TIPS BAWA MAKANAN KE AUSTRALIA?

By FARAA MUSA - September 12, 2018

Betul ke negara Australia ni banyak pantang-larang dalam bab bawa makanan? Makanan yang macam mana yang boleh dibawa? Dan apa pulak yang dilarang masuk ke Australia? Tapi kalau tak bawa makanan dari Malaysia, ada ke makanan halal kat sana nanti? Sis, saya perut Melayu. Sehari tak makan sambal rasa tak boleh hidup. So, macam manaaaaa?


BENDA BASIC : WAJIB DECLARE SEMUA BENDA KE?

Ok ini soalan paling famous sis dapat. Sebelum kita mendarat ke destinasi, kita akan diberikan "Arrival Card" di dalam flight. Ada ruangan untuk isi maklumat personal, info berkaitan passport dan kewarganegaraan, dan juga ruangan deklarasi barangan tertentu yang kita bawa.

Ruang declare adalah seperti di sebelah kanan card



Jangan lupa 'tick' pada kotak yang disediakan. WAJIB declare semuanya. Terutama bab ubat-ubatan dan jenis makanan. Tak kisah lah walaupun korang dah terrrbawak makanan yang dilarang sekalipun, KENA DECLARE jugak. Sebab kalau kita tak mengaku atau declare awal-awal tentang barangan yang kita bawa tu, kita boleh dikenakan penalty fee sebanyak AUD340 (bersamaan RM1050) on the spot di airport nanti.

Dah faham? Settle topik benda basic. Jadi, barangan apa yang perlu kita declare sebenarnya?


Tapi untuk entry kali ini, sis buat khas untuk topik makanan sahaja. :)


MAKANAN YANG BOLEH DIBAWA :
  • Ikan sardin atau tuna di dalam tin
  • Kiub ayam, ikan bilis, tomyam jenama Maggi
  • Susu tepung/formula untuk bayi dan kanak-kanak
  • Minuman 3 in 1 yang tiada kandungan susu (non dairy)
  • Makanan segera seperti jenama Maggi, Mamee, Bubur Nasi, Brahim's
  • Beras, Bihun, Spageti yang tidak mempunyai unsur terlarang seperti telur
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kurma seperti jenama Brahim's, Aliff dan sebagainya
  • Ikan bilis dan rempah ratus yang dipaketkan di kilang seperti dibeli di Tesco dan Giant
  • Ubat-ubatan harian yang dinasihatkan oleh (prescribed by) doktor. Ubatan yang dibeli dari farmasi pun boleh. Asalkan ada tertulis senarai bahan-bahan yang digunakan di paket ubat tersebut. 

MAKANAN YANG DILARANG BAWA : 
  • Bahan makanan yang mengandungi telur
  • Buah-buahan (tak kira sama ada segar atau kering)
  • Produk hasil tenusu seperti susu kotak, mayonis, cheese
  • Makanan yang dimasak dari rumah (tak di-pek dari kilang)
  • Bahan mentah seperti ayam, daging, ikan. atau makanan laut
  • Makanan atau minuman yang mengandungi coklat dan susu seperti Milo 3 in 1
  • Rempah ratus yang berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam yang belum dikisar
  • Produk makanan yang berasaskan bahan-bahan ayam dan daging (seperti serunding daging atau ayam, sosej, nugget)

TIPS BAWA MAKANAN KE AUSTRALIA

1) Asingkan barang makanan yang kita bawa dari Malaysia, ke dalam satu beg atau kotak khas.


Just in case, kalau kita ditahan di bahagian pemeriksaan oleh pegawai kastam Australia, we are being prepared. Hanya perlu buka beg atau bahagian khas makanan sahaja. Takde lah terkeluar bra, 'adik-adik' atau semua jenis mak nenek benda. kalau makanan tu dalam beg pakaian. Segan terkulat-kulat lah kau kat situ!


2) Sediakan senarai ringkas tentang bahan-bahan makanan yang dibawa.


Sama macam point no. 1 di atas, just being prepared. Lagi-lagi kalau yang pergi ke Australia tu pula orang-orang tua, mak ayah, atuk nenek, makcik pakcik kita. Please tolong list kan ingredient dalam English. At least, save kan dalam phone diorang ke.


3) Pastikan bawa makanan/minuman yang berpaket (ada packaging) dari pihak kilang sahaja.


