Hai korang! Amboi setiap minggu pergi staycation ke sis? Minggu lepas di Casa Del Rio Melaka, minggu ini di Hotel Impiana KLCC pulak. Haaaa kalau korang nak, bulan Oktober ni adalah bulan istimewa bagi sis. 4 Oktober adalah tarikh ulangtahun perkahwinan sis, manakala 11 Oktober pula adalah tarikh ulangtahun kelahiran sis. Dah memang tarikhnya pun selang seminggu je, maka kita pun celebrate lah semahunya. Gituhh!
Sebenarnya bagi sis, bila tiba birthday kita, orang yang paling patut diraikan oleh orang ramai bukanlah diri kita sendiri. Tetapi yang paling layak untuk diraikan ketika ulangtahun kelahiran kita adalah ibu ayah kita. Kerana tanpa kesudian dan kegigihan mereka melahirkan, menjaga dan membesarkan kita, tak mungkin kita akan menjadi siapa diri kita yang sekarang pada hari ini. Jadi, sis pun buat keputusan untuk sambut birthday sis bersama ibu ayah & suami sis dengan staycation di bandaraya Kuala Lumpur. Iaitu, penginapan di Hotel Impiana KLCC sebagai hadiah bersama orang tersayang. Let's get started!
DI SEBALIK URUSAN PENEMPAHAN HOTEL
Staycation kali ini sangat istimewa di hati sis sebab sis bakal menjemput orang-orang yang teristimewa di hati sis untuk meluangkan masa hujung minggu bersama. So pemilihan hotel pun sangat penting bagi sis. Maklumlah, bawak parents kita kan? Haruslah pilih yang selesa, dan mesra warga emas. Taknak yang bajet-bajet, taknak yang style backpacker. Semuanya yang terbaik sahaja buat parents. Hehe.
Makanya sis pilih Kuala Lumpur je lah sebagai destinasi short getaway untuk kali ini. Dekat pun dekat, selesa pun selesa sangat. Sis memang target mencari hotel yang ada view KLCC dan Petronas Twin Tower. Setelah berhari-hari buat survey dan membandingkan harga semampu milik yang boleh, sis pun booking Hotel Impiana KLCC. Hehe.
URUSAN CHECK-IN HOTEL & BILIK CLUB PREMIER
Untuk bilik yang ada view cantik KLCC ni, sis memilih bilik jenis Club Premier di Hotel Impiana KLCC. Tak silap, ada lebih kurang 53 bilik di hotel ini yang mempunyai view KLCC ni. Dan bilik kitorang itu berada di tingkat 21. Rasanya, bilik-bilik dari tingkat 15 ke atas, diberi kelebihan eksklusif yang digelar 'Club Floor'. Sebenarnya, sis pun tak tahu tentang kelebihan & faedah eksklusif tu. Sis main booked je melalui Traveloka, sama seperti staycation yang lepas.
Walaupun hotel Impiana KLCC ni sangat besar dan sangat tinggi, mempunyai jumlah bilik yang sangat banyak, namun urusan check-in hotel adalah sangat-sangat efisien, cepat dan mudah. Sis suka! Sebab bila kita bawa parents pergi bercuti ni, ofkos lah kita sentiasa mahukan yang terbaik dan lancar je kan. Taknak diorang penat menunggu kat lobi hotel tu. Hehe.
Variety of tea |
English desserts |
English pastries |
Got kuih-muih tradisional Melayu too |
Let's enjoy our tea time @ Club Lounge |
Memandangkan kami menginap di bilik Club Premier, kami diberi peluang untuk singgah berehat sebentar di tingkat 15 - Club Lounge sebelum masuk ke bilik masing-masing. Dapatlah kami sekeluarga menikmati hidangan tea time dan beberapa refreshments sambil menikmati view bandaraya Kuala Lumpur dari ruang lounge itu. Sis ingatkan, cuma sekadar hidangan welcome drinks atau dessert je. Rupa-rupanya, free flow atau buffet punya style! Memang best & tenang sangat sebab tak ramai yang boleh masuk serta duduk di Club Lounge tersebut.
KELEBIHAN MENGINAP DI HOTEL IMPIANA KLCC
1. Lokasi strategik
Selesai tea time, sis dan parents pergi ke bilik kami di tingkat 21 untuk solat Asar, sebelum bergerak ke shopping mall Suria KLCC yang terletak berdekatan dengan hotel. Haaa, part lokasi yang strategik ni lah yang menyebabkan sis sangat berpuas hati ketika staycation di Hotel Impiana KLCC. Nak pergi shopping, dekat. Nak pergi jalan-jalan di sekitar tempat menarik di Kuala Lumpur, dekat. Nak cari makan best pun, dekat! Terpulang pada kemahuan dan kemampuan korang masing-masing. Kalau ikutkan, sis dan suami ok je nak jalan kaki pergi mana-mana dari hotel tu. Tapi sebab bawa parents sekali kan, maka Grab adalah solusi terbaik untuk bergerak ke destinasi pilihan. Memang jalan raya di situ selalu sesak, tapi tak makan masa yang terlalu lama pun untuk sampai ke destinasi tertentu. Sebab semua jarak tempat di situ dekat-dekat je.
Suria KLCC shopping mall |
Untuk dinner pada waktu malam tersebut, sis bawa parents ke restoran Chef Wan iaitu De.Wan yang terletak di mall bersaiz sederhana bernama Linc KL. Kitorang ke sini naik Grab je dari lobi hotel. Jangan risau, kat sini memang banyak Grab menanti. Perjalanan ke restoran untuk makan malam tu mengambil masa lebih kurang 15 minit.
