedulang di Belitung : orang yang paling muda perlu membuka tudung saji, dan menyendukkan nasi ke dalam pinggan untuk semua orang di meja makan. Manakala orang yang paling tua di meja makan, boleh mengambil lauk terlebih dahulu. Menarik kan? Adat makan bedulang ini mampu memupuk rasa hormat-menghormati dan kasih sayang sesama keluarga.




14. WARUNG KOPI (WARKOP) BELITUNG

Kalau di Bali famous dengan kopi luwak, di Belitung pula ada kopi Kong Djie. Dan tahukan anda? Kota Manggar yang terletak di Belitung digelar sebagai kota 1001 warung kopi. Atau orang tempatan memanggilnya dengan short-form 'warkop'.

Warung Kopi - Warkop.

Bila goreng pisang bertemu kopi ais, perghhh nikmat!

Sempat bergambar dengan tauke warkop millenium. Comel sanga bila orang chinese di sana, fasih bercakap dalam bahasa Indonesia. Salute!

Lebih istimewa, di Belitung ini, korang boleh try kopi coklat ais yang sangat sangat sangat sedapppp! Sis yang bukan sejenis peminum kopi ni pun, berkali-kali jatuh cinta dengan rasa kopi Belitung. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi rasanya tu. Hehe.

Singgah sebentar sebelum ke airport untuk balik ke Malaysia.

Sis sempat borong serbuk kopi & coklat dari Kong Djie Cafe. Huhu.

15. MI BELITUNG & ES JERUK KUNCI

Last but not least, kalau korang kaki foodie, please lah makan mi Belitung dan minum air es jeruk kunci ni. Kedua-duanya adalah ikon hidangan Belitung. Rugi sangat kalau tak mencuba tau! Mi Belitung ini rasanya seperti mi rojak kita di Malaysia. Tapi ada sambal dia kalau korang sukakan pedas. Yang menariknya, mi Belitung ini dihidangkan di atas daun simpor. Sejenis daun hijau yang lebar, dan hanya ada di Pulau Belitung sahaja.





(Es = Ais, Jeruk = Limau) Air es jeruk kunci tu pula, adalah ala ala air limau ais. Tapi! Di Pulau Belitung ni mereka gunakan limau khas yang popular di sini.  Jeruk kunci namanya. Kecik je, ala ala limau kasturi di negara kita


So refreshing!

Selesai sudah kesemua senarai 15 tempat menarik di Pulau Belitung. Dari lokasi 'instagrammable' yang serba-serbi warna-warni penuh keceriaan, pulau-pulaunya yang masih dara dari pencemaran dan masih dipenuhi dengan hidupan laut, hinggalah ke makanan dan minuman ikon Belitung yang sedap belaka. So, ada lagi ke yang kata Pulau Belitung ni boring? Huhu. Jangan lupa masukkan Belitung dalam wishlist destinasi 2019 korang ok! Sumpah berbaloi! ;)

--------------------------------------

Pakej percutian sis ke Pulau Belitung adalah dari MTN Getaways. Semuanya mereka uruskan dari tiket penerbangan ke Tanjung Pandan (Belitung), hotel penginapan, makanan dan minuman sepanjang 4 hari 3 malam, pakej island hopping serta apa-apa bayaran tiket masuk. Pendek kata, semuanya dah ALL-IN dalam pakej. Tak perlu susah payah nak fikir lagi, hanya perlu relaks dan enjoy di Pulau Belitung!



 Check out their pages : 

Untuk info lanjut tentang pakej ke Belitung, boleh terus hubungi :
Tel : +65 8531 3381 (Faizun)

SPECIAL ANNOUNCEMENT : Jangan lupa gunakan kod promo "FARAAMUSA75" setiap kali korang nak book pakej ke Pulau Belitung bersama MTN Getaways, untuk dapatkan RM75 diskaun dari setiap pakej yang korang ambil. Kod promo ini boleh digunakan sesiapa sahaja. So, jangan lupa share berita baik ini dengan famili, kengkawan, ataupun pasangan korang k! Sama-sama travel, sama-sama jimat!

Review jujur dari hati sis, sangat-sangat berpuas hati dengan semua servis dan layanan yang pihak MTN Getaways berikan dari mula hinggalah ke akhir trip. Semuanya berbaloi dan berpatutan. Sis happy, suami lagi lah happy. We surely gonna treasure the Belitung's moment and memories. Thank you MTN Getaways!

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Rindu Belitung!!! Rindu group photo!!..
    Nampak es jeruk tu makk oiii, ngencess jejes ayaq luir kita wakkkk...

    Jom next....Hatyai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn..tak boleh move on sampai sekarang sis! Entah bila lah dapat pergi lagi..huhu..

      Jommmm trip gegadis meletups Hat Yai! Huhu

      Delete
  2. alaa..nape baca blog fara hari ni...kan da terimbau2 balik kenangan kat sana...baru nak move on, terus tak boleh...hahahahahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dilarang move on sebab kita kena pergi lagi kak sunah! hahaha

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. Rindunyaaa nak Island Hopping kat Belitung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpeeeee. the best island hopping in my life! Gittuhhhh!

      Delete

POPULAR POSTS