Bukan apa, memudahkan urusan kita juga. Sebab kebiasaanya produk yang siap berpaket dari kilang ni, senarai bahan-bahannya pun dah tersedia di luar paket tersebut. Siap ingredients in English lagi. So, senang. Produk-produk macam ni selalunya boleh beli dari pasaraya biasa macam Tesco, Giant, Jaya Grocer. Jangan bawa makanan yang kita beli ikut timbang-timbang berat dalam plastik tu. 

4) JANGAN bawa makanan atau lauk-pauk yang dimasak/dipek dari rumah.

Dah ada sis bagitahu kat atas tu. Tapi saja sis nak ulang. Maklumlah, kita ni kekadang degil kan? Hehe. Segala jenis makanan atau lauk-pauk seperti sambal tempe ikan bilis, sambal belacan, tempoyak daun kayu tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Australia. Pokoknya; SEMUA MAKANAN YANG TIDAK DI-PEK DARI KILANG, TAK BOLEH BAWA.


Ia dikira Biosecurity Hazard. Walaupun makanan atau lauk kita tu di-frozen kan, dibalut dengan aluminium foil, disimpan dalam beka tupperware/food container. Tetap tak boleh ye anak-anak. Bawak aje lah sambal belacan instant Adabi yang beli kat Tesco tu. 


5) Beras, sayuran, telur, roti, bahan mentah halal ada dijual di Australia.

Kalau Malaysia famous dengan Tesco, Australia famous dengan Coles :)

Kepada kawan-kawan yang nak staycation sambil memasak di Australia, tak perlu bawa makanan mentah dari Malaysia pun takpe. Kat sana ada je kedai runcit atau pasaraya yang menjual barangan halal. Tak mahal sangat pun harganya, sebab kerajaan mereka sangat menjaga bab-bab harga runcit berasaskan makanan-makanan semulajadi ni. Buah stroberi besar-besar mak datuk, sebekas boleh dapat 2-3 dollar je. Sayur pun fresh segar-bugar, bersih dan elok besar subur. Geram nengoknya!

6) Pemeriksaan di pegawai kastam "ikut nasib".


Orang putih kata ikut "luck". Orang islam panggil "rezeki". Hehe. Ada juga kes-kes terpencil  kengkawan yang bawa produk terlarang, lepas juga. Sebab tu bila ada orang cerita-cerita bab tak perlu declare ni, jangan percaya bulat-bulat. Kita sebagai orang bertamadun dan bermoral, ikut je lah peraturan yang telah ditetapkan. Kalau nak ikut rasa hati dan kepala sendiri, kita juga yang menyesal bila dah terkena denda! Bukan murah RM1050 kena bayar sekelupuk tu woi. HAHA.

Ok setakat ni tu je tips yang sis ingat dan boleh kongsikan dengan korang tentang tips bawa makanan ke Australia. Nanti kalau-kalau ada tambahan lagi, is akan edit dari semasa ke semasa. Goodluck!

  • Share:

You Might Also Like

35 comments

  1. Nice sharing.. Boleh rujuk sini nanti kalau nak ke Perth, haih teringin nak tengok birunya suasana di Perth 😍

    Salam kenalan ya.. Husniey dah add blog ni sebagai reading list

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh segannya bila blogger otai & power komen kat blog kite. Wuwuwuwwuu..

      Terima kasih, sis pun terus follow blog awak yang best tu :)

      Delete
  2. strict tapi kita kena respect la negara dia kan.. alhamdulillah stakat kesana tak kena rampas apa2 lagi. tapi kat kastam Malaysia yang last kaunter tu yang kena rampas sebab terlupa tersesat satu tin makanan. hahaha panjang citernya mcam mana tapi xpela memang salah pun. janji declare itu yang penting =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..masuk tempat orang, ikut cara orang..gituhh. bawak Brahims je kompem selamat!

      Delete
  3. salam baru tau milo 3in1 brgan larangan kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Vape boleh bawak masuk Aussie tak?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis i really love your blog😘 senarai ringkas brg tu kena tunjuk dkt pegawai immigration ke cane?thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Alhamdulillah thank you😍 senarai ringkas tu, ready je siap2..kekadang benda ni ikut nasib..kalau terkena time pegawai kastam tu rajin, dia nak check baggage kita, kita tunjuk je list tu..kalau dia tak mintak, Alhamdulillah urusan lancar..

