Hai korang! Blogpost kali ini dah lama sis peram dalam ruangan draf sejak dari bulan Disember 2018. Tapi sis sempat tulis tajuk je lah, isinya takde. Haha. Korang bayangkan lah, sekarang dah Februari 2019 baru nak menulis dan mengingat semula memori percutian ke Hat Yai. Since ramai yang tanya sis, di mana sis menginap di Hat Yai? Boleh suggest tak hotel yang sesuai kalau pergi ke Hat Yai bersama keluarga?
Ye lah, kalau kita pergi solo, berdua dengan pasangan, atau dengan geng kengkawan, memanglah kita boleh saja plih untuk menginap di hotel bajet mahupun hostel sahaja. Tapi bagi yang sudah berkeluarga, tidak sesuai rasanya kalau nak menginap di tempat sebegitu. Kan? Dan bila bercakap tentang percutian ke Hat Yai dengan keluarga, kompem lah sis takkan gunakan konsep main redah aje. Semuanya kena plan awal, baik dari segi itinerari, mahupun dari segi penempahan penginapan. Therefore, sis memang reccomend Hotel Lee Garden Plaza ni jika korang ke Hat Yai bersama keluarga. Kenapa?
LOKASI
Terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai, kedudukan Hotel Lee Garden Plaza ni terrrsangatlah strategik. Lokasi ni ada segala-galanya. Ada hotel-hotel lain, ada shopping mall, ada banyak kedai-kedai serbaneka, ada restoran-restoran makanan halal, ada tempat urut dan bermacam-macam lagi kemudahan. Pendek kata, turun je hotel, terus boleh ber-shopping makanan & barang-barang lain. Mudah jugak nak dapatkan tuktuk, mudah jugak nak pergi ke mana sahaja kawasan berdekatan hanya dengan berjalan kaki. Selamat pun selamat. Sebab di bawah hotel, ada banyak anggota polis sedia menjaga. Apa-apa nak tanya pun boleh,, diorang akan tunjukkan arah jalan walaupun tak reti cakap English. Hehe.
Tapi! Memandangkan Hotel Lee Garden Plaza ini ada semuanya, hotel ini selalu cepat penuh. So sis cadangkan korang untuk booking awal-awal sebelum merancang percutian ke Hat Yai. Apa-apa, penginapan dah ada. Benda lain, boleh plan kemudian.
BILIK
Sis menempah bilik jenis Superior Double, tingkat 18. Kalau dah tinggi camtu, terletak pula di tengah bandar, bayangkanlah viewnya macam mana. Ofkos lah view bandar Hat Yai!
Walaupun perabot & susun atur di dalam hotel ni macam hotel lama, tapi Alhamdulillah selesa dan bersih je. Bilik pun luas, ada ruang untuk solat dan letak bagasi. Dilengkapi dengan meja makan/meja kerja, bilik air ada bath tub dan ruang cermin solek khas (bahagian kering di dalam bilik air). Sis puas hati!
MAKANAN HALAL
As a muslim traveler, to find halal food in our main concern. So, i chose Lee Garden Plaza Hotel. Antara restoran halal yang popular di Hat Yai -- Salma & Hameed. Untuk pergi ke dua restoran ini, korang hanya perlu berjalan kaki tak sampai 3-4 minit pun. Turun je hotel, belok ke kanan dan jalan terus beberapa meter, dah sampai.
Waktu malam pula, ada 'pasar malam' yang menjual Thai street food di depan hotel Lee Garden Plaza. Ada sate ayam, pulut mangga, aiskrim kelapa, pulut ayam, udang goreng, seafood kering, puyuh goreng, green tea, banana pancake, dan bermacam-macam lagi makanan Thai yang menggoda selera! Yang penting, cari gerai yang ada cop halal & peniaga muslim di Hat Yai kebanyakannya berhijab.
HARGA
Sis buat penempahan bilik di Hotel Lee Garden Plaza melalui Traveloka. Agak last minit juga (2-3 minggu sebelum trip), tapi Alhamdulillah masih ada kekosongan. Cuma harganya tidaklah terlalu murah. Huhu. RM200 per malam, kami menginap 2 malam jadi totalnya RM400.64 termasuk tax. Tapi waktu tu sis gunakan promo code yang Traveloka beri, so sis dapat potongan harga sebanyak RM32.05. So total jumlah penginapan 2 malam sis di Lee Garden Plaza hanya RM368.59. Ok lah kan? Untuk bilik yang besar, dan hotel yang di tengah-tengah bandar Hat Yai. Sis nasihatkan kalau korang nak lebih jimat, boleh cuba booking awal & gunakan promo code yang selalu Traveloka berikan.
12 comments
Lee Garden ni memang famous kan.. yang bawah dia ada shopping mall tu. kalo CT.. walaupun x brkeluarga.. i akan opt tempat tinggal yang selesa jugak walaupun kena kluarkan duit lebih sikit. dah ada pengalaman buruk nak jimat nye pasal dok tempat tinggal so so jadi serik. biarlaaa mcm mana pun.. ikut budget masing2.. hehe..
ReplyDeleteParking kereta hotel ada ke kat hotel lee garden plaza? Plan nak stay hotel ni dan ke thailand dgn kereta sendiri.
ReplyDeleteSOPHIAHANIM ya..ada tmpat parking di tingkat bawah hotel..insyaallah selamat������.sy dh p thun lps
DeleteThank you awak :)
DeleteSis... Kalau sy memandu sendiri ke hatyai, hotel ni sng dpt parking kete x? Sy bercadang nk g hujung thn ni...
ReplyDeleteHotel ni ada dia punya carpark sendiri. Nanti kat tepi entrance hotel tu ada lorong kecik untuk ke carpark dlm hotel. Jangan risau. Betul2 kat centre hotel ni. Saya at first nak tinggalkan kereta kat carpark hotel dan berjalan2 naik tuk tuk. Tp last2 drive ke mana-mana tempat sendiri sebab jalanraya dan pemanduan dia lebih kurang malaysia je dan orang thai sangatlah berhemat atas jalan. Untuk ke mana-mana lokasi saya tak beli sim. Saya cuma download thailand offline map kat tepon. Diharap membantu :)
DeleteMaaf. Saya tlg jawabkan sebab saya baru je pergi hatyai dlm ujung bulan 9 haritu.
Sis kalau Hatyai Paradise Hotel ada apa2 komen tak..
Deletethanks for your sharing here. akak dah plan nak ke sana. rasa2 banyak tpt food yang akak akan terjah.. thanks again.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteI enjoyed reading your post. Thanks for sharing.
ReplyDeleteSightseeing in Kathmandu
Staying at Lee Garden Plaza Hotel was a delightful experience. The hospitality, comfortable rooms, and central location exceeded expectations. Why Working Hyperlink From the cozy ambiance to the impeccable service, it's a haven in the heart of Hat Yai.
ReplyDeleteGreat post.
ReplyDeleteCheap hotels with free breakfast orange city Iowa