Hai! Blogpost kali ini sis nak buat sesi #Throwback tentang trip ke Sabah; KK & Kundasang pada akhir tahun 2016 yang lepas. Harap korang pun tabah melayan cerita sis, sebagai mana tabah nya sis menggodek gambar-gambar lama dari dalam laptop.
Pada asalnya sis plan untuk trip ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Tu pun rasa macam tak cukup nak explore dua tempat ni, sebab cantik sangat! Malangnya, sis berperangai kalut tak tentu arah, terrrrrr book flight ticket pada tarikh yang salah. Dari sepatutnya 4 hari, terrrrjadi 3 hari je. Bila dah tengok balik kalendar, baru perasan salah masuk date time booking flight balik ke KL. HAHAHA. Padan muka!
Tapi takpe, hidup mesti diteruskan. Nak taknak, tiket penerbangan dah beli. So kite kena terus je redah dan redha. Gituuuuh. Ayuh kita terus ke itinerary/perjalanan ke Sabah!
**HARI PERTAMA**
Sebaik saja sampai di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu pukul 9 pagi, kitorang terus ambil kereta sewa untuk terus bergerak ke Kundasang. Yup, hari pertama terus decide tidur di Kundasang uolls. Tak zabarrr! Macam biasa, bila dapat je kereta sewa, kitorang waze dan cari stesen minyak terdekat untuk isi petrol dan juga beli sikit bekalan makanan buat sepanjang perjalanan. KK ke Kundasang ada sekitar 95km, kalau drive tu lebih kurang 2 jam juga lah.
First stop, Rumah Terbalik di Tamparuli. Kalau korang tak tau, rumah terbalik di Sabah ni merupakan 'upside down house' pertama di Malaysia. Tapi kitorang tak masuk pun. Cuma tengok-tengok gitu je. Maklumlah, nak kejar masa yang terhad 3 hari ni. Nak taknak memang kena lajukan itinerary. Haha.
PEKAN NABALU
Kami tiba di area Pekan Nabalu untuk berehat sebentar. Pekan Nabalu ni kira macam pusat hentian kecil, yang ada menjual pelbagai makanan ringan, buah-buahan dan tandas. Waktu pun dah tengahari, perut pun dah lapar mahukan makanan berat.
RESTORAN HALAL KUNDASANG - HIDAYAH & KATERING
Restoran halal di Kundasang agak terhad, dan sedikit berbanding di KK. Untuk makan tengah hari (merangkap petang), sis singgah di Restoran Hidayah yang agak terkenal di sini. Nasib baik waktu kitorang sampai tu, pelanggan pun tak ramai sangat. Hidangan pun cepat je siap.
Restoran halal di Kundasang agak terhad, dan sedikit berbanding di KK. Untuk makan tengah hari (merangkap petang), sis singgah di Restoran Hidayah yang agak terkenal di sini. Nasib baik waktu kitorang sampai tu, pelanggan pun tak ramai sangat. Hidangan pun cepat je siap.
Sebelum check in ke chalet, kitorang pun beli pasembor atau rojak ayam, sedikit keropok 'amplang', serta 'chicken wings' panggang atau kepak ayam madu dari gerai-gerai yang terletak bawah restoran Hidayah. Orang tempatan sini panggil kepak tu 'sayap'. Dapat belajar bahasa baru.
Selesai check in di Mile 36 Lodge, kitorang pun habiskan masa di chalet dengan berehat sepuas-puasnya untuk teruskan pengembaraan di Kundasang esok hari. Sempat lah puing-pusing sekitar kawasan chalet sambil bergambar sikit. Di Sabah waktu malamnya awal. Pukul 5 petang pun dah gelap. Nak bersantai di balkoni waktu malam pun tak berani. Sebab tak nampak apa-apa langsung. Apa yang sis tahu, chalet kami tu semuanya dikelilingi hutan. Oh ya, untuk review chalet Mile 36 Lodge, sis akan buat post khas nanti. Memang berbaloi dan best sangat!
