TEMPAT MAKAN HALAL & SEDAP DI HAT YAI, THAILAND

By FARAA MUSA - July 02, 2019

Bercakap tentang makanan Thai yang halal dan asli, Hat Yai merupakan destinasi yang tidak asing lagi. Mana tidaknya, Hat Yai adalah daerah yang mempunyai populasi muslim paling ramai di Thailand. Kedudukan lokasinya yang strategik, tidak terlalu besar, dan dekat dengan sempadan negeri-negeri utara  Malaysia, telah membuatkan Hat Yai sebagai salah satu tempat pelancongan yang popular dan wajib pergi seumur hidup buat warga Malaysia. Pendek kata, kalau nak pergi hujung minggu saja pun boleh! Tanpa membuang masa, jom sis kongsikan 6 restoran dan tempat makan halal dan sedap di Hat Yai.

1. RESTORAN SALMA

Terletak di kawasan deretan kedai di bandar Hat Yai, membuatkan Restoran Salma mudah untuk ditemui dan dikunjungi oleh pelancong muslim. Tetapi, disebabkan itu juga, Restoran Salma sentiasa dipenuhi dan padat. Haha. Tambahan pula, restorannya tidaklah terlalu besar, dan hanya mampu memuatkan beberapa buah meja makan sahaja.

Restoran Salma sentiasa sesak, tapi pekerja dia memang pantas.


Tipsnya, kalau korang nak datang sarapan, memang kena datang seawal pagi yang boleh. Manakala kalau untuk makan tengah hari dan malam pula, elakkan datang ke sini pada waktu-waktu puncak (12tgh - 1 ptg) dan (8 - 9mlm). Pepandai lah korang susun jadual, kalau taknak bersesak. Tapi kalau korang sejenis tak kisah untuk beratur dan menunggu giliran meja, takpe je. Sebab orang datang makan pun, bukan datang serentak yedak. Ada yang selesai awal, ada yang selesai lambat. Depends pada rezeki ketika itulah senang cerita.



Sarapan di Salma waktu pertama kali ke Hat Yai

Signature breakfast @ Salma; Nasi Lemak Udang Goreng. Sedap dot com!

Mula seawal 7 pagi hingga 9.30 malam, Restoran Salma menyediakan menu mengikut waktu makan yang ditetapkan. Contohnya menu sarapan lain, menu makan tengahari dan malam lain. Dan pada bulan Disember yang lepas, sis telah berpeluang bersarapan di sana. So, untuk review kali ini, adalah berdasarkan kunjungan sis pada waktu itu. Menu yang sis order adalah Nasi Lemak Udang Goreng, Roti Canai cicah Kari Hijau, dan Kopi Thailand. Memang kawww!

Menu makan tengah hari yang kami order ketika ke Hat Yai buat kali kedua.


Kali kedua sis ke Hat Yai, sis try makan tengah hari di sini sebab teringin nak merasa tomyam Salma. Huhuhu. Sis order menu Ayam Gajus, Som Tam (kerabu) Mangga, Tomyam Campur (Merah), dan Sotong Telur Masin. Paling sedap kerabu mangga dia. Totally recommended!

Teh Ais Thai Salma memang ONZ!


2. RESTORAN HAMEED

Tak jauh pun dari Restoran Salma. So kalau Salma penuh, kita lari ke Hameed ;)

Terletak berdekatan dengan Hotel Lee Garden Plaza, Restoran Hameed adalah restoran halal yang tak kurang hebat popularnya di Hat Yai. Sis pernah bersarapan dan makan tengah hari di sini. Dan pendapat jujur sis, berbaloi lagi untuk makan tengah hari di sini berbanding menu sarapannya yang terhad. Walaupun harga di Hameed lebih mahal sedikit berbanding Salma, tetapi dari sudut rasa hidangan makan tengah harinya, memang sedap dan win!


