Sis ambil flight Air Asia tengah malam, so sampai Kansai Airport lebih kurang pukul 9 pagi. Memang awal-awal dah target nak flight jenis camtu sebab nak jimat hari, supaya sesampai je boleh terus start jelajah. Plus, kitorang pergi musim summer. Obviously waktu siang lebih panjang dari malam, lagi best lah nak merayap banyak tempat. Kalau korang nak ikut, boleh lah jenguk website Air Asia setiap hari, setahun sebelum tarikh flight. LOL. Back to the topic, so lepas kitorang dah settle urusan imigresen and pickup luggage, pukul 10 pagi camtu dah terus start Trip Jepun yeah!
Btw, ni hanya itinerary ringkas saja. Segala detail mak nenek tentang naik train apa, harga tiket train, turun station apa, memang korang kena rajin google sendiri lah ya. Atau kalau nak mudah, just cari saja freelance tour guide / student Malaysia yang ada belajar di sana. Cuma bab plan destinations, boleh lah korang follow itinerary sis kalau nak.
(1) HARI PERTAMA :
Tiba di Kansai International Airport, terus jelajah kota Osaka. Popular spot yang sis pergi; Osaka Castle & Umeda Sky Building. In the mean time, sis singgah kat station Shin-Osaka untuk simpan luggage dalam locker dulu. Kemudian pergi solat di dalam shopping mall berdekatan station, baru gerak berjalan kaki ke destinasi.
Oh ya, di Jepun memang korang akan banyak sangat sangat berjalan kaki ya. Sebab kita banyak gunakan public transport. So, make sure korang prepare fizikal mental betul-betul sebelum decide nak pergi travel ke Jepun ;)
Balik je ke apartmen kitorang berdekatan Shin-Imamiya, semua duk mengurut kaki dengan minyak panas yang memang dah sedia bawak dari Malaysia, HUHU.
(2) HARI KEDUA :
Berjalan di sekitar wilayah Kyoto. Sebaiknya korang geraklah seawal yang mungkin, sebab di Kyoto banyak tempat menarik kita boleh pergi. Plus, kalau lambat, nanti tempat tu dah ramai dan padat dengan tourist. Bukan takat nak ambik gambar lawa je susah, nak gerak berjalan pun nanti susah! Huhu.
Sesampai je, sis ke Arashiyama Bamboo Forest dulu. Tak jalan masuk sampai habis pun sebab terlalu panjang. Lagipun pemandangan sepanjang jalan tu sama je. Cuma, kalau korang betul-betul nak dapatkan gambar yang sangat cantik tanpa cacat cela di photobomb oleh seorang manusia pun, boleh lah teruskan perjalanan hingga ke dalam sikit. Nanti jangan lupa singgah beli makanan or aiskrim matcha viral (sebab murah dan servis pantas) kat luar Arashiyama Bamboo Forest, sebelum teruskan perjalanan. Gerai tu tepi jalan jer. Nampak orang ramai beratur tu, haa tu lah kedai dia.
Next, makan nasi + tempura udang di warung tepi Togetsukiyo Bridge. Lepas makan, berhenti solat jamak jap dekat tepi jambatan tu jugak. Ada toilet awam yang memang kompem bersih kat situ. So senang nak buang air, berwudhuk semua. (Tips : Jangan lupa bawak botol air kosong untuk urusan di toilet & tuala / apa-apa kain bersih untuk alas solat k!)
Lepas settle solat, sis teruskan perjalanan ke Fushimi Inari, iaitu terowong gerbang tradisional oren yang maha femes tu. Ni pun sama konsep dengan hutan bamboo tadi. Jalan keluar, sama dengan jalan masuk. So, takyah jalan jauh benar ke dalam pun takpe. Tapi macam yang sis cakap. Kalau korang sejenis pentingkan background yang clear tanpa gangguan tourist lain, boleh lah bertabah jalan kaki hingga ke dalam.
Last, sis singgah ke Gion. Tempat yang terkenal dengan kawasan Geisha. Banyak jugak kedai cenderamata kat sini. Kalau korang nak beli sikit-sikit boleh lah. Sebab kat Jepun ni banyak sangat berjalan, dan setiap tempat ada keistimewaan tersendiri. So boleh lah kalau korang nak beli 1 ole-ole sebagai kenangan di setiap tempat-tempat yang korang lawati.
(3) HARI KETIGA :
Ok harini kita akan relaks santai sikit, memandangkan semalam dah banyak tempat sis berjalan kaki sampai sakit pinggang dan tumit sampai sis rasa nak menangisss. HAHA. Hari ketiga, sis teruskan berjalan di sekitar wilayah Hyogo / Kobe.
Dari apartmen sis di Shin-Imamiya, sis terus naik train dan pergi ke Mount Rokko. Kat situ ala-ala macam tanah tinggi la. Sejukkkk! Maklumlah, kita akan naik cabel car untuk menaiki bukit Rokko itu. (Cabel car yang macam bukit bendera Penang tu tau. Bukan cabel car tergantung macam kat Langkawi ye). Dari atas kita boleh lihat pemandangan bandar Kobe. Ada taman herba, taman bunga, dan ada mini zoo. Tapi kalau nak masuk mini zoo dan join aktiviti-aktiviti haiwan tu kena bayar tiket lain ya.
Next, to Masjid Kobe. Banyak restoran halal, dan kedai runcit barangan muslim ada kat sini. So kalau sebelum ni kemain susah nak jumpa restoran halal (i mean daging ayam/daging), boleh lah korang pulun makan kat Kobe. Nanti bila balik ke Osaka, dah kena makan seafood sajo.
