CORDLESS VACUUM JENAMA DYSON. BERBALOI KE BELI?

By FARAA MUSA - October 03, 2019

Mak-mak sangat topik sis kali ni kan? Hehe. Disebabkan antara moto hidup sis adalah "benda baik kena kongsi", maka marilah baca full review sis tentang vacuum cleaner tanpa wayar (cordless) dari jenama yang semakin masyhur zaman sekarang ni, iaitu Dyson. Lets get started!

Pasni boleh lah para isteri vacuum rumah riang camni


TENTANG PRODUK 

Syarikat Dyson adalah antara pelopor utama bagi produk vacuum tanpa wayar. Jimat masa, jimat eletrik, jimat tenaga juga sebab tak perlu nak tarik vaccum bag yang berat ke sana ke sini di dalam rumah. Untuk makluman korang, sis beli vacuum Dyson siri V8 Absolute Pro. Bukan yang paling terkini, tapi dah cukup hebat dah bagi sis yang mempunyai rumah sederhana ini. Siri V8 ni tak silap sis ada 2 jenis; V8 Fluffy (khas untuk vacuum permukaan karpet atau kain sahaja), dan V8 Absolute (boleh digunakan untuk pelbagai permukaan lantai, kayu, jubin, papan, simen dan karpet).

Dyson V8 Absolute Pro


KELEBIHAN VACUUM DYSON V8 ABSOLUTE PRO

Tugas membersihkan rumah bukanlah mudah. Nak-nak kalau rumah kita ada banyak sudut, banyak ruang, apatah lagi bila ada anak-anak yang sedang membesar. Kekadang, kita nak vacuum rumah ni bukan sebab penat tengok aktiviti bersepah sangat pun. Tapi, sebab sebagai ibubapa, kita nak pastikan ruang-ruang rumah kita bersih dan selamat untuk anak-anak bebas bermain atau membuat aktiviti mereka. Maklumlah, fasa anak-anak membesar, banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Fasa mereka mudah terkena jangkitan demam, selsema, batuk dan sebagainya. Hasil dari pada kumpulan habuk, hama, sesawang, serpihan makanan, atau sampah-sampah kecil di celah-celah sudut, semuanya boleh jadi asbab penyakit kepada kanak-kanak. Dan kita pun tahu, kalau membersih sekadar menggunakan penyapu, kadar kebersihan tu tak berapa diyakini sangat. Banyak mikroorganisma yang tak mampu terlihat dari mata kasar kan. So, membersih menggunakan vacuum jugalah pilihan yang terbaik.


Ready to clean my house!

Ada banyak sebab dan kelebihan kenapa sis membuat keputusan untuk membeli vacuum Dyson ni. Antaranya adalah :

1) CORD-FREE / CORDLESS ( TANPA WAYAR)

Vacuumm pertama yang kami suami isteri beli, adalah 3 tahun yang lepas. Waktu tu memang saja pilih yang paling kecil, dan paling ringan di pasaraya ketika itu. Tapi terus-terang sis cakap, kami tetap tak rajin nak vacuum selalu. Sebab rasa leceh nak tarik vacuum bag tu ke sana ke sini. Memanglah ada roda, tapi, tetap berat juga dan lenguh bahu ya anak-anak. Tu belum lagi kalau tengah syok mem-vacuum, tetiba wayar vacuum tegang dan terputus dari plug dinding. Vacuum tak dapat nak capai ke ruang sudut tertentu, hanya kerana takde plug dinding di kawasan terdekat. Haihh, leceh kan?

Yang kecik tu ibarat 'enjin', yang batang ajaib tu ibarat keretanya.

Tapi dengan cordless atau cord-free vacuum dari Dyson ni, korang tak perlu risau nak pening kepala. Nak vacuum pun rasa lebih rajin dan bersemangat. Sebab tak leceh nak kena tarik keluar wayar dari vacuum bag dan kena cucuk di plug dinding bagai. Dengan Dyson V8 ni, sis cuma perlu ambil vacuum dan halakan saja ke mana-mana sudut yang sis nak. Nak vacuumm dapur, ruang tamu, ruang makan, ruang membaca, ruang dalam kereta pun boleh tau! Sebab tak perlukan plug dinding uolls. Ringan pun ringan!


Ke hulu ke hilir bawak vacuum Dyson pun tak kisah!