Roti Pisang Hameed is the best! Takyah cicah gula pun dah manis.

Nasi Goreng & Nasi Lemak tu biasa-biasa je.

Menu makan tengah hari yang kami order waktu pertama kali ke Hat Yai



Sup Perut dia rasa masam-masam gitu. Perut tu memang lembut sangat!

Sotong Stim Limau & Cili Padi. Ala ala kerabu jugak, masam pedas.



3. CHABURA DIM SUM

Untuk bersarapan, tak banyak pilihan restoran halal yang telah dibuka awal pagi. Selain dari Restoran Salma & Hameed, korang boleh ubah selera ke Chabura Dim Sum. Memang selalu penuh lah Restoran Chabura Dim Sum ni dengan para pengunjung dari Malaysia. Makanya apa? Makanyaaaa korang memang kena datang awal, ataupun kalau dah terkena time orang ramai atau waktu puncak, bersabor je lahh. Hehehe. Tapi, tak silap sis boleh je booking tempat duduk awal sekarang ni.



Sampai je Chabura, kena pilih dim sum dalam freezer dulu

Rambang mata sis

Rambang mata 2.0

Yang macam mi warna hitam tu, rare tau. Mesti cuba kalau ke Chabura. Jangan risau, rasa dia tak pelik pun.

Pau pun ada kat Chabura

Harga dim sum berbeza mengikut saiz mangkuk

Penat tak tengok deretan dim sum? :P

Daging goreng tu bebiasa jer. Tapi murtabak daging tu, memang sedap!

Mangkuk-mangkuk dim sum yang kita dah pilih tu, nanti kakak Chabura akan stim dulu. Boleh makan panas-panas!


Ada pelbagai pilihan menu dim sum disediakan di sini. Yang pelik-pelik dan jarang jumpa pun ada tau. Setakat sis dah pergi dua kali ke sini, Alhamdulillah semuanya boleh diterima kat tekak Melayu sis ni. Bukan itu saja, menu masakan panas pun ada tau.

First time sampai Hat Yai, dan first time ke Chabura. Masa ni tak berani nak rasa dim sum banyak-banyak lagi. Hehe.

Nasi Daging apa entah nama dia. Daging Harimau Menangis? Haha. Unik dan pedas.

Daging Goreng dia sedap makan time panas-panas je. Bila dah sejuk, jadi muak dan liat.


4. ASEAN NIGHT MARKET

Hat Yai dan kemeriahan suasana malam, memang tak boleh dipisahkan. Semakin malam, semakin 'hidup' dengan pelbagai pasar malam yang meriah dengan jualan makanan-makanan Thai yang sedap. Antara 'pasar malam' yang paling happening di Hat Yai ialah, Asean Night Market. Untuk pergi ke sini, korang perlu menaiki tuktuk dari kawasan hotel.

Datang sini naik tuktuk boleh, Grab pun boleh.


Asean Night Market ni bukan sekadar menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, tetapi juga ada kedai-kedai menjual pakaian, alat eletronik, aksesori, kasut, dan pelbagai lagi di tingkat bawah. Kalau korang nak menikmati aneka jenis makanan, boleh naik dan membeli di tingkat atas. Walaupun ruang makan di tingkat atas agak terhad, tapi terdapat banyak ruang dan meja-meja kecil yang disediakan di sekitar kawasan tingkat bawah 'food court' itu. Ada kawasan lapang untuk yang suka duduk santai, dan ada juga beberapa meja & kerusi formal bagi warga emas yang sukakan keselesaan.


Jajan Thai

Antara hasil 'tangkapan' sis kat sini adalah :


Nasi Briyani Ayam (Thai version)

Pancake Telur Ikan. Memang menyelerakan!

'Colek' Thai. 1 cucuk, 5bath sahaja. Bersamaan RM0.67 sen. Murah kan!

Yang ni pulak 'Sate' Telur Burung Puyuh Goreng. Rasa macam telur ayam biasa. Beli sebab comel.

