Hai korang! Dah lama rasanya sis tak share tentang tips travel, kan? Sebelum ni, sis selalu berkongsi cerita tentang itinerari, senarai tempat-tempat menarik di negara orang, dan review tentang seluruh trip. Tapi hakikatnya, perkara yang jauh lebih penting adalah proses persediaan sebelum kita memulakan sesuatu perjalanan. Lebih-lebih lagi kalau kita nak travel di dalam atau di luar negara, yang melibatkan penggunaan pengangkutan udara (flight). Kekadang, kita bukan saja-saja je nak naik flight acah orang kaya untuk pergi ke negeri-negeri di dalam Malaysia ni. Tapi sebenarnya sis lebih suka kalau dapat menjimatkan masa dan tenaga diri sendiri (bila ada duit lebih).
Tanpa membuang masa, sis kongsikan 4 CHECKLIST PENTING SEBELUM TRAVEL MENAIKI FLIGHT.
1. INSURANS TRAVEL
Ini antara perkara yang wajib perlu ada dalam checklist travel kita. Ramai orang pandang remeh tentang insurans travel ni. Tak kisah lah walaupun kita sejenis kaki travel penjimat atau bajet sekalipun, isu keselamatan diri tidak harus kita ketepikan. Kemalangan atau bencana memang kita tak dapat nak jangka sebelum ia berlaku. Tak semestinya bila kita sakit je kita perlukan insurans travel ni. Kalau terjadi adegan bagasi pecah, flight delay, dan sebagainya pun kita boleh gunakan insurans untuk claim pampasan. So, bila terjadinya perkara yang tak diingini ketika travel nanti, insurans travel ni lah yang akan membantu kita sedikit sebanyak.
2. CHECK-IN PENERBANGAN
Sis taknak cerita tentang tips booking flight murah atau cara terbaik untuk booking flight. Sebab sis pun tak reti sangat bab-bab dapatkan tiket murah tu. Apa yang sis tau, rebut peluang ketika syarikat penerbangan buat promosi atau sale. Tapi pastikan duit di dalam bank sentiasa tersedia. Barulah syok nak berebut peluang keemasan tu. Hehe.
Ok back to the point. Ramai yang sering terlepas pandang isu check-in flight dengan lebih awal. Lebih-lebih lagi kalau menaiki flight Air Asia. Tau tak? Kita dah boleh check-in flight, check kedudukan seat dalam flight, dan order makanan 2 minggu sebelum tarikh penerbangan. Actually, bab book seat & order makanan tu memang dah boleh terus buat time proses booking flight. Tapi kita ni kekadang selalu berbuah hati. Tetiba rasa nak tukar seat lah, nak duduk tepi tingkap lah, baru rasa nak makan Nasi Lemak Pak Nasser lah. Hahaha. So, yup. Banyak kelebihan kalau kita check-in flight lebih awal. Tak perlu nak cemas untuk beratur di kiosk self check-in kat airport nanti. Korang pun boleh bayangkan berapa ramai umat kat airport tu kan? Haha. So kalau dah check-in awal, takde lah terkejar-kejar sebelum memulakan trip. Harga makanan pun boleh dapat lebih murah berbanding beli ketika di atas awan nanti.
3. DOUBLE CHECK PASSPORT DETAILS
Proses pertama untuk kita booking tiket penerbangan adalah; memasukkan maklumat diri dengan betul. Tak kisah lah kita nak travel dalam negara sahaja pun, tetap perlu isi maklumat diri dengan betul. Lagi-lagi ejaan nama. Memang kena sebijik sama macam dalam IC atau passport. Salah taip atau typo memang tak boleh? Macam mana kalau ada tertinggal satu huruf sis? Atau kalau tertukar satu huruf contoh macam Mohd jadi Muhd? Haaaaaa! Meh sis share info yang sis tahu setakat ini.
Kalau korang booking dengan MAS Airline : Jika salah tulis 1 dan 2 huruf, korang dikenakan caj RM50. Jika salah tulis lebih daripada 2 huruf untuk nama sendiri, perlu bayar caj RM150 untuk buat pembetulan. Manakala kalau korang salah tulis lebih dari 3 huruf untuk nama keluarga (surname), perlu bayar caj RM150 juga untuk pembetulan nama.
Kalau korang booking flight Air Asia, tiada sebarang caj dikenakan. Tak tau lah kalau dah ada rules terkini yang berbayar pulak. Huhu. Cara untuk buat pembetulan nama kat tiket flight seperti di dalam IC atau passport, korang boleh hubungi hotline atau email syarikat penerbangan tersebut maklumkan masalah korang.