**HARI KEDUA**
Seawal 5 pagi encik suami dah gegar-gegarkan sis. Bangun! Bangun! Cepaaaatttt tengok ni! Sis ingatkan ada kemalangan terjadi ke apa. Rupanya suami nak tunjuk pemandangan yang dapat dilihat dari balkoni bilik kitorang. Sis pun terkezuttt habiss! Maklumlah, semalam tak dapat nampak apa-apa langsung dari balkoni tu sebab dah gelap gelita. Tak sangka, bilik kitorang tu boleh dapat view Gunung Kinabalu. Subhanallah serius cantik gilaaaa! Beberapa kali sis ulang soalan yang sama kat suami. "Betul ke ni Gunung Kinabalu? Entah-entah gunung lain tak. Awak je memandai-mandai." Sebab pemandangan tu susah betul nak percaya. Haha.
Nampak tak belakang tu? |
Ni gambar zoom dia :) |
Selfie kenangan di balcony chalet |
Jadual hari kedua kami di Sabah sangat padat. Sebab hari ni kitorang akan patah balik semula ke KK, untuk aktiviti pulau pula. Tapi apepun, jom kita enjoy Kundasang dulu! Sarapan seawal 6.30 pagi di cafe chalet, bergambar kenangan sekitar chalet, dan terus check out untuk ke Desa Dairy Farm pula.
Sambung bergambar kat tengah jalan pulak lepas sarapan. Cantik! |
DESA CATTLE DAIRY FARM
Pukul 8 pagi, ladang baru dibuka, sis dah terpacak kat situ. Demi mengejar jadual masa, dan demi mendapatkan gambar yang superbb! Kalau korang datang ke Kundasang, jangan lepaskan peluang untuk ke 'New Zealand' Malaysia ni tau. Rugi kalau tak datang!
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Ada sesi animals feeding, melihat proses pembuatan tenusu, dan boleh juga membeli produk buatan tenusu di situ. Ni baru betul fresh dari ladang! Aktiviti pekerja memerah susu ada pada pukul 3-5 petang setiap hari.
JETI JESSELTON & PULAU MANUKAN
Bergambar sudah, tengok lembu sudah, bagi makan kambing sudah, makan aiskrim susu lembu sudah, apa lagi? Jom gerak ke KK untuk aktiviti seterusnya; iaitu pulau!
Sebaik saja sampai di Jeti Jesselton, waktu pun dah tengah hari. Cuaca sangatlah panas terik menyengat. Nak buat macam mana, dah sampai, so memang kena hadap je 'proses menghitamkan diri' tu. Kami suami isteri terus cari pakej island hopping di deretan kaunter-kaunter di situ. Rasanya majoriti harga yang ditawarkan sama je lebih kurang. Kitorang ambil 1 hentian saja; iaitu Pulau Manukan yang popular. Masa yang diberikan untuk satu pulau, lebih kurang 2 jam. Berlenjan lah sampai legam! HAHA.
Thumbs up for Manukan Island |
Cepaaaaaaat selfie, tak tahan panas! |
Selesai aktiviti pulau, kitorang check in di Hotel Oceania Kota Kinabalu. Mudah nak cari, dan dikelilingi oleh banyak kedai. Nak makan dan beli barangan runcit sangat senang. Banyak parking pulak tu. Petang itu cuma aktiviti solat dan berehat sebelum dinner untuk malam terakhir di Sabah. Dengar cerita, makanan laut di Sabah murah-murah belaka. Sis tak sabar!
MAKAN SEAFOOD DI MEDAN MAKANAN LAUT WATERFRONT KK
Pelbagai pilihan seafood. Pilih! Pilih! |
Sejujurnya, sis dah tak mampu nak mengingat apa nama medan seafood ni. Tapi apa yang pasti, tempat dia dekat dengan Waterfront KK & area Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu. Kat situ ada pelbagai gerai makanan seafood untuk dipilih. Pelbagai jenis makanan laut yang besar-besar belaka, dan pelbagai menu masakan juga.
Gerai Sinar Delima |
Sotong Goreng Tepung WAJIB! |
Amacam? Puas hati? |
**HARI KETIGA - PASAR FILIPINA
Hari terakhir di Sabah, adalah hari membeli-belah segala ole-oleh dan buah tangan untuk keluarga. Ecewahh. Padahal banyak beli untuk perut sendiri aje. Huhu. Memandangkan nak kena siap packing sebelum waktu check out pukul 12, sis kena shopping express supaya sempat balik semula ke hotel untuk siapkan bagasi.
Settle packing bagasi. Settle check out. Jom kita balik KL. Confirm sis nak pergi lagi sebab terlalu banyak tempat yang cantik, menarik, kau memang da bomb. See you again Sabah!
