5 TIPS TRAVEL DI PULAU BELITUNG, INDONESIA

By FARAA MUSA - January 11, 2019

Pulau Belitung merupakan sebuah pulau yang terletak di pantai timur Sumatera, Indonesia. Menariknya, di Pulau Belitung itu sendiri, terdapat ratusan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari atas pesawat ketika dalam perjalanan ke sini. Di Pulau Belitung, korang bukan sahaja dapat menyertai aktiviti island hopping dan snorkeling, malahan boleh juga melihat banyak danau kaolin - hasil galian paling popular di Belitung suatu zaman dahulu. Serta, dapat menghayati semangat kehidupan 'Laskar Pelangi' di daerah Belitung Timur.

Danau Kaolin

Di sini sis sertakan tips bagi korang yang ingin berkunjung ke sana lebih-lebih lagi buat pertama kali.

1) Penerbangan ke Pulau Belitung.

Ibu kota utama di Pulau Belitung adalah Tanjung Pandan, dan di situlah terletaknya lapangan terbang mereka. Walaupun Pulau Belitung semakin popular sebagai tempat pelancongan, korang jangan expect lapangan terbang Tanjung Pandan tu besar ya. Airport nya kecil dan sahaja.


Oh ya, tiada penerbangan direct dari Malaysia ke Tanjung Pandan ini. Untuk travel ke Pulau Belitung, korang boleh pilih sama ada nak bertolak dari Singapore (penerbangan direct menaiki Garuda Airlines), atau menggunakan penerbangan lokal dari Jakarta, Indonesia. So, korang akan ada 2 penerbangan untuk sampai ke Tanjung Pandan. Tapi, jangan lah risau sebab flight dari Singapore ke Tanjung Pandan hanya memakan masa 1 jam sahaja. Kalau dari Jakarta, sis tak pasti sebab trip sis ke Pulau Belitung baru-baru ini, sis bertolak dari Singapore. 


Tiket penerbangan boleh ditempat melalui atas talian. As usual, lebih awal korang book, lebih murah harga yang akan korang dapat. Untuk flight sis ke Singapore, sis menaiki Air Asia. Manakala flight dari Singapore ke Tanjung Pandan menaiki Garuda Airlines pula telah diuruskan oleh MTN Getaways kerana sis pergi menggunakan pakej mereka. Dan serius, kalau korang first timer travel ke Pulau Belitung, sis cadangkan better korang menggunakan perkhidmatan dari travel company. Sangat tersusun, sangat berpatutan dan sangat berbaloi!


2) Bawa sun protection, kaca mata hitam dan topi.

Seperti yang kita semua tahu, cuaca di pulau adalah lebih panas dan berbahang berbanding destinasi lain seperti bandar mahupun perkampungan. Begitu juga dengan Pulau Belitung. Baru-baru ini sis sempat menyertai aktiviti island hopping di sana, dan kebetulan sun block sis tertinggal di dalam beg persalinan baju di dalam bas. So, tak dapat lah nak re-apply sun block setiap 2 atau 3 jam sepanjang island hopping tu. Memang meraung kulit sis kat atas bot tu uollss!


Bukan kulit wajah sahaja yang perlu kita lindungi dari sinaran matahari, tetapi juga mata. Salah satu tips penjagaan mata supaya tidak cepat berkedut dan kering, adalah dengan memakai cermin mata hitam. Bukan sebab nak glamour semata je gais. Tapi, kalau sesambil tu bergaya pun apa salahnya yedak? Hehe. Satu lagi, jangan lupa bawa topi ke Pulau Belitung baik lelaki mahupun wanita. Sebab bila cuaca dah terlalu terik dan panas, kepala pun boleh sakit kan. Nanti mula lah mood kelaut je time travel. Taknak begitu ye anak-anak.


3) Susun perjalanan dengan bijak

Ok disebabkan Pulau Belitung ni ada banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, itinerari memang wajib disusun dengan baik supaya semuanya berjalan lancar, dan dapat pergi ke seberapa banyak tempat yang boleh. Haha. Maklumlah, bukan selalu dapat pergi ke sini kan.


Terpulang pada korang untuk tentukan fokus trip ke Pulau Belitung ini sama ada untuk aktiviti pulau (island hopping & snorkeling) ke, atau aktiviti jelajah kampung Laskar Pelangi di Belitung Timur ke, ataupun trip ni khas untuk mode honeymoon santai sahaja di Leebong Island (ala macam dalam drama Kekasih Paksa Rela tu, diorang shooting sini lah). 


