Osaka sememangnya adalah bandar kedua paling popular dilawati di negara Jepun, selepas Tokyo. Bandar Osaka yang dahulunya terkenal dengan nama jolokan sebagai bandar pelabuhan, kini boleh dipanggil bandar metropolitan dek kerana kepadatan penduduk dan pelbagai pembangunan moden di bandar tersebut. Apa yang best sangat kat Osaka ni?
JOM SIS RECOMMEND 5 TEMPAT TOP WAJIB PERGI DI OSAKA!
(1) UNIVERSAL STUDIOS JAPAN (USJ)
Well, siapa yang tak sukakan taman tema kan? Taman tema yang terkenal di Osaka ini merupakan Universal Studios yang pertama dibina di benua Asia, dan dibuka pada tahun 2001. USJ ini terletak berdekatan dengan Osaka Bay dan terbahagi kepada beberapa sekyen mengikut tema permainan dan tema filem. Antaranya ialah seksyen New York, Universal Wonderland, Minion Park, The Flying Dinosaur, dan The Wizarding World of Harry Potter kha untuk penggemar filem penuh magik di seluruh dunia ini! Dan yang paling menarik, di USJ ini ada seksyen permainan khas bertemakan watak-watak anime filem Jepun seperti Detektif Conan, Sailormoon, Hello Kitty dan banyak lagi yang comel-comel.
Untuk info lanjut berkaitan harga tiket & cara untuk ke USJ; klik sini https://www.usj.co.jp/e/
(2) TEMPOZAN FERRIS WHEEL
Jika korang datang ke Osaka, jangan lepaskan peluang untuk menaiki Tempozan (Ferris Wheel Gergasi) yang terletak di Osaka Bay ini. Sehebat namanya, serius ini roda ferris paling besar (berdiameter 330 kaki) dan paling tinggi (berketinggian 369 kaki) yang ada di Jepun! Korang akan dapat lihat pemandangan laut serta bandar Osaka yang sangat menarik dari atas, sambil boleh bergambar sepuas-puasnya kat dalam tu sebab ferris wheel ni berputar dalam masa 17 minit (slow and steady je sampaikan sejenis orang gayat macam sis ni pun tak terasa gayat). Huhu. Kalau korang datang dengan pasangan, better pergi naik pada lewat petang. Untung-untung dapat layan feeling sambil tengok sunset dari atas langit, kat dalam ferri wheel tu. Memang cun habis!
(3) OSAKA AQUARIUM KAIYUKAN
Biasa korang tengok akuarium ikan kat dalam rumah kan? Kat Osaka pulak ada akuarium gergasi yang terletak bebetul sebelah Tempozan Ferris Wheel tadi. Osaka Aquarium Kaiyukan mula dibuka pada tahun 1990, dan ianya adalah akuarium awam yang terbesar di dunia yang mampu menempatkan lebih kurang 29,000 ekor hidupan marin di dalamnya! Serius cantik gila suasana dalam Osaka Kaiyukan ni. Sepanjang perjalanan korang akan dikelilingi ikan dan hidupan laut tau. Seolah-olah macam korang sedang berjalan di dalam dasar laut, tapi boleh bernafas. Haaaaa camne tu? HAHA. So, untuk traveller yang datang ke Osaka lelebih lagi dengan family, memang WAJIB datang sini k. Kompem jadi febret spot untuk anak-anak.
(4) SHINSAIBASHI & DOTONBORI
Untuk kaki shopping, ini ibarat sorga korang! Shinsaibashi adalah antara daerah yang terkenal di Osaka sebagai tempat membeli-belah yang sangat meriah, havoc, dan deretan kedai yang dihiasi dengan lampu neon yang berwarna-warni. Nak lagi cantik, ofkos la korang kena cuba pergi sini pada waktu malam. Bukan sekadar tempat shopping semata, tetapi banyak juga gerai-gerai makanan street food serta kafe yang menghidangkan menu tempatan di sini. Memang terlalu banyak pilihan kedai atau butik di Shinsaibashi, dari jenama high-end hinggalah ke barangan street shop biasa. Tinggal nak tepuk poket, tanya selera korang lah! Dan jangan lupa untuk sediakan stamina lebih kat ini sebab deretan kedai kat sini ibarat tiada penghujungnya. Konsep dia; bila kaki kau dah penat kau berhenti je lah. HAHA
(5) OSAKA CASTLE
Last but not least; ofkos lah WAJIB pergi ke Osaka Castle kalau dah sampai di Osaka. Kalau korang tak pergi istana ni, ibarat tak makan nasi impit kuah kacang di pagi raya. Tak sah gitu! HUHU. Istana klasik zaman berzaman maharaja Jepun yang masih helokk kukuh wujud di tengah-tengah bandar metropolitan dan moden. Terasa macam naik mesin masa lalu milik Doraemon bila datang sini HAHA. Pulak tu, istana ni memang antara spot baek buat para fotografer sebab pemandangannya yang tiptop, di atas bukit menghijau, dikelilingi tasik yang bersih! Dan jangan lupa try aiskrim matcha (green tea) bila korang dah sampai kat puncak castle ni ok!
1 comments
Hi,
ReplyDeleteMacam mana nak contact tuan blog