21 comments
dulu pergi time sek menengah. surely nak repeat lagi.. best kan seafood memang heaven. truja tengok Manukan.. kalo x silap ada zipline kat pulau sebelah tu.. boleh cross dari pulau ke pulau.. kalo x silap =P
ReplyDeleteSeafood di sabah memang murah2..tak pasti pula pasal zipline tu..mungkin sebab kitorang busy berendam je agaknya..tak sempat nak pusing2 pulau..huhu
DeleteHello Everybody,
DeleteMy name is Ahmad Asnul Brunei, I contacted Mr Osman Loan Firm for a business loan amount of $250,000, Then i was told about the step of approving my requested loan amount, after taking the risk again because i was so much desperate of setting up a business to my greatest surprise, the loan amount was credited to my bank account within 24 banking hours without any stress of getting my loan. I was surprise because i was first fall a victim of scam! If you are interested of securing any loan amount & you are located in any country, I'll advise you can contact Mr Osman Loan Firm via email osmanloanserves@gmail.com Whats app) +917290857361
LOAN APPLICATION INFORMATION FORM
First name......
Middle name.....
2) Gender:.........
3) Loan Amount Needed:.........
4) Loan Duration:.........
5) Country:.........
6) Home Address:.........
7) Mobile Number:.........
8) Email address..........
9) Monthly Income:.....................
10) Occupation:...........................
11)Which site did you here about us.....................
Thanks and Best Regards.
Whats app) +917290857361
Derek Email osmanloanserves@gmail.com
cantik gambar fara semua..haishh bila lah dapt pergi ke sabah ni
ReplyDeleteSyok yer holiday sabah. Memang cantik sgt view nature kat sini
ReplyDeleteSis, agak2 berap kos sis bercuti masa cuti..hehehe..sy nak plan bajet kesana..
ReplyDeleteAlamak..dah lama trip ni..tapi rasanya dlm RM700++ utk 2 org..
Deletesalam...sis nk tanya..pergi sabah haritu bulan berapa.boleh ke kundasang ke dlm november? org kata musim hujan xboleh pergi..
ReplyDeleteWsalam, sy pergi bulan disember. Boleh je kalau november pun. Musim hujan boleh je pergi, cuma kalau drive sendiri, kena extra careful lah sebab jalannya memang berbukit. Pastu, takut gunung kinabalu berkabus tebal sikit je kalau hujan. BUt afterall, ok je kalau hujan pun. Sebab cuaca jadi sejukk gila kat situ.
DeleteWaaaa.. padat sungguh story perjalanan semasa bercuti di Kota Kinabalu Sabah. Sebenarnya ada lagi tempat lain yang korang boleh pergi selain pulau, tapi tu nanti saja di lain kali.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehi..nak just nak tanya...sis g pulau tu boat pukul berapa sis amik n boat ke pulau paling last kol bpe yea?
ReplyDeletehi..alamak dah tak ingat sangat..tapi rasanya gi pulau tu dalam pukul 1 tengah hari camtu..tak ingat juga boat ke pulau last pukul berapa..
DeleteTq sis... Charlet mile 36 boking atau walk in?
ReplyDeletesaya booking awal..telefon saja..no tel boleh tengok di post saya tentang review chalet ini..boleh baca kat situ..
DeleteSebenarnya sangat-sangat banyak tempat menarik kat Kota Kinabalu ni. Makanan laut pun murah-murah. Boleh dikatakan syurga makanan laut lah kat sini. https://profhariz.com/homestay-murah-di-kota-kinabalu/
ReplyDeleteSis..sewa kereta,brp rm unt 1 hr?n mcm Mana Kita nak sewa?
ReplyDeletemaaf, saya pun dah tak ingat sebab dah lama pergi sabah ni. Tapi kitorang cari kereta sewa kat facebook je. cuba search kereta sewa sabah. kat Google pun, banyak je :)
DeleteBerapa budget sis dgn husband
ReplyDeleteHehe gugel2 smpi katblog sis la Woww nyaa!! Aah jadual padat tp padu n puas hati sis bestnye xpnh smpi kundasang lg hahhahaa
ReplyDeletecantik ii la semua gamba sis semua ni guna kamera ke sis atau smartphone je lawa sangattt!!
ReplyDelete