STAYCATION DI THE MAJESTIC HOTEL, KUALA LUMPUR

By FARAA MUSA - July 10, 2019

Halu korang! Macam mana mood hari ini? Sis harap korang yang membaca blog sis ni ceria-ceria selalu. Maklumlahhh, kita ni sebagai manusia (lebih-lebih lagi perempuan), pasti akan lalui hari yang kurang best, stress, dan memenatkan. So, sekali-sekala apa kata gunakan waktu singkat hujung minggu untuk 'pause' dari kesibukan seketika dan pergi staycation sebentar bersama yang tersayang. Dengan harapan, bila balik dari percutian singkat ini, badan menjadi lebih segar, ceria, dan produktiviti di tempat kerja pun meningkat. Agituhhh! Ok let's jump into our topic -- pengalaman sis staycation di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Jom sis share review tentang hotel terkemuka di KL ini. (mengikut pengalaman ketika sis menginap di sana) #unpaidreview

Pak Sukardi - antara penyambut tetamu di hotel ni. Unik kan pakaian dia? Tema era kolonial British gitu.



PROSES CHECK IN

Sis sampai di lobi The Majestic Hotel ni sekitar pukul 4 petang camtu. Dengan harapan, proses check in akan jadi laju dan smart lah sebab dah satu jam berlalu dari waktu check in yang sebenar. Betapa sangkaan sis tersasar, masih ramai lagi yang beratur menunggu giliran di kaunter lobi untuk urusan check in. Whyyyyyyy? Erghh.


Elegan & mewah lobi dia :)

Ok sis faham, orang yang beratur agak ramai. Orang yang beratur depan sis ada dalam 3-4 orang camtu. Takpe, sis boleh tunggu. Terus-terang, staff hotel di kaunter tu tak ramai. Dan kaunter yang ada staff pula, sangatlah lambat dan tak efisien. Kami berdiri dan beratur hampir 45 minit. My first impression at the lobby -- was failed. The check in process was too slow, for a five stars hotel? 

2 barisan kiri untuk check in, 1 barisan kanan sekali tu untuk check out.


Once dah tiba giliran sis di kaunter pula, bilik belum siap / not available yet. Padahal kesemua urusan booking dan pembayaran penuh sis dah buat 4 hari sebelum hari kejadian. Bayangkan, dah beratur selama 45 minit itu, pastu masih belum boleh masuk dalam bilik dan berehat. Kemudian sis tanya staff hotel tu, "Berapa lama tempoh maksimum saya perlu menunggu?". Staff jawab, "maksimum 45 minit Puan.".  Maksudnya, sis akan dapat bilik dekat pukul 6 petang? 3 jam lewat dari waktu check in yang sepatutnya. Erghhh, dah lah antara satu benda yang sis paling tak suka dalam hidup adalah -- menunggu!

Fokus nau nau memilih menu bang?


"Takpe Puan, sementara menunggu, Puan dan suami boleh order apa-apa je makanan dan minuman dari restoran hotel kami. Semuanya percuma." Hmmm, sis nak bilik untuk berehat, bukan makanan. Papepun, syukur encik suami masih boleh bertenang dan sabarkan sis. So, kitorang pun layan je lah. Suamiku geram, dia memang cari makanan paling mahal dalam buku menu tu. Hahahahaha.


Burger termahal dalam hidup suamiku - RM75

Char Kuey Teow termahal dalam hidup sis - RM65

Pizza je menu paling murah masa tu - RM60

So sementara menunggu makanan dan minuman siap, sis pun buatlah tour sikit ke sekitar hotel. Yang sebenarnya, dah tak sabar nak ke tandas. Lama betul menunggu sesi check in tadi. Hehe.


Toilet di tingkat atas lobi. Kemain meja cermin bulat dah boleh buat meeting dlaam toilet.

Those wajib hotel's chandelier.

Lobby from upstairs.

Tempat lepak di lobi hotel.

