STAYCATION DI CASA DEL RIO, MELAKA

By FARAA MUSA - October 09, 2019

Hai korang! Terasa lama betul tak update blog sejak sebulan dua ni. Nak kata busy sangat pun tak jugak. Lebih kepada penyakit malas. Hehe. Kebetulan, hari ulangtahun perkahwinan kitorang Jumaat lepas. Takde sambut apa-apa pun sebab kitorang memang busy yakmat. Hujung minggu pulak, nak luangkan masa bersama keluarga. So tak sempat nak luangkan masa berdua sahaja. So, pada hujung minggu lepas, sis balik ke rumah mertua di Melaka. Tetiba hari Ahad on the way nak balik ke KL semula, encik suami ajak staycation pulak di sebuah hotel di bandar Melaka. Manakala sis pun onzz je. Ehek!

Pintu gerbang hotel


HOTEL CASA DEL RIO

Memandangkan ini merupakan kali pertama sis menginap di hotel Casa Del Rio, dan staycation nya cuma sehari sahaja, maka tak banyak sangat yang sis boleh review pun. But overall, i lovesssss this hotel! Sesuai sangat untuk pasangan yang nak honeymoon atau sambut anniversary sebab hotel bertaraf 5 bintang ini sangat ekslusif dan menjaga privacy.




Hotel Casa Del Rio ini menjadikan gaya Mediterranean sebagai motif utama seni bina mereka, beserta campuran elemen Peranakan serba sedikit. Memang cantik dan menenangkan sangat tau! Meh sis share pemandangan di ruang utama hotel Casa Del Rio ni.


Main lounge katanyer


Posing sikit sis


Air pancut tetengah alam



PROSES CHECK-IN HOTEL CASA DEL RIO

Waktu kitorang mula-mula tiba di ruang legar hotel, staff penyambut tetamu meminta kami berdua untuk duduk berehat terlebih dahulu di ruang menunggu di tepi kolam air pancut di hadapan lobi. Manakala beg bagasi dan urusan check-in kami, staff front desk yang uruskan seketika. Sementara itu, kami diberi tuala hangat dan manisan sejuk sebagai penyegar tubuh badan. Tak sampai 5 minit, staff front desk datang semula ke tempat duduk kami, dan terangkan beberapa perkara seperti wang deposit (RM100), tempat sarapan esok hari, serta kad parking kereta (free parking for hotel cutomers). 


Love their welcoming gesture! 


Serius nau nauu sis


Wowww sis kagum sangat dengan servis dan layanan pekerja di Casa Del Rio ni! Tak pernah lagi kitorang pergi ke hotel yang tidak memerlukan kita untuk beratur bagi urusan check-in. Semua urusan diselesaikan dengan pantas sementara kitorang duduk berehat melegakan badan serta menikmati 'refreshing drink' sambil ditemani pemandangan indah. Kemudian staff akan bawakan bagasi kita bersama-sama menuju ke bilik, bagi aktiviti penerangan tentang beberapa perkara yang ada di dalam bilik.


Sedaplah refreshing drink hotel ni! Terus segar bugar mata sis



BILIK DELUXE LAGO CASA DEL RIO

Terdapat 4 pilihan bilik di hotel Casa Del Rio ini antaranya; Deluxe Lago, Studio King, 2 Bedooms Suite, The Premier Suite. Encik suami booked bilik Deluxe Lago untuk kami berdua, sebab dia mahukan view Sungai Melaka dari bilik kami. Alhamdulillah, balkoni bilik kitorang terletak betul-betul berhadapan jeti River Cruise di Sungai Melaka tu. So memang sentiasa nampak cruise lalu-lalang aje lah. Cantik!


Our room balcony


Merenung luar jendela🎵🎶


View dari balkoni bilik kitorang


Tengok kapal pun teringat lagu Hidup Ini Bagai Mimpi by K-Clique


Sunset at Melaka River gitteww



Sebenarnya encik suami buat penempahan bilik hotel agak last minute. Hari Ahad tu nak pergi, hari Rabu baru dia book menggunakan aplikasi Traveloka. Kebetulan pula hari Rabu tu ada promosi mengejut "Wednesday Crazy" ke apa entah sis pun tak ingat. Apa yang pasti, bila kita masukkan kod promosi tu, harga bilik hotel dapat diskaun hampir RM100 uolls! Banyak kan jimat? Sebab tu lah sis suka guna Traveloka untuk booking penginapan ketika bercuti. Hehe.

Walaupun bilik Deluxe Lago ni merupakan bilik paling kecil di Casa Del Rio ni, tapi ini pun dah cukup besar sangat! Tempat tidur besar, tempat lepak di balkoni besar, bilik air besar, ruang bekerja serta ruang duduk sofa untuk menonton TV pun ada! Nah, korang lihatlah sendiri gambar-gambar di bilik Deluxe Lago kitorang ni. Biar gambar berbicara gittewww. Memang puas hati sangat sangat sangat!


Suka lah deco bilik dia! Siap ada mini tangga lagi utl ke katil


Tebal tilamnya, empuk bantalnya, lena tidurnya. 


Pintu kedua bilik air. Sebelah tangga turun ke katil. 


Cotton pad, moisturiser, handmade soap. Semua ada, 


Tab mandi sebesar alam. Siap ada tingkap jenguk ke katil & nampak tv sekali uolss! 


Kalau tak minat berendam, boleh mandi shower jugak. 


Wardrobe, tempat letak beg, dan pintu pertama bilik air. 


Tazabarrrrr nak rehatkan minda! 


Pintu balkoni ni kalau tak ditutup dalam tempoh 5 minit, aircond bilik kita automatik terpadam. Konsep hotel eco - jimat elektrik. 