      Delete
  6. ASSALAMUALAIKUM SIS
    Kalau brg2 keperluan wanita seperti pencuci muka, toner dan brg2 mekap kena declare jugak ke. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Depends pada bahan-bahan yang terdapat dalam skincare kita tu. Boleh tengok list ingredients yang kena declare di atas. :)

      Delete
  7. assalam. nak tanya ikan bilis boleh bawa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh bawa, tapi kena declare dalam borang.

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    sis nak tanya, rokok boleh bawa kan..
    and makanan seperti kek yang dibuat sendiri, boleh bawa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Maaf, rokok sy x pasti.. Kek tu, kena declare bahan2 nya ada apa.. Just tulis je kat kertas notes kecik, pastu tampal/staler kat bekas kek.. In case officer tanya..

      Delete
  9. TQ for this sharing..sgt membantu..btw husband sy Akan ke Australia 18 Hari LG Atas urusan kerja..then Lepas sebulan sy plak Akan mengundur Dan mnetap Di Sana dgn husband.. nervous and takot plak..huhu..tempat org..negara org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Alhamdulillah.. Semoga segala urusan awak sekeluarga dipermudahkan di negara orang.

      Delete
  10. SALAM NAK TANYA BRUSH MEKAP BOLEH BAWA TAK..BAHAN DARI BAMBOO TAPI TIDAK DINYATAKAN DIPRODUK ITU

    ReplyDelete
  11. salam sis nak tanya.. mkanan tu letak dlm beg asing/box lgi senang kan.. then boleh hand carry x? or kena check in luggage? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..ya, letak dalam beg khas lg bagus..maksudnya, satukan semua makanan2 kering tu. hand carry rasanya x boleh. melainkan makanan kering, macam maggi ke biskut ke roti ke.

      Delete
  12. sis kalau makanan frozen kita masak sendiri then packing dalam tupperware boleh ke? i means check in luggage

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum sis, nak tanya kalau kita bawa tepung cucur adabi tu ikan bilis ke udang ke boleh ke? lepas tu saya ada nak bawa brahims sambal bilis, kari daging, bukan pes tapi dah sedia ada dalam tu boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh, baca semula point no 2 & 3. Ada ditulis tu. Janji, list ingredients siap ada utk rujukan pegawai kastam (kalau dia nak check).

      Delete
    2. Sis u amik rumah back packer di mana?

      Delete
  14. As salam sis.. Kalau saya bawa beras 1kg, makanan rendang ayam/sardin dlm tin..ada masalah x? Kena declare jg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://faraamusa.blogspot.com/2018/09/travel-tips-barang-yang-kena-declare-di.html



      Boleh baca semula blogpost saya di atas, semuanya ada ditulis :)

      Delete
  15. Salam, kalau Nestum 3in 1 coklat tu tak beh bawak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://faraamusa.blogspot.com/2018/09/travel-tips-barang-yang-kena-declare-di.html



      Boleh baca semula blogpost saya di atas, semuanya ada ditulis :)

      Delete
  16. Salam, kalau bawa biskut cheese boleh ke?
    Ubat batok sapu, panadol, ubat cirit dari farmasi boleh ke? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://faraamusa.blogspot.com/2018/09/travel-tips-barang-yang-kena-declare-di.html



      Boleh baca semula blogpost saya di atas, semuanya ada ditulis :)

      Delete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum Sis..kat Perth ada under ground train x,klau nak pergi mana2 dlm bandar.

    ReplyDelete
  19. Yuk Coba Keberuntunganmu Setiap Hari... Join Disini Sekarang Kumpulan Berbagai Macam Permainan Taruhan Online Terbaik di Indonesia, Kunjungi Website Kami Di Klik Disini dan Dapatkan Bonus Terbaru 8X 9X 10X win klik disini untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda dan Bonus Berlimpah.

    ReplyDelete
  20. Assalamualikum puan terima kasih atas penerangan, cuma saya tak faham "Makanan segera seperti jenama Maggi, Mamee, Bubur Nasi, Brahim's". katalah kita bawa nasi beryani kambing atau kerutuk daging Brahim's. dilarang terus atau boleh bawa dan perlu declare. terima kasih

    ReplyDelete

POPULAR POSTS