Akhirnya, selepas 45 minit menunggu, sis sendiri yang pergi tanya staff kat kaunter. "Apa status bilik saya ni?". "Staff kata nak panggil semula dalam tempoh maksimum 45 minit, tapi takde. Jam hampir pukul 6 petang dah." Barulah staff tadi tu buat-buat kalut check sistem bilik kononnya. Mana lah sis tak geram? Kalau sis tak pergi tanya, korang rasa sampai pukul berapa sis akan duduk tercanguk kat restoran hotel tu? Sampai malam? I really hopes that The Majestic Hotel Kuala Lumpur improves their services regarding the check in process. As one of the well-known and 5 stars hotel in Kuala Lumpur, this issue should not happen. #honestreview


BILIK HOTEL

Sebenarnya untuk staycation kali ini, sis booking dan bayar sendiri senyap-senyap sebagai kejutan buat encik suami. Kengkonon nak happy-happy, tuptup masa mula-mula nak check in pun dah stress. Hahaha. Takpe lah, kita masih cuba positif dan bersangka baik ya bang? 


Mata sis masa ni dah nampak katil memanggil-manggil aje. Ngantuk weh!


Sebelum katil dirosakkan, kita pose satu.


Tazabarrrr nak tido!

Sis booked bilik Junior Suite, 1 King Bed yang terletak di Tower Wing hotel The Majestic. Hotel ini ada dua wing; Majestic Wing (terletak di bangunan asal hotel), dan Tower Wing (terletak di bangunan baru hotel). Sis memang selalu booking apa-apa hotel melalui Traveloka aje. Senang. Diskaun promo code pun ada hampir setiap bulan. Harga dari RM567, akhirnya dapat RM498.97 per malam.


Meja makan.

Ruang tamu.

Berangan apetu?


Syukurrrrr hati sis dan suami sejuk sikit bila melihat keadaan bilik kami. Huhu. Agak besar juga untuk kami berdua ni. Bilik kami dilengkapi dengan 1 katil King, ruang meja solek, ruang meja bekerja, ruang meja makan, serta ruang tamu.


Kerusi tu macam mengundang aje. Kenapa perlu duduk di sebelah tab mandi? Haha. Btw, bagi yang bukan pasangan, pintu bilik air tu memang transparent. Tapi jangan risau, ada je langsir tu boleh tarik.

Besarnya tab mandi dia!

Tengah fikir nak tido atas katil ke dalam bath tub ni je.


Tak cukup dengan itu, bilik air disempurnakan dengan sebuah tab mandi yang extra besar dari biasa, ada 2 singki tak perlu berebut, serta toilet dan ruang mandi berasingan. Tak payah risau kalau sorang nak membuang hajat, sorang lagi nak mandi. Senang kan? Hehe.


Siapa sejenis suka bawak balik barang free hotel camni? Baik ngaku!

Sampai-sampai je bilik, buka pili dan isi air dalam tab dulu. Huhu
Siap ada garam untuk mandian garam atau rendaman kaki uolss.


Sambil berendam, sambil tengok tv.


The best part is, the view from our room. Bukan bangunan stesen keretapi Kuala Lumpur yang megah tu. Bangunan ni terletak bebetul sebelah dia. Tak pasti pulak ni bangunan apa. Tapi agak antik dan klasik juga. Pastu bilik kitorang bebetul depan (baca : atas) mengadap kolam renang Tower Wing.


Hai awak. Jenguk apetu? Happy tak? Hehe

Bangunan apetah. Tapi cantik.

Kali ni first time kitorang tak turun swimming pool. Penat sangat kot.

Ok bab bilik, memang superb. Sis dan suami sangat berpuas hati! Kudos to The Majestic Hotel KL!

Happy husband, happy me. Yayy!


LOKASI

Walaupun pada asalnya, sis nak booking hotel yang berdekatan dengan KLCC dan Pavillion semua tu, tapi akhirnya sis batalkan semula niat sis itu. Kenapa? Sebab, tujuan staycation adalah untuk menenangkan jiwa dan fikiran sis. Bukan untuk sibukkan diri sis dengan perkara lain seperti shopping. Takut nanti habis staycation, masih stress sebab duit habis. Hahaha. Akhirnya, setelah difikir-fikirkan, sis memilih The Majestic Hotel Kuala Lumpur ini. Sesuai sangat untuk pasangan atau keluarga yang nak kan staycation yang singkat dan santai.