Berangan di tengah panas ke tu sis




AKTIVITI DI SEKITAR HOTEL CASA DEL RIO

Terletak di pinggir pusat bandar Melaka, kawasan hotel ini tidaklah terlalu sibuk seperti jalan-jalan di Ayer Keroh. Tetapi, hotel ini terletak sangat dekat dengan beberapa kawasan tarikan pelancong seperti Tugu A Famosa, Jonker Walk, Sungai Melaka, Taman Rempah, Bangunan Stadhuys dan banyak lagi. Majoriti tarikan-tarikan ini adalah dalam jarak 'walking distance' je. Beca pun banyak di kawasan ini, kalau korang malas dan penat nak jalan kaki. Jonker Walk terletak betul-betul di sebelah hotel Casa Del Rio ni. So memang sesuai sangatlah dengan korang yang suka bergambar, ootd, dan mencari street food di sini. Nak naik Melaka River Cruise pun senang sangat, sebab dekat je!


Rumah kedai di Jonker Walk. #FaraaDanBangunan


#FaraaDanBangunan


#FaraaDanBangunan lagi



Apasal Sungai Melaka macam kat Kyoto? Bersih beb. 


Naik cruise pusing Melaka River pun best. 


Tourists at Stadhuys


Old shop house @ Jonker Walk. #FaraaDanBangunan


Kitorang pemalas so pusing2 sini naik beca je. 


Thank you adik beca pandai ambik gambar sis tengah tido. Hmm. 


Pintu Kota A Famosa katanyer. 


OOTD satuuu! 


Oh ya, kalau nak minta staff hotel panggilkan abang beca untuk jemput di lobi hotel pun boleh tau. Bagi yang nak pergi shopping di Dataran Pahlawan pula, pihak hotel Casa Del Rio ada menyediakan perkhidmatan shuttle service secara percuma bagi penginap hotel. Selain dari itu, kalau korang sejenis yang gemarkan aktiviti riadah bersama pasangan atau keluarga, boleh lah sewa basikal di lobi hotel. 1 jam pertama adalah percuma, manakala setiap satu jam selepas itu berharga hanya RM10 sahaja. Memang syok sangat pusing-pusing di pusat bangunan ikon Melaka dengan basikal. Sambil melancong sambil bersenam. Gituhh!

Harga sewa basikal & jadual shuttle service. 




AKTIVITI DI DALAM HOTEL CASA DEL RIO

Kalau korang datang ke Casa Del Rio ini dengan tujuan untuk berehat & staycation semata-mata, pun sesuai je. Hotel ini dilengkapi dengan perpustakaan bagi yang suka mengisi masa lapang dengan membaca buku, gym bagi yang minat bersukan, kolam renang infiniti yang luas di rooftop hotel (konsep outdoor) sambil boleh menikmati pemandangan bandar Melaka ketika berenang, serta spa urutan dan facial wajah yang menyenangkan dan melegakan. Haaa, banyak kan kemudahan yang tersedia di hotel Casa Del Rio ni? Siapa kata staycation itu membosankan? Dah namanya pun 'percutian' singkat, haruslah kita gunakan untuk recharge semula tenaga & semangat untuk kembali bekerja!

Harga massage dia semuanya reasonable lah. 

Siapa pengantin baru nak honeymoon sini pun sesuai sangat

Tempat lepak sekeliling lounge pool


Rooftop swimming pool

Tempat mat saleh berjemur. Mat melayu takut panasss. 

Sunset view from Casa Del Rio rooftop

Infinity pool ni nampaklah beberapa view bangunan bandar Melaka. 


Geram je tengok air. Tapi tak mandi pun. Tak bawak baju. Huhu.

Cantik ke tidekkkkkk. Ofkos syantik!

Top view hotel Casa Del Rio dari rooftop

One more time!

Infinity pool memang best utk layan view. 


HARI TERAKHIR DI CASA DEL RIO

Sebelum bergerak pulang ke KL, haruslah menikmati sarapan terlebih dahulu di restoran hotel. Encik suami memang suka book bilik hotel termasuk sarapan terus. Sebab memudahkan urusan pagi terakhir di hotel katanya. Kalau tak mandi pun, boleh turun makan sambil pakai seluar tidur. Kalau tak malulah. Hahaha.

Dari restoran hotel boleh nampak cruise jugak. 


Ala Inggeris ala Baba Nyonya dekorasinya. 


Nak duduk makan kat luar pun boleh. View Sungai Melaka.

Klasik!

Cereals

Nasi Lemak dia sedap!


Banyakkkk pilihan sarapan.

Pastry omputih pun hado.

Menu A La Carte ni memang dah termasuk dalam harga bayaran buffet breakfast. So rugi kalau tak order. Kebanyakannya menu berasaskan telur. Chef akan masakkan kota on the spot panas-panas. 




Kesimpulannya, sis dan suami sangat berpuas hati dengan aktiviti staycation kami berdua di hotel Casa Del Rio ini. Segalanya terasa sangat berbaloi dengan harga yang kami bayar melalui traveloka. Dari segi bilik hotelnya, layanan pekerja hotel, kemudahan yang disediakan, pemandangan dan suasana hotel. Semuanya best, aman dan harmoni bagi jiwa kami berdua. Thank you so much, dear husband!  Rasa macam tak puas pula menginap cuma sehari. Hehe. InshaAllah ada rezeki nanti, sis nak bawa keluarga yang lain pulak datang bercuti di sini. Nak berehat boleh, nak jalan-jalan cari makan pun best. Sesuai untuk semua lapisan umur. Till then, see you again Casa Del Rio!



See you again Casa Del Rio! 

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

POPULAR POSTS