Macam mana? Nampak macam hal kecik je kan isu nama ni? Tapi sangat mempengaruhi duit poket jugak kan? Hahahaha. So, be careful. Hati-hati ketika melakukan proses penempahan & pembelian tikat flight. Jangan terkejor-kejor beb, tenang aje.
4. SEMAKAN STATUS PERJALANAN
Ini untuk orang yang ada hutang tertunggak tak berbayar. Hehe. Nak travel boleh, tapi pastikan komitmen diri kita dipenuhi; antaranya adalah hutang loan. Pepandai lah korang manage kewangan ya. Pastikan dah settle bayar semua keperluan, bila ada duit lebih baru kita salurkan ke aspek kemahuan ya anak-anak. Gitteww!
Ok status dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara ni, korang boleh semak di laman web sistem aplikasi eletronik Jabatan Imigresen Malaysia (www.sspi.gov.my). Sebelum berlepas menaiki flight tu, try la masukkan nombor IC untuk semak or check status dokumen dan kebenaran perjalanan kita dulu ok. Supaya takde lah kes terkujat di tahan di kaunter imigresen kat airport nanti. Haha. Tapi jangan risau. Benda boleh settle. Korang still boleh naik flight, asalkan bayar berapa percent entah sis pun tak pasti daripada jumlah tunggakan tersebut.
5. AIRPORT TRANSFERS
Ok bagi sis, airport transfer pun benda penting untuk kita plan sebelum travel menaiki flight. Sis faham, tak semua orang yang tinggal berdekatan dengan airport tak kira lah sama ada KLIA mahupun KLIA 2. Sis bersyukur sebab rumah parents sis dekat dengan kedua-dua airport (sebab dulu memang bekerja kat sana haha). Dari rumah hanya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit je bergantung pada keadaan trafik semasa. Tapi macam mana pula dari rumah sis dan suami sendiri? Kekadang kitorang travel atas urusan kerja dan perlu bertolak daripada KL direct ke airport. Haaaa, haruslah guna kemudahan airport transfer uolss! Contohnya airport taxi, shuttle bus, dan airport train.
Maybe korang first time dengar? Atau maybe korang tak tahu tentang kemudahan ini? Namanya KLIA Ekspres atau KLIA Transit! KLIA Ekspres atau KLIA Transit ini adalah keretapi perkhidmatan lapangan terbang yang menghubungkan KLIA & KLIA2 dengan Kuala Lumpur (KL Sentral) dalam tempoh 30 minit sahaja. Wowwwww! Memang laju, ekspres, dan memudahkan sangat-sangat kan!? Pastu dari KL Sentral nak balik rumah boleh naik Grab je.
Tak kisah lah sama ada korang nak gerak ke KLIA/KLIA 2 dari Kuala Lumpur, mahupun ketika korang nak pulang ke Kuala Lumpur dari KLIA/.KLIA 2, korang boleh gunakan servis KLIA Ekspres atau KLIA Transit ni. Bergantung pada keadaan. Kekadang time pergi airport je kita perlukan airport transfer ni kan. Dan kekadang, bila time dah penat balik dari travel, airport transfer ni sangat membantu. Just chill je dalam express train tu, sesambil layan free WiFi yang disediakan. Senang kan? Jimat masa dan tenaga pun ye jugak. Sekarang dunia semuanya di hujung jari je kan. Korang boleh book KLIA transit online je, tak payah nak serabut beratur beli tiket bagai.
Ataupun, kalau korang taknak naik KLIA Ekspres atau KLIA Transit ni pun, boleh try cari cheap airport transfers yang lain di Traveloka. Sis memang download aplikasi Traveloka dalam fon je. Senang semua benda boleh settle. Pastu benda yang paling best dengan Traveloka ni, korang akan selalu dapat kod promo dan tawaran potongan harga yang sangat meriah tau! Alahai, kalau korang perasan, kebanyakan blogspost hotel review, staycation sis sebelum-sebelum ni pun, memang semuanya sis book melalui Traveloka. Korang pun try lah! Hehe.
So ini antara checklist penting yang sis memang study dan apply sebelum travel dengan menaiki flight. Harap entri sis kali ini dapat membantu serba sedikit. Till then, babai!
1 comments
wah info yang sangat bagus kak makasih
ReplyDeleteselongsong sosis