Colek Thai. Masih 5bath secucuk lidi.

Sotong besar ni pun tetap sama harga. Nanti peniaga tu akan celur rebus / bakar cucuk-cucuk yang kita pilih tu.

Kerabu Kerang Giant. Besar nau nau kerang dia. Seketul-seketul uolls!Memang puas.

Mini Seafood Pancake. Ala ala takoyaki pun ada. Ala ala cekodok pun ada. Ada isi ketam, udang, sotong & kupang.



5. KHLONG HAE FLOATING MARKET

Sesiapa yang berkunjung ke Hat Yai, tak sah kalau tidak pergi ke pasar makanan terapung yang sangat popular ini; Khlong Hae Floating Market. Keistimewaan peniaga di sini adalah, terdapat beberapa peniaga yang berniaga (dan memasak/menyediakan) makanan dari atas sampan. Dan para pembeli perlu beratur menunggu giliran di atas jeti kayu, di hadapan 'gerai' sampan masing-masing. Keadaan memang agak padat di situ, sebab semua pengunjung ingin merasai pengalaman berjual-beli yang unik itu. Oh ya, pasar terapung Khlong Hae ini hanya dibuka 3 hari seminggu sahaja. Iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. So, sebelum korang bercuti ke Hat Yai, buatlah perancangan yang betul.


Enjoying sunset @ Khlong Hae Floating Market kononnya.

Ramai betul orang beratur nak membeli.


Proses jual beli di Khlong Hae Floating Market

Rasa-rasa, korang sanggup tak meredah lautan manusia kat sini?


Tapi korang jangan risau. Ada je makanan yang dijual di atas darat. Hehe. Terdapat beberapa gerai / stall makanan di bahagian atas jalan/darat. Lebih kurang sama je rasanya makanan Thai tu walau di mana pun kita beli. Semuanya sama sedap. Cuma yang menjadi masalah adalah, bila korang pergi bersama warga tua. Mungkin akan jadi kurang selesa dengan keadaan yang padat di sana. Kerusi meja untuk makan pun, memang tak berapa nak cukup. Tips nya? Cuba datang lebih awal. Tak perlu tunggu malam pun takpe. Khlong Hae Floating Market ini dibuka dari pukul 2 petang hingga 9 malam. Datang awal, boleh ambik gambar sesantai. Tak perlu nak bersesak sangat kan.


Antara hasil 'tangkapan' sis kat sini adalah :


Kiri; Pancake Telur Ikan. Kanan; Otak-Otak Seafood dalam buluh. Rare enough?

Again, Telur Puyuh Goreng. Laki sis minat betul menu ni.

Kerabu Maggi in the houseeeee! Pedas litlit berair hidung makan.

Air Kelapa dalam tembikar Doraemon. Ala ala labu sayung, memang air kekal sejuk sampai balik uolls.

Tak ingat air apa entah dalam buluh ni. Beli sebab unik. Haha


6. KHLONG HAE SEAFOOD BUFFET HALAL

Selain dari pasar terapung, di Khlong Hae ada satu lagi tempat makan halal yang menarik dan agak baru dibuka. Iaitu Khlong Hae Seafood (kalau waze, memang taip tu je). Siapa yang berkunjung ke Hat Yai bersama keluarga besar, bolehlah berkunjung ke sini. Rasanya keadaan di restoran ini lebih selesa dan sesuai untuk makan bersama-sama keluarga tanpa mengira umur. Konsepnya adalah steamboat dan grill. Ala ala Seoul Garden, tapi yang ni versi murah. Hehe.

Ingatkan tak ramai orang, rupanya belah dalam penuh dengan orang Malaysia. Haha.

Satu untuk steamboat (tapi kuah dia takde rasa. tak sedap). Satu lagi untuk grill.

Aktiviti bakar-bakar.


