[HOTEL REVIEW] : PJ HOTEL MYEONGDONG, KOREA

By FARAA MUSA - July 09, 2018

Untuk #SeoulSisterTrip kali ini, kitorang decide untuk stay di PJ Hotel, di Myeongdong, Seoul. Total cost damage untuk flight ticket return (KL - Incheon - KL) DAN penginapan selama 5 hari 4 malam, adalah RM 1,500 lebih kurang lah include tax. Semuanya kami book menggunakan Air Asia Go. (https://www.airasiago.com.my/) 



So untuk post kali ini sis nak review serba sedikit tentang PJ Hotel Myeongdong. Ok ke idok? Let's!

LOKASI

Terletak berdekatan dengan 2 subway train station iaitu station Euljiro 4 (exit 10), dan station Chungmuro (exit 8), membuatkan hotel PJ ini sentiasa dipenuhi dengan tourists backpackers (tanpa menggunakan travel agent) seperti kami. Kerana hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit saja untuk ke station untuk ke mana-mana. Bagi yang ingin menaiki teksi saja pun mudah, kerana kebanyakan pemandu teksi mengenali hotel ini yang berada di tepi jalan. 

PJ Hotel Myeongdong adalah hotle berdaftar dengaan kerajaan so worries not!

Kedudukan hotel yang dikelilingi pelbagai kedai serbaneka, coffee shop dan restoran (local food) juga turut membuatkan hotel ini sebagai tumpuan pelancong dari pelbagai negara. 

**Review : bagi sis, lokasi hotel agak strategik dan mudah untuk dijumpai. Mudah di akses walaupun menggunakan public transport.


BILIK

Terdapat pelbagai pilihan dan saiz bilik, antaranya; Standard Double, Standard Twin, Deluxe Family Twin, Deluxe Triple, Quad, Suite dan lain-lain. Sis dan adik menginap di Standard Twin yang menyediakan 2 buah katil Queen saiz, bilik air lengkap with bath tub & toilet, flat screen tv, pantry with hot kettle, tea set, and fridge, almari baju with bathrob for each. Bilik kami juga dilengkapi dengan balcony yang menghadap pemandangan bandar Myeongdong. (Di Korea, mereka sangat menjaga kawasan larangan merokok termasuk di dalam bilik hotel sendiri. Sesiapa nak merokok, sila merokok di ruang balcony memasing)

Katil Queen sebesar alam milik kami seorang satu

Ni bukan bilik kami. Tapi sis cuma nak tunjuk ruang balcony tu aje.

**Review : bagi sis, untuk bilik standard ni memang terrrrsangat lah selesa dan lebih besar dari standard room yang biasa (di Malaysia) pun! Spacious, meja solek dan cermin pun besar senang nak bersiap pakai tudung serentak (idaman hati setiap perempuan). Kalau boring, rasa nak layan view, boleh lepak-lepak di balcony.

Cermin besar puas hati!


FASILITI HOTEL

Kesemua bilik disediakan Wifi percuma, serta private card key untuk kegunaan keselamatan di bilik dan di dalam lif. Kalau takde card key, tak boleh pergi ke mana-mana pun dalam lif tu. Once dah 'touch' card, baru boleh klik tingkat hotel yang kita nak pergi. Hotel security, win! 

Private card key sentiasa ready di tangan before naik lif


Kemudahan water purifier dan ice machine juga turut disediakan di setiap tingkat. Like always, brand Coway lah kan. Coway made from Korea huhu. So kalau memalam teringin nak minum air panas ke, nak buat susu anak ke, nak buat maggi ke, nak cepat malas nak masak air, boleh terus ambil air di mesin Coway di luar bilik sesiap, simpan dalam termos pun boleh.

Kiri mesin ais, kanan mesin air. Nak panas, nak sejuk, semua ada.

In case kita dah sampai di hotel tapi belum cukup masa untuk boleh check-in, ataupun masa dah cukup untuk check-out tapi kita belum habis jenjalan lagi, boleh tumpang letak beg dulu di baggage room or locker room.