Ni kat bangunan lama (asal) The Majestic Hotel KL.


Lokasinya strategik juga, terletak di tengah kota raya Kuala Lumpur. Tak jauh dari Bukit Bintang. Dekat dengan pelbagai tarikan KL yang lain seperti Taman Tasik Perdana, Stesen KTMB Lama Kuala Lumpur, Masjid Negara, KL Bird Park, Muzium Kesenian Islam, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek KL, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, sangat sesuai untuk korang yang nak jalan-jalan KL, playing tourist, tapi taknak ke tempat yang memenatkan dan memerlukan korang untuk keluar duit yang banyak. Majoriti tempat-tempat menarik yang sis senaraikan di atas tu adalah percuma untuk dilawati! Semuanya cantik-cantik belaka untuk instagrammer yang gemar ber-OOTD. Hehe.


Antara tempat-tempat yang sis sempat lawati adalah :

1) Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang masih digunakan hingga kini


Tak sempat nak masuk Stesen Keretapi KL ni pun.

2) Pejabat KTM Berhad Malaysia

Yang ni pula di seberang jalan stessen keretapi tadi. Pejabat KTMB Berhad.

Klasiknya lahai pejabat korang.


I just love to snap and stare at building & architecture picture. Hehe.

Kat Malaysia ke ni? Ofkos!

3) Bangunan Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka
Bangunan Sultan Abdul Samad

#FaraaDanBangunan berpisah tiada :)


Thanks tripod Yunteng. Sentiasa menemani kami berdua. Haha

Sempat lagi #postwedding photoshoot kejap

Padahal sebenarnya saja duduk berehat jap kat kerusi ni setelah berpeluh berjalan kaki merata.

4) Masjid Negara

Masih #FaraaDanBangunan

Kenapa #FaraaDanBangunan ? Sebab dulu patutnya study course architecture kat UIA tapi tak daftar. Haha

Ahhhhh. Tenangnya rasa.

Sorry pakcik, jadi props saya.

I can stare at kubah masjid just like star gazing hours by hours.

Besides of #FaraaDanBangunan , i love #FaraaDanJubin too. Check on my IG if u dont believe. Hehe


Untung tak ada istri photographer (tak jadi) ?

Nampak tak bangunan pejabat KTMB tu? Yup, semua attractions ni dekat aje. Boleh jalan kaki gais.

#FaraaMosqueHopping in KL is done!

5) River of Life (Masjid Jamek)

Dasyat dah ada pancuran air sekarang ni. Tapi air longkang tu masih kaler teh tarik ye.

Sis rasa function asap-asap tu supaya taknak bagi bau 'harum' longkang tu sangat kot.


Dah macam asap pentas konsert daaa.

I love u KL. Agituhh!

Ok last. #FaraaDanBangunan



AKTIVITI

Selain dari berjalan kaki ke tempat-tempat menarik di sekitar hotel, korang yang staycation di The Majestic Hotel boleh jugak buat aktiviti di dalam hotel sahaja. Antara program yang famous tentang hotel ini adalah; Hi-Tea mewah di The Orchid Room, berenang dan bersantai di kolam renangnya yang menghadap stesen KTM Kuala Lumpur, atau merehatkan diri dan minda di The Majestic Spa. Pelbagai kemudahan dan fasiliti hotel The Majestic KL yang korang boleh baca di sini.

Bilik Orked

Dengar citer kalau nak merasa makan dalam ni kena belanja at least RM80? Eh ke RM800?


Hotel pun instagrammable dahh.


Those fake laugh that you made for the sake of the gram :P

Till then. See u on our next staycation (yang entah bila lah tu kan)

Kesimpulannya, sis berpuas hati dengan penginapan di The Majestic Hotel Kuala Lumpur ini. Overall, staycation kali ini sis bagi 3.5 dari 5 bintang. Semoga pihak hotel dapat perbaiki lagi pengurusan staff di kaunter lobi, dan proses check in bilik menjadi lebih teratur, pantas dan smart! :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS