Bagi kaki travel yang suka makan (macam sis), Hat Yai merupakan destinasi terbaik untuk dikunjungi. Dah lah dekat dengan Malaysia, dari segi kos pula masih murah. Dari segi makanan pula, tak perlu risau lah. Terdapat banyak pilihan tempat makanan halal yang sedap dan enak belaka di Hat Yai. Selain itu, Hat Yai adalah antara destinasi pelancongan yang sesuai untuk semua peringkat umur, baik yang kecil mahupun bergelar warga emas. Ala ala percutian santai jalan-jalan cari makan lah katakan!
Sis telah berpeluang ke Hat Yai sebanyak tiga kali. Hanya trip yang pertama sahja, sis pergi menaiki penerbangan Air Asia dari KLIA 2, dan pulang ke KL menggunakan jalan darat (kereta api). Manakala untuk trip kedua dan ketiga, sis pergi dan balik menaiki penerbangan. Jom ikuti perjalanan sis ke Hat Yai menggunakan pengankutan darat.
ITINERARI TRIP HAT YAI (guna jalan darat)
**nota : trip kali ini, separa jalan udara (flight pergi), separa jalan darat (train balik).
HARI PERTAMA
9.00 am : Flight Air Asia KL - Hat Yai selama hampir 1jam 35minit
9.35 am : Tiba di Hat Yai International Airport (waktu Thai lewat sejam dari Malaysia)
10.30 am : Sarapan di Chabura Dim Sum (dari airport naik Grab je ke sini).
Klik untuk baca food review Chabura.
Klik untuk baca food review Chabura.
Rambang mata nak pilih dimsum di sini |
Nasi kerabu Daging Bakar pun sedap |
11.30 am : Melawat dan bergambar di Wat Hat Yai Nai (naik Grab)
Patung Buddha gergasi sedang baring. Ke bersantai? |
Posing jap di tangga Wat |
Tak silap sis, patung dan tangga bangunan di Wat Hat Yai Nai ni adalah slaah satu sumbangan dari orang kaya (buddhist) dari Malaysia. |
12.00 pm : Aktiviti santai, jalan-jalan di sekitar kawasan hotel dan bandar Hat Yai (naik Grab)
1.30 pm : Check in hotel Lee Garden Plaza, rehat dan solat.
Klik untuk baca review sis tentang hotel ini.
Klik untuk baca review sis tentang hotel ini.
5.00 pm : Dinner di ASEAN Night Bazaar (naik tuktuk dari hotel).
Klik untuk baca food review ASEAN Night Bazaar.
Klik untuk baca food review ASEAN Night Bazaar.
8.00 pm : Balik ke hotel, dan singgah jalan-jalan di Lee Garden Night Market yang terletak di bawah dan depan hotel kami. Aktiviti hari pertama tamat. Klik untuk baca food review Lee Garden Night Market.
HARI KEDUA
8.30 am : Breakfast di Salma Restaurant (jalan kaki beberapa meter dari hotel).
Klik untuk baca food review Salma.
Klik untuk baca food review Salma.
10.00 am : Jalan-jalan di sekitar Songkhla. Disebabkan hari tu hari Jumaat, maka kami tak ambik full pakej Songkhla Day Tour. Lagipun, kami memang sejenis kurang berminat untuk tengok patung-patung yang dipamerkan di pantai Songkhla. Tak banyak tarikan sangat pun di pantai Songkhla ni, dan rasanya pemandangan pantainya pun biasa-biasa saja seperti di PD. Hehe.
Singgah solat sunat dan bergambar di Songkhla Central Mosque.
Masjid Terbesar di Songkhla. |
Dalam masjid takde karpet. Semuanya jubin. Serba putih, serba cerah. |
Semuanya natural lighting. |
On the way balik ke hotel, kami singgah di Cham Puak Elephant Camp.
1.30 pm : Lunch di Hameed Restaurant. (jalan kaki beberapa meter dari hotel).
Klik untuk baca food review Hameed.
Klik untuk baca food review Hameed.
3.00 pm : Solat dan rehat di hotel.
5.30 pm : Dinner di Khlong Hae Floating Market (naik tuktuk dari hotel).
Klik untuk baca food review Khlong Hae Floating Market.
Klik untuk baca food review Khlong Hae Floating Market.
8.30 pm : Balik ke hotel, dan singgah jalan-jalan di Lee Garden Night Market yang terletak di bawah dan depan hotel kami. Repeat aiskrim kelapa yang sangat sedap tu.
Aktiviti hari kedua tamat.
HARI KETIGA
8.30 am : Breakfast di Hameed Restaurant.
9.30 am : Selesai sarapan, kami bersiar-siar di bandar Hat Yai berdekatan kawasan hotel buat kali terakhir.
11.00 am : Check out hotel, dan terus ke Hat Yai Junction (train station) dengan menaiki tuktuk.
Tuktuk, pengangkutan utama di Hat Yai |
Sori, malas nak edit gambar. Dalam stesen tu, memang gelap. |
Roamingman always menemani ke mana-mana. |
**TIPS : Urusan pembelian tiket kereta api dari Hat Yai ke Padang Besar, Perlis. Perjalanan mengambil masa 55 minit sahaja. Harga tiket bagi dewasa adalah 50baht seorang.
Mulanya, kitorang ingatkan nak pergi sambung jalan-jalan cari makan lagi kat luar stesen selepas settle urusan beli tiket train. Tapi hujan sangat lebat time tu. Mujur ada sedikit kedai-kedai makan kat dalam stesen Hat Yai Junction tu. Tapi ada satu je lah restoran makanan halal kat stesen tu. Haha.
Tamrab Muslim Restaurant |
Tak banyak pilihan makanan sangat |
Sebab terlalu lambat, kitorang tak jadi makan pun. Keluar dan ambil gambar. |
2.00 pm : Kereta api mulai gerak ke Padang Besar. Kereta api ni, kitorang panggil kereta api ayam je. Takde aircond, tempat duduk pun keras tegak semacam. Tempat letak bagasi terhad, kat atas kepala. Ruang tempat duduk pun tak luas mana. Kalau sejenis berbadan besar, boleh berlaga lutut dengan orang depan. Hahaha. Tapi kira ok lah kalau korang nak merasa travel adventure sikit. Sesuai untuk yang sukakan percutian bajet dan backpackers.
Menung apetu sis? |
Street photography @ Hat Yai |
Awal-awal je muka eksaited. Lama-lama, panas weh! |
Begitulah keadaan tempat duduk keretapi ayam |
Selfie sikit. |
Penat dah selfie. Bila keretapi nak gerak ni? |
Tapi kalau pergi ke Hat Yai bersama parents, sis tak recommend. Please lah keluar bajet sikit untuk keselesaan mereka. Kalau tak dapat book flight, naik bas dari Malaysia pun ok jugak. Kebiasaannya, bas Malaysia yang dijadualkan untuk perjalanan jauh camni, ada kusyen tempat duduk yang empuk, kerusi selesa boleh bersandar, dan lengkap dengan penghawa dingin. When it comes to our own parents and family, let's do our best. Ok? :)
3.00 pm : Tiba di Padang Besar, kita perlu turun untuk cop passport di kaunter kastam sempadan. Turun bawak bagasi sekali lah. Sebab kena lalu di checkpoint imigresen Padang Besar-Thailand. Lagipun, lepas ni memang nak kena tukar train lain pulak.
4.00 pm : Selesai urusan bagasi dan imigresen, solat sebentar di Stesen KTMB Padang Besar tu. Sesambil luruskan kaki dan pinggang. Haha.
Berhenti untuk makan jap. Di stesen KTM Padang Besar. |
Tanya staff kat kaunter sebab first time naik ETS. Tak tau mana arah tuju. |
6.00 pm : Dari kereta api 'ayam', kita akan naik ETS yang memang wajib ditempah awal sebelum merancang trip. Korang boleh pilih sama ada nak beli tiket dua hala (pergi-balik), ataupun tiket perjalanan sehala ke mana-mana destinasi sahaja.
**TIPS : Tapi, korang kena pastikan jadual perjalanan ETS sepadan dengan itinerari trip korang ya. Jangan tersilap tempah pulak. Tengok betul-betul jadual hari dan masa perjalanan yang ingin ditempah.
Tak sabar nak sampai KL ye bang? |
**TIPS : Tapi, korang kena pastikan jadual perjalanan ETS sepadan dengan itinerari trip korang ya. Jangan tersilap tempah pulak. Tengok betul-betul jadual hari dan masa perjalanan yang ingin ditempah.
Untuk melihat jadual perjalanan ETS (harian dan bulanan), korang boleh tengok KAT SINI. Pastu, tempat duduk dalam ETS ni ada 3 jenis tau. Silver, Gold, Platinum. Harga berlainan, dan masing-masing ada kemudahan yang disediakan. Boleh baca KAT SINI. Nak book tiket kereta api kat laman web rasmi KTMB pun boleh. Haritu sis book tiket ETS kat laman web Bus Online Ticket.
Perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral mengambil masa 6 jam dengan menaiki ETS. Tapi korang jangan lah risau. Tak kematu pun duduk dalam ETS tu, sebab memang sangat-sangat-sangat selesa tau! Ada mini cafe makanan, surau, tempat letak bagasi yang khas dan luas, penghawa dingin, kerusi tempat duduk yang selesa, tandas, dan LED TV di setiap koc kereta api. Pastu, di setiap kerusi tempat duduk, disediakan mini meja lipat (macam dalam flight tu). So kalau korang tetiba lapar tengah malam, boleh lah ambik air panas di pantri dan makan maggi sambil layan cerita dari tempat duduk. Hehe.
Nampak selesa, bukan? |
Surau dalam ETS. Tak besar, tapi cukup selesa untuk solat. |
Mini cafe dalam ETS. |
Menu dia terhad. So kena cepat-cepat beratur masa dibuka. |
Dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, mata kami dijamu dengan pemandangan sawah padi dan gunung-gunung batu kapur yang tersergam indah di kawasan utara semenanjung Malaysia. Sis rasa pemandangan tu bila kami melalui Perlis dan Kedah rasanya. Rezeki kami, menaiki ETS pada waktu lewat petang pula, so dapatlah menikmati pemandangan sunset sekali. MasyaAllah. Cantik sungguh!
Sawah padi luas terbentang |
Tak nampak apa. Matahari bersinar nau nau. |
Tengok dengan mata depan-depan jugak yang cantik. Anugerah dari Allah. |
Maka tamatlah trip Hat Yai kita! |
12.00 am : Tiba di KL Sentral, dan pulang ke rumah.
*****
Sekian, itinerari sis ketika bercuti ke Hat Yai dengan menggunakan jalan darat. Walaupun hanya perjalanan pulang saja sis menaiki kereta api, tapi pengalaman yang sis dapat dari trip kali ini, memang sangat bernilai dan bermakna. Bagi sis, tak kira sama ada menggunakan pengangkutan darat mahupun udara, masing-masing ada pro dan kontra yang tersendiri. Jika ada bajet lebih, dan percutian itu bersama keluarga, sis sarankan lebih mudah serta selesa naik flight saja. Jika korang travel bajet, dan main redah bersama rakan sebaya yang masih muda, cubalah menggunakan jalan darat untuk pengalaman berbeza. Konsepnya, terpulanglah pada korang nak pilih dan ikut yang mana sesuai, bergantung pada keadaan semasa. Yang penting, apa pun pengangkutan atau jalan yang kita pilih untuk travel, pastikan kita rancang dengan baik supaya dapat enjoy dan seronok semasa travel! Gitu.
0 comments