Diciptakan khas untuk memudahkan kerja pembersihan


2) MULTI-FUNGSI

Vacuum Dyson V8 ni didatangkan dengan pelbagai jenis 'kepala vacuum'. Ada yang untuk lantai simen, jubin, kayu dan papan. Ada yang untuk karpet atau material kain. Ada yang untuk capaian objek tinggi seperti kipas dan siling rumah. Ada juga untuk vacuum ruang tempat duduk dalam kereta. Kepala vacuum khas untuk katil, sofa dan kusyen pun ado! Total kepala vacuum yang sis dapat ketika membeli Dyson V8 ni ada 6 kalau tak silap. Banyak giler kan? All in one dah. Tak perlu nak beli banyak produk yang berasingan lagi dah.


Kepala vacuum untuk permukaan karpet dan permaidani

Kepala vacuum untuk permukaan lantai


Jenis-jenis kepala vacuum yang akan kita dapat bersama Dyson V8


3) KUASA SEDUTAN YANG TINGGI

Salah satu kelebihan vacuum buatan Dyson adalah, 'suction power' atau kuasa sedutan yang diletakkan di dalam mesin vacuum mereka. Dyson V8 ni mampu menyedut bulu-bulu haiwan yang terlekat di karpet, habuk-habuk pasir yang ada di celah-celah lubang di ruang tempa tetak kaki di dalam kereta, objek-objek yang bersaiz kacang pun boleh disedut tau. Kesimpulannya, segala celah-celah sudut ruang pun, boleh dibersihkan dengan Dyson V8 ni. Jimat masa dan tenaga uolls! Tak renyah langsung!

Suction power

Boleh pilih level power - normal / max.

4) REKA BENTUK MODEN DAN MUDAH DIURUS

Selain dari cirinya yang bebas tanpa wayar, apa yang sis suka tentang Dyson V8 ni adalah reka bentuk vacuum nya yang moden dan mudah diurus serta diselenggara. Didatangkan dengan warna yang terang dan ceria, batang vacuumnya pun sangat ringan dan 'sleek'. Ringan juga ketika digunakan di mana-mana sahaja, sebab vacuum ni tidak menggunakan paper bag sebagai tempat simpanan habuk dan sampah. Semua habuk dan sampah yang disedut akan masuk ke dalam ruang khas yang  transparent di pemegang vacuum. So bila nampak ruang sampah dah nak penuh, boleh buka penutup bekas dan buang ke dalam tong sampah. As easy as ABC. Kanak-kanak sekolah rendah pun mampu gunakan vacuum ini dengan baik tau. Sebab mudah je nak handle dan kawal vacuum ni. 

Smart design

Kecil, ringan, sesuai dengan segala jenis ruang


Kenapa sis kata mudah digunakan? Sebab design batang vacuum Dyson V8 ni, sangat fleksibel dan mudah untuk dicantum atau ditanggalkan ketika melakukan aktiviti pembersihan. Semua kepala vacuum direka dengan 'button' supaya mudah je untuk sambung dan buka dengan bahagian batang vacuum.



Kelebihan vacuum ni, boleh dicerai-ceraikan bahagiannya. So, mudah juga untuk disimpan walaupun ruang rumah kita tak besar mana. Siap diberi sekali tempat untuk 'parking' vacuum kita di dinding rumah. Biar je dia tergantung gitu, bila nak guna terus sambarrr! Gittewww.

Docking station - 'rumah' tempat gantung vacuum tu dapat free sekali dgn vacuum

5) RECHARGEABLE & JANGKA HAYAT BATERI

Dyson V8 ni ada 'enjin' yang tersendiri. Sis tau tau lah apa nama sebenar mende alah tu. Tapi sis panggil dia enjin je lah. Hahahaha. Tugas enjin ni, sebagai bahagian utama pada motor vacuum ni. Semua tenaga yang menggerakkan vacuum ni, adalah bersumberkan dari kuasa motor enjin ini. So, sebelum nak guna, boleh lah recharge terlebih dahulu enjin ni sampai penuh. Vacuum ni boleh digunakan secara berterusan tanpa henti, selama 40 minit. Tu kalau guna mode maksimum lah. Tapi biasanya sis vacuum guna mode medium je pun dah kuat & bersih sangat. Jangka hayat bateri Dyson V8 ni, 3 tahun. Maksudnya, korang boleh recharge berulang kali sehingga lah bateri nya dah tamat jangka hayat. Lepas bateri dah habis, boleh tukar di mana-mana HQ Dyson di Malaysia. Best kan? Ini petanda bahawa vacuum Dyson ni sangat tahan lama, menjimatkan duit kita, sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga! Yayyy!