Settle solat jamak dan makan, sis gerak ke Harbor Land. Sebuah kawasan tarikan pelancong, di bahagian pelabuhan. Banyak restoran dan deretan cafe di sepanjang pelabuhan tepi laut tu. Memang cantik sangat ambil gambar kat sini. Siap boleh nampak menara Kobe seberang laut lagi.
(4) HARI KEEMPAT :
Plan harini kita akan pergi ke dua wilayah berbeza. Tapi masih tetap santai, sebab kita akan melawat dan bermain dengan rusa di Nara, kemudian aktiviti shopping di Dotonbori & Shinsaibashi. Apa lagi, keriangan berganda lah kan!
Pepagi eloklah kita bertemu dengan alam gitu. Sis gerak ke Nara Park dengan hati girang tidak sabar nak berjumpa dengan rusa jinak yang digembar-gemburkan. Separuh hari sis di Nara. Sempat lihat Kofukuji Temple yang terletak dalam Nara Park tu jugak. Tengok dari jauh je, sebab masa tu tengah ada renovation. Then, sis solat jamak di surau yang disediakan di Nara Visitor Centre.
Nampak tak muka ketakutan pada rusa ittew? |
Kemudian kita terus gerak ke Osaka Downtown iaitu Dotonbori & Shinsaibashi. Tempat shopping yang paling trendy, paling cantik, penuh lampu neon, paling 'hidup' dan paling wajib pergi di Osaka ni. Dia macam gabungan suasana shopping stree dengan shopping mall gitu. Kat sini tak tau lah nak cakap macam mana tahap best nya tu. Sebab macam-macam hadoo! Barangan branded macam LV ada, barangan high-end macam Uniqlo ada, barangan murah tapi berkualiti ada, cafe ada, butik ada, ahhhh pokoknya banyak pilihan lah! Ikut poket korang la nak beli apa kat sini. Buat research dulu, apa yang wajar dibeli di Jepun ni. Cewaahh terkeluar ayat karangan BM pulek.
Kalau pergi sini, wajib selfie dengan Glico-man tau! |
Stop kejap di tengah kesibukan lautan manusia |
Jom serbu Shinsaibashi! |
Better korang pergi malam sebab lagi cantik warna lampu neon tuh! |
(5) HARI KELIMA :
Berjalan-jalan di sekitar Osaka. Penuhkan memori kegembiraan di hari terakhir orang kata kann. Memang santai dan leisure sangat. Takde rushing dan terkejar-kejar seperti hari-hari lain.
First, sis dan family pergi ke Osaka Akuarium Kaiyukan. Akuarium hidupan marin terbesar di dunia. Haaa, tak berkelip mata kitorang dalam tu dek terpesona nya dengan dekorasi dan 'presentation' orang Jepun. Terasa kerdil diri kejap bila teringatkan Aquaria KLCC yang sis banggakan selama ini. HUHUHU. tapi sis tetap love my country :)
Tak puas jadi seperti kanak-kanak, sis sefamili naik pulak Tempozan Ferris Wheel berdekatan luar akuarium tu. Kalau ikutkan, sis memang ada acrophobia (atau bahasa mudah nya -- gayat, takut tinggi). Tapi dek kerana pusingan ferris wheel tu slow motion sangat, sampai tak terasa dah sampai kat puncak tinggi bandar Osaka. Sis memang recommend sangat Tempozan Ferri Wheel ni tau! Dia super besar, boleh tengok seluruh bandar Osaka, dan satu kabin tu muat kami ber-6 saiz orang Melayu. Bagi sis, menaiki ferris wheel terbesar di Jepun ni, memang meninggalkan memori manis dan sentiasa je teringat-ingat sampai sekarang <3
Ni lah gambaran ferris wheel dari jauh. Bebetul sebelah aquarium. |
Acah-acah tenang dan romantis. Padahal dalam hati dah dupdap dupdap gayat! |
Last sekali, kami tutup jelajah Osaka dengan menaiki Cruise Santa Maria yang mengililingi kawasan perisiran pelabuhan Osaka. Durasi adalah 40-50 minit kalau tak silap. Tiket cruise dua tingkat ini boleh dibeli di kaunter berdekatan dengan akuarium Kaiyukan jugak. Cruise ni berjadual dan bukan ada sepanjang waktu. Buat research kalau berminat k! Kitorang terus serbu tingkat atas, best beranginnn dan boleh lah korang nak feeling acah tourist di perantauan gituh. HAHA. Tapi kejap je, dah ambil beberapa keping gambar yang hampir memenuhkan memenuhkan memori phone, kitorang berhijrah ke tingkat bawah cruise. Sebab tak tahan sinaran matahari HAHAHA. Dan sambung semula aktiviti selfie tak hengat duniaa.
(6) HARI KE-ENAM :
Flight balik Malaysia. Singgah menikmati udon di Kansai Airport. Oh ya, kat airport banyak gila restoran halal. So selain dari makan, kitorang menghabiskan saki-baki duit Yen di kedai-kedai serbaguna dan murah di dalam airport.
4 comments
Assalamualaikum sis. Nice blog you have. Very informative. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSaya dan family akan ke Osaka next month, insyaaAllah. Boleh saya tahu pass apa yang sis pakai untuk ke Kyoto, Nara dan Kobe?
Thx.
Jung
Hello Fara! Your vacation in Japan is very interesting and very enjoyable, yeah, I like reading your holiday. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. villakubu.com
ReplyDeleteLive Draw Sgp | Live Result Sgp | Live Togel Sgp | Prediksi Togel Jitu | Live Sgp | Live Draw Hk | Live Draw Sydney
ReplyDeleteLovely post thanks for posting
ReplyDelete