PERCUTIAN KE PADANG, NEGERI KAYA ADAT & BUDAYA.

By FARAA MUSA - December 04, 2018

Hai semua! Alhamdulillah untuk trip ke Padang kali ini, sis bersama beberapa travel agent, rakan media serta blogger dari Malaysia telah ditaja oleh Tourism Indonesia. Terima kasih bangetttt buat semuanya warga wisata Padang yang sudi menyambut dan melayan kami dengan baik sekali. Walaupun Indonesia merupakan negara jiran kita, dan tak perlukan kos yang banyak untuk melancong ke sana, tapi sis baru pergi ke Indonesia sebanyak 3 kali sahaja sepanjang hidup. Dan ini kali pertama sis menjejakkan kaki di Sumatera Barat. Huhuhu.  Ok, sementara otak dan tangan sis masih 'panas' dan ligat dengan memori Padang ni, jom kita start!

Info matawang : 100 000 Indonesian Rupiah = 2.92 Malaysian Ringgit. (current currency - 30/11/2018)

HARI PERTAMA

Tiket penerbangan Air Asia KL-Padang berharga lebih kurang RM300 termasuk tax. Boleh dapat lebih murah kalau korang plan dan beli awal. Perjalanan dari KLIA 2 ke Airport Minangkabau International hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Macam kelakar pun ada sebab punggung tak sempat nak hangat, dah dengar announcement kapal terbang nak landing. Info : perbezaan waktu di Padang adalah 1 jam lewat dari Malaysia. 

Bahagia melihat awan bak gula-gula kapas

PANTAI PASIR JAMBAK

Sebaik saja tiba di Padang, kami dibawa ke sebuah warung tempatan di perkampungan berdekatan Pantai Pasir Jambak. Namanya warung Muaro Baru. Terletak agak dalam dan perlu melalui rumah-rumah penduduk kampung di situ, membuatkan sis teringat perjalanan balik ke kampung. Suasana rumah kampung yang agak rapat-rapat, warga tempatan yang peramah dan sedia menyambut kedatangan pelancong, serta deretan pokok kelapa yang melambai. Memang terasa sangat dialukan!

Ku tinggalkan seketika kabut kota, untuk bernafas semula. Ayo ke Padang!

Orang Padang sebut "Lamak banar!". (Sedap sangat!)

Selesai lunch menu Padang yang sangat enak, kita bergerak pula ke Pantai Pasir Jambak untuk bersantai sambil melegakan perut yang dah penuh tadi. Sesekali angin pantai meniup, terasa macam nak lelap pulak. Haha. Pantai Pasir Jambak ni ala-ala macam pantai di Port Dickson je. Tak biru dan tak jernih. Dan tak nampak pula orang mandi-manda di sini. (Maklumlah, pulau-pulau di Indonesia semuanya cantik gila namatey, buatpe diorang nak mandi kat sini yedak?) Cuma di sini dijadikan spot bersantai untuk bersenang-senang dengan teman dan keluarga.

Perlu jalan kaki untuk ke pantai sebab bas tak muat nak masuk :)

Best betul lepak di tepi pantai lepas makan. Angin sepoi-sepoi meniup buat sis mengantuk :P

Sekawan kerbau caught on camera ;) #suasanadesasangat

Meet my new friends here!

MASJID RAYA SUMATERA BARAT

Selepas itu, kami berhenti seketika di Masjid Raya Sumatera Barat untuk solat jamak Zohor & Asar. Uniknya, masjid ini terrrrrsangatlah besar, mempunyai 3 tingkat dan bumbungnya berbentuk Minangkabau (ala ala tanduk kerbau). Masjid ini masih baru dan ada bahagian yang masih dalam renovation.

Kena ambil gambar dari jauh, baru nampak keseluruhan masjid

Perincian masjid ini mempunyai unsur Timur Tengah, serta diukir 99 nama Allah pada dinding bangunannya.

Sekali pandang, tak tau pun ni masjid kan? Unik bangat!


KOTA TUA, SUNGAI BATANG ARAU & JAMBATAN SITI NURBAYA 

Dalam perjalanan menuju ke Pantai Air Manis, kami bakal melalui Kota Tua, Sungai Batang Arau dan Jambatan Siti Nurbaya. Terdapat beberapa Kota Tua di Indonesia ni, antaranya di Jakarta dan Bandung. Kota tua merupakan bandar-bandar kecil yang dibina semasa zaman penjajahan pada zaman dahulu. So, yang dapat kita lihat sekarang adalah bekas-beka binaan bangunan mereka yang ada unsur architecture Belanda. Ala ala macam di Melaka dan Penang lah gitu.

Antara masjid tertua di Kota Padang. Ceria sangat warna masjid pun :)

Macam Penang's vibe kan? Klasik!

Sungai Batang Arau pula terletak betul-betul di tengah kota Padang. Boleh dikatakan setiap hari kami lalu di situ. Banyak deretan sampan dan bot-bot kecil disediakan di situ, bagi pelancong yang ingin ke pulau-pulau berhampiran kota Padang. Kiranya seperti mini pelabuhan buat para penduduk di situ.

Cantik kan bila semua warna-warni macam ni?

Rumah penduduk di seberang sungai. Comel & ceria.