Charge 'enjin' dulu sebelum bekerja. 


SIS BELI KAT MANA? BERAPA HARGANYA?

Tiba sudah part yang paling ramai orang tanya. Hehe. Korang boleh dapatkan vacuum jenama Dyson ini di mana-mana cawangan Harvey Norman. Sis beli haritu di Harvey Norman IOI City Mall Putrajaya. Harganya adalah RM2,300. Whatttt!!!??? Vacuum je pun sis?? 

Harvey Norman cawangan IOI City Mall ni besar sangat & banyak pilihan barangan rumah


Saborrrrr semua. Ini bukan sekadar vacuum. Tapi ini adalah alat penyelamat setiap hari, penghilang stress isteri-isteri dan mak-mak, serta penjimatan berganda untuk masa hadapan kita. Serius berbaloi dan berpatutan sangat sebab  benda boleh pakai lama beb.


Buku manual & warranty booklet kena simpan molek

Lagipun, korang jangan risau sebab kalau korang membeli dari Harvey Norman, diorang ada bagi option installment atau ansuran untuk produk vacuum Dyson ni. Tempoh installment adalah 12 bulan ataupun 1 tahun. So, total korang kena bayar setiap bulan adalah sebanyak RM191.66 sahaja selama setahun. Yang penting, kena ada kredit kad sahaja. Bagi orang yang takde kredit kad seperti sis, menabunglah kita sehingga tercapai impian dan hasrat. Hahahaha. Gigih tau!

*
Masih pakai baju kerja. Balik kerja pun no problem untuk vacuum rumah sebab ada vacuum best!


Ok itu sahaja review sis setakat ini. Sis tau, blogpost sis kali ini agak panjang. Tapi percayalah, ianya sangat berguna untuk korang yang dalam fasa berfikir-fikir nak membeli tu. Benda bukan murah, so haruslah kena baca dulu review-review yang penting camni kan? Akhir kata, apa yang sis boleh beritahu korang adalah : SANGAT BERBALOI MEMBELI VACUUM DYSON V8 ABSOLUTE PRO ini. Hahahahaha. Selamat membersihkan rumah uolls. Till then, babai!



**disclaimer : produk ini bukan paid review. tapi memang sis beli sendiri vacuum ini. segala review adalah hasil dari pemerhatian dan penggunaan sis sendiri. harap maklum.

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. Nak beli jugaklah... Thanks for the review....

    ReplyDelete
  2. Berbaloi dr segi ape tu ye? Penah try & compare dgn vacuum cordless yg hrga jauh lbih murah tak sis? Atau sis kt bbaloi sbb dh beli?

    ReplyDelete
  3. Dyson buleh bayar sikit kot dekat kak yg wat review ni aku dah mola nk mmbelinya selepas baca review beliau..hahaha

    ReplyDelete
  4. Was trying to find reviews such as yours on the said vacuum cleaner! Thank you very much on the write up! Do you by any chance know the difference with vacuum cleaners such as these here at vacuum cleaner?

    ReplyDelete
  5. Kalau ada siapa2 yg duduk dekat singapore nk cari vacuum boleh check jenis2 brand dkt sini https://hyperlocalnation.com/singapore_post/best-cordless-vacuum-to-use-in-singapore/

    ReplyDelete
  6. Compare famous cordless vacuums like Dyson V8 Absolute Vs Animal. Then you will understand the difference that if you have a pet then your vacuum should be specialized in collecting their hair.

    ReplyDelete
  7. The Dyson cordless vacuum is truly worth it. Its innovative design and powerful performance make cleaning a breeze. The Role VPNs From sleek aesthetics to hassle-free maneuverability, it's a game-changer.

    ReplyDelete
  8. Contac or whatsapp me_ 01133210690 Dyson V12 Detect Slim Absolute(colour GOLD) untuk dijual RM2700 (New) *RRP RM3999

    ReplyDelete

POPULAR POSTS