Macam sis, tak perlu susah payah lagi nak kena buat research seawal beberapa bulan sebelum trip, dan tak perlu nak fikir dan plan itinerari ke Pulau Belitung lagi. Sebab, semuanya telah diatur dan disusun baekkk punya oleh MTN Getaways. Haha. Itulah kelebihan kalau pergi under pakej kan. Tak semua trip kita rajin nak backpacker dan plan from scratch. Sekali sekala, nak juga rileks dan serahkan semuanya kepada yang lebih pakar. Yang penting, bila trip kita berjalan dengan lancar, semua orang pun happy!


4) Bawa kamera yang sesuai

Pulau Belitung mendapat gelaran 'Maldives of Indonesia' gais. Apa lagi yang korang expect? Mestilah lautan dan pantainya yang terrrrrsangatlahhh jernih, indah, cantik berseri. Berwarna biru kehijauan (turqoise) pulak tu! Woahhhh memang Subhanallah! Hidupan laut pula masih terpelihara dan 'friendly'. So jangan lepaskan peluang emas untuk merakamkan pengalaman korang di Pulau Belitung.



Sis takde GoPro, tapi macam mana boleh ada gambar berenang sebelah-menyebelah dengan ikan-ikan yang peramah ittew? Haaa, kalau korang nak tau, kalau korang join pakej bersama MTN Getaways, diorang punya tour guide sangat-sangat rajin snap semua gambar peserta. Haaa, gambar-gambar di dalam air ni semuanya MTN Getaways yang ambilkan, dan di akhir trip nanti diorang akan bagi CD gambar PERCUMA kat korang. Best ke best gilaaa? 


Bukan disebabkan laut dan pantai sahaja, tetapi juga di Pulau Belitung terdapat banyak spot-spot instagram worthy bak kata orang zaman sekarang. Gitteww! So jangan lupa bawak kamera yang bersesuaian untuk merakam dan mengambil gambar-gambar di setiap sudut di Pulau Belitung okay.



5) Jangan takut mencuba makanan/minuman tempatan Pulau Belitung

Setiap destinasi yang dituju, pasti ada makanan atau minuman ikon yang tersendiri. Kalau di Pulau Belitung, minuman tempatan yang paling terkenal ialah kopinya yang sangat enak dan mantap. Lebih spesifik, warung kopi Kong Djie yang mempunyai banyak cawangan di serata Indonesia. Tips : jangan lupa try kopi coklat susu di Pulau Belitung. Sedapnyaaaa terbawa-bawa ke dalam mimpi!


Cubalah juga menu Mi Belitung, Es Jeruk Kunci dan 'makan bedulang' mereka. Orang kata, selagi tak merasa semua benda ni, maksudnya korang belum sampai Belitung lagi. Hehe.


Cukup setakat 5 tips ni dulu. Nanti kalau ada sebarang penambahan, sis update ok. Dan berita baik buat korang yang ingin ke Pulau Belitung under pakej MTN Getaways, korang boleh gunakan promo kod "FARAAMUSA75" untuk dapatkan penjimatan sebanyak RM75 bagi setiap pakej yang korang book. Akhir kata, selamat menikmati keindahan Pulau Belitung!




  • Share:

You Might Also Like

14 comments

  1. Rindulaaa nak cuti sesama lagi..
    Jom Hatyai !!!

    ReplyDelete
  2. amboiii...update lagiiiiii...ni yang rasa nak buat kopi coklat belitung niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat ke belum? nanti jemput kite minum petang sekali eh..haha

      Delete
  3. Bestnye awk...bila la nak dapat sampai sini

    ReplyDelete
  4. Salam Puan. ok ke kalau bawa anak 6 tahun kesana. berdua saja

    ReplyDelete
  5. Inshaaallah.. Sy nak kesana. Harap have fun

    ReplyDelete
  6. Hi nak tanya, awal bulan 3 kalau nak bercuti ke belintung sesuai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sesuai je. kalau risau, boleh check ramalan kaji cuaca lebih awal. biasanya memang ada je kat website weather forecast utk cuaca tempoh setahun :)

      Delete
  7. salam sis, klau kita nk gi backpacker mane nk cari pakej island hopping tu yer? ada ditawarkan di hotel ke? tq

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis, kalau sis bagi izin..saya nk tumpang komen disini utk carik backpacker malaysia ke belitung pada 4-6 nov 2020..setakat ni kami baru berdua..mana tau ada yg nk susun trip sama sama ngan sy..ajom..the more the merrier, the more save more...hehehe...boleh email sy di ryne.gals@gmail.com.. thanks tuan blog.

    ReplyDelete

POPULAR POSTS