Kobe adalah sebuah bandar pelabuhan Jepun dan boleh dikatakan bandar yang ramai muslim juga. Apa yang best kat bandar Kobe? Ada 3 tempat menarik yang sempat sis kunjungi antaranya; Kobe Harborland (kawasan membeli-belah dan hiburan di sepanjang laut pelabuhan Kobe), Sannomiya Centre Shopping Street (ala-ala macam jalan TAR dan petaling street), dan juga Masjid Kobe. So, untuk entry kali ni sis nak fokuskan pada Masjid Kobe. OK? :)
Masjid Kobe adalah masjid tertua / masjid pertama di Jepun, didirikan pada tahun 1935 melalui hasil kutipan derma yang dikumpul oleh golongan muslim setempat pada ketika itu - kebanyakannhya orang Turki, Rusia & India. Masjid ini popular dengan keteguhannya yang masih tegap berdiri walaupun selepas berlakunya serangan udara ketika Perang Pasifik, dan juga selamat dari gegaran kuat gempa bumi Osaka pada tahun 1995. Subhanallah!
Kawasan sekitar Masjid Kobe dikelilingi pepohon redup, kawasan perumahan orang tempatan, restoran halal, dan pelbagai kedai runcit muslim. Kalau korang nak tau, Kobe ni jugak terkenal dengan 'daging lembu Kobe' -- resepi khas lah kot. Ala macam Pahang, femes dengan Ikan Patin Tempoyak gituh.
Restoran Naan Inn yang popular di kalangan orang Malaysia & Indonesia. Bebetul depan masjid Kobe. |
Kedai barangan runcit muslim. Serbuk kunyit, kari, ayam daging semua ada! |
Masjidnya tidaklah sebesar seperti kebanyakan masjid yang kita ada di Malaysia, tapi cukup tersusun dan 'hidup' dengan kunjungan muslim dari pelbagai bangsa dan negara. Masuk-masuk je, ada tempat kotak kasut disediakan. Walaupun muslim di sini datang dari negara Arab, India dan Pakistan, tapi sikap dan karakter mereka pun dah berubah teratur tersusun seperti orang Jepun. Hehe. Oh ya, kawasan solat wanita di ruang atas, manakala lelaki di bawah.
Ruang solat lelaki di bawah |
Ruang solat wanita di tingkat atas. Tempat terhad, tapi sejukkkkkk je rasa. |
Waktu sis naik saja tingkat atas, kelihatan dua tiga orang pegawai masjid (berbangsa Arab & Afrika) sedang berbincang bersama golongan Jepun non-muslim yang berminat tentang agama Islam. Rupanya memang masjid sini aktif menjemput sesiapa saja non-muslim yang berminat untuk bersoal jawab lebih lanjut tentang agama Islam. Brochure disediakan, wifi percuma untuk membuat kerja-kerja dakwah, ada masjid tour, perpustakaan buku rujukan, dan juga kelas-kelas agama diadakan terbuka kepada orang awam pelbagai agama. Sebarang booking atau pertanyaan boleh dibuat di meja 'reception', ada pegawai masjid bertugas kat situ.
Rak kain telekung, dan bilik solek (ada cermin gitu) |
Bilik wudhu' yang sangat bersih. Lantai pun kering je. Takde basah licin. Tuala muka disediakan. |
Sekumpulan wanita Jepun bertanyakan soalan tentang Allah & solat kepada pegawai masjid. |
Islamic Culture Centre; kelas agama & mini library berkaitan agama Islam. |
Japanese highschool's students buat projek sekolah berkaitan Masjid Kobe ;) |
Pelbagai brochure dan info diletak di kaunter reception secara percuma |
HOW I FEEL ABOUT ISLAM IN JAPAN?
Ada beberapa point yang sis dapat belajar selepas melawat Masjid Kobe ni :
1. Islam tidak tersebar dan berdiri dari asas bangsa tertentu. Tetapi Islam dibina dengan kebijaksanaan muslim itu sendiri, serta bantuan kerjasama dari pelbagai bangsa (bantuan tenaga atau wang ringgit). Kalau tiada golongan minoriti muslim yang berjiwa besar di Jepun ini, pasti tidak akan ada masjid yang aktif dan meraikan kunjungan banyak pihak untuk mengenali lebih mendalam terhadap Islam.
2. Kekuatan agama tidak diukur melalui kuantiti penganut dan kemegahan bangunan keagamaan. Apa guna masjid gah sebesar alam, tapi kosong dan sepi. Masjid Kobe adalah masjid yang tidak sebesar mana, dan terletak di bandar sederhana besar. Binaan dan dekorasi masjidnya sederhana, tapi tetap ramai dan dipenuhi dengan jemaah yang bukan saja muslim. Pendek kata, itulah tujuan sebuah masjid didirikan; -- rumah Allah yang dimakmurkan oleh muslim, dan sebuah institusi awam yang memakmurkan masyarakat non-muslim di sekitarnya untuk mendekati Islam.
3. Pintu masjid sentiasa terbuka untuk sesiapa saja, tanpa mengira agama atau bangsa. Pelbagai kemudahan selaras zaman moden disediakan. Islamic Centre, FREE Wifi, mini library, kaunter reception, pegawai masjid yang sedia membantu, tandas dan tempat wudhu' yang bersih.
2 comments
Assalammualaikum n salam sejahtera,.....nice blog n so interactive......good information and tips for traveling.....doa for our family can visit japan....for looking ultraman....salam dari kembar 3 family
ReplyDeletehttps://danial3balqis.blogspot.com/
Waalaikumsalam..Alhamdulillah terima kasih. InshaAllah, saya doakan family kembar 3 mesti dapat jumpa otomen satuuu hari nanti..hehe
Delete