2. Fasiliti hotel
Di hotel Impiana KLCC ini ada spa, gym, infinity swimming pool, hari & nail coiffure, serta club lounge khas buat para pelanggan di bilik Club. Disebabkan waktu kami agak packed & padat, maka sis dan pkeluarga cuma dapat menikmati fasiliti di Club Lounge tu aje. Yang lain-lain, tak sempat explore. Sebab kami terpaksa check-out awal pagi, untuk berkejar ke Kuala Pilah pula demi majlis pertunangan sepupu sis. Tak puas rasanya bila tak sempat nak menjenguk fasiliti hotel yang ada di sini. Nampaknya, macam kena repeat je lagi staycation di hotel Impiana KLCC. Please sponsor me! Haha.
Tempat 'lepak' layan view kat tingkat bilik kami. |
3. Pengangkutan tersedia
Oh ya, in case kalau korang datang menginap di hotel Impiana KLCC ini secara berjemaah, dan tak mahu drive kereta sebab taknak bersesak di jalan raya ketika jalan-jalan, jangan risau. Tak ambik Grab pun takpe. Sebab Grab ni lebih sesuai untuk 4 orang je atau jumlah penumpang yang sedikit kan. Ada banyak teksi berwarna biru yang sedia menanti di hadapan lobi hotel. Rasanya syarikat pemandu teksi ni berkolaborasi bersama-sama pihak hotel kot. So, kalau datang bersama jumlah yang ramai, sis rasa lebih berbaloi untuk booking teksi sahaja. Sebab saiz teksi di sini kebanyakannya besar dan selesa. Contoh macam kereta Alza, Exora dan van tu lah. Harga pun boleh dikongsi bersama untuk dapatkan lebih penjimatan.
Teksi biru sedia beratur di depan hotel |
4. Sarapan pagi
Seperti biasa, setiap kali staycation selalunya memang sis akan tempah bilik termasuk sarapan sekali. Bagi memudahkan urusan pada pagi keesokan harinya. Memandangkan kami menginap di bilik Club Premier, kami diberi pilihan sama ada hendak bersarapan di Club Lounge yang privasi di tingkat 15, ataupun bersarapan bersama pelanggan bilik biasa yang lain di tingkat lobi hotel. Kebanyakan menunya adalah sama sahaja. Cuma kelebihannya hanyalah suasana yang lebih privasi dan tenang sebab tak ramai orang yang dibenarkan akses ke Club Lounge ini. Best sarapan di Hotel Impiana KLCC ni, sebab banyak pilihan dan berbaloi!
Nasi Lemak & Roti Canai sebagai menu utama sarapan pagi |
Menu ringan seperti hashbrown & mushroom |
Pastri di sini sedap sangat sebab lembut dan gebu. |
Nyum nyum nyum! |
Roti pun banyak pilihan. |
RUANG BILIK CLUB PREMIER
Sebelum mengakhiri entri kali ini, ingin sis kongsikan beberapa gambar kemudahan yang terdapat di bilik Club Premier kami. Mana lah tahu, kot kot ada di antara korang yang sedang mencari hotel penginapan ber-view-kan bangunan twin tower & KLCC sempena sambutan istimewa kan.
Ada ruang bekerja juga disediakan. |
Sofa bed sambil ditemani view bandaraya Kuala Lumpur |
Bilik air & bilik mandi dia luas! |
Ruang wardrobe yang luas dilengkapi robe, peti keselamatan, iron & iron board. |
Dari toilet boleh lambai orang di luar. Haha. Kalau segan, boleh turunkan tirai tu. |
View Twin Tower dari bilik kitorang. |
Amboi ayah tak habis-habis lagi ke bergambor nya? Haha. |
View dari bilik kitorang pada malam. Cantik ngat! |
Setakat yang sis survey, setakat ini, hotel Impiana KLCC adalah yang paling mampu milik bagi korang yang mahukan view ikon Malaysia yang cantik ini, serta dekat dengan banyak lokasi tarikan pelancong. Semoga entri sis membantu korang yang sedang merancang staycation di pusat bandaraya Kuala Lumpur kesayangan rakyat Malaysia ini. Till then, babai!
6 comments
Assalam, Fara, ingat akak tak??
ReplyDeleteAkak pernah stay di Prince Hotel, sambil baring sambil tengok KLCC. Seronoknya tinggal di tengah kotaraya, kan
Wsalam. Mestilah ingattttt! Geng Pulau Belitung kan? Haha.
DeleteBest memang best. Tapi tu lah tak sanggup nak mengadap jalan raya nya tuh kan!
Thanks for the info.
ReplyDeleteBoleh lah nanti bila bosan, nak lari dari kehidupan biasa, bermalam beberapa hari di hotel ni.
Sebab saya jenis suka macam tu. Check in at random hotel sebab bosan duduk rumah.
Paling latest saya pegi Hotel Alila dekat Bangsar. Current favourite lah Alila tu.
What I like about this hotel is the private club lounge. More privacy which is something that I really like.
thanks detail jgk review sis.mnrik boleh try nnti
ReplyDeletewah mewah ya hotelnya
ReplyDeleteplastik sosis
menetap n bekerja di kl so lebih memilih penginapan tepi pantai yg tenang...dah xde selera tgk hotel di kl ni..
ReplyDelete