Jambatan yang menghubungkan darat di antara Sungai Batang Arau inilah yang dinamakan Jambatan Siti Nurbaya. Siti Nurbaya ni famous di dalam karya lagenda di Padang. Kisah tentang percintaan antara seorang gadis bernama Siti Nurbaya & seorang pemuda bernama Samsul Bahri, akhirnya terlerai disebabkan jodohnya yang telah ditentukan oleh orang tua. Dan orang tua Siti Nurbaya telah memilih orang yang lebih kaya dan berpangkat. Walaupun jasad Siti Nurbaya milik Datuk Patinggi, namun hatinya tetap milik Samsul. Haaaa gituuhh! Hahaha.

Di tepi-tepi jambatan, banyak street food dijual oleh penduduk tempatan.

Mini jeti untuk ke pulau-pulau berdekatan Kota Padang

PANTAI AIR MANIS

Kalau di Malaysia terkenal dengan kisah Si Tanggang, di Padang ada Malin Kundang. Kisah seorang anak derhaka pada ibunya, lalu disumpah menjadi batu. Dan batu Malin Kundang ini boleh dilihat di Pantai Air Manis.


Manih = manis. Geddit geddit?

Kerusi buat pengunjung yang mahu bersantai sambil minum & makan di tepi pantai

Untuk ke lokasi batu Malin Kundang, kami boleh memilih untuk berjalan kaki sahaja, ataupun sewa ATV di situ. 1 jam = 50 000 Rupiah (RM15). Maksimum boleh naik 3 orang, tapi lagi 2 orang yang duduk di belakang tu kena hati-hati lah. takut pakaian terselit celah tayar ATV. Hahaha! Sis pilih untuk jalan kaki sambil melihat pemandangan di sekitar pantai.

Penat adik ni offer ATV kat sis.

Tapi sis lebih suka berjalan kaki menikmati pemandangan :)

Tak pasti sejauh mana tentang kesahihan batu dari kisah Malin Kundang ini. Tapi apa yang penting, kita tetap perlu mengambil iktibar darinya. Bila sudah dewasa dan senang, kedua ibubapa jangan kita lupakan tau!

Nampak tak? Batu berbentuk seseorang sedang bersujud atau menangkup merayu?

PELABUHAN TELUK BAYUR (SUNSET)

Dalam perjalanan pulang untuk check in hotel, kami sempat menikmati pemandangan sunset di sekitar Teluk Bayur dari dalam bas. Suasana ketika itu memang Subhanallah sangat! Langit semuanya berwarna ungu kejinggaan, hinggalah terus gelap. Betapa hebat Allah design bumi kita ini, dari sedetail-detail moment seperti sunset itu. Awhhh i'm in love again whenever, wherever i'm travelling.

Teluk Bayur dari atas bukit

Sebelum sunset, dalam perjalanan ke Pantai Air Manis

Balik dari Pantai Air Manis. Subhanallah sunset nya!

DESA WISATA KAMPUNG LIMAU

Sewaktu makan malam pula, kami telah dibawa ke Mukim Pauh. Di situ ada Desa Wisata Kampung Limau Manis yang terkenal dengan tempat menikmati makan malam sambil diiringi persembahan kebudayaan Padang. Sesuai sangat untuk tourist yang ingin mengenali adat budaya Padang dengan lebih dekat. Sebaik saja kami tiba di depan pintu, kami terus disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat pembuka.

Kami semua dipakaikan 'tanjak' di atas kepala sebagai penghormatan

Persembahan pembuka menyambut kehadiran kami. Terasa sangat dihargai!
Selesai sesi menjamu selera, kami dijemput pula untuk duduk di tengah laman untuk menyaksikan persembahan kebudayaan mereka yang sangat unik dan menghiburkan.

Persembahan tarian  kebudayaan dengan cara menepuk seluar mereka - dan menghasilkan bunyi/muzik.

Ala ala mini teater 'Puteri Bongsu Turun Ke Bumi'

Kesemua ini adik-adik berusia bawah 16 tahun, tapi sangat hebat & mantap!

Sesi makan bersila di atas teratak/pondok masing-masing

Makanan semuanya dihidang dalam piring-piring kecil. Teringat suasana kenduri zaman dulu-dulu. Semua hidangan dihidang macam ni lah! Siap susun ikut kumpulan dulang lagi :)


********
Selesai hari pertama di Padang. Apa yang sis boleh katakan, orang tempatan Padang semuanya peramah dan baik hati belaka. Cara mereka menyambut dan melayani kami, membuatkan sis terasa sangat dialu-alukan untuk ke Padang ini. Seperti menyambut ahli keluarga yang baru! Overall, hari pertama di Padang memang sangat mengujakan kerana sis telah dapat mempelajari banyak perkara dan ilmu baru. Terutama dari segi adat budaya orang Minangkabau, makanan mereka, dan juga bahasa loghat Padang yang berbeza dengan loghat Negeri Sembilan yang biasa kita dengar di Malaysia. Ahhh tak sabar rasanya untuk sis kongsikan episod hari kedua di Padang, Indonesia. Pasti lebih menarik kerana esok kita akan ke pulau pula!  (Klik sini untuk ikuti kisah sis ke Pulau Pieh!)


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam perkenalkan kami Sinar Alam Wisata tour and travel di Padang Bukit tinggi Indonesia,bila tuan dan puan bercadang nak bercuti di padang bukit tinggi indonesia,kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian diantaranya :
    5hari4malam
    4hari3malam
    3hari2malam
    sewa pelbagai kereta di Padang Bukit tinggi:
    Toyota Avanza
    Toyota Innova
    Van Isuzu Elf
    Van Toyota Hiace
    Bas Persiaran
    Kami mengupayakan kepuasan pelanggan dengan memberikan servis paling ok.
    Wassap +6285356000747

    ReplyDelete

POPULAR POSTS