Kat sini ada beberapa pakej buffet. Ada buffet bukan seafood, ada buffet seafood sahaja, dan ada buffet semua makanan tanpa kira spesies. Haha. Seingat sis, harga untuk buffet seafood dan semua makanan dan minuman di situ, paling mahal pun berharga 289 Baht (lebih kurang RM35 seorang).


List harga makan.


Bukan setakat dapat menikmati lauk-pauk seafood yang segar, tapi ada juga sudut jeruk, kerabu, pemanis mulut, sayur-sayuran, dan mi celup Thai. Memang kalau nak kira segala macam jenis pilihan menu di Khloang Hae Seafood Buffet Halal ni, boleh pening dibuatnya. Makanlah korang sampai puas dan kenyang!


Tak ambik pun siput ni. Sebab tak reti nak makan macam mana. 

Banyak pilihan makanan  laut.

Everything looks fresh!

Udang pun bersih bersinar. Baru lah selera nak makan yedak.

Blurr habis gambar. Mengigil tangan sis kat area pemanis mulut :P

Geng suka jeruk / colek / masam-masam mesti teruja datang sini.

Ada juga nasi, mi, bihun, dan lauk-pauk biasa.

Overall, memang berbaloi-baloi lah makan kat sini!


7. LEE GARDEN FOOD MARKET

Ok yang ni pun adalah salah satu pasar malam paling popular di Hat Yai jugak. Terletak bebetul di bawah atau hadapan hotel Lee Garden Plaza, so kedudukan dia memang strategik dan mudah untuk korang cari. Sesuai untuk korang yang malas nak naik tuktuk untuk pergi cari makan ke tempat jauh-jauh.

Stall bebetul depan hotel. Turun bawah, dah boleh makan.



Disebabkan dah dua kali sis pergi ke Hat Yai, dan dua kali juga sis menginap di hotel yang sama iaitu Lee Garden Plaza Hotel, memang sis singgah kejap ke sini hari-hari sebelum naik ke bilik hotel. Haha. Tapi hati-hati ya. Bukan semua stall ada menjual makanan halal kat sini. Pastikan ada logo halal, dan tanya sendiri peniaga kat situ sama ada dia bebetul muslim atau tidak. Isu peniaga hanya menipu dan pakai tudung dengan tujuan untuk berniaga sahaja, bukan isu kita. Itu isu antara dia dengan Tuhan. Yang penting, tanggungjawab kita sebagai muslim dah berusaha memastikan makanan yang kita nak beli itu adalah halal.








Kalau korang pergi ke Lee Garden Food Market ni, jangan lupa cuba aiskrim kelapa dia. Setakan sis hidup atas muka bumi ini, sis memang belum jumpa lagi aiskrim kelapa yang boleh lawan taste aiskrim kelapa kat sini lagi. Serius tak tipu. First, sebab rasa aiskrim kelapa dia tu, memang perisa kelapa. Bukan style guna aiskrim vanila asal boleh je. Second, peniaga yang jual ni memang sejenis tak kedekut bahan topping okeh. Topping dia dari bahan yang rare pulak tu.

Antara hasil 'tangkapan' sis kat sini adalah :

Pulut Mangga @ Lee Garden Night Market ni pun wajib try. Pulut dia lembut, mangga dia lemak manis!

Aiskrim Kelapa. Kat luar ada, kat dalam mall pun ada stall yang jual. Tokey dia sama.

Banana + Coklat Pancake ala Thai.

Yang ni sis tak beli. Tangkap gambar je sebab geram nengok udang dia begitu.

Meriah betul topping aiskrim kelapa dia. 

Melimpah-limpah tak kedekut bahan. I like!

See you again sayang! Gituhh.



Setakat ini, itu sahaja tempat-tempat makanan halal yang sedap di Hat Yai yang sis ingat. Nanti kalau ada lagi, sis update dan share dengan korang lagi. Till then, bye korang!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

POPULAR POSTS