Amboi peramah nau nau hakak staff omputih tu ek


Tumpang letak baggage tanpa bayaran (hanya penginap hotel sajo)

Nak minta staff call kan teksi pun boleh di lobby. Jangan risau, staff hotel semuanyya fasih barbahasa English, Japanese, dan Mandarin.


**Review : melihat pada kecanggihan, kebersihan dan kecekapan fasiliti hotel PJ Myeongdong ni, sis rasa hotel ni mungkin agak baru juga dibuka kot. Sebab semuanya nampak baru, terjaga, bersih dan teratur. Fasiliti tiptop dan sangat memudahkan pengunjung!


Pihak hotel sangat prihatin. Time kitorang datang tu kerap hujan. nak tukar musim gamaknya.

Ruang parking depan hotel je.  


EXTRA FASILITI : SHUTTLE BUS PERCUMA

Bab shuttle bus ni, pihak hotel masih lagi baru dan dalam proses untuk memperbanyakkan lagi katanya. Bus shuttle PERCUMA yang dibuka pada semua penginap hotel PJ ini, terbahagi kepada 2 arah iaitu; A - Myeongdong, B - Dongdaemun.




Jika anda mahu pulang ke hotel menggunakan shuttle bus ini, boleh menunggu di tempat yang sama anda diturunkan pada mulanya tadi. Tapi please take note; waktu pelepasan dan ketibaan hotel shuttle bus juga bergantung pada keadaan trafik semasa.






Jadual shuttle bus boleh tengok akt laman web hotel ye


Untuk shuttle bus ni, sis tak dapat nak bagi review sebab kitorang tak sempat nak gunakan pun. Majoriti pergerakan ketika trip kami menggunakan subway train, bas berbayar, dan teksi sahaja. Tapi apapun, bagi pandangan sis, kewujudan shuttle bus oleh pihak hotel ini akan sangat-sangat membantu golongan berusia, mak ayah kita. Kerana selain dapat menjimatkan masa, dapat juga meringankan beban mereka daripada perlu berjalan kaki yang banyak dan memenatkan.

****

Review secara keseluruhannya, sis beri 4/5 bintang untuk PJ Hotel Myeongdong ini. Kesemua fasiliti dan kemudahan hotel, sangat-sangat superb bagus! Cuma, kalau korang ingin menginap di hotel yang bebetul terletak di pusat Myeongdong untuk tujuan bershopping, mungkin ada banyak lagi pilihan hotel yang berdekatan. Sebab ini bukanlah jenis hotel yang kalau korang turun je bilik, teru sboleh shopping tu. Kedudukan PJ Hotel ini lebih sesuai untuk orang yang berkeluarga, yang tak sukakan kesesakan dan keadaan pusat bandar Myeongdong yang agak kotor dan sesak :)

Bagi yang tak larat nak naik tangga hotel, boleh gunakan lif untuk ke lobi.

Kemungkinan jika kami ke Korea lagi, nak cuba stay di Dongdaemun atau di Itaewon pula.

Sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah. Yang mana sis boleh jawab, sis jawab. Tapi untuk info lanjut tentang hotel PJ Myeongdong, boleh terus klik laman web : http://www.hotelpj.co.kr/



  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Itaewon ada hotel murah or like guesthouse ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..banyak..boleh try google. itaewon memang tempat tumpuan orang melayu sebab banyak restoran muslim kat sana..cuma tu lah, kotor sikit compare dengan city yang lain :)

      Delete
    2. Hotel ni xde provide breakfast ke

      Delete
  2. Replies
    1. Masak megi je yg boleh..haha..sebab ni hotel, bukan homestay atau airbnb..

      Delete
  3. Kalau nak ddk myeondong yg turun boleh shopping boleh suggest x hotel ape?

    ReplyDelete
  4. Kalau stay sini, boleh suggest x boleh masak kt mana?

    ReplyDelete

POPULAR POSTS