[FOOD REVIEW] : TOP 4 RESTORAN HALAL & SEDAP DI SEOUL, KOREA.
By FARAA MUSA - July 12, 2018
Benda pertama yang selalu dirisaukan kita jika travel ke luar negara, mesti tentang makanan halal. Kan? Ramai yang tanya sis, susah tak mencari makanan halal waktu #SeoulSisterTrip ? Bagi pendapat sis, halal tu membawa maksud yang luas. Agama ini jangan kita sempitkan, jangan kita susahkan. Kalau tak jumpa kedai yang menjual masakan ayam atau daging halal, boleh saja kita makan seafood atau street food yang ringan-ringan. Asalkan masakannya tidak bercampur dengan bahan-bahan yang diragui seperti alkohol, pork dan sebagainya.
Ok lets jump to the topic. Meh sis kongikan 4 restoran tiptop yang dijamin halal, wajib korang pergi jika travel ke Seoul, Korea.
1) THE HALAL GUYS (THG)
Bermula dengan hanya sekadar perniagaan makanan food truck di New York, kini melebarkan rangkaian restorannya ke peringkat antarabangsa. Terdapat 2 cawangan THG di Seoul iaitu Itaewon & Gangnam. Yang sis pergi haritu adalah cawangan Gangnam.
Besar cawangan The Halal Guys di sini |
Sis order beef, adik order chicken. Yang penting sos dia pedas gilaaaaa |
Harga reasonable, rasa sedap, portion ok! |
Tak dinafikan industri makanan halal, kian berkembang zaman sekarang ni, walaupun di dalam negara bukan majoriti Muslim. Waktu peak di THG adalah pukul 5 petang - 8 malam, waktu dinner. Bukan setakat pelancong Arab saja yang makan di sini, tapi orang Korea dan Mat Saleh pun ado!
2) RESTORAN KAMPUNGKU
Ok bersesuaian dengan nama restorannya, kat sini menjual makanan-makanan Melayu, Malaysia dan Korea. Ada nasi lemak, roti canai, nasi goreng kampung, nasi goreng tomyam, tomyam, paprik, sirap bandung, korean fried chicken, dan macam-macam lagi. Haaaa dengar je pun dah terliur kan, apatah lagi kalau makan!
Apa yang best kat sini, restoran selesa dan besar, harga berpatutan, portion makanan besar, serius semua makanan sedapppppp, ada surau boleh tumpang solat, dan mudah nak cari sebab berdekatan dengan station Myeongdong (exit 3). Bab portion besar tu, memang sis dan adik makan sampai tersandar. Korean crispy fried chicken tu siap bungkus, bawak balik sambung makan kat hotel. Huhu.
3) YANG GOOD KOREAN HALAL BBQ LAMB
Buat yang sukakan makanan bakor-bakor atau BBQ, boleh lah singgah ke Yang Good Restaurant yang terletak di Seoul. Basically menu utama di sini tentulah daging kambing halal yang diimport dari Australia. Selalunya kita takut nak makan kambing disebabkan baunya kan? Tapi kat sini, serius takde bau langsung! Plus, perapan daging kambing dia memang lembut dan sedap sesangat!
Yang Good mula dibuka pada pukul 4 petang, dan tutup pada pukul 12 tengah malam. Walaupun restoran ini menghidangkan makanan halal, tapi ingin sis ingatkan korang bahawa, minuman alkohol tetap ada dihidangkan di restoran ini ya. Tapi hanya pada non-muslim sahaja, dan kualiti dan tahap kebersihan serta halal nya turut dijaga. Cuma maklumlah, di negara orang kan. Kita kena hormat juga budaya mereka di Korea yang sukakan makan berbakar (BBQ), dinikmati bersama alkohol.
Kimchi dia sumpah fresh dan sedappppp. Nampak sos kuning tu? Tu pun power buat cicah kambing beb |
Skewer lamb & boneless lamb. Dedua rasa perapan sama je. Haha. |
Price wise, di sini memang agak mahal ya. Namanya pun daging kambing halal import. Tapi bagi sis, berbaloi dan berpatutan je takde sampai mencekik leher pun. Sis dan adik order set lamb skewer & boneless lamb, berserta dua mangkuk nasi yang didatangkan sekali set kimchi dan salad. Minum air kosong je, free of charge.
4) NIMAT - HALAL KOREAN CUISINE RESTAURANT
Restoran kali ni special sikit sebab ianya terletak di dalam airport. Saja sis selitkan dalam food review kali ni sebab bagi sis penting juga kan. Kot kot lapar dan tercari-cari makanan proper untuk dinikmati sebelum flight. Dan ini adalah satu-satunya restoran halal yang wujud di dalam Incheon Airport tu. Bebetul terletak di bahagian foodcourt di depan deretan gate sebelum on board to flight.
Cara order adalah beratur di kaunter cashier, tunjuk dan bayar menu pilihan, dan tunggu di tempat duduk hingga hidangan siap. Menu yang disediakan adalah berkonsepkan selera Korea, tapi masih ada nasi & roti. Macam ala ala Indian food pun ada jugak. Sis konfius, tapi sedap! Haha.
So, kalau korang berpeluang menjejakkan kaki ke Seoul, Korea, jangan lupa untuk singgah makan di tempat-tempat yang sis senaraikan ni ya. Totally recommended! :)
2 comments
Dalam list ni saya pernah try Nimat je.
ReplyDeleteSedap kan? :) Takpe ada rezeki nanti boleh try pergi lagi
Delete